Posts

Showing posts from July, 2019

Pemerintah Agung Safavid - Shah Abas 1588-1629

Image
Shah Abas naik takhta Safavid pada 1588 dan memerintah hingga 1629. Beliau lahir pada 1571 dan adalah anak kepada Shah Mohamad Khodbanda. Shah Abas merupakan pemerintah Safavid yang palig gagah dan berjaya. Ketika Khodbanda menjadi Shah beliau telah timbul pertelingkahan di kalangan tentera Qizilbash. Pertelingkahan tersebut berlarutan hingga ke period pemerintahan Shah Abas. Ottoman dan mengambil kesempatan pertelingkahan dalaman Safavid dengan menawan beberapa wilayah baru. Abas I melakukan usaha membuat reformasi kepada angkata tentera Parsi. Berikutnya beliau melancar serangan ke atas Ottoman dan Uzbekistan dan berjaya menawan semula beberapa wilayah yang hilang sebelum ini . Pada 1603 Abas menyerang Ottoman dan mendapat semula Dagestan, dan sebahagian timur Anatolia. Abas juga seorang jurubina hebat yang telah membangun kota Isfahan. Beliau memindah kota pemerintahan dari Qazvin ke Isfahan. Abas juga dapat menguasai bahasa Parsi dan Georgia dan juga Turki.  Pada 1621 kesihatan...

Pemerintah Agung Safavid - Tahmasp I (r.1524-1576)

Image
Tahmasp I adalah anak Shah Ismail dan mula naik takhta Safavid pada 1524. Sepanjang menjadi pemerintah Safavid Tahmasp terlibat dengan beberapa siri peperangan menentang Ottoman pada 1534, 1538 dan 1543. Ottoman berjaya menawan semula wilayah mereka yang ditakluk Safavid dan juga beberapa wilayah baru. Ottoman dan Safavid juga terus bermusuh kerana perbezaan aliran agama. Akhirnya pada 1555 Safavid mengada perjanjian damai dengan Ottoman. Susulan perjanjuan damai tersebut Tahmasp menghabis hidupnya mengasing diri di istana. Beliau tidak lagi berminat dengan hal ehwal masyarakat. Tahmasp diingati kerana usaha beliau membangun industri permaidani Parsi. Baca Tahmasp -  wiki . Chehel Sotun Palace, Qazvin Baca "Chehel Sotun Palace only remaining mansion belonging to Shah Tahmasb’s Royal Complex". iranwatching dot com -  link . - - - - -

Safavid Shah Ismail I (r.1501-1524)

Image
Shah Ismail I adalah pengasas kerajaan Safavid. Beliau lahir pada Julai 1487 di kota Ardabil, Aq Qoyunlu. Baca wiki tentang Aq Qoyunlu -  link . Ketika Ismail berusia setahun ayah beliau meninggal dunia dalam pertempuran menentang golongan Sunni. Ismail sekeluarga telah bersembunyi bertahun-tahun kerana bimbang tindak balas Sunni. Ismail muncul dari persembunyian ketika beliau sudah berusia empat belas tahun.Pada 1501 beliau mula memimpin kabilah Qizilbash mengambil tempat bapanya. Beliau kemudiannya mula mengembang pengaruh dan berjaya menguasai Tabriz serta seluruh Iran dan menggelar dirinya sebagai Shah. Ismail menjadikan Syiah sebagai agama rasmi Iran. Pada period tersebut Ottoman yang dipimpin Sultan Suleyman I bersikap keras terhadap Syiah. Suleyman juga bertindak menulis surat kepada Ismail mengecam tindakan Safavid terhadap golongan Sunni. Pada 1514 Ottoman bertindak memerangi Safavid Ismail dalam Perang Chaldiran. Ottoman berjaya menewas Safavid hampir berjaya menangkap Is...

Pemerintah Kerajaan Safavid Parsi 1501-1736

Image
Kerajaan Safavid Parsi mula diasas oleh Shah Ismail atau Ismail I sekitar 1501. Pemerintah Dinasti Safavid adalah; 1. Ismail I 1501–1524. 2. Tahmasp I 1524–1576. 3. Ismail II 1576–1578. 4. Mohammad Khodabanda 1578–1587. 5. Abbas I 1587–1629. 6. Safi 1629–1642. 7. Abbas II 1642–1666. 8. Suleiman I 1666–1694 9. Sultan Husayn I 1694–1722 10. Tahmasp II 1722–1732 11. Abbas III 1732–1736 Tersenarai sebagai pemerintah agung adalah Ismail I (1501-1524), Tahmasp I (1524-1576) dan Abas I (1587-1629). Kabir Jamek Mosque, Qazvin, Iran Baca iranroute dot com -  link . As the story goes, the mosque was built by Haroun al-Rashid, the Arab Caliph. Based on available historical data, Haroun al-Rashid had a short stop in Qazvin on his way to Khorasan in 808 (the second century of Islamic era). As a result of this short stop, the fire temple of Qazvin, dating back to the Sassanid period, changed its architectural character and function, and turned into an Islamic mosque. For years, the southern ayva...