Ottoman Selim III (r.1789-1807) - Catatan Maksudoglu

Librari Sarajevo Salem III adalah anak Mustafa III (r.1757-1774) bersama ibu beliau, Mihrisah Sultan, yang berasal dari Georgia. Selim III naik takhta mengganti Abdul Hamid I pada 1757. Pada hujung pemerintahan Selim III beliau diturun takhta oleh Janissaries. Mereka turut memenjara Selim III dan mengganti beliau dengan sepupu Salem, Mustafa IV. Selim III akhirnya mati dibunuh pada Julai 1808. Peristiwa sepanjang period Salem II yang dicatat oleh Maksudoglu adalah: Pada 1889 Hasan Pasha dikalahkan oleh pakatan pasukan Russia dan Austria di Boze. Kemudiannya mereka mara ke kota Ismail namun kali ini Gazi Hasan Pasha berjaya mengalahkan musuhnya. Gazi Hasan juga bertindak membunuh Tayfur Pasha kerana berundur dari mempertahan beberapa lokasi Ottoman yang akhirnya jatuh ke tangan Russia. Hasan Pasha meninggal dunia pada 1790 kerana serangan malaria ketika berusia lapan puluh tahun. Beliau ketika itu sedang mempersiap pasukan untuk berdepanperang di kota Shumna. Pengganti Hasan ...