Posts

Batu Nisan Kampung Permatang Pasir Pekan (1028)

Image
Bila membaca tentang perbincangan sejarah kemasukan Islam di Pahang antara bahan sejarah yang disebut adalah sebuah batu nisan tua yang ditemui di Pekan Pahang. Batu nisan tersebut ditemui di Kampung Permatang Pasir, Pekan sekitar Jun 1953.  Batu nisan tersebut tercatat kematian pada 491H bersamaan tahun 1028. Penemuan tersebut sekali gus memberi makna kedatangan Islam ke Pahang mungkin sekitar awal kurun kesebelas. Batu Nisan yang ditemui Kpg Permatang Pasir source -  artmelayu Baca "Batu nisan bukti Pahang negeri terawal terima Islam". Link -  bharian  2015. Baca "Legasi Islam di Pahang" - syarahan perdana UMP -  link . Folder D 1 2020 Jakim. Baca juga link berikut -  muazzam  2018. - - - - -

Kerajaan Pemerintahan Islam India

Image
Dinasti Lodi (1451-1526) – juga terdiri dari empat Sultan. Kerajaan Jaunpur (1351-1466), menguasai wilayah Jaunpur. Antara pemerintahnya Khoja Khan dan Husain Syah Syarqi. Jaupur kemudiannya berada di bawah Moghul. Kerajaan Benggala bermula pada 1345, menguasai wilaya Benggala, menguasai wilayah Delhi. Kerajaan Malwa (1401-1564). Antara pemimpinnya ialah Hoshang Syah. Malwa kemudiannya berada di bawah Moghul. Kerajaan Bahmani Dekan, menguasai wilayah Dekan iaitu di bahagian tengah India. Tubuh pada 1347 dan runtuh pada abad ke17. Antara sultan yang terkenal ialah Alauddin II (1435-1459), Humayun Bahmani (1459-1463 dan Muhammad II (1463-1482). Kerajaan Gujerat menguasai wilayah Gujerat bermula pada 1396. Pemerintah terkenal Gujerat ialah Sultan Mahmud (1494-1511). Kerajaan Moghul muncul pada abad ke16 (1527-1857). Diasas oleh Baber (1526-1530). Kemudian Humayun (1530-1556), Akbar (1556-1605), Shah Jahan (1628-1658). Jahangir (hingga 1627). Source: buku penjajahan Portugis dan Sepanyol, ...

Ottoman Fracticide Law

Image
Fracticide law yang dipraktik Ottoman: What made princely competition and fratricide more profound, as mentioned earlier, was their codification in dynastic law (Kanunname-i Âl-i Osman) by Mehmed II (r. 1451–1481). The law states, “For the welfare of the state, the one of my sons to whom God grants the sultanate may lawfully put his brothers to death. A majority of the ulema consider this permissible.” With this code, fratricide gained firmer ground as acceptable and customary, and Mehmed’s law attempted to entrench its permissibility vis-à-vis Islamic law page 7/37 - sulayman executed mustafa. - - - - -

Selim I vs Ahmad dan Korkut

Image
Sedikit catatan tentang Selim I vs Ahmad dan Korkut: Menurut İnalcık, “The Ottoman Succession" -  for example, as the sons of Bayezid II, Ahmed, Korkud and Selim, began to compete for the throne in early sixteenth century, Ahmed was most probable candidate for the throne because of his strong network and support. Both Ahmed and Korkud lost their credit because of their inertia and failure to suppress the Shahquli/Åžahkulu rebellion (1509–11).  Selim effectively used the rhetoric that he could suppress the rebellion and solve the Safavid problem, thereby he attracted the support of the janissaries and Sipahis of Rumelia for they believed that Selim seemed to be more courageous and having more zeal to engage in gaze to expand the lands of Islam. Source: Sulayman executed Mustafa page 7/37 ( link ) - - - - -

