Posts

Showing posts from April, 2016

Selim I Menguasai Mamluk Mesir Melawan Tomanbay 1517

Image
Kejayaan Selim I menguasai Mamluk yang pada period tersebut pasukan laut negara Eropah sedang menguasai dunia pelayaran. Pelaut Eropah terutama Portugis sudah pun menguasai kawasan Laut India, Laut Merah dan juga Jeddah. Mereka menguasai kesemua kawasan tersebut setelah mengalahkan angkatan laut Mamluk dalam Perang Diu berdekatan pantai Laut India. Kini menjadi tugas Ottoman pula berdepan dengan armada Portugis mempertahan wilayah Mamluk yang baru dikuasai Selim I.  Pada period ini juga Mamluk Mesir dipimpin oleh Sultan Tomanbay menggantikan Kansu al-Ghawri yang terbunuh ketika berdepan tentera Ottoman. Selim I menghubungi Tomanbay dan membuat tawaran beliau terus berkuasa di Mesir dengan beberapa syarat. Selim I meminta Tomanbay mengiktiraf wilayah Ottoman dan menyebut nama Sultan Ottoman dalam khutbah Jumaat dan mengguna wang syiling Ottoman. Malangnya, Tomanbay berkeras menolak semua syarat tersebut. Akhirnya pada 1517 Selim I menghantar pasukan berdepan Mamluk pimpinan Tomanbay...

Selim I Berdepan Mamluk Mesir 1516

Image
Selepas Selim berjaya di medan Chaldiran beliau merancang pula untuk mara terus ke wilayah Iran. Dalam masa sama Shah Ismail pula berpakat bersama Mamluk untuk menyekat kemaraan Selim masuk ke wilayah Safavid. Pada Sep 1516, Selim I menyediakan pasukan seramai empat puluh ribu tentera diketuai Sinan Pasha untuk mara ke Iran. Mamluk Mesir pula menyediakan pasukan seramai lima puluh ribu tentera ke Syria. Pasukan tersebut diketuai sendiri oleh Sultan Mamluk, Kansu al-Ghawri. Mereka ke Syria sebagai benteng menahan kemaraan Selim I dari memasuki Iran. Tindakan yang di ambil oleh Kansu al-Ghawri dari satu sudut adalah amat janggal kerana sebagai Sunni beliau tidak sepatutnya bersama dengan Shah Ismail pemimpin Syiah Safavid. Selim menghantar wakil bertemu Sultan Mamluk di Aleppo berbincang mengenai tindakan Ottoman mara ke Iran. Malangnya, wakil Selim I yang datang telah ditahan oleh Sultan Mamluk Aleppo. Wakil Selim I tersebut akhirnya dibebaskan setelah tentera Selim I yang mara tiba di ...

Selim I Berdepan Safavid Shah Ismail - Perang Childiran 1514

Image
Period pemerintahan Selim I ialah pada 1512-1520. Antara yang berlaku ketika pemerintahan Selim I ialah ancaman berterusan dari Safavid Shah Ismail khususnya menyebar fahaman Syiah di wilayah Ottoman. Dikatakan seramai empat puluh ribu penduduk Anattolia yang terpengaruh dengan ajaran Syiah. Shah Ismail juga bertindak keras membunuh seramai enam puluh ribu Sunni di Azerbaijan. Tentu sekali Selim I marah dengan perkembangan tersebut. Shah Ismail juga cuba berpakat dengan pemerintah Mamluk Mesir untuk membantu bersama menghadapi Ottoman.  Pada 1514 Selim I menyedia pasukan untuk berdepan dengan Syah Ismail Safavid. Mereka bertempur dalam Perang Childiran pada Ogos 1514. Pasukan Selim I berjaya dalam pertempuran tersebut walau pun pada awalnya mengalami kejutan dan ramai tentera Ottoman yang syahid. Berikutnya pasukan Selim I terus mara memasuki Tabruz.  Pada masa itu telah masuk musim sejuk. Selim I mengambil keputusan untuk berkubu dan bertahan dahulu sebelum meneruskan kemaraa...

Perlantikan Ottoman ke9 Selim I (r.1512-1520)

Image
Perebutan takhta Ottoman selepas Bayezid II berakhir dengan lantikan Selim I sebagai Sultan Ottoman ke9. Walau telah menduduki takhta Sultan Selem I masih berasa belum selamat dan bimbang terhadap ancaman dari dua saudaranya Ahmad dan Korkut. Selim I akhirnya membuat helah mengutus surat jemputan 'palsu' kepada kedua saudara tersebut menjemput datang ke Istanbul. Surat tersebut atas nama pembesar Ottoman kononnya bertujuan melantik masing-masing mereka sebagai sultan. Apabila tiba di Istanbul kedua saudara tersebut telah ditangkap dan seterusnya dibunuh. [Catatan ini adalah dari buku Maksudoglu m/surat 101 - sekilas baca macam ada perbalahan fakta dengan wiki].  Berikutan peristiwa tersebut Selim digelar Yavuz yang membawa makna ' ruthless and harsh '. Namun begitu kalangan warga Ottoman menyokong Selim dan mengangkat beliau sebagai pemerintah ' resolute, able and efficent '.  Nota: Menurut wiki Ahmed terbunuh dalam pertempuran menentang pasukan Selim I di Yenis...

Perebutan Pengganti Bayezid II

Image
Pada hujung pemerintahan Bayezid II isu besar yang dihadapi oleh Ottoman ialah ancaman dari Safavid Syiah yang diketuai Shah Ismail. Bayezid II pula sudah berkira untuk mengundur diri dari mengetuai pemerintahan. Beliau mulanya sudah bercadang memilih anak bernama Ahmad sebagai pengganti. Ahmad ketika itu merupakan pembesar di wilayah Amasya. Bersaing dengan Ahmad ialah seorang lagi anak Bayezid bernama Korkut. Korkut berusaha mengenepi Ahmad dan cuba mendapatkan sokongan militari  namun gagal. Ahmad pula meneruskan usaha menentang ancaman Syiah oleh Safavid Shah Ismail. Ancaman tersebut dilancar melalui agen beliau di Anatolia bernama Shahkulu. Walau bagaimana pun usaha Ahmad mengalami kesukaran. Akhirnya para pembesar Ottoman meminta seorang lagi anak Beyazid, Shehzade Selim, bagi mengetuai penentangan Safavid di wilayah Anatolia.  Masjid Selim I, Istanbul [dibina pada 1522 -  tour  link ] Sebaik mengetahui Bayezid mahu melantik Ahmed sebagai pengganti, Selim, yang...