Posts

Showing posts from February, 2018

Hillenbrand dan Crusades

Image
Sejarah mengenai Crusades menjadi tema besar yang dibincang oleh Prof Hillenbrand. Beliau adalah Professor of Islamic History di Edinburgh Univ. Sedikit pengenalan: When and where did you initially develop an interest in the history of the crusades? Who or what sparked your enthusiasm for the subject? I became interested in the crusades through travelling in the Middle East, and especially Turkey and Syria.  I also was fascinated by Runciman’s book. I then read Arabic texts about the crusades with Donald Richards at Oxford. Prof Carole Hillenbrand Source - crusaders studies ( link ). - - - - -

Kerajaan Fatimid Mesir (969-1171M)

Image
Berikutnya selepas kerajaan Ikhshidid (935-969) Mesir sekali lagi bertukar pemerintahan. Menggantikan Ikhshidid adalah kerajaan Fatimid yang asalnya berpusat di Afrika Utara. Fatimid datang menakluk Mesir pada 969. Senarai pemerintah Fatimid Mesir (di petik dari  wiki ): Ambil perhatian Fatimid Mesir bermula dari pemerintahan no (6) Abu Ali Mansur. Manakala pemerintahan (1) hingga (5) adalah pengasas Fatimid yang asal di Afrika Utara. Abū Muḥammad 'Abdul-Lāh al-Mahdī bi'llāh (909–934) founder Fatimid dynasty Abū l-Qāsim Muḥammad al-Qā'im bi-Amr Allāh (934–946) Abū Ṭāhir Ismā'il al-Manṣūr bi-llāh (946–953) Abū Tamīm Ma'add al-Mu'izz li-Dīn Allāh (953–975) Egypt is conquered during his reign Abū Manṣūr Nizār al-'Azīz bi-llāh (975–996) Abū 'Alī al-Manṣūr al-Ḥākim bi-Amr Allāh (996–1021) The  Druze  religion is founded during the lifetime of  Al-Hakim bi-Amr Allah . Abū'l-Ḥasan 'Alī al-Ẓāhir li-I'zāz Dīn Allāh (1021–1036) Abū Tamīm Ma'add al-...

Alamut Castle dan Ismaili

Image
Bila membaca sejarah Mongol menyerang empayar Baghdad akan terkait juga faktor Ismaili yang berpusat di Alamut. Elok juga dibaca dan dikaji mengenai Ismaili, tentang Alamut dan hubung kait mereka dengan serangan Mongol. Sebagai permulaan beberapa sumber bacaan yang boleh membantu adalah: "On the track of Iran's 'assassins' in once impenetrable mountainous castle". Link -  tehrantimes  2019. "Alamut: the secret fortress of the Assassins". Link -  discover  iran 2016. "Alamut Valleys and Castles". Link -  stanford  2014. "Fatimid Da'wa Ismaili resistance to Seljuq rule in Iran". Link -  academia .  [Folder: D abbasid slavery] Sekitar pergunungan Alamut kubu Ismaili  source - tehran times Alamut Castle (source -  stanford ) - - - - -

Kerajaan Ikhshidid Mesir (935-969M)

Image
Entri mengenai Ikhshidid Mesir ini dipetik dari sumber berikut -  link . Ia dialih letak supaya senang dirujuk. Sebuah lagi kerajaan kecil Islam yang wujud di zaman Abbasid adalah pemerintahan Dinasti Ikhshidid di Mesir.  Kerajaan Ikhshidid adalah pada period 935-969 dan ianya berpusat di kota Fustat. Kerajaan Ikhshidid diasaskan oleh Abu Bakar Muhammad ibn Thagh al-Ikhshid (b.1882, d.946). Beliau berketurunan Turk asalnya merupakan panglima Mamluk dan juga gabenor Abbasid yang ditugaskan di wilayah autonomi Mesir. Pada ketika itu Abbasid dipimpin oleh khalifah ar-Radhi (r.934-940). Sebelum Ikhshidid, Mesir berada dibawah kerajaan Tulunid iaitu dari 868-905M –  link . Selepas Tulunid jatuh Mesir kembali semula kepada Abbasid (bermula dari 905) sehinggalah khalifah ar-Radi berkenan melantik Abu Bakar ibn Thagh untuk mentadbir Mesir mengguna gelaran kerajaan Ikhshidid. Perkenan ar-Radi adalah sebagai penghargaan kepada Abu Bakar yang telah berjaya mempertahan Mesir dari ser...

