Posts

Tesis Ottoman Bayezid II (r.1481-1512)

Image
Entri asal -  geoab : Sebuah tesis tentang Bayezid II bertajuk "The  Hest Bihist  of Idris Bidlisi: the reign of Bayezid II (1481-1512)" boleh dirujuk untuk mendapat penjelasan lebih terperinci tentang Bayezid II. Tesis phd Edin Uni pada 2000. Kandungan: i A Historical background to Bayezid II's reign ii An outline of Ottoman historiography iii Idris Bidlisi 's life and works iv The Hest Bihist v Civil strife between Bayezid II and Cem in Hest Bihist vi The war with Venice and the development of the Ottoman navy under Bayezid II in Hest Bihist vii Summarised translation of the eighth Book Folder: D 1 2019 Bayezid Timurlane. Gulbahar Hatun Mosque, Trabzon Gulbahar Hatun ialah isteri Bayezid II dan ibu Selim I Dibina pada 1514 ( link ) - - - - -

Peristiwa Period Bayezid II dan Ancaman Safavid Syiah Iran

Image
Ketika sibuk menghadapi penentangan Cem, Raja Bogdan (kini Moldavia) pula mengambil kesempatan menyerang Wallachia yang telah pun menjadi wilayah Ottoman. Bayezid II bertindak dan berjaya menawan kubu Kili dan Akkerman (kini di Ukraine) pada 1489. Pada period yang sama juga Andalusia mula jatuh ke tangan musuh Kristian Sepanyol. Ramai penduduk Muslim Andalusia terpaksa lari keluar menyelamat diri dari serangan Kristian. Bayezid II cakna dengan apa yang berlaku di Andalusia dan mengarah komander laut Kemal Reis untuk membantu. Misi Kemal Reis membantu Andalusia bermula pada 1487 berterusan hingga jatuhnya Granada pada 1492. Pada 1501 Hayruddin Pasya pula turut membantu misi Ottoman di Andalusia serta Afrika Utara khususnya Algeria. Pada 1502 Ottoman Bayezid II mara pula dan membawa Islam memasuki Mora. Sebelum itu Mora adalah bawah kuasa Venetian. Kerajaan Safavid Iran pada 1502 mula diperintah oleh Shah Ismail. Shah Ismail mengambil langkah menukar pegangan Iran dari Sunni kepada Syiah...

Cem (d.1495) Ottoman Period Bayezid II (1481-1512)

Image
Setelah Mehmed (Al-Fatih) meninggal dunia pada 1481 naik mengganti beliau ialah anaknya bernama Bayezid II (b.1447). Namun sejak awal menaiki takhta Bayezid menghadapi tentangan adiknya bernama Cem (b.1459 - ada yang eja Jem). Cem adalah pemerintah Karaman (berpusat di Bursa). Pertempuran berlaku di antara Bayezid dan Cem di Yenishehir. Cem tewas dalam pertempuran dan kembali semula ke Konya. Cem kemudiannya pergi ke Mesir (ketika itu Mesir di bawah Mamluk Kayitbay) dan terus mengerja haji Mekah pada 1481. Selepas menunai haji Cem kembali semula ke Cairo. Bayezid membuat tawaran kepada Cem supaya bersuaka di Jerusalem dan dalam masa sama terus menerima hasil dari Konya. Cem menolak tawaran tersebut dan beliau masih mahukan seluruh wilayah Anatolia. Maka Bayezid bertindak menghantar pasukan diketuai Ahmad Pasha berdepan dengan kumpulan penentang.  Cem seterusnya merancang ke wilayah Ottoman sebelah Eropah. Beliau mahu berpakat dengan pihak Kristian iaitu Knights of St John, Rhodes, ...

