Posts

Showing posts from April, 2021

Mehmed Masuk Constantinople 1453

Image
Sultan Mehmed memerintah Ottoman mengganti bapa beliau Murad II. Sejarah megah dan jasa besar Mehmed adalah peristiwa membuka Constantinople kepada Ottoman pada 1453. Berikut adalah sejarah ringkas tarikh pembukaan Constantinople oleh Mehmed berdasarkan catatan buku Maksudoglu; April 6, 1453: Pasukan Mehmed memulai "the siege of Constantinople" - pada hari Jumaat. Mehmed berdepan dengan kesukaran kerana adanya rantai besar yang dipasang sepanjang pintu perairan. April 18: Tentera Ottoman memulai serangan pertama untuk menembus kubu (walls) masuk melalui lubang namun masih terhalang. April 20: Pope menghantar pasukan kapal perang Genoese (dari Republic of Genoa). Ketibaan kapal ini pada mulanya memaksa komander laut Ottoman Sulayman Beg mengalah. Beliau akhirnya diganti oleh Hamza Beg dan Ottoman mara meneruskan serangan. April 21-22: Ottoman mara bergerak dengan membawa kapal menyeberang melalui jalan darat pada malam hari. Kejayaan usaha besar ini telah mula melemahkan seman...

Penentangan Ibrahim Beg Ketika Period Sultan Murad II dan Mehmed II

Image
Ketika Sultan Murad II mula memerintah beliau berdepan dengan penentangan oleh bapa saudaranya Mustafa Chelebi. Mustafa adalah anak Sultan Bayezid yang ditawan oleh musuh ketika perang dengan Tamerlane. Mustafa kemudiannya diserahkan kepada pemerintah Byzantine dan dibebas ketika Murad II mula naik takhta.Mustafa Chelebi akhirnya berjaya dikalahkan oleh Murad II. Beliau ditangkap dan akhirnya dibunuh pada 1422 di Erdine. Murad II banyak dibantu oleh vizier Haji Ivaz Pasya dalam usaha menewaskan Mustafa Chelebi. Pada 1426 ketika Murad II berada di Eropah pemimpin Karaman bernama Mehemed Beg pula melancar serangan di Antalya Castle. Namun beliau meninggal dunia ketika serangan berjalan. Mehemed Beg sepatutnya diganti pula oleh anak beliau Ibrahim Beg. Namun apa yang berlaku ialah pakciknya yang bernama Ali Beg lebih dulu dapat menguasi wilayah tersebut. Ibrahim Beg akhirnya lari bersama Isa untuk berlindungan dengan Murad II. Kedua mereka berikutnya dikahwinkan pula dengan anak Murad II....

Old Mosque Erdine 1414

Image
Period pemerintahan Ottoman menyaksikan banyak masjid di bina . Salah satu masjid tersebut ialah Masjid Tua Erdine (atau Old Mosque Erdine). Masjid tersebut juga dikenali dengan nama Turki Eski Camii Mosque. Erdine merupakan ibu kota pemerintahan period awal Ottoman. Masjid Tua Erdine mula dibina pada 1403 oleh anak Sultan Bayezid I yang bernama Emir Suleyman (d.1410). Selepas kematian beliau pembinaan masjid diteruskan oleh Musa Chelebi (d.1413). Beliau adalah juga seorang lagi anak Sultan Bayezid. Musa Chelebi ditewaskan oleh Mehemet Chelebi pada 1412 dalam perebutan menguasi takhta Ottoman. Mehemet Chelebi akhirnya berjaya menyudahkan pembinaan Masjid Tua Erdine pada 1414. Sultan Mehemed meninggal dunia pada 1421 dan beliau menyerahkan Ottoman kepada anak yang bernama Murad II (r.1421-1451). Masjid Tua Erdine / Eski Camii Mosque     Baca Eski Camii Erdine - description and photo. travel article ( link ). - - - - -

