Posts

Showing posts from June, 2024

Mausoleum Al-Sayyidah Kulthum Di Cairo

Image
Sebuah lagi mausoleum yang ada di Cairo adalah Mausoleum al-Sayyidah Kulthum. Beliau adalah anak kepada al-Qasim bin Muhammad bin Jaafar al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir. Al-Qasim adalah dari jalur Ali Zainal Abidin bin Husain bin Ali bin Abi Talib. Tidak dinyata pula bila mausoeum dibina. Yang pasti adalah ketika era Fatimid Mesir. Produk Singer paling awal - - - - - 

Mausoleum Zayd bin Ali Zainal Abidin (1130M)

Image
Buku grave pg 197. Sebuah lagi mausoleum yang dibina Fatimid Mesir adalah Mausoleum Zayd bin Ali Zainal Abidin. Mausoleum yang dibina pada 1130M. Mausoleum yang menjadi tempat kunjungan setiap kali sambutan Hari Asura pada 10 Muharam. Satu lagi produk Singer - - - - -

Mausoleum Sayyidah Nafisah Cairo

Image
Buku Grave pg196. Satu lagi mausoleum yang dibina Fatimid Mesir adalah Mausoleum al-Sayyidah Nafisah. Beliau generasi kelima Ali bin Abi Talib dari jalur Saidina Hassan.Mausoleum dibina pada 1089. Kemudian dibina semula pada 1137. Sayyidah Nafisah wafat pada 823M. Suami beliau bernama Ishaq bin al-Sadiq mulanya mencadang jasad Sayyidah Nafisah dipindah ke Madinah. Namun warga Mesir merayu supaya jangan dipindah. Mereka mahukan jasad kekal di Mesir supaya memberi barakah sama kepada Mesir. Sebuah masjid juga didirikan di lokasi Mausoleum Sayyidah Nafisah dengan Nama Masjid Sayyidah Nasifah. Produk Singer - - - - -

Mausoleum Saidina Husayn Di Asqalan

Image
Masih catatan buku grave pg. 193. Disebut juga ada mausoleum untuk mengingati Saidina Husayn di bina oleh Fatimid Mesir. Mausoleum di bina dikota Ascalon. Mausoleum dibina oleh Badr al-Jamali dan disambung hingga siap oleh anak beliau bernama al-Afdal. Buku menyebut mausoleum Ascalon dibina sebagai tempat kepala Saidina Husayn disimpan. Pada 1153 kepala Saidina Husayn dipindahkan dari Mausoleum Asqalan ke  Mashad Husayn di Cairo. Baca wiki shrine of husayn's head - link . Buku Empires of Light - - - - -

Badr al Jamali - The First Tomb-Mosque

Image
Selain membina mausolem ada satu lagi cara memperingati si mati yang diperkenal pada masa silam. Mereka mendiri pusara (atau tomb) pada ketika awal dan kemudian membina pula masjid di lokasi yang sama. Kaedah begini diperkenal buat pertama kalinya pada era Fatimid Mesir. Mereka mendirikan pusara-masjid/tomb-mosque yang dinama Badr al-Jamali. Badr al-Jamali dibina pada 1085M bagi memperingati seorang komander tentera Fatimid. Binaan tersebut dibina di Mount Muqattam, sebuah lokasi berhampiran Cairo. Binaan ini dikenali kemudiannya sebagai Masjid Juyushi. Binaan dibangu pada ketika pemerintahan Fatimid al-Mustansir Billah. Baca wiki Badr al-Jamali ( link ); peopleofar wp ( link );  Juyushi Mosque - assingnment point dot com ( link ); the ismaili ( link ). Hentian tram Kadikoy - hentian iDO Badr al-Jamali (aka Masjid Juyushi) sumber: egyptian chronicle - link - - - - - 

