Posts

Edirne - Kota Masjid Tua

Image
Bandar Edirne sebuah kota yang memiliki banyak masjid tua. Selain Masjid Gazi Mihal ada beberapa lagi masjid lain seperti; Sahmelek Mosque - dibina pada 1429 ( link ) Muradiye Mosque - bina pada 1426-1436 ( link )  Mezit Bey (Yesilce) Mosque - bina pada 1440-1441 ( link ) Sultan Bayezid II Mosque Complex - bina pada 1484 ( link ) Atik Ali Pasha - dibina pada 1506 ( link ). Kadi Bedrettin Mosque - bina pada 1530 ( link ).  Sahmelek Mosque, Edirne (bina pada 1429) - - - - -

Expansion Activities During Mehmed 1456-1481

Image
Selepas percubaan Siege of Belgrade (entri),Mehmed meneruskan beberapa lagi usaha untuk melebar penguasaan Ottoman. Objektif utama Ottoman Mehmed dalam usaha melebar penguasaan wilayah adalah untuk membuka wilayah yang di masuki kepada Islam. Antara ekspansi yang beliau lakukan adalah: 1459: Opening of Serbia to Islam to Serbia. Usaha ini diketuai oleh Vizier Azam Mahmud Pasya bermula pada 1457. 1460: Berjaya menguasai Amasra dalam wilayah Anatolia dari penguasaan Genoese. Pembesar setempat Isfendiyar, Ismail Beg, turut menyerahkan kota Sinop kepada Ottoman. 1461: Opening of the Pontus Empire to Islam. Peristiwa bermula apabila Uzun  Hasan mara masuk ke Amasya, wilayah Ottoman. Uzun Hasan pemimpin Parsi berbangsa Turki yang berkahwin degan anak perempuan Emperor Trabzon. Mehmed bertindak ke atas Uzun dan beliau (Uzun) mengutus ibu Mehmed, Sare Hatun, untuk memohon maaf.  Mehmed meneruskan kemaraan ke Trabzon dan menawan kota tersebut. Sekali gus bermakna Mehmed berjaya memasuk...

Mehmed Siege of Belgrade 1456

Image
Setelah kejayaan membuka Constantinople pada 1453 Mehmed meneruskan misi mara ke Eropah. Pada 1456 Mehmed cuba pula untuk masuk ke Hungary. Cubaan masuk ke Hungary dicatat dalam sejarah sebagai "Siege of Belgrade". Namun usaha Mehmed yang berlaku pada Julai 4-22 berakhir dengan kegagalan. Ramai juga tentera Mehmed yang terkorban oleh bola api yang dileret oleh pasukan Hungary. Tektik meleret bola api tersebut dilakukan ketika pasukan Mehmet cuba menyerang dengan memanjat menghala benteng kubu Belgrade. Pemimpin tentera Hungary ketika serangan tersebut ialah Janos Hunyadi. Pemimpin tentera Janissari iaitu Hasan Agha turut syahid. Akhirnya Mehmed mengarah berundur balik. Kemenangan Hunyadi disambut gembira oleh seluroh Eropah. Tidak lama kemudian pada Ogos 1456 Hunyadi meninggal dunia kerana serangan wabak plague.  Serangan Ottoman berikutnya ke wilayah Eropah berlaku tujuh puluh tahun kemudian iaitu pada 1526 - Battle of Mohac.  Gazi Mihal Mosque, Edirne Gazi Mihal Mosque - se...

Kerajaan Silam Pendokong Syiah - Qaramitah

Image
Catatan buku Auni m/s 187. Ada beberapa kerajaan silam yang mendokong Syiah. Antaranya adalah; 1 Qaramitah - iaitu pecahan Syiah Ismailiyah (sekitar 899M). 2 Dinasti Hamdaniah yang berpusat di Mosul (809M) 3 Dinasti Buwayhid di Baghdad dan Syria (943M) 4 Dinasti Fatimid di Qairawan (909M) 5 Dinasti Fatimid Mesir (969M) Qaramitah (dalam English Qarmatian) diasas oleh Hamdan Ibn Qarmat mulanya di Bahrain dan sekitar pantai Kufah. Berikutnya mereka berpusat di Maimuniah (al-Hasa atau al-Ahsa) Saudi. Qaramitah mencatat sejarah berlaku ganas menyerang jemaah haji pulang dari Mekah. Mereka menguasai Mekah pada 931M dan Qaramitah pernah mencuri Hajaratul Aswad dari Kaabah dan menyembunyikan selama berpuluh tahun. Peristiwa tersebut berlaku ketika pemerintahan Abbasid Baghdad. Hajarul Aswad hanya dipulang kembali ke Kaabah setelah Abbasid membayar wang kepada mereka. Period peristiwa Qaramitah melarikan Hajarul Aswad berlaku ketika Abbsid ke-18 al-Muktadir 908-932M ( link ). Mac '19 - - - ...