Pemerintah Agung Ottoman – Bayezid II (r.1481-1512)

Image
Entri asal -  geoab : Selepas Mehmed II meninggal dunia pemerintahan Ottoman diwarisi pula oleh anaknya Bayezid II. Pemerintahan Bayezid II lebih dianggap sebagai tempoh rehat dari misi penaklukan. Sebaliknya beliau menyatukan empayar dan menyelesaikan masalah ekonomi yang ditimbulkan oleh Mehmed II. Bayezid II berjaya mendapat sokongan Kor Jannasari dan sokongan kaum bangsawan Turki. Dengan sokongan dua pihak tersebut Bayezid II juga dapat mengurangkan kuasa Devsirme. [Baca hujung entri] Satu hal yang berlaku adalah penentangan oleh adik Bayezid bernama Cem (ada yang mengeja Jem). Tentangan Cem dapat diatasi oleh Bayezid menyebabkan Cem lari hingga menuju ke Syria pada 1481. Cem akhirnya berjaya mendapat sokongan puak Mamluk. Beliau juga berjaya mendapat dokongan dari pemimpin Turkmen wilayah Karaman. Pada 1482 Cem bertempur sekali lagi menentang Bayezid. Namun sekali lagi Cem dapat dikalahkan. Bayezid II turut mengambil langkah memperbaiki keadaan ekonomi Ottoman. Antara yang bel...

Sejarah Orang Islam Datang Ke India (3)

Image
Berikut adalah sejarah peringkat ketiga kedatangan orang Islam ke India. Pada tahun 976M Alp Tarkin telah berjaya berkubu di Ghazna. Selepas beliau meninggal dunia diganti pula oleh Sabaktakin. Beliau berjaya menawan Kabul dan Kandahar. Selepas Sabaktakin meninggal dunia diganti pula oleh anak beliau bernama Mahmud. Mahmud terus mara menuju India pada 1005M. Pasukan pimpinan Mahmud berperang dalam tempoh yang berlarutan. Beliau berjaya menawan Nagarakot pada 1009, menawan Dawab pada 1014, Kanuj pada 1019, Kashmir pada 1021, Lahore pada 1024, dan Gujerat pada 1025. Yang terakhir iaitu menawan Gujerat adalah pada period Abbasid al-Qadir. Baca "This mosque is India first" -  bhatkallys . Baca "India's Cheraman Mosque: a symbol of religious harmony". -  aljazeera . Masjid Cheraman, Kerala, India - 30km north of Kochi (source -  quora  dot com) Cheraman Juma Mosque in Methala, Kodungallur Taluk, Thrissur District in the Indian state of Kerala. Built in 629 AD, it is ...

Sejarah Orang Islam Datang Ke India (2)

Image
Berikutnya, pada zaman Umayyad Muawiyah sebuah angkatan perang pimpinan al-Muhallab bin Abu Sufrah telah sampai ke Kabul. Pada zaman Umayyad Abdul Malik bin Marwan (r.685-705), Gabenor Iraq ketika itu al-Hajjaj telah menghantar Panglima Muhammad bin Qasim untuk berdepan dengan tentera India yang ketika itu di bawah pemerintahan Raja Dahar. Selepas Abdul Malik bin Marwan, anak beliau al-Walid bin Abdul Malik (r.705-715) menjadi khalifah. Selepas al-Walid, Sulaiman bin Abdul Malik (r.715-717) pula naik menjadi khalifah. Pada zaman Sulaiman beliau telah memanggil pulang Muhammad bin Qasim. Malah Muhammad telah diperlaku kejam oleh Sulaiman. Beliau telah dirantai, dipenjara dan akhirnya dibunuh. Masjid al-Muhallab bin Abu Sufrah, Muscat, Oman source -  beautifulmosques - - - - -

Sejarah Orang Islam Datang Ke India (1)

Image
Sedikit catatan tentang sejarah orang Islam datang ke India. Hubungan bermula dengan kedatangan orang Arab ke India pada zaman khalifah Umar al-Khattab. Saidina Umar telah mengutus Usman bin Abul 'Ash bersama sebuah pasukan tentera mara ke negara-negara Timur. Pada tahun 22H pasukan tersebut sampai ke Parsi dengan niat untuk menerus mara ke India. [Baca wiki uthman abul ash - link ]. Berikutnya, pada zaman khalifah Usman bin Affan diutus pula Hakim bin Jabalah untuk meninjau India. Kalau di google akan kita temui nama Hakim bin Jabalah yang menawan kota Makran pada tahun 649M. Pada zaman khalifah Ali bin Abu Talib telah dihantar sebuah pasukan pimpinan al-Harits bin Murrah menghala ke India. Tinggalan Binaan Masjid Tua India - Masjid Aror (dibina oleh Muhammad bin Qasim) - - - - -