Mausoleum Sharif Tabataba

Image
Buku Grave pg 193 Sebuah lagi mausoleum yang dikata antara paling awal dibina adalah Mashhad Sharif Tabataba (atau Mausoleum Sharif Tabataba). Mausoleum yang dibina oleh kerajaan Fatimid Mesir. Lebih tepatnya ia dibangun oleh kerajaan Ikhshidid Mesir pada 943M. Sejarah mausoleum ini disebut dalam buku oleh Robert Hillenbrand bertajuk Islamic Architecture terbitan Edin Uni 1994. Mausoleum dibina oleh Prince Muhammad bin Tughj Al-Ikhshid (atau Muhammad bin Taghag al-Ikshidi), pengasas kerajaan Ikhshidid Mesir. Beliau memerintah pada period 935-946M. Mausoleum dibina untuk Abu Ishaq Ibrahim bin Ismail Al-Dibaj. Beliau adalah dari keturunan Saidina Hassan bin Ali. Ibu kepada Abu Ishaq bernama Mohsen binti Omar al-Ashraf, dari keturunan Saidina Husssein bin Ali. Abu Ishaq dikenali juga dengan gelaran Syaikh Ibrahim Tabataba. Baca wiki mashadd tabataba -  link . Baca juga archaeological paths - link . Kadikoy Mausoleum Sharif Tabataba [Lokasinya setengah kilometer dari Masjid As-Syafie, ...

Makam Abbasid Terdahulu

Image
Claim yang mengatakan mausoleum paling awal adalah dibina untuk Abbasid Al-Muntasir. Dalam menyatakan hal tersebut selalu disebut juga bahawa pusara atau makam Abbasid yang lebih awal lokasi mereka tidak diketaui. Atau disebut lokasi makam mereka disembunyi dari pengetahuan ramai. Hal tersebut kerana bimbang makam Abbasid tersebut akan ada yang mahu musnahkan.  Namun ada petikan yang menyebut makam mereka bukanlah suatu yang rahsia. Petikan al muntasir - link :  'Ayni comments, citing al-Sibt (b. al-Jawzi), that Tabari's statement here is surprising since the tombs of the Abbasid caliphs are in fact known, e.g., the tomb of al-Saffah is in Anbar beneath the minbar; and those of al-Mahdi in Masabadhan, Harun in Tus, al-Ma'mun in Tarsis, and al-Mu'tasim, al-Wathiq and al-Mu'tawakkil in Samarra." mm Kadikoy - - - - -

Mausoleum Paling Awal - Qubbah al-Sulaybiya

Image
Ada sebuku tulisan Spahic Omer membincang mengenai sejarah bina mausoleum di negara Islam. Antara yang awal dibina adalah mausoleum yang dikenali sebagai Qubbah al-Sulaybiya yang dibina di Samarra. Kota Samarra adalah pusat pemerintahan Abbasid di satu ketika. Qubbah al-Sulaybiya dikata menempatkan pusara Abbasid al-Muntasir (837-862) yang meninggal dunia pada 862M. Tempoh pemerintahan al-Muntasir singkat sahaja cuma bertahan selama enam bulan. Mausoleum tersebut dikatakan dibina oleh ibu al-Muntasir yang beragama Kristian. Ibu beliau bernama Hubshiya dikatakan slave berketurunan Greek. Beliau meminta kebenaran (dari siapa?) untuk mendiri mausoleum tersebut. Memanglah pada ketika itu masih belum wujud budaya membina mausoleum di kalangan masyarakat Islam. Qubbat al-Sulaybiya The tomb of al-Muntasir ; this is also the resting place of his grandfather al-Mu'tasim  and his brother al-Mu'tazz [sumber - wiki ] Petikan - wiki: Al-Tabari (p. 222-3) states that al-Muntasir is the firs...

Panglima Nayan - Robin Hood Malaya

Image
Watak Robin Hood memang suatu yang sudah sedia diketahui ramai. Namun, watak Robin Hood juga pernah ada di Malaya. Beliau adalah Panglima Nayan yang diceritakan kisahnya di Negeri Kedah. Sebuah buku mengenai Panglima Nayan pernah terbit pada 1960. Buku terbitan Sinaran Bros Buku asal Panglima Nayan terbitan 1960 sudah tiada lagi di pasaran. Kalau nak baca pun mungkin cari kat librari. Itu pun kalau ada. Selain Panglima Nayan ada beberapa lagi 'Robin Hood' lain sekitar Kedah. Mereka adalah Awang Poh, Salleh Tui dan Din Prum. Pada period 1909 hingga 1929 nama mereka selalu disebut oleh orang kampung setempat dan juga oleh para pegawai British. Namun kisah Panglima Nayan dan yang lain itu masih boleh dibaca dalam versi bahasa Inggeris. Buku tulisan Dr Cheah Boon Kheng yang pernah mengajar di Jabatan Sejarah USM. Buku terbitan NUS Press tahun 2014 - - - - -