Bacaan Mengenai Janissari dan Ottoman Sekitar 1300

Image
Janissari adalah pasukan tentera yang ditubuh semasa pemerintahan Sultan Murad I Ottoman (r.1362-1389). Berikut adalah beberaba sumber bacaan tajuk Janissari. Artikel "The Janissaries of Damascus in the sixteenth century, or, how conquering a province changed the Ottoman empire. Artikel 14 m/surat -  link . [Hzq 1 2019 azam freemason]. Tesis "Rethinking Vaka-i Haiyriye (the auspicious event): elimination of the Janissaries on the path to modernization". Tesis MA oleh Kadir Ustun, Bilkent Uni pada 2002. Source bilkent -  link . Tesis "The urban Janissary in eighteen-century Istanbul". Tesis phd Birmingham Uni Penubuhan Janissari adalah pada period Ottoman Murad. Tesis berikut mungkin mencerita sesuatu tentangnya. Tesis "A mirror for the Sultan - Early Ottoman Chronicles 1300-1453". Source Gent Uni Belgium -  link . Bacaan ini juga tentang Ottoman sekitar period Orhan dan Murad I. Satu chapter tentang "The Ottoman Turks and the Crusades 1329-1361...

Tesis Janissari Ottoman

Image
Sebuah tesis untuk pembacaan tentang Janissari Ottoman. Tesis bertajuk "The urban Janissary in eighteenth-century Istanbul". Tesis phd Gemma Masson, Birmingham Univ pada 2019. Kandungan: The Janissaries as soldiers. The Janissaries as power brokers. The Janissaries as social and economic actors. A changing institution in a changing world. Source: bmh -  link . Kampus Birmingham University Baca "Why Birmingham Univ is the best in the UK". the tab dot com 2016 ( link ). - - - - -

Ottoman Murad I dan Janissari

Image
Entri susun semula ( link ): Satu perkembangan besar yang diperkenal oleh Sultan Murad I (r.1362-89) ketika period pemerintahan beliau ialah penubuhan pasukan tentera yang dikenali sebagai Janissari. Sebelum penubuhan Janissari pasukan tentera Ottoman adalah terdiri dari rekrut yang diambil bekerja atas inisiatif Jeneral Kara Halil (d.1387) di kota Busra. Kaedah merekrut menimbul masalah kerana ramai rekrut yang lari keluar meninggalkan pasukan tentera. Kerana masalah dalam merekrut maka kaedah baru ialah dengan menubuh pasukan askar baru.bermula pada sekitar tahun 1378. Pasukan tentera baru ini dikenali dalam nama Turki, Yenichari, yang membawa makna askar baru (i.e., Janissari). Anggota janissari terdiri dari anak-anak kaum Balkan yang wilayah mereka menjadi tawanan Ottoman. Rumelian Fortress, Istanbul Nota: Turki pada zaman Ottoman terkenal juga dengan binaan kubu untuk mempertahan dari serangan musuh. Salah satunya adalah Kubu Rumali Instanbul. The Rumelian Fortress Istanbul was bu...

Ottoman Murad (r.1362-1389)

Image
Sultan Murad merupakan pemerintah ke3 Ottoman selepas Osman Gazi dan Orhan. Murad mula menjadi sultan Ottoman pada 1362. Ada juga pengkaji yang menyatakan Murad telah pun mula berkuasa lebih awal iaitu sejak 1359. Pada ketika itu bapa beliau Orhan belum meninggal dunia. Pembesar Ottoman lain pada period tersebut adalah Lala Shahin Pasha. Berikutnya pada 1361 Murad berjaya menawan Edirne dan menjadikan kota pentadbiran Ottoman. Sebaik menjadi sultan pada 1362 Murad telah mara masuk ke Ankara.  Pada 1363 tercetus perang antara Ottoman dengan tentera Kristian yang menyeberang masuk ke Erdine. Pasukan Kristian dipimpin oleh King Lajos dari Hungary. Pasukan Ottoman pimpinan Murad berjaya mengalahkan tentera Kristian sekali pun jumlah tentera Kristian jauh lebih ramai. Pemimpin sebenar tentera Ottoman ketika perang ini adalah Haji Ilbegi. Pada 1366 Pope umum menubuh pasukan tentera Salib untuk menyerang tentera wilayah Islam. Respon awal yang beliau terima ialah dari Duke of Savoy, Amede...