Edirne - Kota Masjid Tua

Image
Bandar Edirne sebuah kota yang memiliki banyak masjid tua. Selain Masjid Gazi Mihal ada beberapa lagi masjid lain seperti; Sahmelek Mosque - dibina pada 1429 ( link ) Muradiye Mosque - bina pada 1426-1436 ( link )  Mezit Bey (Yesilce) Mosque - bina pada 1440-1441 ( link ) Sultan Bayezid II Mosque Complex - bina pada 1484 ( link ) Atik Ali Pasha - dibina pada 1506 ( link ). Kadi Bedrettin Mosque - bina pada 1530 ( link ).  Sahmelek Mosque, Edirne (bina pada 1429) - - - - -

Expansion Activities During Mehmed 1456-1481

Image
Selepas percubaan Siege of Belgrade (entri),Mehmed meneruskan beberapa lagi usaha untuk melebar penguasaan Ottoman. Objektif utama Ottoman Mehmed dalam usaha melebar penguasaan wilayah adalah untuk membuka wilayah yang di masuki kepada Islam. Antara ekspansi yang beliau lakukan adalah: 1459: Opening of Serbia to Islam to Serbia. Usaha ini diketuai oleh Vizier Azam Mahmud Pasya bermula pada 1457. 1460: Berjaya menguasai Amasra dalam wilayah Anatolia dari penguasaan Genoese. Pembesar setempat Isfendiyar, Ismail Beg, turut menyerahkan kota Sinop kepada Ottoman. 1461: Opening of the Pontus Empire to Islam. Peristiwa bermula apabila Uzun  Hasan mara masuk ke Amasya, wilayah Ottoman. Uzun Hasan pemimpin Parsi berbangsa Turki yang berkahwin degan anak perempuan Emperor Trabzon. Mehmed bertindak ke atas Uzun dan beliau (Uzun) mengutus ibu Mehmed, Sare Hatun, untuk memohon maaf.  Mehmed meneruskan kemaraan ke Trabzon dan menawan kota tersebut. Sekali gus bermakna Mehmed berjaya memasuk...

Mehmed Siege of Belgrade 1456

Image
Setelah kejayaan membuka Constantinople pada 1453 Mehmed meneruskan misi mara ke Eropah. Pada 1456 Mehmed cuba pula untuk masuk ke Hungary. Cubaan masuk ke Hungary dicatat dalam sejarah sebagai "Siege of Belgrade". Namun usaha Mehmed yang berlaku pada Julai 4-22 berakhir dengan kegagalan. Ramai juga tentera Mehmed yang terkorban oleh bola api yang dileret oleh pasukan Hungary. Tektik meleret bola api tersebut dilakukan ketika pasukan Mehmet cuba menyerang dengan memanjat menghala benteng kubu Belgrade. Pemimpin tentera Hungary ketika serangan tersebut ialah Janos Hunyadi. Pemimpin tentera Janissari iaitu Hasan Agha turut syahid. Akhirnya Mehmed mengarah berundur balik. Kemenangan Hunyadi disambut gembira oleh seluroh Eropah. Tidak lama kemudian pada Ogos 1456 Hunyadi meninggal dunia kerana serangan wabak plague.  Serangan Ottoman berikutnya ke wilayah Eropah berlaku tujuh puluh tahun kemudian iaitu pada 1526 - Battle of Mohac.  Gazi Mihal Mosque, Edirne Gazi Mihal Mosque - se...

