Posts

Showing posts from November, 2020

Segala Mengenai Kosmos dan Universe

Image
Bagi yang meminati subjek tentang kosmologi ada sebuah laman khusus yang dibangun iaitu "The Physics of the Universe" ( link ). Berbagai aspek mengenai topik kosmologi dimuat di laman berkenaan. Turut dimuatkan ialah info mengenai Universe. Antara topik yang ada ialah para saintis yang terlibat mengkaji tentang kosmologi. Salah seorangnya ialah George Gamow (1904-1968). Gamow mendapat pendidikan awal di St Peterburg Uni (pada asalnya nama Leningrad Uni). Baca tentang Gamow - american inst of physics ( link ).   St Petersburg State Uni [est.1724] (source -  link ) - - - - -

Pembangunan Teleskop Observatori dan Kosmologi

Image
Pada awal kurun kedua puluh, dua perkembangan penting telah menggerak usaha memajukan bidang kosmologi. Dua perkembangan tersebut ialah kejayaan merekabentuk dan membina teleskop besar dan menerbitkan teori kosmologi oleh pakar saintis Jerman, Albert Einstein. Usaha pertama iaitu merekabentuk dan membina teleskop dipelopori oleh beberapa tokoh. Antaranya ialah George Ellery Hale (dari Chicago), Harlow Shapley (Harvard) dan dua pencerap ternama iaitu Vesto Slipher (Lowell) dan Edwin Hubble (Mount Wilson). Hale membina dua buah observatori besar di Amerika. Dalam usaha membangun teori kosmologi pula tokoh yang terkedepan ialah  Einstein (Jerman), Arthur Eddington (Cambridge), Willem de Sitter (Holland) dan Georges Lemaitre (Belgium). Lanjut Resorts - - - - -

Teleskop Observatori Awal Britain dan Teknik Spectroscopy

Image
Sejarah penggunaan teleskop observatori untuk tujuan astronomi di negara Barat bermula agak lewat. Seorang ahli perniagaan di Britain, Edward Crossley, telah membina sebuah teleskop reflektor besar. Beliau meminati astronomi dan telah mengupah seorang kontraktor Andrew Common untuk membina teleskop tersebut pada 1885. Apabila siap Crossley gagal melakukan cerapan dengan teleskop beliau kerana halangan cuaca hujan dan juga adanya pencemaran udara kesan kilang perusahaan. Crossley kemudiannya mendermakan teleskop tersebut kepada Lick Observatory di California. Teleskop tersebut dipasang di puncak Mount Hamilton. Pada 1856 seorang astronomer amatur British, William Huggins, membina sebuah observatori peribadi di Tulse Hill, South London. Huggins berjaya mengguna teknik spectroscopy kepada objek celestial dan dapat mengkaji spektrum bagi planetari nebula bagi constellation Draco. Teknik steroscopy selanjutnya telah diperkembang oleh Henry Draper di New York. Draper dikenali sebagai pengasa...

Tokoh Astronomi Period Selepas Newton - William Herschel

Image
Beberapa nama yang disebut dalam buku universe dan sumbangan mereka: William Herschel (b.1738 - Hanover) - ahli astronomi amatur yang berjaya menemui planet Uranus. Dia juga telah membuat sejumlah sekitar empat ratus buah teleskop. William Herschel sering melakukan cerapan astronomi dengan ditemani adik/kakak beliau Caroline Herschel. Mereka berjaya menemui lapan komet dan tiga nebulae. Mereka juga berjaya memperbaiki jadual bintang yang sebelumnya diusahakan oleh John Flamsteed (Astronomer Royal pada period Newton). Masih sekitar Osaka - - - - -

Tokoh Universe dan Kosmologi Selepas Newton

Image
Nama Newton memanglah tidak asing bila kita berbicara tentang universe dan kosmologi. Namun selain beliau ada lagi beberapa tokoh yang nama mereka tidak femes sebagaimana Newton mahu pun Einstein. Mereka adalah; Abbe Georges Lemaitre (d.1966) kelahiran Belgium. Beliau diiktiraf sebagai a pioneer in the application of the field equations to the field of cosmology. Beliau belajar civil engineering di Catholic Uni of Leuven. He is also remembered for his discovery of cosmic microwave background radiation. Alexander Friedman - Russian cosmologist and mathematician. Beliau graduan St Petersburg State Uni pada 1910. Pernah bertugas sebagai pengarah di Main Geophysical Observatory, Leningrad pada 1925. Beliau meninggal dunia pada Sep 1925 ketika usia muda 37 tahun kerana serangan typhoid ketika bercuti di Crimea. Arthur Eddington lulus BSc in Physic 1st Class pada 1902. Beliau menyambung pengajian matematik di Cambridge dan memperolehi BA pada 1905. Mula bertugas di Royal Greenwich Observator...

Isaac Newton (1642-1727)

Image
Bila membicara tentang universe nama Isaac Newton pastinya akan disebut. Isaac lahir pada 1642 di sebuah pekan kecil, Lincolnshire. Jauhnya sekitar 116 batu jauh di luar London dan mengambil masa hampir tiga jam dengan kereta. Pada tahun 1661 Newton memasuki Trinity College, Cambridge Uni dan beliau belajar matematik dan memperolehi BA pada 1665. Pada tahun tersebut juga berlaku wabak penyakit 'Great Palgue' di London. Akibatnya universiti ditutup selama dua tahun. Newton pulang ke rumah kelahiran beliau dan belajar sendiri sepanjang tempoh tersebut. Dalam tempoh tersebut Newton menemui beberapa perkara. Antaranya adalah - the binomial theorem, different calculus, theory of colors (in optics) dan dua hukum pergerakan (law of motions in mechanics). Pada 1667 universiti dibuka semula dan Newton kembali ke Cambridge dan dilantik sebagai fellow di Trinity College. Pada 1669 beliau dilantik professor matematik mengganti Isaac Barrow. Salah satu kejayaan besar Newton ialah menerbit b...