Posts

Showing posts from December, 2017

Ottoman ke 21 Sultan Ahmed II (1691-95)

Image
Entri asal geoab -  link : Sebelum naik takhta Ahmed II tinggal terkurung di penjara selama 43 tahun. Fazil Mustafa Pasya masih sebagai wazir. Jawatan yang Fazil pegang sejak dari 1689. Fazil mengarah ditukar ramai pegawai negeri regim sebelum beliau dan menghukum bunuh pegawai yang korup. Mereka diganti dengan pegawai yang serasi dengan Fazil Mustafa untuk melancarkan pentadbiran. Pada ogos 1691 Fazil Mustafa terbunuh dalam satu peperangan dengan Austria. Mengganti beliau sebagai wazir ialah Kaca Halil Pasya. Ottoman semakin lemah dan kalah dalam peperangan satu demi satu secara berterusan. Pada 1695 Ottoman tewas pula dalam peperangan dengan Hungary. Tidak lama selepas kekalahan tersebut Sultan Ahmed II pun meninggal dunia di Edirne Palace. Naik takhta sebagai pengganti Sultan Ahmed II ialah Mustafa II yang memerintah dari 1695 hingga 1703. Sebahagian dari Edirne Palace source: archaelogy news ( link ) dan tourmaker ( link ) - - - - -

Ottoman Suleyman II (1687-91) - Catatan Maksudoglu

Image
Maksudoglu memuatkan tulisan mengenai Suleyman II dengan amat ringkas. Cuma dalam dua paragraf sekitar satu m/surat sahaja. Maksudoglu menyebut bahawa Suleyman II melakukan pertabalannya di makam Ayub al-Ansari, Istanbul pada 1687. Setahun kemudian iaitu pada 1688 Austria berjaya menawan Transylvania, Belgrade dan kubu-kubu Ujvar castle dan Eger castle dari penguasaan Ottoman. Dalam keadaan yang semakin meruncing tersebut Suleyman II bertindak melantik Fazil Mustapha sebagai grand vizier pada 1689. Fazil berjaya merebut semula tiga buah kota Nish, Smederevo dan termasuk Belgrade.  Sultan Suleyman II meninggal dunia pada 1691 di Edirne. Pengganti Suleyman II adalah adik beliau, Ahmed II yang memerintah dari 1691 hingga 1695.  Zeynep Sultan Mosque [tiada kaitan dengan Suleyman II] The Zeynep Sultan Mosque (in Turkish Zeynep Sultan Camii) is a mosque built in 1769 by Ayazma Mosque's architect Mehmet Tahir Ağa for Ahmed III's daughter Zeynep Sultan. It evokes Byzantine churches be...

Ottoman ke20 Sultan Suleyman II (1687-91)

Image
Entri asal geob -  link : Selepas Sultan Mehmed IV dijatuhkan pada 1687 pengganti beliau ialah Sultan Suleyman II. Sultan Suleyman II ialah anak kepada Sultan Ibrahim (Ottoman ke18) dan adik tiri kepada Mehmed IV (Ottoman ke19). Awal kehidupan Suleyman II terkurung di penjara. Sultan Suleyman II dipilih mengganti Mehmed IV oleh kumpulan Janissari dan menjadikan institusi kesultanan berada di bawah mereka. Maka berlakulah keadaan di mana Ottoman berada dalam kelemahan dan menuju kehancuran. Dalam suasana kritikal begitu pihak musuh terutamanya telah mengambil kesempatan menyerang Ottoman dari segenap penjuru. Ancaman paling besar yang dihadapi Ottoman ialah peperangan dengan Austria yang berjaya menduduki beberapa wilayah Ottoman. Mereka kemudiannya telah menukar ratusan masjid menjadi gereja. Jerman juga telah berjaya menguasi wilayah Islam Egri dan menukarnya kepada menjadi wilayah Kristian serta masjid dimusnahkan. Pendeknya kekalahan demi kekalahan menimpa Ottoman. Period Suleym...

Kegawatan Kewangan Ottoman Period Selepas Ahmed I

Image
Sultan Murad III memerintah Ottoman pada 1574-1595 dan dikata amat berjaya. Beliau meninggal kewangan yang kukuh dan keadaan tersebut berterusan hingga period Ahmed I (1603-1617). Sultan Ahmad I dapat mengguna kewangan tersebut untuk membina masjid besar dan bangunan-bangunan lain. Ottoman mula mengalami masalah kewangan selepas period Ahmed I. Keadaan tersebut bertambah teruk bila berlaku pertukaran takhta sebanyak empat kali dalam tempoh singkat. Selepas Ahmed I penggantinya Mustafa I memerintah beberapa bulan (Nov 1617 hingga Feb 1618), kemudian Osman II (1618-1622), berikutnya sekali lagi Mustafa I (Mei 1622 hingga Sept 1623) dan selepas itu Murad IV (1623-1640). Pada setiap kali pertukaran kuasa banyak wang terpaksa dibelanja membayar pasukan tentera Janissari. Tujuannya supaya Janissari memberi sokongan kepada sultan. Keadaan bertambah parah sewaktu period Murad IV/ Beliau terpaksa bertindak mengecilkan tentera Janissari dan sipahi.  Namun begitu dihujung period Murad IV berl...