Bacaan Berkaitan Salem dan Suleyman

Image
Sedikit bacaan tambahan; hzq 2021 ottoman selim - no9; no12; no14; no15; no16; no19; no20. no9: Turkomans between two empires: the origins of the Qizilbash identity in Anatolia. Riza Yildirim, Bilkent University, 2008. 708 pages. no12: Gifts in motion: Ottoman-Safavid cultural exchange 1501-1618. Sinem Arcak, Minnesota University, 2012. 371 pages. no14: "The foreign relations of the Ottoman empire under Selim I, 1512-1520". MA OSU 1969. 105 pages. no15: The North Caucasus in the Second Half of the Sixteenth Century: Imperial Entanglements and Shifting Loyalties". Murat Yasar, Phd, U of Toronto, 2011. 350 pages. no16: "The Innovations in The Ottoman Legal Administration: The 16th Century Between Theory and Practice". Honey El-Moghazi. MA The American U of Cairo, 2017. 151 pages. no19: The First Line of Contact: The Young Christian Made Ottoman Slave in the Sixteenth Century". BA Pennsylvania Uni, 2007. 94 pages. no20: Co-Existence and conflict between Musli...

Kematian Selim I dan Suleyman Sebagai Pengganti

Image
Kejayaan besar Selim I adalah melebar kuasa mencakupi wilayah Syria, Palestine dan Mesir. Kesemua negara tersebut adalah wilayah Islam yang sebelum ini di kuasai Mamluk. Ottoman Selim I juga sekali gus menguasai Mekah, Madinah dan Hijaz. Dengan kejayaan besar tersebut sememangnya Selim I diakui dengan gelaran Khalifah sebagaimana kerajaan Abbasiah Baghdad di masa silam. Selim I mula jatuh sakit pada 1520. Ketika itu beliau dalam perjalanan menuju Edirne. Tarikh sebenar kematian beliau ialah pada September 1520. Selepas kematian Selim I naik takhta sebagai pengganti ialah anak beliau bernama Suleyman. Makam Sultan Selim I (islamic landmark -  link ) - - - - - Masjid Selim I yang juga menempatkan makam Selim I [Masjid Selim I dibina period Sultan Suleyman dan siap pada 1527/28 -  wiki ] Baca "Yavuz Sultan Selim Mosque Istanbul - is it underrated?". istanbul fantasy -  link . - - - - -

Selim I Menguasai Mamluk Mesir Melawan Tomanbay 1517

Image
Kejayaan Selim I menguasai Mamluk yang pada period tersebut pasukan laut negara Eropah sedang menguasai dunia pelayaran. Pelaut Eropah terutama Portugis sudah pun menguasai kawasan Laut India, Laut Merah dan juga Jeddah. Mereka menguasai kesemua kawasan tersebut setelah mengalahkan angkatan laut Mamluk dalam Perang Diu berdekatan pantai Laut India. Kini menjadi tugas Ottoman pula berdepan dengan armada Portugis mempertahan wilayah Mamluk yang baru dikuasai Selim I.  Pada period ini juga Mamluk Mesir dipimpin oleh Sultan Tomanbay menggantikan Kansu al-Ghawri yang terbunuh ketika berdepan tentera Ottoman. Selim I menghubungi Tomanbay dan membuat tawaran beliau terus berkuasa di Mesir dengan beberapa syarat. Selim I meminta Tomanbay mengiktiraf wilayah Ottoman dan menyebut nama Sultan Ottoman dalam khutbah Jumaat dan mengguna wang syiling Ottoman. Malangnya, Tomanbay berkeras menolak semua syarat tersebut. Akhirnya pada 1517 Selim I menghantar pasukan berdepan Mamluk pimpinan Tomanbay...

