Tokoh Sejarah Islam al-Waqidi Period Abbasid
Sebelum zaman At-Tabari ada seorang lagi historiografi Islam yang terkenal iaitu al-Waqidi (747-823). Nama sebenar beliau adalah Muhammad bin 'Umar al-Waqidi. Beliau diakui sebagai seorang yang diiktiraf dalam banyak bidang. Autoriti beliau sangat tinggi dalam hal mengenai maghazi, sirah, penaklukan awal Islam (conquest), fiqah dan sejarah. al-Waqidi juga menyampaikan (transmitted) keterangan yang pernah ditulis oleh ulama terdahulu seperti al-Awza'i, Malik bin Anas, al-Thawri, dan Abu Ma'ahar. Selanjutnya, tulisan al-Waqidi kemudian dikutip oleh as-Syafie dan Ibn Sa'd (yang digelar khatib kepada al-Waqidi). Sunggoh pun al-Waqidi diangkat sebagai sangat dipercayai dalam sejarah dan feqah beliau sebaliknya dikategori tidak boleh diterima dari segi hadis. Namun begitu, at-Tabari sering memetik dari al-Waqidi mengenai perkara kehidupan Rasulullah, penaklukan dan sejarah lain ketika period dua abad pertama Islam. At-Tabari memetik kebanyakannya dari karya al-Waqidi, Kitab a...