Catatan sebagai memori yang berlaku 1984. Zaman ketika berada dihujung tahun pengajian T5 Jalan Gurney. Period Januari hingga April 1984. [Sumber asal wiki - link ; lebih elok in English - link ]. 1 Januari - Hotel Majestic (kemudian dimiliki oleh Balai Seni Lukis Negara) telah ditutup selepas 52 tahun beroperasi. Mula beroperasi 1932 (?). Ia dibuka semula 2012. 11 Januari - Dr. Zaini Shaarani, kakitangan dari DBKL menjadi rakyat Malaysia pertama untuk sampai ke Gunung Kala Pattar. [Tak ada pulak temui info ini kalau search lain]. 12 Januari - Dasar Negara Diperbadankan (Malaysia Incorporation) dan Dasar Pertanian diperkenalkan. Januari - Kerajaan pusat merancang untuk membina sistem transit di antara Sentul dan Petaling Jaya. 31 Januari - Sultan Idris Shah II Perak mangkat secara mengejut selepas mengalami serangan jantung di Lumut, Perak. Pada 3 Februari, beliau telah digantikan oleh anak saudaranya, Sultan Azlan Shah. 1 Februari - Pembukaan rasm...