Posts

Showing posts from March, 2016

Tesis Ottoman Bayezid II (r.1481-1512)

Image
Entri asal -  geoab : Sebuah tesis tentang Bayezid II bertajuk "The  Hest Bihist  of Idris Bidlisi: the reign of Bayezid II (1481-1512)" boleh dirujuk untuk mendapat penjelasan lebih terperinci tentang Bayezid II. Tesis phd Edin Uni pada 2000. Kandungan: i A Historical background to Bayezid II's reign ii An outline of Ottoman historiography iii Idris Bidlisi 's life and works iv The Hest Bihist v Civil strife between Bayezid II and Cem in Hest Bihist vi The war with Venice and the development of the Ottoman navy under Bayezid II in Hest Bihist vii Summarised translation of the eighth Book Folder: D 1 2019 Bayezid Timurlane. Gulbahar Hatun Mosque, Trabzon Gulbahar Hatun ialah isteri Bayezid II dan ibu Selim I Dibina pada 1514 ( link ) - - - - -

Peristiwa Period Bayezid II dan Ancaman Safavid Syiah Iran

Image
Ketika sibuk menghadapi penentangan Cem, Raja Bogdan (kini Moldavia) pula mengambil kesempatan menyerang Wallachia yang telah pun menjadi wilayah Ottoman. Bayezid II bertindak dan berjaya menawan kubu Kili dan Akkerman (kini di Ukraine) pada 1489. Pada period yang sama juga Andalusia mula jatuh ke tangan musuh Kristian Sepanyol. Ramai penduduk Muslim Andalusia terpaksa lari keluar menyelamat diri dari serangan Kristian. Bayezid II cakna dengan apa yang berlaku di Andalusia dan mengarah komander laut Kemal Reis untuk membantu. Misi Kemal Reis membantu Andalusia bermula pada 1487 berterusan hingga jatuhnya Granada pada 1492. Pada 1501 Hayruddin Pasya pula turut membantu misi Ottoman di Andalusia serta Afrika Utara khususnya Algeria. Pada 1502 Ottoman Bayezid II mara pula dan membawa Islam memasuki Mora. Sebelum itu Mora adalah bawah kuasa Venetian. Kerajaan Safavid Iran pada 1502 mula diperintah oleh Shah Ismail. Shah Ismail mengambil langkah menukar pegangan Iran dari Sunni kepada Syiah...

Cem (d.1495) Ottoman Period Bayezid II (1481-1512)

Image
Setelah Mehmed (Al-Fatih) meninggal dunia pada 1481 naik mengganti beliau ialah anaknya bernama Bayezid II (b.1447). Namun sejak awal menaiki takhta Bayezid menghadapi tentangan adiknya bernama Cem (b.1459 - ada yang eja Jem). Cem adalah pemerintah Karaman (berpusat di Bursa). Pertempuran berlaku di antara Bayezid dan Cem di Yenishehir. Cem tewas dalam pertempuran dan kembali semula ke Konya. Cem kemudiannya pergi ke Mesir (ketika itu Mesir di bawah Mamluk Kayitbay) dan terus mengerja haji Mekah pada 1481. Selepas menunai haji Cem kembali semula ke Cairo. Bayezid membuat tawaran kepada Cem supaya bersuaka di Jerusalem dan dalam masa sama terus menerima hasil dari Konya. Cem menolak tawaran tersebut dan beliau masih mahukan seluruh wilayah Anatolia. Maka Bayezid bertindak menghantar pasukan diketuai Ahmad Pasha berdepan dengan kumpulan penentang.  Cem seterusnya merancang ke wilayah Ottoman sebelah Eropah. Beliau mahu berpakat dengan pihak Kristian iaitu Knights of St John, Rhodes, ...

