Posts

Sultan Perak ke14 - Sultan Muhammad Shah (1742-1743)

Image
Sebagaimana  ditulis dalam entri sebelum ini ketika pemerintahan Sultan Perak ke-13 (Sultan Muzaffar Syah III) telah wujud dua Sultan diangkat oleh dua kumpulan pembesar negeri. Selain Sultan Muzaffar Syah III yang bersemayam di Berahman Indera, seorang lagi Sultan telah dilantik di Pulau Tiga. Raja Bisnu yang sebelum itu adalah Sultan Muda telah diangkat pula sebagai Sultan dengan gelaran Sultan Muhammad Syah. Peristiwa tersebut berlaku pada tahun 1742. Peristiwa ini berlaku ekoran campur tangan Yamtuan Muda Riau iaitu Daing Celak yang datang menyerang Perak. Daing Celak kemudiannya menyebelahi Sultan Muda Raja Bisnu yang ketika itu berbalah dengan Sultan Muzaffar Syah.  Namun apabila Daing Celak balik ke Riau Sultan Muhammad Syah berbaik dan berdamai semula dengan Sultan Muzaffar Syah. Maka pada 1743 Sultan Muzaffar Syah teruslah menjadi Sultan Perak.  Yang DiPertuan Muda Muhammad Shah meninggal dunia pada 1750. Beliau meninggal dunia lebih dulu dari Sultan Muzaffar Sya...

Sultan Perak ke13 - Sultan Muzaffar Syah III (1728-1756)

Image
Raja Muda Inu iaitu adik kepada Sultan Alauddin Mughayat Shat atau Marhum Sulong dilantik menjadi Sultan Perak ke-13 pada tahun 1728. Raja Inu memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah III dan beliau bersemayam di Berahman Indera, Bota Kanan. Adik Raja Inu bernama Raja Bisnu dilantik menjadi Sultan Muda dan bersemayam di Pulau Tiga. Pada period Sultan Muzaffar Syah III memerintah telah datang pasukan Bugis menyerang Perak diketuai oleh Daing Celak (beliau ialah Yamtuan Riau ke-2). Serangan tersebut berlaku pada 1742. Pada period tersebut Sultan Muzaffar berbalah dengan adiknya Sultan Muda Raja Bisnu. Penyerang Bugis tersebut telah menyebelahi Sultan Muda. Dengan bantuan pasukan Bugis Sultan Muda telah diangkat mereka menjadi Sultan Perak. Makanya kesultanan Perak pun berpecah dua. Namun persengketaan dua sultan tersebut tidak berlarutan. Sultan Muda sendiri membuat cadangan berdamai semula dengan Sultan Muzaffar Syah III. Pada tahun 1743 belaku juga satu lagi peritiwa sejarah ketika period ...

Sultan Perak ke12 - Sultan Alauddin Mughayat Syah (1720-28)

Image
Setelah mangkat Sultan Mahmud Iskandar Syah, anak saudara beliau yang bernama Raja Radin dilantik menjadi Sultan Perak ke-12. Beliau mengguna gelaran Sultan Alauddin Mughayat (atau Riayat) Syah dan bersemayam di Geronggong. Adik Raja Radin yang bernama Raja Inu pula dilantik menjadi Raja Muda dan bersemayam di Bernam. Pada period penghujung pemerintahan Sultan Mughayat pasukan Yamtuan Muda Riau datang menyerang dengan bantuan Bugis dari Selangor. Ada juga yang menyebut serangan tersebut adalah dengan dibantu oleh Raja Inu sendiri. Ini adalah kerana Raja Inu mahu merebut takhta dari abangnya. Sultan Mughayat meninggal dunia pada 1728 dan dimakam di Geronggong. Gelaran beliau ialah Marhum Sulong. Makam beliau kini telah tiada kerana jatuh ke Sungai Perak.  Suasana Tasik Cermin - - - - -

Sultan Perak ke11 - Sultan Mahmud Iskandar Syah (1653-1720)

Image
  Selepas Sultan Muzaffar Syah mangkat beliau diganti oleh anaknya yang bernama Raja Mahmud. Beliau menjadi Sultan Perak ke-11 dengan gelaran Sultan Mahmud Iskandar Syah. Sultan Mahmud bersemayam di Geronggong. Baginda memerintah paling lama iaitu untuk tempoh 67 tahun. Period pemerintahan Sultan Mahmud Perak tidak lagi di bawah Acheh. Sejak 1641 apabila pemerintah Aceh Sultan Thani mangkat Acheh berada di bawah perintah empat orang Raja perempuan secara bergilir dan mereka cuma berkuasa di Acheh semata. Sungguh pun tidak lagi terlibat dengan pemerintah Acheh namun pentadbiran Perak ketika period ini masih berdepan dengan pergolakan yang timbul berkait perniagaan bijih timah dengan Kompeni Belanda. Sultan Mahmud Iskandar Syah meninggal dunia pada 1720 ketika usia 120 tahun. Beliau dimakamkan di Geronggong, Mukim Pulau Tiga. Gelaran beliau ialah Marhum Besar Aulia Allah. Trek menuju ke Tasik Cermin - - - - -

