Sultan Perak ke22 - Sultan Abdullah Muhammad Syah (1851-1857)

Selepas kemangkatan Sultan Shahabuddin (Sultan Perak ke-21) naik mengganti ialah sepupu almarhum yang bernama Raja Abdullah. Beliau ialah anak kepada Raja Kecil Abdul Rahman ibni Sultan Ahmaddin Syah. Bermakna Raja Abdullah ialah cucu kepada Sultan Ahmaddin (Sultan Perak ke-18). Raja Abdullah menjadi Sultan Perak ke-22 dengan gelaran Sultan Abdullah Muhammad Syah I dan bersemayam di Durian Sebatang, Teluk Intan. Tidak lama setelah Sultan Abdullah menaiki takhta mulalah berlaku perbalahan kerana perebutan kuasa antara kerabat diraja Perak. Perebutan tersebut melibatkan Sultan Abdullah dan anak beliau Raja Yusuf di satu pihak dengan para pembesar yang diketuai Raja Ngah Jaafar (iaitu Raja Bendahara). Raja Ngah Jaafar ialah anak kepada Sultan Abdul Malik Mansur Syah (i.e., Sultan Perak ke-19). Pada 1850 Pembesar Perak, Raja Muda Ngah Ali, telah bertindak sebagai wakil Sultan Perak mengurnia Daerah Larut kepada Cik Long Jaafar. Penyerahan tersebut di tandatangani oleh beliau bersama bebera...