Posts

Showing posts from February, 2017

Bacaan Tentang Sejarah British Di Perak

Image
Bacaan mengenai sejarak silam perak. "Playing along the Perak River: Readings of an Eighteen-Century Malay State" oleh Husni Abu Bakar. Southeast Asian Studies, Vol 4, No 1, April 2015. 34 pages.  "Perak disturbances 1871-75: British colonialism, the Chinese secret societies and the Malay Rulers" oleh Azmi Ariffin. Jurnal Jebat, 39(1), July 2012. 24 pages. "Perak and the Kinta Valley" oleh Victor T King and Mohamed Halib. 68 pages. Draft 2008. "The origins of British colonization of Malaya with special reference to its tin" oleh Hideo Yamada. 21 pages. Jendela Masa - Kumpulan Esei Sempena Persaraan Khoo Kay Kim. Penerbit Universiti Malaya. 2001. 262 pages. Folder DT50 1 2020 Perak Sultanate.   Taman Rekreasi Spritzer - - - - - 

Fracticide Ottoman Selim II

Image
Entri asal geoab -  link : Semasa pemerintahan Selim II amalan fracticide masih diteruskan. Kali ini anak-anak dan ahli keluarga Selim II pula yang menjadi mangsa. Petikan berikut di ambil dari satu laman online ( link ). Setakat mana betulnya fakta tersebut perlu bacaan lanjut: Selim II opened the list of weak sultans – the lack of 'survival of the fittest' in the form of battles of brothers after the death of their father could be felt. The practice of murdering brothers was continued by successive rulers, until Mehmed III. When he took the throne in 1595 he ordered to kill his 19 brothers. It evoked such depressing impression that the same sultan changed the course of action towards his sons: instead of sending them to the country to learn how to rule, he ordered to keep them in closed pavilions of the castle harem, called kafes (cage). The dukes were forbidden to leave the kafes or conceive children. They lived in constant fear of execution, which favoured mental illnesses ...

Pertempuran Period Selim II

Image
  Entri asal geoab -  link : Pentadbiran Selim II sebenarnya banyak diserahkan kepada Perdana Menteri beliau bernama Mehmed Pasya. Tidak berapa lama selepas naik takhta pada 1567 Selim II membuat perjanjian damai dengan Austria. Selim II juga mengiktiraf kekuasaan beberapa wilayah seperti Wallachia dan Bogdan (Moldova). Pada 1568 berlaku pula pergolakan di Yaman ditimbulkan oleh puak Syiah Zaidiyah. Pergolakan tersebut dipimpin oleh Imam Muhtar dan Selim II menghantar Hidir Reiss untuk menghadapi ancaman tersebut. Pada ketika itu Hidir Reiss sedang dalam perjalanan ke Aceh untuk misi membantu. Namun beliau terpaksa membatal rancangan ke Aceh sebaliknya belayar ke Yaman. Pada 1569 Selim II mengadakan perjanjian dengan Raja Charles IX Perancis. Dikatakan juga perjanjian sebeginilah yang kemudiannya membawa kepada kehancuran Ottoman. Satu perkara yang berlaku ketika pemerintahan Selim II adalah jatuhnya wilayah Astrakhan pada 1557 ke tangan Russia. Akibatnya terhalangnya perjalan...

Ottoman ke11 Selim II (r.1566-1574)

Image
Entri asal  geoab -  link : Selim II naik takhta Ottoman mengganti bapanya Suleyman The Magnificient yang meninggal dunia pada 1566 di khemah medan Perang Szigetvar, Hungary. Suleyman memang banyak memimpin perang melebarkan empayar (baca senarai peperangan zaman Suleyman -  wiki ). Amat berbeza pula dengan Selim II yang dikatakan tidak pernah turun memimpin perang sepanjang period pemerintahan beliau. Makanya sejarawan mengatakan beliau adalah pemerintah yang lemah dan period pemerintahan beliau sebagai permulaan jatuhnya Ottoman. Namun hal tersebut berlaku kerana Selim II diangkat sebagai pengganti Sultan dengan campur tangan dan helah ibu beliau Roxelana. Salah seorang pesaing Selim II yang turut terbunuh angkara hasutan Roxelana ialah Mustafa (1515-1553). Baca artikel jurnal "Murder of Şehzade Mustafa as an ordinary but very painful event in terms of the Ottoman history". Jurnal Childs Nerv System 2016 - Springer  link . Petikan dari sebuah laman online ( link ):...

Period Ottoman Selim II Selepas 1571 hingga 1574

Image
Berikut adalah beberapa misi Ottoman ketika period Salem II sekitar 1571 hingga kematiannya 1574. Catatan diambil dari buku Maksudoglu page 139-142. 1571: Osmanli defeat at Lepanto (Inebahti) Kejayaan Ottoman Selim II memasuki Cyprus telah membuatkan Kristian Eropah bertindak menyerang balas. Pada 1571 pasukan pakatan Papal, Spanish dan Venetian telah bergabung  membetuk pasukan laut. Mereka datang menyerang pasukan Ottoman di Lepanto (Inebahti) diketuai Don Juan, anak kepada Raja Charles V. Mereka dapat mengalahkan Ottoman yang diketuai Uluch Ali Pasha. 1572: Attempt at Suez Canal  Pada sekitar period Selim II Portugis  telah menguasai laluan pelayaran ke Lautan India. Mereka turut menganggu pelayaran kapal jemaah haji menuju Mekah/Jeddah. Ottoman bertindak dan cuba membantu memudahkan pelayaran jemaah haji menuju Mekah. 1573-1574: Annexation of Tunisia Kejayaan menguasai Tunisia adalah atas usaha yang diketuai Vizier Sinan Pasha dan Kapten Kilich Ali Pasha. Mereka berja...

Ottoman Selim II (r.1566-1574)

Image
Selim II adalah anak kepada Suleyman The Magnificient. Ayah Suleyman meninggal dunia pada 1566 ketika berada dalam khemah perang di Szigetvar, Hungary. Beliau mengetuai pasukan tentera Ottoman masuk ke wilayah Hungary. Ketika itu usia Suleyman sudah pun 72 tahun. Sebelum berangkat ke medan perang beliau sudah mulai sakit. Ketika Suleyman meninggal dunia Selim II masih bertempur bersama pasukan di medan Perang di Belgrade. Sebaik mencapai kemenangan Salim II mengutus berita kepada ayahnya tanpa mengetahui Suleyman sudah tiada. Berikutnya, sekembali ke khemah tempat jenazah Suleyman, Selim II dilantik sebagai sultan Ottoman pada Sept 1566. 1569: Attempt to construct the Volga Canal. The purpose is to keep the Russian out of the lower Volga basin. 1570-1571: Membuka Cyprus kepada Islam. Cyprus kerap menimbulkan ancaman dengan menganggu laluan jemaah haji ke Hijaz.to Islam.Mustafa Pasha dan Piyale Pasha ditugas untuk menentang ancaman musuh. Pada 1570 mereka berjaya membuka Kyrenia (Girne)...