Posts

Showing posts from January, 2016

Buku The Sons of Beyazid

Image
Entri asal -  geoab . Period interregnum berlaku perang saudara antara sesama anak Sultan Beyazid yang berlarutan selama sebelas tahun. Ada sebuah buku menulis tentang apa sebenarnya berlaku pada period 1402-1413. Buku “The Sons of Beyazid: Empire building and representation in the Ottoman Civil War of 1402-1413” terbitan Brill tahun 2007. Folder: D 1 2019 bayezid timurlane. Kandungan: Introduction - The Battle of Ankara and its consequences. 1 The political landscape after Ankara, 28 July 1402 - Spring 1403. 2 Anatolia between Isa and Mehmed Celebi, Spring 1403 - September 1403. 3 Anatolia between Emir Suleyman and Mehmed Celebi, before March 1403 - June 1410. 4 Rumeli between Emir Suleyman and Musa Celebi, 1409? - Feb 1411. 5 The reign of Musa Celebi and the end of the Civil War, Feb 1411 - July 1413. 6 Narrative and legitimation in the Ottoman Civil War. The Sons of Beyazid – – – – –

Ottoman Period Interregnum 1402-1413

Image
Entri asal -  geoab . Selepas kejatuhan Bayezid pada 1402 Ottoman berada dalam period interregnum. Dalam period ini berlakunya perang saudara sesama putera-putera Bayezid, berebut kuasa memerintah wilayah Ottoman yang telah berpecah. Lima putera Bayezid bernama Mehmed, Sulayman, Isa, Musa dan Mustafa berperang sesama sendiri untuk mendiri kesultanan masing-masing. Putera sulung bernama Mehmed menubuh kesultanan di Amasya. Manakala Sulayman menjadi Sultan Edirne memerintah wilayah Balkan. Isa mendapat kesultanan Bursa. Musa pula berjaya membunuh abang beliau Sulayman pada 1410 dan mendapat kesultanan Edirne. Baca "Age of Fatrah (Interregnum) for Ottoman State". Artikel Ahmed Akgunduz - osmanli org ( link ).   Pintu Gerbang Masuk Karadeniz Technical Uni, Trabzon [Tempat Prof Ortan Gokalp berkhidmat] - - - - -

Sultan Bayezid I dan Perang Ankara 1402

Image
Entri asal - geop wp ( link ): Satu lagi sejarah gelap dalam kerajaan Ottoman berlaku ketika pemerintahan Sultan Bayezid I. Beliau mula memerintah pada 1389 mengganti ayahnya (Murad I) yang terbunuh dalam Perang Kosovo. Pada 1402 berlaku Perang Ankara menentang tentera gabungan kuasa Kristian yang dipimpin Timur (atau Tamerlane). Pasukan Ottoman tewas dan Sultan Bayezid sendiri turut menjadi tawanan. Beliau telah dikurung dalam sangkar besi. Turut menjadi tahanan adalah isteri Bayezid I bernama Despina Hatun. Nama asal beliau ialah Olivera Despina. Beliau adalah anak Raja Serbia, Lazar, yang terbunuh ketika perang Kosovo (bersama Murad I ayah Bayezid). Bayezid meninggal dunia pada 1403 pada usia 48 tahun. Bayezid dan isteri dikatakan mendapat layanan buruk sepanjang tahanan mereka. Turut menjadi tahanan ialah anak Bayezid bernama Mustafa Celebi. (wiki  Bayezid ). Nota:  Ada pula catatan sejarah yang berbeza tentang layanan Timur terhadap Bayezid semasa dalam tahanan. Catatan m...

Sebab Kekalahan Bayezid vs Timurlane 1402

Image
Entri asal -  geoab . Kejatuhan Bayezid akibat kekalahan di tangan Timurlane dalam Perang Ankara pada 1402 amatlah memilukan. Bayezid yang mencapai berbagai kejayaan terutamanya Perang Nikopol tetiba boleh tewas dan lebih tragik menjadi tawanan pula kepada Timurlane. Pasukan tentera Timurlane memang jauh lebih kecil berbanding Bayezid. Pasukan Bayezid pula ramainya askar di kalangan bangsa Serbian yang terpaksa diarah turut ke medan perang bila mana askar Muslim ramai yang menarik diri. Satu sebabnya mereka menarik diri adalah kerana enggan berperang melawan sesama Islam.  Beberapa punca lain yang menyebabkan Bayezid kalah di tangan Timurlane adalah: 1 strategi bijak yang diatur Timurlane di Lembah Cubuk. 2 Menyekat bekalan air sehingga tentera Bayezid menderita dahaga kehausan. 3 Sebahagian pasukan yang menyertai Bayezid berpaling tadah (mereka adalah kumpulan dari Aydin, Germiyan dan Mentese). Ruang tidur sebuah penginapan Hung Hom – – – – –

Ottoman Beyazid I Berdepan Dengan Timurlane 1402

Image
Ottoman Beyazid I menjadi Sultan Ottoman pada period 1398-1402. Beliau menggantikan ayahnya, Murad I yang terbunuh ketika berperang di Kosovo. Beyazid I pada awal pemerintahan amat berjaya dalam usaha melebar wilayah kuasaan Ottoman. Antara yang dapat beliau kuasai ialah Karaman pada tahun 1397. Sebelum itu Karaman adalah di bawah tadbir seorang Beg Muslim. Selepas kejayaan tersebut Beyazid meneruskan pula usaha untuk cuba menawan Constantinople. Beyazid I tidak menggunakan kekuatan senjata sebaliknya mengenakan sekatan kemasukan barang masuk ke Constantinople. Pasukan Beyazid melakukan sekatan tersebut bertahun lamanya sehinggakan Constantinople sudah hampir mengaku kalah. Pada 1401 Beyazid menghentikan operasi Constantinople kerana adanya serangan oleh tentera Timurlane. Sebelum itu Timurlane telah membunuh anak Beyazid bernama Ertugurul selepas Timurlane berjaya menawan wilayah Sivas pada tahun 1400. Beyazid berdepan Timurlane dalam Perang Ankara pada 1402 dan berakhir dengan kekala...