Pemerintah Agung Ottoman – Bayezid II (r.1481-1512)

Image
Entri asal -  geoab : Selepas Mehmed II meninggal dunia pemerintahan Ottoman diwarisi pula oleh anaknya Bayezid II. Pemerintahan Bayezid II lebih dianggap sebagai tempoh rehat dari misi penaklukan. Sebaliknya beliau menyatukan empayar dan menyelesaikan masalah ekonomi yang ditimbulkan oleh Mehmed II. Bayezid II berjaya mendapat sokongan Kor Jannasari dan sokongan kaum bangsawan Turki. Dengan sokongan dua pihak tersebut Bayezid II juga dapat mengurangkan kuasa Devsirme. [Baca hujung entri] Satu hal yang berlaku adalah penentangan oleh adik Bayezid bernama Cem (ada yang mengeja Jem). Tentangan Cem dapat diatasi oleh Bayezid menyebabkan Cem lari hingga menuju ke Syria pada 1481. Cem akhirnya berjaya mendapat sokongan puak Mamluk. Beliau juga berjaya mendapat dokongan dari pemimpin Turkmen wilayah Karaman. Pada 1482 Cem bertempur sekali lagi menentang Bayezid. Namun sekali lagi Cem dapat dikalahkan. Bayezid II turut mengambil langkah memperbaiki keadaan ekonomi Ottoman. Antara yang bel...

Sejarah Orang Islam Datang Ke India (3)

Image
Berikut adalah sejarah peringkat ketiga kedatangan orang Islam ke India. Pada tahun 976M Alp Tarkin telah berjaya berkubu di Ghazna. Selepas beliau meninggal dunia diganti pula oleh Sabaktakin. Beliau berjaya menawan Kabul dan Kandahar. Selepas Sabaktakin meninggal dunia diganti pula oleh anak beliau bernama Mahmud. Mahmud terus mara menuju India pada 1005M. Pasukan pimpinan Mahmud berperang dalam tempoh yang berlarutan. Beliau berjaya menawan Nagarakot pada 1009, menawan Dawab pada 1014, Kanuj pada 1019, Kashmir pada 1021, Lahore pada 1024, dan Gujerat pada 1025. Yang terakhir iaitu menawan Gujerat adalah pada period Abbasid al-Qadir. Baca "This mosque is India first" -  bhatkallys . Baca "India's Cheraman Mosque: a symbol of religious harmony". -  aljazeera . Masjid Cheraman, Kerala, India - 30km north of Kochi (source -  quora  dot com) Cheraman Juma Mosque in Methala, Kodungallur Taluk, Thrissur District in the Indian state of Kerala. Built in 629 AD, it is ...

Sejarah Orang Islam Datang Ke India (2)

Image
Berikutnya, pada zaman Umayyad Muawiyah sebuah angkatan perang pimpinan al-Muhallab bin Abu Sufrah telah sampai ke Kabul. Pada zaman Umayyad Abdul Malik bin Marwan (r.685-705), Gabenor Iraq ketika itu al-Hajjaj telah menghantar Panglima Muhammad bin Qasim untuk berdepan dengan tentera India yang ketika itu di bawah pemerintahan Raja Dahar. Selepas Abdul Malik bin Marwan, anak beliau al-Walid bin Abdul Malik (r.705-715) menjadi khalifah. Selepas al-Walid, Sulaiman bin Abdul Malik (r.715-717) pula naik menjadi khalifah. Pada zaman Sulaiman beliau telah memanggil pulang Muhammad bin Qasim. Malah Muhammad telah diperlaku kejam oleh Sulaiman. Beliau telah dirantai, dipenjara dan akhirnya dibunuh. Masjid al-Muhallab bin Abu Sufrah, Muscat, Oman source -  beautifulmosques - - - - -

Sejarah Orang Islam Datang Ke India (1)

Image
Sedikit catatan tentang sejarah orang Islam datang ke India. Hubungan bermula dengan kedatangan orang Arab ke India pada zaman khalifah Umar al-Khattab. Saidina Umar telah mengutus Usman bin Abul 'Ash bersama sebuah pasukan tentera mara ke negara-negara Timur. Pada tahun 22H pasukan tersebut sampai ke Parsi dengan niat untuk menerus mara ke India. [Baca wiki uthman abul ash - link ]. Berikutnya, pada zaman khalifah Usman bin Affan diutus pula Hakim bin Jabalah untuk meninjau India. Kalau di google akan kita temui nama Hakim bin Jabalah yang menawan kota Makran pada tahun 649M. Pada zaman khalifah Ali bin Abu Talib telah dihantar sebuah pasukan pimpinan al-Harits bin Murrah menghala ke India. Tinggalan Binaan Masjid Tua India - Masjid Aror (dibina oleh Muhammad bin Qasim) - - - - -