Period Sultan Muzaffar Syah (1636 hingga 1653)

Image
Period pemerintahan Sultan Muzaffar adalah paling panjang berbanding sultan-sultan sebelum beliau. Beliau memerintah selama tujuh belas tahun. Berbagai peristiwa dan sejarah tercatat sepanjang tempoh tersebut. Lebih-lebih lagi dengan adanya urus niaga bijih timah serta hubungan dengan Kompeni Belanda di Perak.  Bukit batuan banyak merata negeri Perak (ni sekitar Tasik Cermin) - - - - -

Sultan Perak ke10 - Sultan Muzaffar Syah (1636-1653)

Image
Selepas kematian Sultan Salehudin pada 1635 Perak masih di bawah takluk Aceh, Pemerintah Aceh pada period tersebut ialah Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Beliau telah mangkat pada 1636 dan diganti pula oleh menantu iaitu Sultan Iskandar Thani, suami kepada Puteri Safiatuddin. Sultan Iskandar Thani (d.1641) telah menghantar saudara sepupu beliau iatu Raja Sulong untuk menjadi Sultan Perak. Raja Sulong menjadi Sultan Perak ke-10 dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah II. Pada 1639 Sultan Muzaffar memberi izin kepada Belanda untuk membeli timah dari Perak. Belanda pada ketika itu memang rapat dengan kerajaan Acheh.Permintaan Belanda untuk membeli timah Perak turut mendapat kebenaran Aceh. Sultan Muzaffar Syah mangkat pada 1653 dan dimakam di Air Mati, Lambor Kanan. Gelaran beliau ialah Marhum Jalilulah.   Kapal korek bijih, Tg Tualang Baca Sultan Muzaffar II -  orangperak  dot com. - - - - -

Sultan Perak ke9 - Sultan Salehuddin (1630-1635)

Image
Menggantikan Sultan Mahmud Syah yang mangkat pada 1630 ialah anaknya yang bernama Raja Kobat. Beliau memakai gelaran Sultan Salehuddin. Menurut cerita pada zaman pemerintahan Sultan Salehuddin berlaku wabak penyakit taun yang dahsyat. Sultan Salehuddin turut mati kerana wabak taun tersebut pada 1635. Ketika itu beliau sedang dalam pelayaran ke Kampar, Sumatera.  Sultan Salehuddin di makamkan di Kampar dan gelaran beliau ialah Marhum Mangkat di Kampar. Sebuah fasiliti penginapan Karai - - - - -

Sultan Perak ke8 - Sultan Mahmud Syah (1627-30)

Image
Setelah Sultan Mansur Shah II mangkat di Acheh pembesar Acheh telah melantik Raja Yusuf sebagai Sultan. Beliau adalah adik kepada Sultan Mukaddam dan cucu kepada Marhum Kota Lama Kanan. Raja Yusuf mengguna gelaran Sultan Mahmud Shah dan bersemayam di Geronggong, terletak sekitar Kampung Gajah.  [Geronggong sebenarnya adalah nama ikan; ada juga nama kawasan minyak di Brunai - Geronggong Oil Field]. Sultan Mahmud Syah mangkat pada 1630 dan makam beliau adalah di Pulau Tiga. Gelaran beliau pula ialah Marhum Pulau Tiga.   Ruang Lobi - - - - -

Sultan Perak ke7 - Sultan Mansur Syah II (1619-1627)

Image
Setelah kemangkatan Sultan Mukaddam di Acheh, seorang pembesar Perak yang bergelar Maharaja Lela telah pergi ke Johor bertemu Raja Mansur dan membawa beliau balik ke Perak. Raja Mansur ialah cucu kepada Sultan Perak ke-3 iaitu Sultan Ahmad Tajuddin dan adik kepada Sultan Alauddin Syah, Sultan Perak ke-5. Raja Mansur telah dilantik menjadi Sultan Perak ke-7 dengan gelaran Sultan Mansur Syah II dan bersemayam di Semat, berdekatan Manong. Pada tahun 1627 pemerintah Aceh, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, telah menghantar rombongan pembesar ke Perak. Mereka ke Perak untuk menyata bantahan kepada lantikan Sultan Mansur Syah II sebagai Sultan. Bersama rombongan tersebut ialah Raja Yusof, adik kepada Sultan Mukaddam Syah.  Kerajaan Acheh mahu melantik Raja Yusof sebagai Sultan mengganti Sultan Mansur Syah II.  Rombongan tersebut berikutnya pulang dan membawa bersama Sultan Mansur Syah II ke Acheh. Beliau kemudiannya meninggal dunia di Acheh maka digelar Marhum Mangkat Di Acheh. Baca...

