Posts

Showing posts from June, 2017

Tesis Ottoman – Sultan Ahmed I

Image
Entri asal geoab -  link : Bagi mengetahui sejarah mengenai Sultan Ahmed I ada sebuah tesis yang boleh dibaca. Tesis bertajuk “Factions and favorites at the courts of Sultan Ahmed I (r.1603-17) and his immediate predecessors”. Tesis phd oleh Gunhan Borekci, Ohio State University, tahun 2010. Kandungan: Introduction chp 1: a sultan and a dynasty in crisis – Mehmed III and his short reign 1595-1603. chp 2: a young sultan on the throne – Ahmed I and his early reign an unusual succession. chp 3: a court of factions and favorites chp 4: Ahmed I and his favorites Conclusion. Folder: D 1 2019 bayezid timurlane.   Topkapi Palace   - - - - -

Inovasi Pentadbiran Sultan Ahmed

Image
Entri asal geoab -  link : Sultan Ahmed ialah pemerintah Ottoman yang dilantik pada usia muda. Maka beliau merupakan sultan pertama menaiki takhta tanpa pengalaman pentadbiran. Namun begitu semasa period pemerintahan beliau telah memperkenal beberapa perubahan kepada sistem pentadbiran Ottoman. Antaranya Sultan Ahmed menghentikan tradisi shehzade iaitu khidmat sebagai gabenor wilayah. Sultan Ottoman sebelum ini dilantik dari kalangan shezade atau perlu pengalam tugas sebagai shezade. Sebaliknya Sultan Ahmed memperkenal lantikan sultan berasaskan prinsip akbariyye (bermakna yang lebih tua) dan arshadiyye (yang lebih matang). Satu lagi perubahan besar yang dilakukan oleh Sultan Ahmed ialah menghentikan amalan fracticide. Satu amalan bagi para pewaris takhta menghapus pesaing mereka. Di segi pembangunan fizikal pula Sultan Ahmed telah membina Masjid Sultan Ahmed dengan tujuan menandingi kehebatan Hagia Sophia. Petikan wiki ( link ): Sultan Ahmed I died of typhus and gastric bleeding o...

Sultan Ahmed Membaiki Masjidil Haram

Image
Entri asal geob -  link : Semasa period pemerintahan Sultan Ahmed beliau menyumbang usaha memperelok Masjidil Haram Mekah. Antara usaha beliau ialah membaiki Kaabah yang rosak kerana banjir. Beliau juga membuat pancuran emas (mizab) untuk pembuangan air di loteng Kaabah. Pancuran emas tersebut berguna ketika mencuci loteng tatkala turun hujan. Selain membina pancur emas, Sultan Ahmed juga menyumbang di segi usaha membuat kelambu Kaabah atau kiswah. Pada masa dulu kiswah Kaabah diperbuat di Mesir. Pada period Sultan Ottoman Ahmed kiswah telah mula diperbuat di Istanbul, Turki. Satu lagi sumbangan Sultan Ahmed ialah meletakkan binaan besi seperti sarang labah-labah di telaga Zamzam. Beliau menutup telaga zamzam untuk mengelak bahaya mereka yang suka terjun ke telaga supaya kononnya dapat mati syahid. Selain usaha di Masjidil Haram Sultan Ahmed turut memperelok Masjidil Nabawi Madinah. Beliau menukar mimbar lama Masjid Nabawi kepada batu marmar yang dibawa khas dari Turki. Source: pag...

Pergolakan Period Sultan Ahmed I

Image
Entri asal geoab -  link : Apakah sejarah yang berlaku sepanjang period Sultan Ahmed I dari 1603-1617? Pemerintahan Ottoman waktu tersebut menghadapi ancaman berterusan dari Kristian Eropah. Penentangan ke atas Ottoman juga datang dari gerombolan Safavid Iran iaitu puak Syiah dan juga pemberontak Jalali (Celali) Anatolia. Pergolakan di antara Ottoman dengan Austria sudah berterusan selama 14 tahun. Sultan Ahmed akhirnya mengambil keputusan untuk mengadakan perjanjian damai Zsitvatorok pada 1606. Perjanjian ini akan berkuatkuasa selama dua puluh tahun. Tindakan ini memberi ruang keamanan kepada Ottoman namun ia juga menandakan tamatnya era perluasan kuasa Ottoman. Sultan Ahmed juga memperbaharui hak istimewa kepada rakyat Perancis, British dan Venice. Tindakan ini membantu Ottoman dari segi sosial dan ekonomi, Namun maksud lainnya ia menunjukkan Ottoman dalam keadaan semakin lemah. Pemberontakan oleh Jalali Anatolia pada 1603 berjaya dipatahkan oleh Ottoman. Pemberontakan puak yang ...