Kerajaan Silam Pendokong Syiah - Qaramitah

Image
Catatan buku Auni m/s 187. Ada beberapa kerajaan silam yang mendokong Syiah. Antaranya adalah; 1 Qaramitah - iaitu pecahan Syiah Ismailiyah (sekitar 899M). 2 Dinasti Hamdaniah yang berpusat di Mosul (809M) 3 Dinasti Buwayhid di Baghdad dan Syria (943M) 4 Dinasti Fatimid di Qairawan (909M) 5 Dinasti Fatimid Mesir (969M) Qaramitah (dalam English Qarmatian) diasas oleh Hamdan Ibn Qarmat mulanya di Bahrain dan sekitar pantai Kufah. Berikutnya mereka berpusat di Maimuniah (al-Hasa atau al-Ahsa) Saudi. Qaramitah mencatat sejarah berlaku ganas menyerang jemaah haji pulang dari Mekah. Mereka menguasai Mekah pada 931M dan Qaramitah pernah mencuri Hajaratul Aswad dari Kaabah dan menyembunyikan selama berpuluh tahun. Peristiwa tersebut berlaku ketika pemerintahan Abbasid Baghdad. Hajarul Aswad hanya dipulang kembali ke Kaabah setelah Abbasid membayar wang kepada mereka. Period peristiwa Qaramitah melarikan Hajarul Aswad berlaku ketika Abbsid ke-18 al-Muktadir 908-932M ( link ). Mac '19 - - - ...

Buku The Sons of Beyazid

Image
Entri asal -  geoab . Period interregnum berlaku perang saudara antara sesama anak Sultan Beyazid yang berlarutan selama sebelas tahun. Ada sebuah buku menulis tentang apa sebenarnya berlaku pada period 1402-1413. Buku “The Sons of Beyazid: Empire building and representation in the Ottoman Civil War of 1402-1413” terbitan Brill tahun 2007. Folder: D 1 2019 bayezid timurlane. Kandungan: Introduction - The Battle of Ankara and its consequences. 1 The political landscape after Ankara, 28 July 1402 - Spring 1403. 2 Anatolia between Isa and Mehmed Celebi, Spring 1403 - September 1403. 3 Anatolia between Emir Suleyman and Mehmed Celebi, before March 1403 - June 1410. 4 Rumeli between Emir Suleyman and Musa Celebi, 1409? - Feb 1411. 5 The reign of Musa Celebi and the end of the Civil War, Feb 1411 - July 1413. 6 Narrative and legitimation in the Ottoman Civil War. The Sons of Beyazid – – – – –

Ottoman Period Interregnum 1402-1413

Image
Entri asal -  geoab . Selepas kejatuhan Bayezid pada 1402 Ottoman berada dalam period interregnum. Dalam period ini berlakunya perang saudara sesama putera-putera Bayezid, berebut kuasa memerintah wilayah Ottoman yang telah berpecah. Lima putera Bayezid bernama Mehmed, Sulayman, Isa, Musa dan Mustafa berperang sesama sendiri untuk mendiri kesultanan masing-masing. Putera sulung bernama Mehmed menubuh kesultanan di Amasya. Manakala Sulayman menjadi Sultan Edirne memerintah wilayah Balkan. Isa mendapat kesultanan Bursa. Musa pula berjaya membunuh abang beliau Sulayman pada 1410 dan mendapat kesultanan Edirne. Baca "Age of Fatrah (Interregnum) for Ottoman State". Artikel Ahmed Akgunduz - osmanli org ( link ).   Pintu Gerbang Masuk Karadeniz Technical Uni, Trabzon [Tempat Prof Ortan Gokalp berkhidmat] - - - - -

