Posts

Showing posts from November, 2016

Sultan Perak ke27 - Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Syah (1877-1886 dan 1886-1887)

Image
Period pemerintahan Sultan Perak ke-26, Sultan Abdullah (Batak Rabit) hanya sepanjang sekitar dua tahun sahaja 1874-1876 dan penuh dengan pelbagai sejarah hitam. Period pemerintahan beliau mencatat peristiwa berlakunya pembunuhan JWW Birch yang diikuti dengan tindak balas Inggeris memburu mereka yang terlibat dengan peristiwa tersebut. Pemerintahan Sultan Abdullah berakhir apabila beliau turut ditangkap kerana dituduh terlibat sama dalam pembunuhan Birch. Pada sekitar 1877 Sultan Abdullah telah di bawa ke Singapura dan berikutnya telah di buang negeri jauh ke Pulau Seychelles. Sepanjang ketiadaan Sultan Abdullah Inggeris telah melantik Raja Yusuf sebagai Pemangku Raja atau Regent Perak. Raja Yusuf adalah putera kepada almarhum Sultan Abdullah Muhammad, Sultan Perak ke-22. Selepas kemangkatan bapanya pada 1857 Raja Yusuf gagal mendapatkan jawatan Raja Bendahara yang selayaknya untuk beliau. Begitu juga apabila mangkatnya Sultan Jaafar pada 1865, Raja Yusuf sekali lagi diketepikan dari j...

Sultan Perak ke26 - Sultan Abdullah Muhammad Syah II (1874-1876)

Image
Sultan Perak ke-26 ialah Raja Abdullah ibni al-Marhum Sultan Jaafar Muazzam Syah. Beliau memakai gelaran Sultan Abdullah Muhammad Syah II dan bersemayam di Batak Rabit. Lantikan Raja Abdullah sebagai Sultan dan period pemerintahan beliau adalah suatu yang amat kontroversi dan penuh sejarah.  Raja Abdullah dinaik menjadi Sultan oleh Inggeris ekoran keputusan Perjanjian Pangkor Januari 1874. Pada ketika itu Sultan Ismail masih menjadi Sultan Perak dan bersemayam di Belanja. Perjanjian Pangkor juga membuat keputusan menurunkan pangkat Sultan Ismail kepada Sultan Muda dan diberi elaun bulanan. Namun begitu lantikan Sultan Abdullah melalui Perjanjian Pangkor juga memberi ruang Inggeris campurtangan dalam pentadbiran Perak. Pegawai Inggeris pertama yang datang ke Perak ialah JWW Birch. Beliau menimbulkan banyak masalah dan kemarahan kepada kerabat diRaja serta pembesar Melayu Perak. Kemuncaknya sehingga berlaku peristiwa pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak. Selepas peristiwa pembunuhan B...

Sultan Perak ke25 - Sultan Ismail Mu'abidin Riayat Syah (1871-1874)

Image
Lantikan dan pertabalan Sultan Perak ke-25, memang satu yang kontroversi. Raja Bendahara Ismail yang bersemayam di Belanja telah dipilih sebagai Sultan mengambil tempat al-Marhum Sultan Ali. Mengikut hirarkinya sepatut menjadi Sultan ialah Raja Muda Abdullah yang bersemayam di Batak Rabit. Namun beliau tidak pun mudik keSayong untuk upacara permakamam dan pertabalan. Setelah menunggu selama lebih sebualan makanya para pembesar negeri telah membuat keputusan Raja Bendahara Ismail dipilih sebagai pengganti Sultan. Raja Ismail adalah putera Raja Nandak binti al-Marhum Sultan Ahmaddin Syah. Bapa beliau ialah Sayid Syaikh Al-Khairat keturunan Raja Siak. Pada awalnya selepas kemangkatan MarhumDurian Sebatang, putera al-Marhum bernama Raja Yusuf telah menuntut pangkat Raja Bendahara. Namun tuntutan Raja Yusuf tidak diterima oleh Sutlan Jaafar serta orang orang besar Perak lain. Maka itulah Raja Ismail yang dilantik sebagai Raja Bendahara. Apabila Raja Bendahara Ismail ditabal sebagai Sultan b...

Sultan Perak ke24 - Sultan Ali al-Mukammal Inayat Syah (1865-1871)

Image
Ketika Sultan Jaafar Muazzam Syah mangkat yang memegang jawatan Raja Muda ialah Raja Ngah Ali. Maka Raja Muda Ngah Ali pun dilantik menjadi Sultan Perak ke-25. Beliau memakai gelaran Sultan Ali al-Mukammal Inayat Syah dan bersemayam di Sayong, Kuala Kangsar. Sultan Ali ialah anak kepada Marhum Sultan Shahabuddin (Sultan Perak ke-21). Raja Abdullah dilantik menjadi Raja Muda dan bersemayam di Batak Rabit. Manakala Raja Bendahara ialah Raja Ismail bersemayam di Belanja. Raja Yusuf putera Marhum Durian Sebatang tidak memegang jawatan apa pun kerana beliau tidak disukai ramai orang besar Perak. Pada 1870 Raja Muda Abdullah, tanpa meminta persetujuan Sultan Ali,  telah memajak satu kawasan tanah di Kerian kepada seorang peranakan Eropah bernama Edward Bacon, yang berniaga di Pulau Pinang. Hal ini telah membawa kemarahan kepada Ngah Ibrahim yang ketika itu menguasai daerah Larut. Maka timbullah perselisihan antara Raja Muda Abdullah dengan Cik Ngah Ibrahim.  Pada 1871 Sultan Ali Ina...

Sultan Perak ke23 - Sultan Jaafar Muazzam Syah (1857-1865)

Image
Selepas kemangkatan Sultan Abdullah pada 1857 naik memegang takhta Sultan Perak ialah Raja Ngah Jaafar. Beliau adalah cucu kepada Sultan Abdul Malik Mansur Syah (Sultan Perak ke-19). Raja Ngah Jaafar menjadi Sultan Perak ke-23 dengan gelaran Sultan Jaafar Muazzam Syah dan bersemayam di Pasir Panjang. Setelah naik takhta Sultan Jaafar telah melantik Raja Ngah Ali sebagai Raja Muda, Jawatan Raja Bendahara pula dipegang oleh Raja Ismail bin Sayyid Syeikh Raja Siak. Bonda beliau ialah Raja Nandak puteri al-Marhum Sultan Ahmaddin Syah. Raja Yusuf tertolak dari jawatan Raja Bendahara kerana beliau tidak disukai oleh Sultan Jaafar. Pada 1857 juga Long Jaafar meninggal dunia. Beliau diganti oleh anaknya Cik Ngah Ibrahim. Pada 1860 orang-orang Cina pekerja lombong bijih telah terbahagi kepada dua kumpulan - Hai San (puak Kantonis) dan Ghi Hin (puak Hakka/Hokkien). Pada 1861 berlaku pergaduhan besar di antara Ghi Hin dan Hai San. Ghi Han kalah dan banyak harta benda binasa dan banyak orang merek...