Sejarah Julai - Birch


Beberapa hari lalu, tepatnya pada tarikh 21 Julai lepas ada laman medsos sejarah bercerita mengenai hubungan tegang pembesar Perak dengan JWW Birch. 

Pada tarikh sama iaitu 21 Julai 1875 pembesar Perak telah bermesyuarat membincang tentang campur tangan British di Perak. Mereka bermesyuarat di Durian Sebatang. Sebuah lokasi di Teluk Intan masa kini. 

Dari mesyuarat tersebut dan siri mesyuarat berikutnya para pembesar memutuskan untuk bertindak membunuh Birch. Kisah pembunuhan Birch telah banyak ditulis dan tak perlulah saya ulang.

Baru ini juga saya ada baca mengenai asal usul nama Birch. Nama yang asalnya datang dari nama pokok. iaitu Pokok Birch (Birch Tree).

Pokok Birch sejenis pokok yang banyak ada di kawasan beriklim bukan tropika. Pokok yang banyak ada di United Kingdom. Khususnya di kawasan atau rantau Celtic (Celtic Region). Kawasan yang meliputi Scotland dan Ireland. Dari situlah kot tempat asal famili JWW Birch.


Pokok Birch
- - -


Wilayah Rantau Celtic

- - - - -

Comments

Popular posts from this blog

Tesis Sufism dan Al-Arabi

Buku Gullick - Malaysia 1969

Team Member Yang Terlibat Dalam Misi Geodetik Peru