Posts

Showing posts from February, 2013

Sejarah Adam Hingga Khuzaah

Image
Bagi mengetahui salasilah keturunan Adam a.s membawa kepada Khuza'ah dan seterusnya Nabi Muhammad SAW boleh baca artikel berikut: "The Prophet's family line No 1 - Adam to Banu Khuza'ah". Link -  source . Baca juga "Sejarah Tanah Haram". Nota Kursus Haji. Link -  source . Mimbar Masjid Kampung Bukit Kecil, Kedah

Membaca Sedikit Tentang Bani Khuzaah

Image
Khuza'ah dikaitkan dengan asbabun nuzul at-Taubah 14. Apakah sejarah Khuzaah? Jawapannya adalah mereka punya sejarah dengan penjagaan Ka'abah. Seperti mana yang kita tahu sejarah Ka'abah bermula dengan Hajar dan Ismail sebagai penjaganya. Kemudian mereka bersama menjaganya dengan Puak Jurhum. Nabi Ismail telah berkahwin dengan seorang wanita puak Jurhum. Dalam artikel Inggeris mereka ditulis Gorrhamite ( wiki ). Puak Jurhum adalah terdiri dari Bani Bakr dan Bani Khuza'ah. Bermakna kedua-dua Bani ini telah bersaing untuk menjaga Ka'abah sejak zaman silam lagi. Bani Khuza'ah dipimpin oleh Amr' bin Rabiah (atau Luhay). Beliaulah yang pernah membawa pulang idol berhala Hubay dari negeri Syam. Beliau berbuat begitu kerana terpegun apabila sembuh penyakit yang dirawat oleh mereka yang tinggal di Syam yang mengamal penyembahan berhala. Penjagaan Ka'abah berikutnya diserah kepada kaum Quraisy yang dipimpin oleh Qusay bin Kilab. Qusay telah berkahwin dengan Hubay...