Posts

Showing posts from May, 2017

Golongan Radikal MCA

Image
Tokoh Young Turks / Pejuang Radikal MCA Dr Lim Chong Eu. Tokoh MCA lain yang bersama dalam kumpulan radikal Young Turks ialah Too Joon Hing, Yong Pung How (Ketua Publisiti MCA) dan Ng Ek Teong.  Dong Jiao Zong ditubuh pada 1951 diketuai oleh Lim Lean Geok. Lombong Timah Rahman Hydraulic source: sobri yaacob dot com - - - - -

Young Turks Dalam MCA

Image
Kumpulan Young Turks dalam MCA diketuai oleh Dr Lim Chong Eu. Tokoh MCA lain yang bersama dalam kumpulan radikal YT ialah Too Joon Hing, Yong Pung How (Ketua Publisiti MCA) dan Ng Ek Teong. Kumpulan pengasas MCS pula dipanggil golongan pengawal tua (Old Guards - OG). Antara perkara yang dibangkitkan oleh Young Turks adalah soal bahasa dan dasar pelajaran. Mereka tidak setuju tolak ansur dalam tentang bahasa, pendidikan dan perkara-perkara yang terkandung dalam perlembagaan yang dipersetujui oleh golongan PT. Isu yang dibangkit oleh YT disokong pula oleh para guru dan murid sekolah Cina yang berdemonstrasi pada akhir 1957. YT menyatakan secara terbuka pendirian untuk mendapatkan kesakmaan hak dan memastikan pengekalan bahasa dan sekolah Cina. Isu sekolah Cina mulanya diperjuang oleh Persatuan Guru Sekolah Cina Bersatu UCSTA. Persatuan UCSTA (kini dikenali nama Dong Jiao Zong) ditubuh pada 1951 diketuai oleh Lim Lean Geok dan mereka membantah keras Ordinan Pelajaran 1952. Kemuncaknya ada...

Pemimpin MCA - Tun HS Lee

Image
MCA ditubuh pada 1946 oleh tiga tokoh yang menjadi pengasas iaitu Tun HS Lee, Tun Tan Cheng Lock dan Leong Yew Koh (entri). Tun HS Leey atau nama penuhnya Henry Lee Hau Shik dilahir pada 1900 di Hong Kong. Beliau ialah anak sulung satu keluarga peniaga kaya yang membuka pejabat di Hong Kong dan Singapura. HS Lee adalah lulusan Ekonomi dan Undang-undang London University. Beliau pernah bekerja dengan P&O Bank, di HK. Beliau datang ke Malaya untuk bercuti pada 1924. Namun telah terus menetap apabila beliau membeli sebuah lombong di Kepong dan kemudiannya menjadi pelombong berjaya di Selangor dan juga Perak. Semasa Jepun datang menyerang Tanah Melayu HS Lee sempat melarikan diri ke Mumbai, India. Selepas tamat perang Jepun beliau kembali ke Malaya dan dilantik menjadi ahli jawatankuasa untuk membangun semula ekonomi Malaya. Pada 1949 HS Lee mula berusaha membuat deraf penubuhan MCA bersama Yong Shook Lin dan Khoo Teik Ee. Mereka kemudiannya menjemput Tan Cheng Lock untuk mengetuai MCA...

Bacaan Tentang Penubuhan Parti MCA

Image
Parti politik kaum China Malaysia mempunyai sejarah sejak sebelum tahun kemerdekaan Malaysia. MCA ditubuh pada 1946. Sebuah buku "Chinese politics in Malaysia: A history of the MCA" oleh Heng Pek Khoon terbitan tahun1988. Buku tersebut berasas dari tesis phd soas Heng pada 1984. The historical background: Chinese settlements and political institutions in Malaya. Radicalization of Chinese politics and the conservative revival. The social and ideological foundations of the MCA. The Emergency: Beginning of indigenization. The maturation of MCA politics. The MCA and the politics of Independence. The Independence constitution. Epilogue: from indigenization to marginalization. Baca juga tesis "The Chinese Peninsular Malaysia: a study of race relations in a plural society". Tesis oleh Ting Chew Peh, Warwick University pada 1976. [warwick -  link ] Folder: D 1 2021 Februari. Sebuah jeti cruise Bandar Melaka - - - - -

TYT Melaka - Tun Leong Yew Koh (1888-1963)

Image
Membaca sejarah di ambang kemerdekaan Tanah Melayu menemu kita dengan berbagai maklumat menarik. Salah satunya adalah mengenai perjuangan kaum Cina Tanah Melayu sehingga terbentuknya Parti MCA pada Feb 1949. Penubuhan MCA adalah hasil usaha tiga tokoh iaitu Tun Tan Cheng Lok, Leong Yew Koh dan Tun HS Lee.   Tokoh yang mendapat penghargaan tinggi ialah Leong Yew Koh (1888-1963) kelahiran Salak Utara, Sg Siput. Beliau anak kepada Leong Yew Teen pengasas penempatan Salak Utara. Leong Yew Koh mendapat ijazah undang-undang dari London University pada 1908. Beliau pernah dilantik sebagai TYT Melaka selama dua tahun pada period 31 Ogos 1957 hingga 30 Ogos 1959. Makanya beliau adalah satu-satunya tokoh Cina yang pernah menjawat jawatan TYT.  Leong YK juga pernah memenangi pilihan raya pertama pada 1955. Beliau mewakili MCA dan menang kerusi Ipoh-Mengelembu menewaskan tiga calun lain Loh Ah Kee (Parti Negara), DR Seenivasagam (PPP) dan WE Balasingam (Bebas). Hasil kemenangan terse...

