Posts

Showing posts from August, 2022

Serangan PKM Era 1973-1975

Image
PKM melancar beberapa serangan dan pembunuhan sekitar period tahun 1970-an. Akademia Ho Hui Line menyenarai serangan tersebut dalam sebuah artikel beliau. Tahun 1973:  Timbalan Penguasa Polis, Wong Lim Hoon dibunuh oleh komunis di Kuala Lumpur pada 18 Januari 1973. Ini diikuti dengan pembunuhan Ketua Inspektor, Chin Chin  Kou pada 12 Julai 1973 di Serdang, Kedah dan Detektif Sarjan, Cheng Kek Oh di Sungai Siput, Perak pada Oktober 1973.  1974 Pada tahun 1974, berlaku lagi tiga kejadian pembunuhan terhadap pegawai pasukan keselamatan, iaitu Detektif Konstable, Lee See Kaw di Malim Nawar, Perak pada 3 Januari 1974, Detektif Sarjan Lee Yoon Chin di Melaka pada 20 April 1974 dan Detektif Konstable, Ong Soon Chua di Chemor, Perak.16 Manakala, pada pagi 4 Jun 1974, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman bin Hashim pula ditembak mati oleh komunis di Kuala Lumpur.  1975 Pada 26 Ogos 1975, Tugu Negara dibom dan kem Pasukan Polis Hutan (PPH) di Jalan Pekeliling turut menjadi...

Postwar Manifestation of Radical Nationalism

Image
Firdaus Abdullah dalam bukunya memuat satu bab bertajuk Radical Nationalism: It's post-war manifestation . Sebaik tamat pendudukan Jepun golongan nasionalis yang dulunya di bawah KMM telah menghidupkan semula usaha politik mereka.  Firdaus menyebut ada empat ciri utama yang membentuk sikap para nasionalis berkenaan iaitu - "Malay stock instinct"; an uncompromising anti-colonialism; an intense desire for immediate independence; and disenchantment with the traditional social and political structure.  Menjelang berakhirnya pendudukan Jepun golongan nasionalis radikal menerus usaha juang mereka melalui penubuhan dua parti baru PKMM dan MNP. Tokoh nasionalis yang Parti tersebut dipimpin oleh Ahmad Boestamam. page 73-74. Turtuk Village, India the most northernmost village in India india dot com -  link . - - - - -

Penulis Menyokong Turki Ataturk Sekitar 1930an

Image
Pada period 1930-an berlaku kebangkitan Turki yang di pimpin oleh Atartuk. Kemajuan dan perubahan di Turki turut dikagumi wartawan akhbar dan penulis Malaya. Antara penulis yang kuat mendokong kejayaan Ataturk adalah Ahmad bin Ismail melalui penerbitannya sendiri al-Asasiyah Press, Kota Bahru. Seorang lagi penulis Mohammad Yunos bin Abdul Hamid yang menerbit buku "Mutiara dari Benua Timur" pada 1936. Beliau memapar kejayaan kegemilangan Turki Moden. Penulis Ibrahim Mahmood pula menulis buku "Turki dan Tamadunnya" pada 1938. Beliau membahas tentang kemajuan Barat yang berasas kepada tiga perkara iaitu kebebasan berfikir dan kebebasan hidup, nasionalisme dan cermat serta tekun. Pengaruh kejayaan Turki tersebut membawa kepada idea menama Kaum Muda sebagai mengkagumi kejayaan golongan Young Turks di Turki. Perubahan nama ini dicadang oleh A Samad Ahmad mengganti KMM yang kemudiannya berubah kepada Malay Youth League dan akhirnya Kaum Muda. Nota: ada buku biografi A Sama...

Catatan Buku Ishak Haji Muhammad

Image
Pak Sako pernah berkhidmat sebagai wartawan dan juga banyak menulis buku. Dalam penulisannya Pak Sako kerap meluah marahnya kepada sesetengah tokoh Melayu yang suka condong kepada penjajah British. Pak Sako juga pernah menyindir kaum feudal yang terlalu lembut dan lemah hingga mudah dipermain dan ditipu oleh Inggeris, China dan India. Pak Sako juga menegur pemimpin bila mana mereka meminjam berhutang dari ceti dan taukeh. Baca buku oleh Abdul Latif Abu Bakar "Pak Sako penulis dan ahli politik sehingga 1948" m/surat76-80 dan 103-105. [Buku ada di Lib Ratu call no 920]. Catatan bacaan ARHA m/surat `97.   Al-Serkal Mosque, Phnom Penh Baca "Mosque at eye of political storm". phnom penh post 2016 ( link ). - - - - -

Masjid Di Den Pasar Bali

Image
Pulau Bali majoriti penduduknya adalah beragama Hindu. Namun terdapat banyak masjid di sana. Kota Den Pasar sahaja ada enam belas buah masjid. Berikut ini daftar masjid di Kota Denpasar: Masjid Raya Baiturrahmah: Jalan Ahmad Yani Nomor 72A, Dauh Puri Kaja, Kecamatan Denpasar Utara Masjid Agung Sudirman: Jalan Slamet Riyadi Nomor 1, Dauh Puri, Kecamatan Denpasar Barat Baitul Makmur Mosque: Jalan Gunung Merbuk Nomor 4, Tegal Kertha, Kecamatan Denpasar Barat Masjid An-Nur: Jalan Diponegoro Nomor 192, Dauh Puri Klod, Kecamatan Denpasar Barat Masjid Raya Ukhuwwah Denpasar: Jalan Kalimantan Nomor 19, Dauh Puri Kangin, Kecamatan Denpasar Barat Masjid Muhammad: Jalan Imam Bonjol Nomor 335, Pemogan, Kecamatan Denpasar Barat Masjid Al-Ikhlas: Jalan Gunung Batukaru Nomor 48B/114, Tegal Kertha, Kecamatan Denpasar Barat Masjid Darussalam Ubung: Jalan Cokroaminoto Banjar Batur Nomor 269, Ubung, Kecamatan Denpasar Utara Masjid Al Furqon: Jalan Gunung Mas IA Nomor 14, Padangsambian Kaja, Kecamatan Den...