Sultan Bayezid I dan Perang Ankara 1402

Image
Entri asal - geop wp ( link ): Satu lagi sejarah gelap dalam kerajaan Ottoman berlaku ketika pemerintahan Sultan Bayezid I. Beliau mula memerintah pada 1389 mengganti ayahnya (Murad I) yang terbunuh dalam Perang Kosovo. Pada 1402 berlaku Perang Ankara menentang tentera gabungan kuasa Kristian yang dipimpin Timur (atau Tamerlane). Pasukan Ottoman tewas dan Sultan Bayezid sendiri turut menjadi tawanan. Beliau telah dikurung dalam sangkar besi. Turut menjadi tahanan adalah isteri Bayezid I bernama Despina Hatun. Nama asal beliau ialah Olivera Despina. Beliau adalah anak Raja Serbia, Lazar, yang terbunuh ketika perang Kosovo (bersama Murad I ayah Bayezid). Bayezid meninggal dunia pada 1403 pada usia 48 tahun. Bayezid dan isteri dikatakan mendapat layanan buruk sepanjang tahanan mereka. Turut menjadi tahanan ialah anak Bayezid bernama Mustafa Celebi. (wiki  Bayezid ). Nota:  Ada pula catatan sejarah yang berbeza tentang layanan Timur terhadap Bayezid semasa dalam tahanan. Catatan m...

Sebab Kekalahan Bayezid vs Timurlane 1402

Image
Entri asal -  geoab . Kejatuhan Bayezid akibat kekalahan di tangan Timurlane dalam Perang Ankara pada 1402 amatlah memilukan. Bayezid yang mencapai berbagai kejayaan terutamanya Perang Nikopol tetiba boleh tewas dan lebih tragik menjadi tawanan pula kepada Timurlane. Pasukan tentera Timurlane memang jauh lebih kecil berbanding Bayezid. Pasukan Bayezid pula ramainya askar di kalangan bangsa Serbian yang terpaksa diarah turut ke medan perang bila mana askar Muslim ramai yang menarik diri. Satu sebabnya mereka menarik diri adalah kerana enggan berperang melawan sesama Islam.  Beberapa punca lain yang menyebabkan Bayezid kalah di tangan Timurlane adalah: 1 strategi bijak yang diatur Timurlane di Lembah Cubuk. 2 Menyekat bekalan air sehingga tentera Bayezid menderita dahaga kehausan. 3 Sebahagian pasukan yang menyertai Bayezid berpaling tadah (mereka adalah kumpulan dari Aydin, Germiyan dan Mentese). Ruang tidur sebuah penginapan Hung Hom – – – – –

Ottoman Beyazid I Berdepan Dengan Timurlane 1402

Image
Ottoman Beyazid I menjadi Sultan Ottoman pada period 1398-1402. Beliau menggantikan ayahnya, Murad I yang terbunuh ketika berperang di Kosovo. Beyazid I pada awal pemerintahan amat berjaya dalam usaha melebar wilayah kuasaan Ottoman. Antara yang dapat beliau kuasai ialah Karaman pada tahun 1397. Sebelum itu Karaman adalah di bawah tadbir seorang Beg Muslim. Selepas kejayaan tersebut Beyazid meneruskan pula usaha untuk cuba menawan Constantinople. Beyazid I tidak menggunakan kekuatan senjata sebaliknya mengenakan sekatan kemasukan barang masuk ke Constantinople. Pasukan Beyazid melakukan sekatan tersebut bertahun lamanya sehinggakan Constantinople sudah hampir mengaku kalah. Pada 1401 Beyazid menghentikan operasi Constantinople kerana adanya serangan oleh tentera Timurlane. Sebelum itu Timurlane telah membunuh anak Beyazid bernama Ertugurul selepas Timurlane berjaya menawan wilayah Sivas pada tahun 1400. Beyazid berdepan Timurlane dalam Perang Ankara pada 1402 dan berakhir dengan kekala...

Kejatuhan Sultan Bayezid I (1402)

Image
Entri asal -  geoab . Kejayaan Bayezid seperti entri sebelum adalah suatu yang amat memberangsang. Namun kini dibicarakan pula perkara duka tentang Sultan Bayezid I. Salah satu usaha besar yang Bayezid lakukan ialah untuk menawan Konstantinople. Pasukan beliau telah memulakan usaha tersebut dengan tindakan kepungan ke atas Konstantinople. Kepungan berlarutan lama dari 1394 hinggalah 1402. Pada period yang sama Bayezid terpaksa pula menghadapi tentangan tentera Salib. Setelah berjaya menewaskan pasukan Salib maka Bayezid bersedia untuk meneruskan serangan ke Konstantinople. Namun secara tiba-tiba muncul pula serangan oleh pasukan Tamerlane (r.1370-1405). Serangan melibatkan kedua musuh ini dikenali sebagai Perang Ankara yang terjadi pada Julai 1402. Pasukan Bayezid terdiri dari 120 ribu tentera manakala Tamerlane bilangan mereka lebih kecil sekitar 80 ribu. Apa yang berlaku adalah Tamerlane berjaya mengalahkan pasukan Ottoman dan Bayezid sendiri telah ditawan bersama anak beliau, Mu...