Penubuhan Parti Malaya (1956)

Image
Entri asal mlja3 -  link : Malayan Parti merupakan sebuah parti untuk kaum Cina serpihan MCA. Parti tersebut ditubuh di Melaka pada 24 Okt 1956 oleh pengasasnya Tan Gee Gak. Parti Malaya mendapat dokongan dari the Federation of Chinese Guilds and Associations dan juga the Malacca Chinese Chamber of Commerce. Kedua-dua badan ini sememangnya di ketuai oleh Tan Gee Gak. Malayan Party ditubuhkan sebagai respon kepada kebimbangan kaum Cina terhadap pendirian Perikatan Umno-MCA kepada deraf perlembagaan yang sedang dirangka. Parti Malaya ditubuh bertepatan dengan tarikh Hari Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai menyata sokongan kepada Universal Declaration of Human Rights. Parti Malayan juga mendokong status Melaka sebagai sebuah Crown Colony, yang memberi kaum Cina lebih hak berbanding negeri-negeri Melayu. Parti Malaya menyertai pilihan raya tempatan Melaka dan berjaya memenangi kerusi pada 1956, 1957 dan 1958. Parti tersebut gagal memenangi kerusi dalam pilihanraya peringkat negeri pada 1959...

Polemik Ahmadiyya UK

Image
Ahmadiyya merupakan aliran yang tidak diakui Islamnya oleh banyak negara Asia terutama Pakistan, Malaysia dan Indonesia. Pengamal Ahmadiyya tidak saja terbatas di Asia malah lebih meluas di negara Eropah di mana mereka bebas mengamalkan pegangan tanpa sebarang sekatan. Namun di sana berlaku juga konflik antara pengamal Ahmadiyya dengan golongan Islam Sunni. Baca "Inside the tiny Muslim community in Cambridge you may never have heard of - here Ahmadiyya Muslims are free to practice their faith safely". Link cambridge  news . "Shunned for saying they're Muslims: life for Ahmadis after Asad Shah's murder". Link the  guardian  apr 2016. Baca juga tesis phd oleh penganut Ahmadiyya "Politics of exclusion: Muslim nationalism, State formation and legal representations of the Ahmadiyya community in Pakistan". Tesis Michigan Uni link -  michuni  2010. Masjid Ahmadiyya Glasgow - - - - -

QR Destination ... Home

Image
Boarding flight at 9 am through gate D20. - - - - -

Jamocha Cafe HIA

Image
Jamocha Cafe is run by Qatar Duty Free. By 2015 they already have six cafes opened at HIA. Jamocha Cafe (at Departures Zone D)  QDF Jamocha Cafe (link -  qdf ) Read 'Qatar Duty Free opens sixth JC at HIA (source:  gulf-times ). - - - - -

Illy Cafe HIA

Image
Sebuah lagi kafe konsep western yang ada di HIA. Source -  dohahia . illy Caffe takes pride in being the world reference for coffee culture and excellence. illy is a company innovating to create and offer the finest products throughout the world's best destination, while demonstrating its character as the leader in the premium coffee segment. illy adalah syarikat Itali mempunyai ibupejabat di Trieste Itali (link -  wiki ) - - - - -

Konsep Alam Menurut Daud al-Fatani

Image
Konsep kosmologi adalah suatu yang agak sukar untuk di telaah. Untuk mengetahui bagaimana kosmologi dibincang dengan wadah Islam elok kita baca sebuah artikel terbitan tahun 2016. Artikel bertajuk "Konsep alam menurut Daud al-Fatani dalam karyanya Manhal Al-Safi: Analisis dari perspektif Astronomi Islam". Tebal 42 m/surat. Astronomi Islam dari segi konsep dan perkaedahan ilmu; Astronomi Islam dari sudut prinsip keutamaan; Analisis konsep alam dari perspektif Astronomi Islam; Biografi ringkas Daud al-Fatani; Karya Manhal al-Safi; Dapatan dan perbincangan; Kesimpulan. Source - Jurnal Afkar. [Folder: D 1 2020 mel geobaca]   Kenangan Kashmir - - - - -

Musola HIA

Image
Mencari musola amat mudah di HIA. Musola pula terjaga elok dengan petugas yang sangat rajin. Waktu solat terpapar sentiasa Ruang solat amat cantik Pintu masuk - - - - -

Hamad International Airport

Image
HIA sebuah airport besar dengan ruang dalaman yang luas untuk keselesaan pengguna. Ia juga dihiasi dengan berbagai rekaan yang menarik. Salah sebuah hiasan dalaman unik HIA - - - - -