Selim I Berdepan Mamluk Mesir 1516

Image
Selepas Selim berjaya di medan Chaldiran beliau merancang pula untuk mara terus ke wilayah Iran. Dalam masa sama Shah Ismail pula berpakat bersama Mamluk untuk menyekat kemaraan Selim masuk ke wilayah Safavid. Pada Sep 1516, Selim I menyediakan pasukan seramai empat puluh ribu tentera diketuai Sinan Pasha untuk mara ke Iran. Mamluk Mesir pula menyediakan pasukan seramai lima puluh ribu tentera ke Syria. Pasukan tersebut diketuai sendiri oleh Sultan Mamluk, Kansu al-Ghawri. Mereka ke Syria sebagai benteng menahan kemaraan Selim I dari memasuki Iran. Tindakan yang di ambil oleh Kansu al-Ghawri dari satu sudut adalah amat janggal kerana sebagai Sunni beliau tidak sepatutnya bersama dengan Shah Ismail pemimpin Syiah Safavid. Selim menghantar wakil bertemu Sultan Mamluk di Aleppo berbincang mengenai tindakan Ottoman mara ke Iran. Malangnya, wakil Selim I yang datang telah ditahan oleh Sultan Mamluk Aleppo. Wakil Selim I tersebut akhirnya dibebaskan setelah tentera Selim I yang mara tiba di ...

Selim I Berdepan Safavid Shah Ismail - Perang Childiran 1514

Image
Period pemerintahan Selim I ialah pada 1512-1520. Antara yang berlaku ketika pemerintahan Selim I ialah ancaman berterusan dari Safavid Shah Ismail khususnya menyebar fahaman Syiah di wilayah Ottoman. Dikatakan seramai empat puluh ribu penduduk Anattolia yang terpengaruh dengan ajaran Syiah. Shah Ismail juga bertindak keras membunuh seramai enam puluh ribu Sunni di Azerbaijan. Tentu sekali Selim I marah dengan perkembangan tersebut. Shah Ismail juga cuba berpakat dengan pemerintah Mamluk Mesir untuk membantu bersama menghadapi Ottoman.  Pada 1514 Selim I menyedia pasukan untuk berdepan dengan Syah Ismail Safavid. Mereka bertempur dalam Perang Childiran pada Ogos 1514. Pasukan Selim I berjaya dalam pertempuran tersebut walau pun pada awalnya mengalami kejutan dan ramai tentera Ottoman yang syahid. Berikutnya pasukan Selim I terus mara memasuki Tabruz.  Pada masa itu telah masuk musim sejuk. Selim I mengambil keputusan untuk berkubu dan bertahan dahulu sebelum meneruskan kemaraa...

Perlantikan Ottoman ke9 Selim I (r.1512-1520)

Image
Perebutan takhta Ottoman selepas Bayezid II berakhir dengan lantikan Selim I sebagai Sultan Ottoman ke9. Walau telah menduduki takhta Sultan Selem I masih berasa belum selamat dan bimbang terhadap ancaman dari dua saudaranya Ahmad dan Korkut. Selim I akhirnya membuat helah mengutus surat jemputan 'palsu' kepada kedua saudara tersebut menjemput datang ke Istanbul. Surat tersebut atas nama pembesar Ottoman kononnya bertujuan melantik masing-masing mereka sebagai sultan. Apabila tiba di Istanbul kedua saudara tersebut telah ditangkap dan seterusnya dibunuh. [Catatan ini adalah dari buku Maksudoglu m/surat 101 - sekilas baca macam ada perbalahan fakta dengan wiki].  Berikutan peristiwa tersebut Selim digelar Yavuz yang membawa makna ' ruthless and harsh '. Namun begitu kalangan warga Ottoman menyokong Selim dan mengangkat beliau sebagai pemerintah ' resolute, able and efficent '.  Nota: Menurut wiki Ahmed terbunuh dalam pertempuran menentang pasukan Selim I di Yenis...

