Posts

Showing posts from August, 2017

Bacaan Ottoman Period 1600 - 1650

Image
Banyak juga bacaan Ottoman bersangkutan dengan period 1600-1650. Ottoman pada period tersebut termasuk Mustafa, Osman II dan Murad IV. [Folder: Hzq 2021 ottoman mustafa]. No33: Teachers of the Public, Advisors to the Sultan: Preachers and the Rise of a Political Public Sphere in Early Modern Istanbul (1600-1675). Sumeyra Aslihan Gurbuzel, Harvard Uni, 2016. 310 pages. No34: The involvement of the English Crown and its embassy in Constantinople with pretenders to the throne of the principality of Moldavia between the Years 1583 and 1620, with particular reference to the pretender Stefan Bogdan between 1590 and 1612. Laura Jane Fenella Coulter, University of London. 507 pages No36b: Self, space, society, and saint in the well-protected domains: a history of Ottoman saints and sainthood 1500-1780. Jonathan Parkes Allen, phd thesis Maryland University, 2019. 561 pages. No53: The Celali effects in 17th century ottoman transformation. Oguz Cabar. MA thesis, Metu 2018. 156 pages. No59: Gi...

Sultan Murad IV Ottoman (1623-1640)

Image
Buku Maksudoglu mencatat mengenai Murad IV hanya sekadar dalam tiga m/surat sahaja. Murad IV adalah anak kepada Sultan Ahmed I (r. 1603-1617) dan adik kepada Sultan Osman II (r.1618-1622). Selepas Osman II meninggal dunia naik mengganti beliau ialah Mustafa. Namun Mustafa hanya menjadi sultan pada tempoh amat singkat kerana keadaan kesihatan yang buruk. Murad IV naik takhta mengganti Mustafa mulai pada September 1623. Pada period Murad IV berlaku pergolakan di Baghdad yang ditadbir oleh gabenor Yusuf Pasha. Yusuf telah dibunuh oleh Bekir Subashi. Subashi mengambil alih Baghdad dengan membelakang arahan Ottoman. Murad IV bertindak dengan menghantar Hafiz Pasha, pembesar Diyarbakir, untuk berunding dengan Subashi. Subashi pula meminta Shah Iran untuk membantu beliau. Hafiz Pasha pula memutuskan untuk membiar Subashi terus dengan kedudukannya untuk mengelak Shah Iran masuk campur urusan Ottoman. Setelah menerima permohonan Subashi Shah Iran telah segera menghantar pasukan namun Subashi ka...

Ottoman Period Murad IV (1623-40)

Image
Entri asal geoab -  link : Masalah pertama yang dihadapi oleh Murad IV adalah pemberontakan dalaman yang ditimbulkan oleh Mehmed Pasya. Mehmed ialah Gabenor di Erzurum dan beliau memberontak untuk menuntut bela atas kematian Sultan Osman II. Mehmed berjaya menawan Erzurum pada 1624 dan beliau bertindak menekan pasukan Janissari yang sebelumnya telah membunuh Osman II. Hafiz Ahmed Pasya yang berkahwin dengan anak Vilade Sultan telah diarah menentang pasukan Mehmed Pasya. Pasukan Ahmed Pasya berjaya menewaskan Mehmed Pasya di Anatolia Tengah.  Pada 1628 Ahmed Pasya bangkit sekali memberontak di Erzurum. Namun kali ini beliau tewas dan dapat di tangkap serta dibawa ke Istanbul. Apabila Sultan Murad mengetahui yang Ahmed Pasya memberontak semata-mata untuk membela Osman II maka beliau diberi keampunan. Pada 1632 Sultan Murad IV mula bertindak lebih agresif dan menguatkan cengkaman pemerintahan beliau. Beliau memperkenal era rejuvenasi bermakna kuasa pemerintahan berada penuh ditan...

Ottoman Valide Sultan

Image
Entri asal mlja3 -  link : Bila membaca sejarah Ottoman akan ditemui juga panggilan atau gelaran Valide Sultan. Terutama apabila sejarah tersebut bercerita tentang campur tangan wanita istana dalam urusan pemerintahan Ottoman. Campur tangan ibu Sultan atau para wanita istana adalah suatu fenomena dalam corak pemerintahan Ottoman. Bukan sahaja di kalangan Ottoman malah banyak kerajaan lain juga. Bila membicara tentang Ottoman banyak nama-nama para wanita istana yang diceritakan tentang peranan mereka memilih waris yang diangkat sebagai Sultan. Antara mereka adalah Valide Sultan Maypeyker Kosem yang menjadi nama besar sekitar ketika Ottoman Sultan Murad IV memerintah. Period Sultan Murad IV memerintah adalah 1623-40. Bogazici University, Turkey est 1863 ( wiki ) Baca artikel "The women who oversaw 3 generations of  the Ottoman empire". Daily sabah 2015 -  link . "Kosem Sultan the last influential female ruler of the Ottoman Empire". History of famous people 2020 -  li...

Ottoman ke17 Murad IV (1623-40)

Image
Entri asal geoab -  link : Sultan Mustafa I diturunkan dari takhta buat kali kedua pada 1623. Beliau diganti oleh Murad IV yang diangkat menjadi Sultan Ottoman ke17. Murad IV ialah anak saudara kepada Sultan Mustafa I (Ottoman ke15) dan adik kepada Osman II (Ottoman ke16). Murad IV menaiki takhta Ottoman pada usia amat muda iaitu 11 tahun. Oleh kerana usia yang muda urusan pemerintahan banyak dikendali oleh ibu beliau (Valide Sultan) Maypeyker Kosem bersama Wazir Kemankes Ali Pasya. [Baca valide sultan (mlja –  entri ). Separuh period awal (lapan tahun pertama) pemerintahan Murad IV di bawah tadbiran Valide Sultan dan wazir. Pada period awal pemerintahan negara berada dalam keadaan kucar kacir dengan ancaman dari dalam dan luar. Manakala perbendaharaan negara pula hampir habis. Lapan tahun berikutnya barulah Murad IV memerintah menggunakan kebijaksanaan beliau sendiri. Sultan Murad IV meninggal dunia pada 1640 ketika usia baru 28 tahun akibat sakit gout. Sebelum kematiannya be...

Tokoh Kedah Lawan Malayan Union

Image
Penentangan terhadap Malayan Union di Kedah diilham bersama oleh tokoh berikut. Ramai mereka adalah alumni Kolej Sultan Abdul Hamid, iaitu sebuah sekolah ternama Kedah: 1 Abdul Hamid bin Abdullah (Pak Mid Ubat). 2 Syed Agil Barakbah 3 Ahmad Nordin bin Haji Mohd Zain 4 Tun Azmi bin Mohd 5 Mohamed Khir bin Awang 6 Mohd Khir bin Johari 7 Dr Mahathir Mohammad 8 Dato Dr Omar bin Din 9 Senu bin Abdul Rahman  Pembesar Kedah yang rapat dengan Istana pada period tersebut ialah Haji Mohamed Sheriff. Source - Stockwell page 83.   Gunung Keriang Kedah - - - - -