Buku The Sons of Beyazid

Image
Entri asal -  geoab . Period interregnum berlaku perang saudara antara sesama anak Sultan Beyazid yang berlarutan selama sebelas tahun. Ada sebuah buku menulis tentang apa sebenarnya berlaku pada period 1402-1413. Buku “The Sons of Beyazid: Empire building and representation in the Ottoman Civil War of 1402-1413” terbitan Brill tahun 2007. Folder: D 1 2019 bayezid timurlane. Kandungan: Introduction - The Battle of Ankara and its consequences. 1 The political landscape after Ankara, 28 July 1402 - Spring 1403. 2 Anatolia between Isa and Mehmed Celebi, Spring 1403 - September 1403. 3 Anatolia between Emir Suleyman and Mehmed Celebi, before March 1403 - June 1410. 4 Rumeli between Emir Suleyman and Musa Celebi, 1409? - Feb 1411. 5 The reign of Musa Celebi and the end of the Civil War, Feb 1411 - July 1413. 6 Narrative and legitimation in the Ottoman Civil War. The Sons of Beyazid – – – – –

Ottoman Period Interregnum 1402-1413

Image
Entri asal -  geoab . Selepas kejatuhan Bayezid pada 1402 Ottoman berada dalam period interregnum. Dalam period ini berlakunya perang saudara sesama putera-putera Bayezid, berebut kuasa memerintah wilayah Ottoman yang telah berpecah. Lima putera Bayezid bernama Mehmed, Sulayman, Isa, Musa dan Mustafa berperang sesama sendiri untuk mendiri kesultanan masing-masing. Putera sulung bernama Mehmed menubuh kesultanan di Amasya. Manakala Sulayman menjadi Sultan Edirne memerintah wilayah Balkan. Isa mendapat kesultanan Bursa. Musa pula berjaya membunuh abang beliau Sulayman pada 1410 dan mendapat kesultanan Edirne. Baca "Age of Fatrah (Interregnum) for Ottoman State". Artikel Ahmed Akgunduz - osmanli org ( link ).   Pintu Gerbang Masuk Karadeniz Technical Uni, Trabzon [Tempat Prof Ortan Gokalp berkhidmat] - - - - -

Sultan Bayezid I dan Perang Ankara 1402

Image
Entri asal - geop wp ( link ): Satu lagi sejarah gelap dalam kerajaan Ottoman berlaku ketika pemerintahan Sultan Bayezid I. Beliau mula memerintah pada 1389 mengganti ayahnya (Murad I) yang terbunuh dalam Perang Kosovo. Pada 1402 berlaku Perang Ankara menentang tentera gabungan kuasa Kristian yang dipimpin Timur (atau Tamerlane). Pasukan Ottoman tewas dan Sultan Bayezid sendiri turut menjadi tawanan. Beliau telah dikurung dalam sangkar besi. Turut menjadi tahanan adalah isteri Bayezid I bernama Despina Hatun. Nama asal beliau ialah Olivera Despina. Beliau adalah anak Raja Serbia, Lazar, yang terbunuh ketika perang Kosovo (bersama Murad I ayah Bayezid). Bayezid meninggal dunia pada 1403 pada usia 48 tahun. Bayezid dan isteri dikatakan mendapat layanan buruk sepanjang tahanan mereka. Turut menjadi tahanan ialah anak Bayezid bernama Mustafa Celebi. (wiki  Bayezid ). Nota:  Ada pula catatan sejarah yang berbeza tentang layanan Timur terhadap Bayezid semasa dalam tahanan. Catatan m...

