Posts

Showing posts from December, 2018

Tesis Ottoman 1789-1839

Image
Entri asal geoab -  link : Ottoman period 1789-1839 adalah di bawah pemerintahan Selim III (1789-1807) dan Mahmud II (1808-1839). Ada sebuah tesis tentang Ottoman period 178-1839. Tesis bertajuk “Elite configurations and clusters of power: the Ulema, waqf, and Ottoman state 1789-1839”. Tesis phd McGill University tahun 2013. Kandungan: Ottoman political structure and the Ulema: Pre-Tanzimat period. Thw waqf as leverage for elite institutionalization in the Ottoman Empire. Centralization of Awqaf as a tool for elite reconfiguration. Reforms, elite conflicts and historical contingency. Conclusion. Folder: Hzq 2021 Ottoman Mustafa Alamya Bay, Turkey source: travelling -  link - - - - -

Tesis Russia dan Ottoman 1821-1833

Image
Entri asal geoab -  link : Tesis bertajuk “The Grand Strategy of the Russian Empire in the Caucasus against Its Southern Rivals (1821-1833)”.   Antalya Harbout, Turkey travelling -  link - - - - -

Tesis Ottoman Mehmed Pasya 1805-1839

Image
Tesis berkaitan pemerintah Ottoman dengan Egypt “Households in Ottoman politics: the rivalry between Husrev Mehmed Pasha and Mehmed Ali Pasha of Egypt”. Tesis MA Sabanci University tahun 2013. Olympos Beach, Turkey travelling -  link - - - - -

Tesis Ottoman Mahmud II 1808-1839

Image
Entri asal geoab -  link : Mahmud II diangkat sebagai Ottoman ke30 mengganti abangnya Mustafa IV pada 1808. Ada sebuah tesis tentang pemerintahan Mahmud II khususnya mengenai diplomasi dengan Mehmed Ali.  Tesis bertajuk “Mahmud    II    and    Ottoman    Diplomacy    in    the    context    of    the    Mehmed    Ali    Problem    (1832‐1839):    with    special    reference    to    the    Ottoman    Archives    in    İstanbul”. Tesis phd oleh Serkan Demirbas, East Anglia University, tahun 2015. Kandungan: The Mehmed Ali crisis. The striking effects of Russian military presence in Istanbul during the Mehmed Ali problem. The vital importance of the Trea...

Ottoman Mahmud II - Catatan Maksudoglu

Image
Mahmud II adalan anak kepada Abdul Hamid I bersama ibu bernama Naksidi Sultan, dikatakan berasal Georgia (d. 1817 -  wiki ). Mahmud II adalah adik beradik tiri dengan Mustafa IV. Pada period awal Mahmud II keadaan dalam negara masih bergolak. Puak yang menyokong dan menolak reform ketenteraan masih bertelagah. Pada satu malam golongan yang menentang reform dan bersama dengan sebahagian Janissari telah bertindak menyerang kediaman Alemdar Mustafa Pasha dan membunuh beliau. Dalam keadaan Ottoman yang bercelaru Czar Russia dan Raja Perancis telah berpakat untuk bersama-sama menentang Ottoman. Pada 1810 Russia telah menyerang Ottoman dari bahagian Anatolia. Mereka berjaya menguasai Castle Ismail dan Ibrail yang terletak di bahagian Ottoman sebelah Eropah. Russia juga masuk meyerang Wallachia dan Modova. Namun tetiba pasukan Napoleon Perancis pula yang datang menyerang Russia. Maka pada 1812 Russia terpaksa membuat perjanjian Bucharest dengan Ottoman. Perjanjian tersebut menetapkan bebe...

Pemerintah Agung Ottoman Mahmud II (r.1808-1839)

Image
Entri asal geoab -  link : Mahmud II adalah pemerintah Ottoman ke-30. Beliau memegang takhta Sultan Ottoman pada period 1808 hingga 1839. Period pemerintahan Mahmud II menyaksikan banyak reformasi dalam sistem pentadbiran, fiskal dan juga ketenteraan. Banyak wilayah empayar Ottoman mula dapat bebas. Antaranya adalah Serbia yang berjaya mendapat kuasa autonomi. Greece pula mula memperjuang untuk mendapat kemerdekaan. Pada 1826 Mahmud membuat reformasi ketenteraan dengan menamatkan Kor Janassari dan menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka. Seterusnya Mahmud II menubuhkan sebuah angkatan tentera baru. Pada 1834 Mahmud melakukan satu lagi reformasi iaitu menubuhkan perkhidmatan pos. Beliau juga mewajibkan pendidikan sekolah rendah di seluruh empayar. Mahmud II juga membuka sekolah perubatan dan menghantar ramai pelajar melanjutkan pelajaran ke Eropah. Beliau juga memperkenal pakaian ala Eropah dalam wilayah jajahannya. Satu lagi reformasi Mahmud II adalah memperkenal reformasi Tanzima...

Ottoman ke30 Sultan Mahmud II 1808-1839

Image
Entri asal geoab -  link : Sultan Mahmud II naik takhta Ottoman pada 1808 selepas Mustafa IV (Ottoman ke29) dilucut jawatan dan dibunuh. Mahmud II anak kepada Sultan Abdul Hamid I (Ottoman ke27)dan adik kepada Mustafa IV. Sultan Mahmud II diingati sebagai pelopor yang memperkenal Ottoman Turki kepada sistem sekular moderat. Ketika penghujung hayatnya beliau memperkenal pembaharuan atau sebuah reform yang dinamakan Tanzimat. Reform tersebut menandakan bermulanya Turki bergerak ke era modernisasi yang memberi impak besar kepada sistem sosial, perundangan dan gaya hidup Ottoman. Sultan Mahmud II meninggal dunia pada 1839 kerana sakit batuk kering (tuberculosis). Beliau meninggal dunia ketika dalam suasana peperangan tentera Ottoman diketuai Hafiz Pasya dengan tentera Mesir pimpinan Ibrahim Pasya. Peperangan di Nizip tersebut berakhir dengan kekalahan pihak Ottoman. Sultan Mahmud II diganti oleh Sultan Abdul Majid I sebagai Ottoman ke31 yang meneruskan usaha reform Tanzimat. Tomb of Ma...