Pembangunan Teleskop Observatori dan Kosmologi


Pada awal kurun kedua puluh, dua perkembangan penting telah menggerak usaha memajukan bidang kosmologi. Dua perkembangan tersebut ialah kejayaan merekabentuk dan membina teleskop besar dan menerbitkan teori kosmologi oleh pakar saintis Jerman, Albert Einstein.

Usaha pertama iaitu merekabentuk dan membina teleskop dipelopori oleh beberapa tokoh. Antaranya ialah George Ellery Hale (dari Chicago), Harlow Shapley (Harvard) dan dua pencerap ternama iaitu Vesto Slipher (Lowell) dan Edwin Hubble (Mount Wilson). Hale membina dua buah observatori besar di Amerika.

Dalam usaha membangun teori kosmologi pula tokoh yang terkedepan ialah  Einstein (Jerman), Arthur Eddington (Cambridge), Willem de Sitter (Holland) dan Georges Lemaitre (Belgium).


Lanjut Resorts

- - - - -

Comments

Popular posts from this blog

Tesis Sufism dan Al-Arabi

Buku Gullick - Malaysia 1969

Team Member Yang Terlibat Dalam Misi Geodetik Peru