Posts

Showing posts from July, 2026

Hari Harimau Antarabangsa

Image
Hari Harimau Antarabangsa disambut pada tarikh 29 Julai setiap tahun. Ia dipanggil sama dengan nama Hari Harimau Sedunia. Sambutan yang diperkenal pada 2010 melalui satu persidangan bernama Tiger Summit yang diadakan di St Petersburg.  Persidangan yang diada bersempena Tahun Harimau 2010. Persidangan tersebut disertai oleh tiga belas negara termasuk Malaysia. Negara lainnya adalah   Bhutan, Nepal, Vietnam, Myanmar, Indonesia, China, Russia, Bangladesh, India, Thailand and Laos . Hari Harimau Sedunia bertujuan untuk kesedaran melindungi harimau dari pupus.  International Tiger Day - - - - -

Sejarah Julai - Birch

Image
Beberapa hari lalu, tepatnya pada tarikh 21 Julai lepas ada laman medsos sejarah bercerita mengenai hubungan tegang pembesar Perak dengan JWW Birch.  Pada tarikh sama iaitu 21 Julai 1875 pembesar Perak telah bermesyuarat membincang tentang campur tangan British di Perak. Mereka bermesyuarat di Durian Sebatang. Sebuah lokasi di Teluk Intan masa kini.  Dari mesyuarat tersebut dan siri mesyuarat berikutnya para pembesar memutuskan untuk bertindak membunuh Birch. Kisah pembunuhan Birch telah banyak ditulis dan tak perlulah saya ulang. Baru ini juga saya ada baca mengenai asal usul nama Birch. Nama yang asalnya datang dari nama pokok. iaitu Pokok Birch (Birch Tree). Pokok Birch sejenis pokok yang banyak ada di kawasan beriklim bukan tropika. Pokok yang banyak ada di United Kingdom. Khususnya di kawasan atau rantau Celtic (Celtic Region). Kawasan yang meliputi Scotland dan Ireland. Dari situlah kot tempat asal famili JWW Birch. Pokok Birch - - - Wilayah Rantau Celtic - - - - -

Budaya Tsundoku Jepun

Image
Dalam masyarakat Jepun ada satu budaya nama Tsundoku. Apa maksud Tsundoku? The term describes the habit of acquiring books and allowing them to accumulate unread. It combines the idea of stacking things up (tsunde), leaving something for later (oku) and reading (doku). Cari sama artikel "Why you keep buying books you don't read". Written by Michelle Spear from Bristol University. Buku kat rak jualan - - - - -

Catatan Buku Alam Pustaka

Image
Hari ni warga Sarawak bercuti menyambut Hari Kemerdekaan Sarawak. Sambutan yang mula diperkenal pada 2016 oleh KM Sarawak waktu tu Adenan Satem (Allahyarham). Kebetulan ada sebuah buku terbitan Sarawak yang saya pinjam dari Libarari Shah Alam. Buku tajuk Alam Pustaka. Buku terbitan Perpustakaan Negeri Sarawak. Bangunan Perpustakaan Negeri Sarawak ni memang cantik. Ada sebuah tasik besar sekitarnya yang menambah lagi keindahan librari tersebut. Para juru fotografi sering datang mengambil foto fauna dan flora yang banyak ada kat tasik dan kawasan sekitar librari. Pihak Librari Sarawak pula telah berusaha mengumpul foto dari pasukan jurufoto berkenaan. Kemudian memuatkan foto tersebut dalam buku yang mereka beri tajuk Alam Pustaka. Kita pula sebagai pembaca akan dapat belajar nama berbagai fauna. Berbagai nama burung, nama serangga berserta foto yang menarik. Ada burung kunyit, burung rembah, burung kedidi. Ada juga burung nama murai gila, dan burung tukang malas. Menariknya ditunjuk ...

