Posts

Showing posts from January, 2017

Suleyman I dan Szivetgar Hungary

Image
Entri asal - geop wp ( link ): Sultan Suleyman I dikatakan sebagai Sultan paling cemerlang dalam senarai pemerintah Ottoman. Satu kenyataan yang sesuai dengan gelaran yang beliau miliki iaitu Suleyman The Magnificient. Suleyman banyak memimpin sendiri peperangan meluaskan empayar Ottoman. Beliau berjuang hingga akhir hayat dan meninggal dunia dalam khemah perang ketika bersama pasukan di Szigetvar Hungary pada 1566. Ketika itu Suleyman sudah pun berusia 72 tahun tetapi masih aktif di medan perang. Pertempuran di Hungary tersebut sangat signifikan bukan sahaja kepada Ottoman malah turut diingati oleh masyarakat Hungary. Menurut sebuah berita para pengkaji telah menemui pusara Suleyman di Szigetvar. Baca "Tomb of Suleiman the Magnificent in Szigetvár". Medieval EU 2016 -  link . Baca "Hungary: Unearthing Suleiman the Magnificent’s tomb. Small Hungarian town hopes discovery of Ottoman sultan’s tomb will bring much needed visitors and revival". Al Jazeera 2016 -  link ....

Ottoman Suleyman Melawan Tentera Eropah

Image
Entri asal geoab -  link : Salah satu kehebatan Suleyman The Magnificient adalah keberanian dan kegagahan beliau dan tenteranya berdepan dengan tentera musuh dari negara Eropah. Sebanyak tiga belas siri peperangan berlaku di antara Ottoman dengan Barat dan kesemuanya dipimpin sendiri oleh Suleyman. Kempen peperangan pertama adalah pada 1521 iaitu dikenali The First Hungarian Campaign atau The Campaign of Angurus. Suleyman berjaya membuka jalan masuk ke Belgrade. Penduduk Belgrade diberi pilihan meninggalkan kota Belgrade atau terus mendiami Belgrade dengan membayar jizyah. Seterusnya pada 1522 Suleyman masuk menyerang Rhodes Island. Pada masa tersebut Rhodes menjadi kubu kuat tentera Yahudi. Mereka bertahan dan mendiami Pulau Rhodes selepas perang Sabil dan mendirikan Knights of St John. Mereka juga bersepakat dengan Mamluk Mesir menentang Ottoman pimpinan Suleyman. Pertempuran yang berlaku di Rhodes dikenal nama Perang Reydanniyah. Pada 1526 berlaku perang kedua dengan Hungary. Pe...

Pembaikan Masjidil Haram Oleh Suleyman

Image
Entri asal - geoab (link): Salah satu sumbangan besar Sultan Suleyman adalah usaha beliau dalam projek pembesaran Masjidil Haram Mekah. Kerja pembesaran tersebut dibuat bermula pada tahun 1564. Masjidil Haram telah melalui beberapa siri pembaikan dan pembesaran sebelum period Ottoman. Pembesaran pertama berjalan pada period Umar al-Khattab pada 638M. Seterusnya pembaikan juga dilakukan oleh Uthman bin Affan pada 646, Abdullah bin al-Zubair (684), Abdul Malik bin Marwan (694), al-Walid bin Abdul Malik (710), Abu Jaafar al-Mansur (754), Muhammad al-Mahdi (776), al-Mukhtadid (894), dan al-Muqtadir (918). Turut menyumbang dalam pembaikan dan pembesaran adalah pemerintah Mamluk al-Nasir bin Marquq (1400) dan al-Asyraf Qayitbai (1477). Baca "Ottoman's centuries of great service to the holy lands". Daily Sabah 2017 -  link "The history of al-Masjid al-Haram and the history of the Ummah". Islamicity 2016 -  link . "Ottoman spatial organization of the pre-modern Cit...

Ancaman Portugis Ketika Period Suleyman

Image
Entri asal geoab -  link : Ketika period pemerintahan Sultan Suleyman selain ancaman Kristian Sepanyol berlaku juga serangan kapal laut tentera Portugis. Malah ancaman pasukan Portugis lebih kritikal kerana mereka sudah sampai ke wilayah Haramain Mekah dan Madinah. Walau pun kemaraan mereka dapat disekat namun ternyata bahaya. Antara tahun 1517-1519 Ottoman telah pun menguasai Mesir, Syria, Yaman dan juga Mekah. Pada 1534 pula Baghdad dapat ditawan dan Basrah pada 1546. Bermakna Ottoman telah berjaya menguasai Laut Merah dan Teluk Parsi. Ekspedisi Ottoman mengekang Portugis bermula pada 1538 dari Pelabuhan Suez dengan pimpinan Suleyman Pasya. Beliau berjaya menakluki Aden di Yemen. Pada 1539 Portugis telah mara hingga berdekatan Jeddah. Syarif Makkah (mm) bertindak membuat perisytiharan di pasar Mekah meminta kabilah Arab berjihad. Mereka turun dengan lengkap bersenjata ke Jeddah dan akhirnya berjaya menghalau Portugis dan menyelamat Tanah Suci. Portugis yang gagal di Jeddah namun ...

