Ottoman ke19 Sultan Mehmed IV (1648-87)

Lounge Istanbul Airport Entri asal geoab - link : Setelah kematian Sultan Ibrahim yang dibunuh oleh pemberontak pada 1648 naik menjadi Sultan Ottoman ke19 ialah anak beliau Mehmed IV. Pada awal period pemerintahan Mehmed IV iaitu dari 1648-1656 yang berkuasa penuh ialah nenek beliau iaitu Kosem Sultan sehinggalah ia meninggal dunia pada 1651. Kemudian diikuti oleh ibu Mehmed IV bernama Turkan Hatice Sultan (dari 1651-56). Period awal ini juga menyaksikan berlakunya pemberontakan oleh tentera Janissari bersama tentera Sipahi. Di kalangan pembesar yang berkuasa timbul pula pertembungan di antara Kosem Sultan dengan wazir Sofu Mehmed Pasya. Kosem Sultan juga sebelum kematian beliau punya rancangan untuk membunuh Mehmed IV. Period pemerintahan Mehmed IV dari 1656 – 1676 merupakan period tadbiran keluarga Koprulu. Period yang amat berjaya ini dikemudi oleh dua tokoh Koprulu. Antara kejayaan mereka adalah berjaya menamatkan tentangan pemberontakan Jalali. Pada 1657 Koprolu juga b...