Sultan Perak ke6 - Sultan Mukaddam Syah (r.1603-19)

Image
Selepas kemangkatan Sultan Alauddin Syah, Raja Tua atau Tengku Tua telah dipilih sebagai Sultan Perak ke-6. Nama sebenar beliau tidak disebut dalam buku tetapi Raja Tua adalah cucu kepada Sultan Tajul Ariffin (Sultan ke-4). Beliau mengguna gelaran Sultan Mukaddam Syah dan bersemayam di Bota Kanan.  Ada cerita sejarah bahawa Sultan Mukaddam punya seorang anak perempuan jelita nama Puteri Limau Purut. Puteri tersebut telah bertunang dengan adik kepada Sultan Alauddin. Beliau turut dipinang oleh Raja Aceh tetapi ditolak. Hal ini menjadikan Raja Aceh marah dan telah menghantar pasukan untuk menyerang Perak. Apabila Perak kalah Sultan Mukkadam dan keluarga termasuk Puteri Limau Purut telah dibawa ke Aceh. Akhirnya menurut cerita tersebut Sultan Mukkadam telah mangkat di Aceh. Namun menurut satu lagi versi sejarah serangan Aceh ke atas berlaku berlaku pada hujung period pemerintah Sultan Mukkadam. Bermakna serangan tersebut bukanlah kerana cerita tentang Puteri Limau Purut. Dalam seranga...

Sultan Perak ke5 - Sultan Alauddin Syah (1594-1603)

Image
Raja Ali putera Raja Inu adalah Sultan Perak ke-5 selepas kemangkatan Sultan Tajul Ariffin. Beliau merupakan cucu kepada Sultan Perak ke-3, Sultan Ahmad Tajuddin (r.1577-84). Raja Ali memakai gelaran Sultan Alauddin Syah dan bersemayam di Bota Kanan. Sultan Alauddin meninggal dunia pada 1603 dan dimakamkan di Bota. Gelaran beliau ialah "Marhum Mangkat Di Darat". Baca juga entri fb asal aceh 2019 - waris sultan mahmud ( link ). Baca orang perak dot com ( link ) dan taman bukit slim ( link ). Baca "The History of Perak from native sources" oleh WE Maxwell. Artikel Journal of the Straits Branch of the RAS, Jun 1882. 25 m/surat. "A history of Perak" oleh RO Winstedt dan RJ Wilkinson . JMBRAS 1934. 205 m/surat. [DT50 1 2020 Perak Sultanate] Approaching border check point Pengkalan Hulu - - - - - 

Sultan Perak ke4 - Sultan Tajul Ariffin (1584-1594)

Image
Setelah Sultan Ahmad Tajuddin Syah meninggal dunia adik beliau Raja Ariffin naik mengganti. Beliau menjadi Sultan Perak ke-4 dengan gelaran Sultan Tajul Ariffin. Beliau bersemayam di Manong dan memerintah pada 1584-1594. Sultan Tajul Ariffin mangkat di Manong dan di makamkan di Pulau Semat, Mukim Senggang, Kuala Kangsar. Gelaran beliau ialah Marhum Mangkat Di Tebing. Banding Gerik - - - - -

Sultan Perak ke3 - Sultan Ahmad Tajuddin (1577-84)

Image
Setelah kemangkatan Sultan Mansur Syah pembesar Perak telah ke Acheh bertemu dengan Sultan Alauddin Aceh untuk menamakan pengganti Sultan Mansur. Raja Alauddin Aceh telah melantik adik beliau Raja Ahmad sebagai pengganti. Raja Ahmad datang ke Perak dan menjadi sultan dengan gelaran Sultan Ahmad Tajuddin Syah. Beliau bersemayam di Jalong namun kemudiannya berpindah ke Geronggong (kini di Mukim Pulau Tiga). Ketika period Sultan Ahmad Tajuddin kerajaan Acheh sudah berkurang kekuatan mereka dan cengkaman mereka ke atas Perak mula melemah. Sultan Ahmad Tajuddin mangkat pada 1584 dan diberi gelaran "Marhum Muda".   Kolam Air Panas Pengkalan Hulu - - - - -