Perebutan Pengganti Bayezid II

Image
Pada hujung pemerintahan Bayezid II isu besar yang dihadapi oleh Ottoman ialah ancaman dari Safavid Syiah yang diketuai Shah Ismail. Bayezid II pula sudah berkira untuk mengundur diri dari mengetuai pemerintahan. Beliau mulanya sudah bercadang memilih anak bernama Ahmad sebagai pengganti. Ahmad ketika itu merupakan pembesar di wilayah Amasya. Bersaing dengan Ahmad ialah seorang lagi anak Bayezid bernama Korkut. Korkut berusaha mengenepi Ahmad dan cuba mendapatkan sokongan militari  namun gagal. Ahmad pula meneruskan usaha menentang ancaman Syiah oleh Safavid Shah Ismail. Ancaman tersebut dilancar melalui agen beliau di Anatolia bernama Shahkulu. Walau bagaimana pun usaha Ahmad mengalami kesukaran. Akhirnya para pembesar Ottoman meminta seorang lagi anak Beyazid, Shehzade Selim, bagi mengetuai penentangan Safavid di wilayah Anatolia.  Masjid Selim I, Istanbul [dibina pada 1522 -  tour  link ] Sebaik mengetahui Bayezid mahu melantik Ahmed sebagai pengganti, Selim, yang...

Tesis Ottoman Bayezid II (r.1481-1512)

Image
Entri asal -  geoab : Sebuah tesis tentang Bayezid II bertajuk "The  Hest Bihist  of Idris Bidlisi: the reign of Bayezid II (1481-1512)" boleh dirujuk untuk mendapat penjelasan lebih terperinci tentang Bayezid II. Tesis phd Edin Uni pada 2000. Kandungan: i A Historical background to Bayezid II's reign ii An outline of Ottoman historiography iii Idris Bidlisi 's life and works iv The Hest Bihist v Civil strife between Bayezid II and Cem in Hest Bihist vi The war with Venice and the development of the Ottoman navy under Bayezid II in Hest Bihist vii Summarised translation of the eighth Book Folder: D 1 2019 Bayezid Timurlane. Gulbahar Hatun Mosque, Trabzon Gulbahar Hatun ialah isteri Bayezid II dan ibu Selim I Dibina pada 1514 ( link ) - - - - -

Peristiwa Period Bayezid II dan Ancaman Safavid Syiah Iran

Image
Ketika sibuk menghadapi penentangan Cem, Raja Bogdan (kini Moldavia) pula mengambil kesempatan menyerang Wallachia yang telah pun menjadi wilayah Ottoman. Bayezid II bertindak dan berjaya menawan kubu Kili dan Akkerman (kini di Ukraine) pada 1489. Pada period yang sama juga Andalusia mula jatuh ke tangan musuh Kristian Sepanyol. Ramai penduduk Muslim Andalusia terpaksa lari keluar menyelamat diri dari serangan Kristian. Bayezid II cakna dengan apa yang berlaku di Andalusia dan mengarah komander laut Kemal Reis untuk membantu. Misi Kemal Reis membantu Andalusia bermula pada 1487 berterusan hingga jatuhnya Granada pada 1492. Pada 1501 Hayruddin Pasya pula turut membantu misi Ottoman di Andalusia serta Afrika Utara khususnya Algeria. Pada 1502 Ottoman Bayezid II mara pula dan membawa Islam memasuki Mora. Sebelum itu Mora adalah bawah kuasa Venetian. Kerajaan Safavid Iran pada 1502 mula diperintah oleh Shah Ismail. Shah Ismail mengambil langkah menukar pegangan Iran dari Sunni kepada Syiah...