Sebab Kekalahan Bayezid vs Timurlane 1402

Image
Entri asal -  geoab . Kejatuhan Bayezid akibat kekalahan di tangan Timurlane dalam Perang Ankara pada 1402 amatlah memilukan. Bayezid yang mencapai berbagai kejayaan terutamanya Perang Nikopol tetiba boleh tewas dan lebih tragik menjadi tawanan pula kepada Timurlane. Pasukan tentera Timurlane memang jauh lebih kecil berbanding Bayezid. Pasukan Bayezid pula ramainya askar di kalangan bangsa Serbian yang terpaksa diarah turut ke medan perang bila mana askar Muslim ramai yang menarik diri. Satu sebabnya mereka menarik diri adalah kerana enggan berperang melawan sesama Islam.  Beberapa punca lain yang menyebabkan Bayezid kalah di tangan Timurlane adalah: 1 strategi bijak yang diatur Timurlane di Lembah Cubuk. 2 Menyekat bekalan air sehingga tentera Bayezid menderita dahaga kehausan. 3 Sebahagian pasukan yang menyertai Bayezid berpaling tadah (mereka adalah kumpulan dari Aydin, Germiyan dan Mentese). Ruang tidur sebuah penginapan Hung Hom – – – – –

Ottoman Beyazid I Berdepan Dengan Timurlane 1402

Image
Ottoman Beyazid I menjadi Sultan Ottoman pada period 1398-1402. Beliau menggantikan ayahnya, Murad I yang terbunuh ketika berperang di Kosovo. Beyazid I pada awal pemerintahan amat berjaya dalam usaha melebar wilayah kuasaan Ottoman. Antara yang dapat beliau kuasai ialah Karaman pada tahun 1397. Sebelum itu Karaman adalah di bawah tadbir seorang Beg Muslim. Selepas kejayaan tersebut Beyazid meneruskan pula usaha untuk cuba menawan Constantinople. Beyazid I tidak menggunakan kekuatan senjata sebaliknya mengenakan sekatan kemasukan barang masuk ke Constantinople. Pasukan Beyazid melakukan sekatan tersebut bertahun lamanya sehinggakan Constantinople sudah hampir mengaku kalah. Pada 1401 Beyazid menghentikan operasi Constantinople kerana adanya serangan oleh tentera Timurlane. Sebelum itu Timurlane telah membunuh anak Beyazid bernama Ertugurul selepas Timurlane berjaya menawan wilayah Sivas pada tahun 1400. Beyazid berdepan Timurlane dalam Perang Ankara pada 1402 dan berakhir dengan kekala...

Kejatuhan Sultan Bayezid I (1402)

Image
Entri asal -  geoab . Kejayaan Bayezid seperti entri sebelum adalah suatu yang amat memberangsang. Namun kini dibicarakan pula perkara duka tentang Sultan Bayezid I. Salah satu usaha besar yang Bayezid lakukan ialah untuk menawan Konstantinople. Pasukan beliau telah memulakan usaha tersebut dengan tindakan kepungan ke atas Konstantinople. Kepungan berlarutan lama dari 1394 hinggalah 1402. Pada period yang sama Bayezid terpaksa pula menghadapi tentangan tentera Salib. Setelah berjaya menewaskan pasukan Salib maka Bayezid bersedia untuk meneruskan serangan ke Konstantinople. Namun secara tiba-tiba muncul pula serangan oleh pasukan Tamerlane (r.1370-1405). Serangan melibatkan kedua musuh ini dikenali sebagai Perang Ankara yang terjadi pada Julai 1402. Pasukan Bayezid terdiri dari 120 ribu tentera manakala Tamerlane bilangan mereka lebih kecil sekitar 80 ribu. Apa yang berlaku adalah Tamerlane berjaya mengalahkan pasukan Ottoman dan Bayezid sendiri telah ditawan bersama anak beliau, Mu...

