Posts

Showing posts from January, 2019

Tesis Arsenal Ottoman 1838-1871

Image
Entri asal geoab -  link : Tesis bertajuk “The arsenal of Ottoman modernity: workers, industry, and the state in late Ottoman Istanbul”. Tesis phd Northeastern University tahun 2018. Pamukale - sebuah lokasi heritage Turkey source: tour -  link - - - - -

Ottoman Abdul Majid 1 (1839-61) - Catatan Maksudoglu

Image
Abdul Majid I adalah anak kepada Mahmud II bersama ibunya Valide Sultan Bezmialem (d.1853 -  wiki ). Abdul Majid berpendidikan Barat dan fasih berbahasa Perancis. Abdul Majid naik takhta pada usia 18 tahun. Maka pemerintahan Abdul Majid banyak bergantungan kepada dokongan kuat dari pembesar Mustafa Resid Pasha, Mehmet Amin Pasha, dan Fuad Pasha. Resid Pasha diberi tugas melaksana perubahan penradbiran yang dikenali sebagai Tanzimat. Tanzimat memberi hak yang sama kepada semua tanpa mengira pegangan agama dan bangsa. Tanzimat juga bermakna menyerah urusan kewangan negara sepenuhnya kepada perbendaharaan pusat. Strukutur pentadbiran Ottoman pada period tersebut  merosot teruk dann memerlukan perubahan dilakukan. Namun begitu pendekatan Nizam-i Jedid dan Tanzimat yang dirancang menunjukkan kurang berkesan malah keadaan menjadi semakin rosak. Perubahan yang dirancang tersebut semata-mata atas inisiatif Resid Pasha secara persendirian. Beliau pula dikatakan menerima desakan dari ku...

Ottoman ke31 Abdul Majid (1839-61)

Image
Entri asal geoab -  link : Sultan Abdul Majid naik takhta sebagai Ottoman ke31 pada tahun 1839. Beliau adalah anak kepada Sultan Mahmud II (Ottoman ke30). Beliau naik takhta menggantikan ayahnya, Mahmud II, ketika itu Abdul Majid baru berusia 18 tahun. Abdul Majid naik takha ketika Mesir sedang bangkit dengan kehebatan pemimpinnya Mehmed Ali Pasya. Mehmed pula tidak mengakui kepimpinan Sultan Abdul Majid. Pentadbiran pada zaman Sultan Abdul Majid digerak oleh sebuah badan birokrasi yang diketuai oleh tokoh Freemason, Mustafa Reshid Pasya. Pentadbiran Ottoman Sultan Abdul Majid bersama Reshid Pasha melancar program pembaharuan Tanzimat yang disusun sesuai dengan konsep Barat. Program Tanzimat mula dilancar pada 1839 di Rose Pavilion, Istana Topkapi. Pada 1856 program Tanzimat diperkukuh melalui peringkat piagam atau Edict of Improvement yang dipanggil Piagam Hatti-i Humayun. Bagi melancarkan tugas berkenaan Tanzimat, Reshid Pasya telah dibantu oleh dua pengikut setianya iaitu Ali Pa...

Mesin Espresso

Image
Melihat jualan mesin espresso yang dipamer di Norman. - - - - -