Mesir Selepas Tulunid - Abbasid Baghdad (905-935)

Image
Selepas Tulunid jatuh pada 905M Mesir diperintah semula oleh Abbasid. Kejatuhan Tulunid pada 905 bersamaan dengan period pemerintahan Abbasid al-Muktafi (r.902-908) di Baghdad. Bermakna Mesir ditadbir semula oleh Abbasid Baghdad di bawah al-Muktafi. Abbasid berkuasa di Mesir hinggalah kerajaan Ikhsyidid terbentuk pada 935. Pada ketika itu Abbasid Baghdad dibawah period al-Radi (r.934-940). Kemudiannya Ikhsyidid diganti pula oleh Dinasti Fatimid yang datang menakluk Mesir pada 969. Baca tentang "Kerajaan Islam Saingan Abbasid Ikhshidid Mesir (935-969)" di  link  berikut.   The Curve - - - - -

Senarai Pemerintah Tulunid (868-905M)

Image
Kita telah sedia maklum bahawa kerajaan Tulunid Mesir diasaskan oleh Ahmad bin Tulun pada tahun 868M. Beliau berada dipuncak kuasa hinggalah kematiannya pada 884. Selepas Ahmad bin Tulun kerajaan Tulunid diwarisi pula oleh anak beliau bernama Khumarawayh bin Ahmad. Beliau memerintah pada period 884-896M. Selepas Khumarawayh kerajaan Tulunid disambung pula oleh dua anaknya iaitu Jaysh bin Khumarawayh dan Harun bin Khumarawayh. Jaysh memerintah pada period yang cukup pendek - cuma setahun iaitu pada 896. Kemudian diambil alih oleh Harun bin Khumarawayh untuk period 896-904. Harun terbunuh ketika berjuang mempertahan Tulunid dari serangan oleh Abbasid.  Selepas Harun kerajaan Tulunid dipimpin oleh Shayban bin Ahmad bin Tulun. Shayban merupakan pemerintah Tulunid yang terakhir. Period pemerintahan beliau bermula 904 dan berakhir setahun kemudian pada 905M. Di hujung pemerintahan (pada 905) Shayban menyerah diri kepada Abbasid dan diberi perlindungan. Namun Shayban mengambil tindakan me...

Ahmad Ibn Tulun (r.868-884)

Image
Apabila membaca tentang pemerintahan khalifah Abbasid akan kita temui nama beberapa kerajaan kecil lain didirikan merata wilayah. Antaranya di Mesir dengan nama Tulun (atau Tulunids dalam Inggeris). Kerajaan Tulun dipelopori oleh Ahmad bin Tulun.  Berdasarkan buku Sejarah Islam oleh Prof Hamka sejarah Tulun bermula sebagai tawanan perang di zaman al-Ma'mun. Karier anak beliau, Ahmad ibn Tulun bermula sebagai pembantu pengawal juga di zaman al-Ma'mun. Selanjutnya, Ahmad dilantik oleh al-Mutawakil (847-861) sebagai gabenor di Mesir. Ahmad mula memperkuat pasukan tenteranya sendiri dan kemudian mengambil langkah keluar dari kerajaan Abbasid menubuhkan pemerintahan Tulunid (868-905). Semasa pemerintahan al-Muktadid (892-902) pasukan tentera Abbasid telah cuba menyerang Tulun namun usaha mereka tidak berjaya. Ahmad bin Tulun meneruskan usaha menawan beberapa lagi wilayah termasuk Damascus. Dalam satu ekspedisi tentera di luar Mesir beliau menyerah Mesir untuk ditadbir anaknya Abbas....