Ottoman ke4 - Sultan Bayezid I

Image
Entri asal -  geob . Selepas kematian Murad I pada 1389 naik sebagai pengganti dan mengetuai Uthmaniyah ialah Sultan Bayezid I. Beliau ialah anak kepada Sultan Murad dan menjadi Uthmaniyah ke4 memerintah period 1389 hingga 1402. Period pemerintahan Bayezid I dipenuhi sejarah gembira dan juga duka. Hal yang gembira adalah bila mana Bayezid berjaya menyatu padu emirates kecil atau wilayah kecil yang pada awalnya memberontak. Bayezid berjaya memulihkan perpaduan politik wilayah Aydin, Saruhan, Mentese, Germiyan dan juga Karaman. Berikutnya perpaduan politik berjaya diwujudkan di wilayah Aksaray, Nigde, Kayseri, Amasya dan kota-kota lainnya. Pada 1391 Bayezid mulakan usaha menyerang Byzantine untuk menawan kota Konstantinople. Tindakan awal beliau adalah mengepung Konstatinople dan pengepungan itu berterusan selama lima tahun. Pada masa yang sama Bayezid terus juga berusaha masuk ke Eropah dan pada 1394 beliau berjaya menawan Bulgaria, Greece, Venice dan Salonica. Kejayaan besar Bayezi...

Ottoman Murad I (1362-1389) dan Janissari

Image
Entri susun semula ( link ): Satu perkembangan besar yang diperkenal oleh Sultan Murad I (r.1362-89) ketika period pemerintahan beliau ialah penubuhan pasukan tentera yang dikenali sebagai Janissari. Sebelum penubuhan Janissari pasukan tentera Ottoman adalah terdiri dari rekrut yang diambil bekerja atas inisiatif Jeneral Kara Halil (d.1387) di kota Busra. Kaedah merekrut menimbul masalah kerana ramai rekrut yang lari keluar meninggalkan pasukan tentera. Kerana masalah dalam merekrut maka kaedah baru ialah dengan menubuh pasukan askar baru bermula pada sekitar tahun 1378. Pasukan tentera baru ini dikenali dalam nama Turki, Yenichari, yang membawa makna askar baru (i.e., Janissari). Anggota janissari terdiri dari anak-anak kaum Balkan yang wilayah mereka menjadi tawanan Ottoman. Rumelian Fortress, Istanbul Nota:  Turki pada zaman Ottoman terkenal juga dengan binaan kubu untuk mempertahan dari serangan musuh. Salah satunya adalah Kubu Rumali Istanbul. The Rumelian Fortress Istanbul wa...

Buku Consorts of the Caliphs

Image
Buku terbitan NYU Press tahun 2015. Buku 'Consorts of the Caliphs - women and the court of Baghdad' editing oleh Shawkat M Toorawa dan dua lagi editor. Buku asal tulisan Ibn al-Sa'i. Ibn al-Sa'i (d.674H/1276M) was a historian, law librarian, and prolific author from Baghdad. His considerable scholarly output included treatises on hadith, literary commentaries, history of the caliphs, and biographical collections, though little has survived. Women and the Court of Baghdad Terbitan NYU Press Dari Goodreads ( link ): Consorts of the Caliphs  is a seventh/thirteenth-century compilation of anecdotes about thirty-eight women who were, as the title suggests, consorts to those in power, most of them concubines of the early Abbasid caliphs and wives of latter-day caliphs and sultans. This slim but illuminating volume is one of the few surviving texts by Ibn al-Sa'i (d. 674 H/1276 AD). Ibn al-Sa'i was a prolific Baghdadi scholar who chronicled the academic and political e...

Ottoman Murad (r.1362-1389)

Image
Sultan Murad merupakan pemerintah ke3 Ottoman selepas Osman Gazi dan Orhan. Murad mula menjadi Sultan Ottoman pada 1362. Ada juga pengkaji yang menyatakan Murad telah pun mula berkuasa lebih awal iaitu sejak 1359. Pada ketika itu bapa beliau Orhan belum meninggal dunia. Pembesar Ottoman lain pada period tersebut adalah Lala Shahin Pasha. Berikutnya pada 1361 Murad berjaya menawan Edirne dan menjadikan kota pentadbiran Ottoman. Sebaik menjadi Sultan pada 1362 Murad telah mara masuk ke Ankara.  Pada 1363 tercetus perang antara Ottoman dengan tentera Kristian yang menyeberang masuk ke Erdine. Pasukan Kristian dipimpin oleh King Lajos dari Hungary. Pasukan Ottoman pimpinan Murad berjaya mengalahkan tentera Kristian sekali pun jumlah tentera Kristian jauh lebih ramai. Pemimpin sebenar tentera Ottoman ketika perang ini adalah Haji Ilbegi. Pada 1366 Pope umum menubuh pasukan tentera Salib untuk menyerang tentera wilayah Islam. Respon awal yang Pope terima ialah dari Duke of Savoy, Amedesu...