Ottoman ke14 Sultan Ahmad I (r.1603-1617)

Image
Entri asal geoab -  link : Selepas kematian Sultan Mehmed III naik sebagai Ottoman ke14 adalah anak Mehmed III bernama Ahmed. Beliau naik takhta ketika usia 13 tahun. Semasa ayah Ahmad, Sultan Mehmed III, mula naik takhta pada 1595 beliau telah membunuh semua adik beradik Ahmad yang seramai 19 orang. Mehmed III juga membunuh seorang lagi anak beliau, Mahmud (abang Ahmed I) sebaik sebelum kematian Mehmed III pada 1603. Maka Ahmed I tidak langsung punya pesaing untuk takhta Ottoman. Baca –  wiki . Petikan mengenai biografi Sultan Ahmed (ottoman org –  link ): Sultan Ahmed I was born on 18th April 1590 in Manisa. His father was Sultan Mehmet III, his mother was Handan Sultana. He was very well educated, he had spoken Arabic and Persian fluently. He was a very brilliant rider, and a fencer. He was a successful soldier and he was very fond of archery and hunting. He had dressed up so modest. He came to throne after his father’s death on 21st December 1603. Sultan Ahmed I was t...

Period Ottoman Ahmad (1603-1617)

Image
Sultan Ahmad memerintah pada period 1603-1617.  Sultan Ahmad diingati sebagai sultan yang menghentikan amalan fracticide Ottoman. Apabila beliau naik takhta sudah tiada lagi fracticide pembunuhan ahli keluarga.  Tidak banyak aktiviti yang berlaku sepanjang pemerintah Ahmad yang ditulis dalam buku Maksudoglu. Antara aktiviti yang disenaraikan adalah; 1605: March against Austrian and re-opening Esztergom to Islam. 1606: Treaty of Zsivatorok. 1610: Marched upon Shah Abas at Tabriz. 1615-1618: War with Iran. Sultan Ahmad I meninggal dunia pada 1617 ketika usia masih muda 28 tahun. Ahmad I diganti pula oleh adik beliau bernama Mustafa sebagai Ottoman ke15. Beliau menjadi sultan Ottoman dua kali. Kali pertama pada period November 1617 hingga Feb 1618. Kali kedua Mei 1622 hingga Sep 1623. Di antara dua period tersebut Ottoman dipegang oleh Osman II (r.1618-1622). Selepas pemerintahan Mustafa ada tiga orang anak Sultan Ahmad I yang menjadi Sultan Ottoman iaitu Osman II (r. 1618–22), M...

Ottoman Sultan Ahmad dan Fracticide Mahmud

Image
Sultan Ahmad menjadi Sultan ke14 bermula pada 1603 mengganti bapanya Sultan Mehmed III. Cuma ada dua putera Mehmed III iaitu Ahmad dan Mahmud yang terselamat dari fracticide Mehmed III. Dalam peristiwa pembunuhan pada Disember 1595 tujuh belas anak Mehmed III terbunuh. Bapa Sultan Ahmad meninggal dunia pada usia agak muda 37 tahun. Enam bulan sebelum kematian Mehmed III beliau sekali lagi bertindak fracticide membunuh anaknya bernama Mahmud. Maka tinggal Ahmad dan seorang lagi adiknya, Ibrahim sahaja anak Mehmed III yang masih ada. Ahmad naik mengganti Mehmed III pada 1603. Tragedi pembunuhan Mahmud dicerita agak panjang dalam entri wiki -  link . Disebalik fracticide Mahmud adalah hubung kait keluarga istana iaitu ibu Mahmud, Sultan Mehmed III dan ibu Ahmad.   Tomb of Mahmud bin Mehmed III (from  wiki ) - -  - - -