Bacaan Buku Harimau - Perkampungan Harimau

Image
Catatan bacaan page 103. Pengarang buku menulis beberapa kampung yang disebut sebagai perkampung harimau. Ada empat lokasi iaitu sebuah di Gunung Ledang, sebuah di Kandang Balok Ulu Kemaman, sebuah lagi di Gunung Angsi N9, dan sebuah lain di Gunung Berembun Perak. Sebuah artikel bertajuk Harimau Jadian Dalam Tamadun Melayu boleh dibaca di laman Patriot - link . Buku harga RM164 (ada dijual Wardah Spore) - - - - -

Catatan Bacaan Buku Puma - Madonna and Jil Sander

Image
Puma pada zaman kemuncaknya banyak mengada kerjasama dan hubungan bisnes dengan bintang ternama. Beberapa nama tokoh sukan dan tokoh ternama yang menjadi Bintang Puma adalah; Serena Williams (Tenis); Michael Schumacher (Car Racer); Jil Sander (Fashion Designer House); Madonna (Pop Singer). Madonna's  connection to Puma centers on her role in catapulting the brand's eccentric Mostro sneaker to global fame in the early 2000s. Jil Sander is a luxury fashion house that revolutionized the sneaker industry by pioneering the very first high-end fashion and sportswear collaboration with Puma in 1998 . Their partnership blended minimalist luxury with athletic performance, most famously resulting in the iconic "King" sneaker . Baca sama: The Monstro story. puma-catchup ( link ). Puma's Monstro - - - Jil Sander's Puma source: puma - link - - - - -

Tokoh Bola dan Atlet Awal Puma

Image
Catatan bacaan buku Puma page 29. Puma memula produk kasut sukan untuk atlet berlari pada 1948. Manakala kasut bola pada 1952. Kasut bola nama Atom. Atom produk yang dihasilkan oleh Puma melalui kerjasama dengan Sepp Hergerger, jurulatih pasukan bolasepak nasional Jerman. Antara pemain bolasepak Jerman yang pakai kasut Atom (Puma) adalah Horst Eckel dan Werner Liebrich.  Horst Eckel dan kasut bola Atom Baca sama Puma brand story - link .  Puma and Fifa World Cup - link . Tentang Pele dan Brazil menang final kat Sweden 1958. - - - - -

Foto Alice in Wonderland

Image
Buku The Paper Time Machine memapar foto the  real Alice in Wonderland. Foto ada kat m/surat 199. Foto diambil pada 1858.Tapi tak pernah pulak tonton ceritanya. Filem yang diterap dari buku tajuk sama 'Alice in Wonderland'. Buku ditulis oleh pengarang yang nama samarannya Lewis Caroll pada 1865. Nama sebenar Lewis Caroll adalah Charles Lutwidge Dodgson. Beliau seorang pengajar (tutor) matematik sebuah kolej di Oxford University.. Selalu dengan orang menyebut filem Alice in Wonderland.  Foto Alice Liddle pada 1858 source: rare historical photos ( link ) - - - Lewis Caroll - - - - - - -

Wahyu Ilham Kepada Lebah

Image
Tafsir J7 Hamka ketika membincang mengenai soal wahyu menyebut bahawa wahyu dari Jibril kepada Nabi sudah tamat. Dalam erti kata lain kalau ada sesiapa mendakwa menerima wahyu pastilah orang itu memang sesat. Sebagaimana yang mendakwa Nabi yang mereka sesungguhnya Nabi Palsu. Lanjutan perbincangan mengenai wahyu ada satu kategori yang disebut ilham. Tafsir menyebut bahawa ilham didatangkan kepada manusia pilihan. Turut dapat menerima ilham adalah haiwan lebah. Bertepatan sepertimana tafsir bagi ayat 68 dan 69 Surah an-Nahl (Surah Lebah). Maka sebab itu dalam sesetengah tafsir turut menyebut Allah mewahyu kepada lebah agar makan atau mencari buahan dan kembang-kembangan. - - - - -