Pemerintah Agung Ottoman - Murad I (r.1362-1389)

Image
Entri asal - geoab. Murad I ialah khalifah ke-3 Uthmaniyah selepas Osman I bin Ertugrul dan Orhan bin Osman 1 (r.1326-1362). Period Murad 1 menyaksikan Uthmaniyah terus mara berjaya menakluki Thrace dan berikutnya bandar Adrianople. Murad 1 kemudian menukar nama Adrianople kepada Edirne dan menjadikan sebagai pusat pemerintahan Uthmaniyah. Pada 1363 Murad 1 menawan bandar Philippolis (kini Blovdiv, di Bulgaria). Seterusnya Murad 1 berjaya masuk ke wilayah Vassa di Eropah. Pada 1371 Murad 1 terus mara dan berjaya menawan Macedonia. Pada 1382 beliau berjaya menawan Bulgaria Tengah dan Serbia. Kejayaan Murad 1 tersekat pada 1389 ketika cuba menawan tentera Balkan dalam Perang Kosovo. Murad 1 terbunuh dalam perang tersebut. Murad 1 diganti oleh anak beliau Bayezid I (r.1389-1402). Catatan baca - pemerintah agung islam terbitan pts. Masjid Hagia Sophia, Trabzon, Turki source: archaeology -  link . Hagia Sophia Mosque to be restored. hurriyet daily news -  link .  Hagia Sophia ...

Ottoman ke3 Murad I (r.1362-1389)

Image
Pemerintah Ottoman ke3 ialah Sultan Murad I bin Orhan. Sultan Murad I dilantik pemerintah Ottoman mengganti ayahnya. Orhan pada awalnya menamakan abang Murad I iaitu Sulaiman Pasya sebagai bakal pengganti. Namun Sulaiman meninggal dunia lebih awal iaitu pada 1359. Maka Murad I diangkat mengambil tempat Sulaiman Pasya. Pasya ialah gelaran kepada anak sulung. Sepanjang hampir 30 tahun pemerintahan Murad I telah menempuh banyak perang. Ada yang menyebut hingga 37 peperangan. Beliau berjaya menang kesemua peperangan tersebut. Hasilnya luas wilayah pemerintahannya meningkat dari 95 ribu km persegi pada awal mewarisi kuasa kepada 500 ribu km persegi. Pertambahan lima kali ganda. Kejayaan Murad I bermula pada 1362 dengan menawan Adrianople dan menukarnya kepada nama Edirne. Berikutnya pada tahun 1363 Murad I berjaya menawan Philippi (atau Filibe) iaitu pusat kota Balkan. Pada tahun yang sama bermula Perang Salib pimpinan Raja Louis dari Hungary. Murad I berjaya mengalahkan pasukan Salib terse...

Orhan bin Osman (r.1326-1362)

Image
Selepas kematian Osman Gazi bin Ertugrul pemerintahan Ottoman diwarisi pula oleh anaknya yang bernama Orhan. Beliau mula memangku tugas ayahnya apabila Osman Gazi mula sakit pada 1320. Orhan juga meneruskan usaha meluaskan empayar Ottoman dengan menyerang dan menakluk wilayah sekitar. Orhan dibantu banyak oleh kumpulan tentera elit Ottoman yang digelar Yennisari (atau Jeniseri). Mereka terdiri dari anak-anak lelaki remaja Kristian yang menjadi tawanan perang atau bapa mereka terbunuh dalam pertempuran dengan Ottoman. Kejayaan Orhan bermula dengan menakluki kota Busra pada 1324. Beliau seterusnya berjaya menakluki kota-kota lain seperti Kocaeli, Kartal dan Aydos. Seterunya pada 1329 Orhan menang Perang Palekanon menewaskan King Adronikus Byzantine. Sekitar tahun 1352-53 pasukan Orhan berjaya mara hingga ke Balkan. Period Orhan juga menyaksikan banyak masjid dibina seperti di Busra, Iznik, Bilecik dan Gebze. Orhan juga berjaya menukar Gereja Ayasofya di Iznik (dulunya Nicaea) menjadi seb...