Ottoman ke4 - Sultan Bayezid I

Image
Entri asal -  geob . Selepas kematian Murad I pada 1389 naik sebagai pengganti dan mengetuai Uthmaniyah ialah Sultan Bayezid I. Beliau ialah anak kepada Sultan Murad dan menjadi Uthmaniyah ke4 memerintah period 1389 hingga 1402. Period pemerintahan Bayezid I dipenuhi sejarah gembira dan juga duka. Hal yang gembira adalah bila mana Bayezid berjaya menyatu padu emirates kecil atau wilayah kecil yang pada awalnya memberontak. Bayezid berjaya memulihkan perpaduan politik wilayah Aydin, Saruhan, Mentese, Germiyan dan juga Karaman. Berikutnya perpaduan politik berjaya diwujudkan di wilayah Aksaray, Nigde, Kayseri, Amasya dan kota-kota lainnya. Pada 1391 Bayezid mulakan usaha menyerang Byzantine untuk menawan kota Konstantinople. Tindakan awal beliau adalah mengepung Konstatinople dan pengepungan itu berterusan selama lima tahun. Pada masa yang sama Bayezid terus juga berusaha masuk ke Eropah dan pada 1394 beliau berjaya menawan Bulgaria, Greece, Venice dan Salonica. Kejayaan besar Bayezi...

Ottoman Murad I (1362-1389) dan Janissari

Image
Entri susun semula ( link ): Satu perkembangan besar yang diperkenal oleh Sultan Murad I (r.1362-89) ketika period pemerintahan beliau ialah penubuhan pasukan tentera yang dikenali sebagai Janissari. Sebelum penubuhan Janissari pasukan tentera Ottoman adalah terdiri dari rekrut yang diambil bekerja atas inisiatif Jeneral Kara Halil (d.1387) di kota Busra. Kaedah merekrut menimbul masalah kerana ramai rekrut yang lari keluar meninggalkan pasukan tentera. Kerana masalah dalam merekrut maka kaedah baru ialah dengan menubuh pasukan askar baru bermula pada sekitar tahun 1378. Pasukan tentera baru ini dikenali dalam nama Turki, Yenichari, yang membawa makna askar baru (i.e., Janissari). Anggota janissari terdiri dari anak-anak kaum Balkan yang wilayah mereka menjadi tawanan Ottoman. Rumelian Fortress, Istanbul Nota:  Turki pada zaman Ottoman terkenal juga dengan binaan kubu untuk mempertahan dari serangan musuh. Salah satunya adalah Kubu Rumali Istanbul. The Rumelian Fortress Istanbul wa...

Buku Consorts of the Caliphs

Image
Buku terbitan NYU Press tahun 2015. Buku 'Consorts of the Caliphs - women and the court of Baghdad' editing oleh Shawkat M Toorawa dan dua lagi editor. Buku asal tulisan Ibn al-Sa'i. Ibn al-Sa'i (d.674H/1276M) was a historian, law librarian, and prolific author from Baghdad. His considerable scholarly output included treatises on hadith, literary commentaries, history of the caliphs, and biographical collections, though little has survived. Women and the Court of Baghdad Terbitan NYU Press Dari Goodreads ( link ): Consorts of the Caliphs  is a seventh/thirteenth-century compilation of anecdotes about thirty-eight women who were, as the title suggests, consorts to those in power, most of them concubines of the early Abbasid caliphs and wives of latter-day caliphs and sultans. This slim but illuminating volume is one of the few surviving texts by Ibn al-Sa'i (d. 674 H/1276 AD). Ibn al-Sa'i was a prolific Baghdadi scholar who chronicled the academic and political e...