Darjeeling dan Tragedi Broad Peak
Bila keluar berita mengenai tragedi pendakian Broad Peak saya selak semula buku yang pernah saya baca beberapa bulan lepas. Buku tajuk Darjeeling yang mencerita mengenai sejarah pembukaan ladang teh di kawasan sekitar. Darjeeling terletak berhampiran lokasi beberapa gunung tertinggi dunia. Buku turut mencerita banyak kafe yang ada disekitar jalan ke Darjeeling. Kafe yang dikunjungi ramai pelawat yang mahu ke ladang teh serta tempat tumpuan sekitar Darjeeling. Selain singgah minum teh pelawat datang ke kafe menikmati pemandangan indah gunung-gunung yang banyak ada. Gunung Everest dan juga gunung tinggi lain sekitar situ. Melalui bacaan buku Darjeeling seolah saya pun pernah tiba ke kafe sana. Memang banyak pemandangan yang memukau pandangan. Lebih-lebih lagi melihat banyak puncak gunung yang dilitupi salji cantaik. Maka tidak hairan mengapa para pendaki gunung begitu teruja mendaki Everest dan beberapa gunung lain sekitarnya. Memang ada tarikan tersendiri yang menggamit para pendak...