Cem (d.1495) Ottoman Period Bayezid II (1481-1512)

Image
Setelah Mehmed (Al-Fatih) meninggal dunia pada 1481 naik mengganti beliau ialah anaknya bernama Bayezid II (b.1447). Namun sejak awal menaiki takhta Bayezid menghadapi tentangan adiknya bernama Cem (b.1459 - ada yang eja Jem). Cem adalah pemerintah Karaman (berpusat di Bursa). Pertempuran berlaku di antara Bayezid dan Cem di Yenishehir. Cem tewas dalam pertempuran dan kembali semula ke Konya. Cem kemudiannya pergi ke Mesir (ketika itu Mesir di bawah Mamluk Kayitbay) dan terus mengerja haji Mekah pada 1481. Selepas menunai haji Cem kembali semula ke Cairo. Bayezid membuat tawaran kepada Cem supaya bersuaka di Jerusalem dan dalam masa sama terus menerima hasil dari Konya. Cem menolak tawaran tersebut dan beliau masih mahukan seluruh wilayah Anatolia. Maka Bayezid bertindak menghantar pasukan diketuai Ahmad Pasha berdepan dengan kumpulan penentang.  Cem seterusnya merancang ke wilayah Ottoman sebelah Eropah. Beliau mahu berpakat dengan pihak Kristian iaitu Knights of St John, Rhodes, ...

Pemerintah Agung Ottoman – Bayezid II (r.1481-1512)

Image
Entri asal -  geoab : Selepas Mehmed II meninggal dunia pemerintahan Ottoman diwarisi pula oleh anaknya Bayezid II. Pemerintahan Bayezid II lebih dianggap sebagai tempoh rehat dari misi penaklukan. Sebaliknya beliau menyatukan empayar dan menyelesaikan masalah ekonomi yang ditimbulkan oleh Mehmed II. Bayezid II berjaya mendapat sokongan Kor Jannasari dan sokongan kaum bangsawan Turki. Dengan sokongan dua pihak tersebut Bayezid II juga dapat mengurangkan kuasa Devsirme. [Baca hujung entri] Satu hal yang berlaku adalah penentangan oleh adik Bayezid bernama Cem (ada yang mengeja Jem). Tentangan Cem dapat diatasi oleh Bayezid menyebabkan Cem lari hingga menuju ke Syria pada 1481. Cem akhirnya berjaya mendapat sokongan puak Mamluk. Beliau juga berjaya mendapat dokongan dari pemimpin Turkmen wilayah Karaman. Pada 1482 Cem bertempur sekali lagi menentang Bayezid. Namun sekali lagi Cem dapat dikalahkan. Bayezid II turut mengambil langkah memperbaiki keadaan ekonomi Ottoman. Antara yang bel...

Sejarah Orang Islam Datang Ke India (3)

Image
Berikut adalah sejarah peringkat ketiga kedatangan orang Islam ke India. Pada tahun 976M Alp Tarkin telah berjaya berkubu di Ghazna. Selepas beliau meninggal dunia diganti pula oleh Sabaktakin. Beliau berjaya menawan Kabul dan Kandahar. Selepas Sabaktakin meninggal dunia diganti pula oleh anak beliau bernama Mahmud. Mahmud terus mara menuju India pada 1005M. Pasukan pimpinan Mahmud berperang dalam tempoh yang berlarutan. Beliau berjaya menawan Nagarakot pada 1009, menawan Dawab pada 1014, Kanuj pada 1019, Kashmir pada 1021, Lahore pada 1024, dan Gujerat pada 1025. Yang terakhir iaitu menawan Gujerat adalah pada period Abbasid al-Qadir. Baca "This mosque is India first" -  bhatkallys . Baca "India's Cheraman Mosque: a symbol of religious harmony". -  aljazeera . Masjid Cheraman, Kerala, India - 30km north of Kochi (source -  quora  dot com) Cheraman Juma Mosque in Methala, Kodungallur Taluk, Thrissur District in the Indian state of Kerala. Built in 629 AD, it is ...

