Posts

Showing posts from August, 2019

Costa Coffee di Malaysia

Image
Bisnes Costa Coffee di Malaysia bermula pada 2018. Pemegang franchise Costa Coffee di negara ini dipegang oleh Gapurna Permai Sdn Bhd sebuah syarikat milik persendirian. Pemilik GPSB adalah TS Mohamed Salim Fateh Din. Mereka merancang untuk membuka 100 outlet dalam tempoh lima tahun mendatang untuk melebar bisnes Costa Coffee. Lima outlet yang besar yang ada setakat ini adalah di Bangsar Shopping Center, Sunway Pyramid, Menara Alliance, Nu Sentral, Q Sentral, dan MCMC Cyberjaya. (Link -  nst ). Baca juga  -  theedge  march 2018. Costa Coffee di Edin Di India Costa Coffee sudah mula bertapak pada 2008. - - - - -

Pemerintah Agung Mughal - Jahangir (d.1627)

Image
Jahangir lahir pada 1569 dan adalah anak kepada Akbar (d.1605). Semasa usia Jahangir masih kecil Akbar sudah pun melantik beliau sebagai putera mahkota. Pada 1599 Jahangir telah melancar pemberontakan semasa Akbar sedang berurusan di Deccan. Akbar melantik Jahangir sebagai pengganti sebelum kematian beliau. Di sudut pengamalan agama Jahangir tidak sepenuhnya mengamal Islam. Dia sama seperti ayah beliau Akbar memberi ruang luas kepada agama lain termasuk mubaligh Kristian untuk berdebat dengan ulama. Pada 1614 Jahangir menamatkan perang dengan Rajput melalui satu perjanjian damai. Selepas tahun 1611 Jahangir banyak menerima pengaruh isterinya, Nur Jahan, dalam hal negara. Selain Nur Jahan turut berperanan adalah bapa beliau (i.e., bapa mertua Jahangir) I'timad Ad-Daulah dan juga abang Nur Jahan. Mereka mempengaruhi Jahangir dalam urusan tadbir hinggalah tahun 1622. Pada 1622 hingga 1625 Nur Jahan dan abangya bertindak melancar pemberontakan terhadap Jahangir secara terbuka.  Jahangi...

Pemerintah Agung Mughal - Akbar (d.1605)

Image
Selepas Humayun meninggal dunia takhta Mughal di sambung oleh anak beliau Akbar. Akbar dikatakan pemerintah Mughal yang paling berjaya. Beliau memperkenal program reformasi dan berjaya memenangi penerimaan penduduk bukan Muslim. Akbar berminat sama dengan agama lain dan kerap mengajak penduduk India penganut Hindu, Parsi, dan Kristian mengada perbincangan agama bersama warga Muslim. Akbar terus berusaha melaku perluasan wilayah dengan pimpinan bersama perdana menteri beliau, Bairam Khan. Pada 1561 mereka menyerang Malwa. Pada 1562 Raja Jaipul, Raja Bihari Mal menghadapi ancaman pemebrontakan. Beliau telah menawarkan puteri untuk berkahwin dengan Akbar dan seterusnya mengiktiraf pemerintahan Mughal Akbar. Akbar juga memujuk Raja Rajput supaya memberi kerjasama kepada kerajaan Mughal. Pada 1573 Akbar menakluki Gujerat dan mara terus ke Bengal. Pada 1576 Akbar bertindak membunuh pemerintah Afghan yang enggan mengakui Akbar sebagai maharaja. Melalui tindakan tersebut sekali gus Mughal berj...

Pemerintah Agung Mughal - Humayun (d.1556)

Image
Humayun naik mengganti takhta Mughal selepas kematian ayah beliau Babur pada 1530. Nama sebenar Humayun adalah Nasir-ud-Din MuḼammad dan beliau lahir pada tahun 1508. Saingan kepada kerajaan Humayun adalah pihak Afghan dan Rajput yang beridam diri sejak kekalahan mereka kepada Babur. Apabila Humayun naik takhta Rajput dan Afghan kembali melakukan serangan. Pada 1535 passukan Humayun berjaya mengalahkan Rajput dan menawan Gujerat. Maka Humayun dapat menghapuskan ancaman Bahadur Shah yang mengetuai Rajput. Setelah berjaya mengalah Rajput muncul pula serangan dari puak Afghan. Pasukan Afghan dipimpin oleh Sher Shah Suri dan mereka berjaya mengalahkan Humayun pada 1539 dalam pertempuran di Chausa. Sher Shah sekali lagi dapat mengalahkan Humayun pada 1540 kali ini dalam pertempuran di Kannauj. Berikutan kekalahan tersebut Sher Shah Suri menguasai takhta Mughal manakala Humayun diusir keluar dari India. Humayun lari ke wilayah Sindh. Pada 1544 Humayun mendapat bantuan dari pemimpin Safavid, ...