Ottoman Orhan (d.1362)

Image
Orhan bin Osman Gazi adalah pemerintah Ottoman ke2 selepas Osman Gazi. Orhan lahir pada c.1281 dan ibunya ialah Malhun Hatun (d.1323 -  wiki ), isteri pertama Osman Gazi. [Nota: isteri kedua Osman ialah Rabia Bala Hatun (d.1324 -  wiki ) anak kepada Syeikh Ebadali]. Orhan telah mula diberi tugas memimpin pasukan tentera Ottoman beberapa tahun sebelum kematian ayah beliau Osman (d.1326). Pada 1321 Orhan berjaya menawan Mudanya dan membawa Islam ke wilayah tersebut. Kemudian Orhan mara pula masuk ke Bursa dan berjaya menawan kota tersebut pada 1326. Iaitu selepas lima tahun mengepung dan mengena sekatan. Pada 1327 Orhan mula memperkenal pemakaian wang syiling yang dihasilkan di Bursa untuk wilayah Ottoman. Pada 1328 pasukan tentera Byzantin yang diketuai Raja Byzantine cuba berdepan menyerang pasukan Orhan. Pasukan Byzantine dapat dikalahkan dan King Andronikos III sempat lari menyelamat diri.  Pada 1331 Orhan berjaya Iznik (atau nama lamanya Nizae). Iznik berikutnya dijadi...

Ertugrul, Osman Gazi, Sultan Seljuk dan Ottoman

Image
Penubuhan kerajaan Ottoman bermula dengan pengiktirafan Osman Gazi sebagai pemimpin atau sultan pertama. Bapa Osman Gazi bernama Ertugrul yang merupakan ketua kepada kaum Kayi yang bertapak di Sokut, Turki. Nama penuh beliau ialah Ertugrul bin Gunduz Alp. Tiada pula info atau sumber bacaan yang menyebut tahun kelahiran Ertugrul. Beliau berperanan besar ketika pemerintahan Sultan Seljuk Anatolia yang bernama Alaeddin Kaykubad (r.1220-1237). Pada tahun 1230 Ertugrul membantu Alaeddin berperang melawan Khawarezm Shah. Bantuan Ertugrul telah memberi kemenangan kepada Seljuk Alaeddin dalam pertempuran yang dinamakan Perang Yassicemen. Alaeddin menghargai bantuan Ertugrul dengan memberi wilayah Sokut untuk ditadbir oleh Ertugrul. Ertugrul meninggal dunia pada 1281 dan diganti oleh anak beliau Osman sebagai pemimpin Kayi dan juga mentadbir wilayah Sokut. Pada 1284 Osman menerima watikah perlantikan sebagai emir Sakot. Menurut Mehmet dalam buku beliau m/s 10, watikah tersebut diberikan oleh Su...

Ottoman Mehter Military Band

Image
Pada awal lantikan Osman Gazi sebagai emir Sokut, beliau menerima berbagai hadiah dari para pembesar termasuk dari Sultan Seljuk, Sultan Giyaseddin Mesud. Pada 1288 sebaik Osman berjaya menawan dan membawa wilayah Karajasihar kepada Islam Sultan Giyaseddin telah menghadiah Osman sebuah bendera, tug, drum, trompet, jubah dan juga seekor kuda.  Sebaik hadiah tersebut tiba Osman mengarah drum dan trompet tersebut dimainkan. Sejak menerima drum dan trompet tersebut Osman kemudiannya telah menambah lagi drum dan trumpet dengan bilangan banyak. Beliau seterusnya menubuhkan pasukan band militari yang dipanggil mehter. Penubuhan band militari ini kemudiannya ditiru oleh para militari negara Eropah. Baca "Mehter military band and Alla tuca style: Ottoman impact on European music. Source: daily sabah -  link . "Ottoman empire's military band - mehter takimi". Source: big love turkey -  link . Catatan - mehmet page 15 . Band militari - Mehter - - - - -