Pemerintah Agung Buwaihiyah - Adud Ad-Daulah (r.974-983)

Adud Ad-Daulah disenarai sebagai seoran pemerintah agung Buwaihiyah. Beliau menjadi pemerintah Buwaihiyah period 974 hingga 983. Adud Ad-Daulah naik takhta mengganti Imad Ad-Daulah dengan empayar pemerintahan menjangkau Makran Pakistan, Iran dan juga Yemen. Pada 974 Adud telah dihantar ke Baghdad bagi menyelamat sepupu beliau Izz Ad-Daulah dalam satu pemberontakan ketika pemerintahan Abbasid At-Tai (atau Al-Muti ?). Beliau berjaya dalam usaha tersebut dan seterusnya merampas pula kuasa Baghdad dari Izz Ad-Daulah.Tindakan Adud tidak disukai bapanya dan akhirnya ia mengembalikan semula kuasa kepada Izz Ad-Daulah. [Baca geoab - link]. Selepas bapa Adud meninggal dunia, Izz Ad-Daulah melancar pemberontakan terhadap Adud. Namun pemberontakan tersebut dapat dipatahkan dan Adud menjadi pemerintah mutlak Dinasti Buwaihiyah. Beliau memakai gelaran Shahanshah - Raja Segala Raja. Ketika Adud menguasai Baghdad konflik politik tercetus dan berlaku keganasan dan ketidakstabilan. Adud bertindak ...