Murad V anak kepada Sultan Abdul Majid I bersama ibu kelahiran Georgia, Sefkevza Kadin (d.1876 - wiki ). Murad V diangkat naik takhta oleh sekumpulan pembesar Ottoman. Pada ketika itu sebuah perlembagaan baru Ottoman sedang dirangka. Kumpulan pembesar yang melantik Murad masih belumbersetuju dengan perlembagaan tersebut. Namun para pemimpin Eropah menggesa Murad segera mengisytihar perlembagaan baru. Perkembangan yang berlaku ini jelas menunjukkan bahawa pihak Eropah memang berkeinginan untuk campur tangan ehwal pentadbiran Ottoman. Murad juga berdepan dengan kontroversi kematian Sultan Abdul Aziz yang meninggal dunia pada jun 1876. Musuh utama Abdul Aziz ialah Huseyin Avni Pasha. Rakyat Ottoman menuduh Huseyin terlibat dalam kes kematian Abdul Aziz dan mahu siasatan dilakukan. Manakala Huseyin pula melarang post-mortem penuh dilakukan dengan alasan menjaga kehormatan si mati. Akhirnya seorang pegawai yang marah dengan sikap Huseyin telah membunuh beliau. Huseyin diganti oleh Kays...