Ottoman Mahmud I (1730-1754) - Catatan Maksudoglu

Sultan Mahmud I memerintah Ottoman pada period 1730-1754. Beliau adalah anak kepada Mustafa II (r.1695-1703) dan ibu beliau Saliha Sabkati Valide Sultan yang berbangsa Serbian (d.1739). Mahmud naik sebagai Ottoman ke24 selepas Ahmed III dijatuhkan melalui pemberontakan diketuai vizier Patrona. Sepanjang period Mahmud I berlaku beberapa peristiwa dan antara yang dicatat dalam buku Maksudoglu adalah: 1730: War with Russia - pada 1730 Russia menyerang Azak Castle dan Ozi atau Odessa Castle. Turut diserang ialah Crimea. Sultan Mahmud I menghantar pasukan diketuai Silahdar Memhed Pasha untuk berdepan Russia. Mehmed Pasha ternyata kurang berpengalaman manakala pentadbiran Istanbul pula pada ketika tersebut diambil oleh Osman Halis Efendi. Pasukan Mehmed Pasha gagal dalam misi beliau kerana tidak menerima bantuan dan sokongan dari Efendi. Kekalahan tersebut mengakibatkan Mehmed Pasha diganti oleh Abdullah Pasha manakala Efendi pula telah dihukum bunuh. Perang dengan Austria - pada 1737 Austri...