Peristiwa Negara 1984 Januari - April
Catatan sebagai memori yang berlaku 1984. Zaman ketika berada dihujung tahun pengajian T5 Jalan Gurney. Period Januari hingga April 1984. [Sumber asal wiki - link ; lebih elok in English - link].
- 1 Januari - Hotel Majestic (kemudian dimiliki oleh Balai Seni Lukis Negara) telah ditutup selepas 52 tahun beroperasi. Mula beroperasi 1932 (?). Ia dibuka semula 2012.
- 11 Januari - Dr. Zaini Shaarani, kakitangan dari DBKL menjadi rakyat Malaysia pertama untuk sampai ke Gunung Kala Pattar. [Tak ada pulak temui info ini kalau search lain].
- 12 Januari - Dasar Negara Diperbadankan (Malaysia Incorporation) dan Dasar Pertanian diperkenalkan.
- Januari - Kerajaan pusat merancang untuk membina sistem transit di antara Sentul dan Petaling Jaya.
- 31 Januari - Sultan Idris Shah II Perak mangkat secara mengejut selepas mengalami serangan jantung di Lumut, Perak. Pada 3 Februari, beliau telah digantikan oleh anak saudaranya, Sultan Azlan Shah.
- 1 Februari - Pembukaan rasmi Bandar Tun Razak oleh Perdana Menteri sempena ulang tahun WPKL ke-10.
- Februari - Kuala Lumpur International Marathon diadakan buat kali pertama.
- Februari - Johor Safari World telah ditutup selepas tiga tahun beroperasi.
Mac
- Tarikh tidak diketahui - Adabi mula dilancarkan.
- 1 April
- RTM meraikan ulang tahunnya yang ke-38.
- TV3 dalam ujian transmisi sehingga siaran pecubaan berkedudukan dan berpusat di Greater Kuala Lumpur. Kawasan penyiaran ini hanya terhad kepada Greater KL dan tapak stesen pemancar siaran di Bukit Sungai Besi.
- 11 April - Pembukaan rasmi Muzium Sabah yang baru oleh YDPA Sultan Ahmad Shah. .
- 16 April - Pulau Labuan menjadi WP kedua selepas Kuala Lumpur.
- 26 April - Sultan Iskandar Johor dipilih sebagai YDPA kelapan, menggantikan Sultan Ahmad Shah Pahang.
Tallinn City Town Hall
(completed 1404 - visit estonia link)
- - - - -


Comments
Post a Comment