Armada Ottoman Suleyman dan Misi Aceh

Image
Entri asal - geoab ( link ): Period pemerintahan Suleyman juga menyaksikan kemaraan Portugis ke wilayah Aceh Indonesia. Aceh ketika itu di bawah pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah. Beliau memerintah Aceh pada 1537-1571. Ketika itu angkatan Portugis telah pun menguasai Melaka dan merancang misi untuk mara ke Aceh. Maka Sultan Alauddin telah memohon Sultan Suleyman supaya Ottoman menghantar armada tentera membantu Aceh menghadapi Portugis. Khabarnya utusan Aceh telah sampai ke Istanbul namun ketika itu Sultan Suleyman tidak berada di Istanbul kerana beliau dalam ekspedisi tentera di Svitgetvar. Tidak lama kemudian Sultan Suleyman meninggal dunia pada 1566 semasa berada di medan pertempuran. Ini menyebabkan bantuan ke Aceh menjadi tertunda. Kemudiannya apabila Sultan Selim II mengganti Sultan Suleyman beliau telah melantik Hidir Reiss untuk tugas membantu Aceh menghadapi Portugis. Malangnya pada waktu sama armada Hidir Reiss terpaksa menuju Yaman menghadapi pemberontakan Shiah Zaidi...

Fracticide, Suleyman, Roxelana dan Mustafa

Image
Entri asal - geoab ( link ): Suatu hal yang berlaku pada zaman period Suleyman yang mencetus kontroversi adalah pembunuhan ke atas waris dan pesaing takhta Ottoman. Antara yang turut dibunuh adalah anak-anak Suleyman sendiri iaitu Mustafa dan Bayezid. Tetapi amalan ini berlaku bukannya kerana dorongan politik ingin berkuasa tetapi lebih kepada kerana tindakan menderhaka terhadap pemerintah yang sah. Tanpa mengira sama ada penderhaka itu daripada keluarga sendiri atau tidak. Baca m/surat 246 buku Abdul Rahman Hj Abdullah. Walau bagaimana pun tidak dinafikan adanya kemungkinan unsur hasutan di sebalik tindakan pembunuhan tersebut. Penghasut tersebut tidak lain ialah Roxelana (atau Hurrem Sultan) iaitu isteri atau tepatnya gundek kepada Sultan Suleyman. Beliau dikatakan berdarah Yahudi dari Ukraine. Dia menjadi wanita paling berkuasa dalam harem selepas Bonda Sultan. Roxelana menghasut Sultan Suleyman melantik anak mereka Selim sebagai ganti Sultan yang baru. Baca "Why did Suleyman t...

Tesis Ottoman Rulership in the Age of Suleyman

Image
Menyambung tentang Ottoman Suleyman (r.1520-1566). Sebuah tesis bertajuk " The Sultan and Sultanate: Envisioning Rulership in the Age of Suleyman the Lawgiver, 1520-1566". Tesis phd Harvard Uni 2005. Cuma 10 m/surat pertama yang boleh dimuat turun. Baca juga Suleyman the Magnificent. Artikel osu -  link . Nota: Central European Universities menawarkan subjek Rethinking the Ottoman". info dari ceu  link . Buku-buku lain tentang Suleyman: Uriel Heyd's Studies in Old Ottoman Criminal Law (Oxford: Clarendon Press, 1973) contains an English translation of Süleyman’s law code, in addition to an analysis of it.  Leslie Peirce's Imperial Harem (New York: Oxford University Press, 1993) discusses not only Süleyman’s wife but also the politics of the Ottoman royal household in general up through the seventeenth century.  Tijana Krstić's Contested Conversions to Islam (Stanford, CA: Stanford University Press, 2011) gives a good overview of "confessionalization"...

Ottoman ke10 Suleyman I (1520-1566)

Image
Entri asal geoab -  link : Selepas Selim II meninggal dunia menaiki takhta Ottoman ialah anak beliau, Sultan Suleyman. Jawatan terakhir Suleyman sebelum menjadi Sultan adalah Gabenor Manisa (dulunya Saruhan). Period pemerintahan Sultan Suleyman menjangkau selama 46 tahun dan beliau merupakan Sultan Ottoman yang paling lama memerintah. Berbagai gelaran diberi kepada Suleyman. Antaranya adalah Suleyman The Magnificient sebagai menghargai kecemerlangan zaman pemerintahan beliau. Ada juga gelaran Suleyman Al-Qanuni kerana menghargai usaha beliau menggubal kanun undang-undang ketika memerintah. Suleyman mewarisi dari ayahnya kerajaan yang kuat, perbendaharaan negara yang teguh, pasukan tentera yang perkasa serta tanpa pencabar takhta. Namun timbul juga beberapa pemberontakan dalaman. Pada 1521 muncul pemberontakan oleh Gabenor Syam, Janberdi Gazali. Gabenor Syam tersebut berpakat dengan Hayri Beg (Gabenor Mesir?) untuk menghidupkan kembali kerajaan Mamluk Mesir. Pemberontakan ini dapat ...

Folder 1 Geo Korea

Image
  Bacaan folder D 1 geo korea: The development of early Sunnite hadith critism: the Taqdima of Ibn Abi Hatim al-Razi 854-938. Eerik Dickinson. Brill, 2001. Hussein Abdul-Raof (2018). New horizons in Qur'anic linguistic: a syntactic, semantic and stylistic analysis. Routledge. [ he is at Taibah Uni] Hussein Abdul-Raof (2010). Schools of Qur'anic exegesis: genesis and development. Routledge. [he is at Leeds Uni] Hussein Abdul-Raof (2019). Text linguistics of Qur'anic discourse - an analysis. Routledge. [Hussein at Taibah Uni] Earth sciences in the age of satellite. Jean Pouquet. First published in 1971. Al-Kashshaf: Al-Zamakhshari's Mu'tazillite exegesis of Qur'an. Kifayat Ullah. De Gruyter. 2017 Stars and satellites: Women in early British and Irish astronomy. Mary Bruck. Springer. 2009.   Taman Rekreasi Spritzer - - - - -