Sejarah Orang Islam Datang Ke India (2)

Image
Berikutnya, pada zaman Umayyad Muawiyah sebuah angkatan perang pimpinan al-Muhallab bin Abu Sufrah telah sampai ke Kabul. Pada zaman Umayyad Abdul Malik bin Marwan (r.685-705), Gabenor Iraq ketika itu al-Hajjaj telah menghantar Panglima Muhammad bin Qasim untuk berdepan dengan tentera India yang ketika itu di bawah pemerintahan Raja Dahar. Selepas Abdul Malik bin Marwan, anak beliau al-Walid bin Abdul Malik (r.705-715) menjadi khalifah. Selepas al-Walid, Sulaiman bin Abdul Malik (r.715-717) pula naik menjadi khalifah. Pada zaman Sulaiman beliau telah memanggil pulang Muhammad bin Qasim. Malah Muhammad telah diperlaku kejam oleh Sulaiman. Beliau telah dirantai, dipenjara dan akhirnya dibunuh. Masjid al-Muhallab bin Abu Sufrah, Muscat, Oman source -  beautifulmosques - - - - -

Sejarah Orang Islam Datang Ke India (1)

Image
Sedikit catatan tentang sejarah orang Islam datang ke India. Hubungan bermula dengan kedatangan orang Arab ke India pada zaman khalifah Umar al-Khattab. Saidina Umar telah mengutus Usman bin Abul 'Ash bersama sebuah pasukan tentera mara ke negara-negara Timur. Pada tahun 22H pasukan tersebut sampai ke Parsi dengan niat untuk menerus mara ke India. [Baca wiki uthman abul ash - link ]. Berikutnya, pada zaman khalifah Usman bin Affan diutus pula Hakim bin Jabalah untuk meninjau India. Kalau di google akan kita temui nama Hakim bin Jabalah yang menawan kota Makran pada tahun 649M. Pada zaman khalifah Ali bin Abu Talib telah dihantar sebuah pasukan pimpinan al-Harits bin Murrah menghala ke India. Tinggalan Binaan Masjid Tua India - Masjid Aror (dibina oleh Muhammad bin Qasim) - - - - -

Edirne - Kota Masjid Tua

Image
Bandar Edirne sebuah kota yang memiliki banyak masjid tua. Selain Masjid Gazi Mihal ada beberapa lagi masjid lain seperti; Sahmelek Mosque - dibina pada 1429 ( link ) Muradiye Mosque - bina pada 1426-1436 ( link )  Mezit Bey (Yesilce) Mosque - bina pada 1440-1441 ( link ) Sultan Bayezid II Mosque Complex - bina pada 1484 ( link ) Atik Ali Pasha - dibina pada 1506 ( link ). Kadi Bedrettin Mosque - bina pada 1530 ( link ).  Sahmelek Mosque, Edirne (bina pada 1429) - - - - -

Expansion Activities During Mehmed 1456-1481

Image
Selepas percubaan Siege of Belgrade (entri),Mehmed meneruskan beberapa lagi usaha untuk melebar penguasaan Ottoman. Objektif utama Ottoman Mehmed dalam usaha melebar penguasaan wilayah adalah untuk membuka wilayah yang di masuki kepada Islam. Antara ekspansi yang beliau lakukan adalah: 1459: Opening of Serbia to Islam to Serbia. Usaha ini diketuai oleh Vizier Azam Mahmud Pasya bermula pada 1457. 1460: Berjaya menguasai Amasra dalam wilayah Anatolia dari penguasaan Genoese. Pembesar setempat Isfendiyar, Ismail Beg, turut menyerahkan kota Sinop kepada Ottoman. 1461: Opening of the Pontus Empire to Islam. Peristiwa bermula apabila Uzun  Hasan mara masuk ke Amasya, wilayah Ottoman. Uzun Hasan pemimpin Parsi berbangsa Turki yang berkahwin degan anak perempuan Emperor Trabzon. Mehmed bertindak ke atas Uzun dan beliau (Uzun) mengutus ibu Mehmed, Sare Hatun, untuk memohon maaf.  Mehmed meneruskan kemaraan ke Trabzon dan menawan kota tersebut. Sekali gus bermakna Mehmed berjaya memasuk...