Sultan Perak 2 - Sultan Mansur Syah 1 (r.1549-1577)

Image
Raja Mansur iaitu putera kepada Sultan Muzaffar Syah menjadi sultan Perak ke-2. Beliau mengganti ayahnya yang mangkat pada 1549. Beliau mengguna gelaran Sultan Mansur Syah 1. Isteri beliau bernama Tun Terang yang merupakan anak kepada Tun Fatimah ketika bersuami dengan Tun Ali. Ketika period pemerintahan Sultan Mansur Syah 1 pasukan tentera Aceh telah datang menyerang Perak. Serangan tersebut berlaku pada tahun 1573 di mana Perak dapat dikalahkan dan menjadi takluk Aceh. Namun apa yang berlaku berikutnya ialah anak Sultan Mansur Syah yang di bawa ke Aceh (selepas Perak kalah) telah dilantik pula sebagai Raja Aceh. Beliau memerintah Aceh pada 1577-1585. Satu lagi peritiwa yang berlaku ketika pemerintahan Sultan Mansur Syah ialah tentera Siam datang menyerang Perak. Sultan mengarah menantu beliau bernama Raja Ali mempertahan serangan tersebut. Namun akhirnya Raja Ali tewas dan meninggal dunia di Sitiawan. Sultan Mansur Syah 1 menurut ceritanya ghaib pada tahun 1577. Peristiwa itu berlaku...

Sultan Muzaffar Syah - Kedatangan Beliau Ke Perak

Image
Berikut adalah catatan mengenai penubuhan kesultanan Perak oleh Sultan Muzaffar yang dipetik dari sebuah artikel "Hubungan kerajaan Melaka dengan Kampar Sumatera Dengan Kewujudan Kerajaan Perak". Artikel oleh Dr Suprayitno, Universiti Sumatera Utara. Sejarawan seperti Buyong Adil menyebut bahawa Sultan Muzaffar datang ke Perak seteleh dijemput oleh pembesar Perak termasuklah Tun Saban. Ada juga sejarawan (termasuk Suprayitno) menyata bahawa Sultan Muzaffar bukanlah diundang datang ke Perak sebaliknya beliau dihalau keluar dari Kampar. Hal ini berlaku kerana perebutan kuasa apabila Sultan Mahmud melantik adik tiri Muzaffar yang bernama Raja Ali sebagai pengganti Sultan. Raja Ali adalah anak kepada Sultan Mahmud dan Tun Fatimah. Ibu Raja Ali lah yang bersunggoh mahukan Raja Ali menjadi pengganti Sultan Mahmud. Beliau dilantik menjadi pengganti Sultan ketika usia bayi sedangkan Raja Muzaffar ketika itu sudah pun berusia dewasa. Satu lagi versi yang berbeza adalah penentangan Tun...

Sultan Perak 1 - Sultan Muzaffar Syah (r.1528-1549)

Image
Sultan Perak Pertama adalah Sultan Muzaffar (b.1505). Beliau adalah anak kepada Sultan Mahmud Syah, sultan terakhir Melaka sebelum tewas kepada Portugis pada 1511. Ibu Sultan Muzaffar bernama Puteri Onang Kening seorang puteri pemerintah Kelantan. Selepas tewas Sultan Mahmud lari ke Muar Johor, kemudian ke Pahang dan seterusnya ke Pulau Bentan, Apabila Bentan di tawan Portugis Sultan Mahmud lari ke Kampar, Sumatera. Sultan Muzaffar diangkat menjadi Sultan Perak pada 1528. Sebaik ditabal beliau melantik Tun Mahmud sebagai Bendahara iaitu jawatan pembesar utama selepas Sultan. Kemudian selepas Tun Mahmud dipanggil balik oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II jawatan Bendahara diberi kepada Megat Terawis.  Semasa Sultan Muzaffar terdapat seorang pembesar yang berkuasa di Hulu Perak iaitu Tun Saban. Sultan Muzaffar mahukan anak perempuan Tun Saban untuk dijadi gundek. Namun Tun Saban tidak bersetuju. Maka Sultan Muzaffar bermusuh dengan Tun Saban. Sultan Muzaffar mencari seorang yang bera...

Tokoh Sejarah Islam al-Waqidi Period Abbasid

Image
Sebelum zaman At-Tabari ada seorang lagi historiografi Islam yang terkenal iaitu al-Waqidi (747-823). Nama sebenar beliau adalah Muhammad bin 'Umar al-Waqidi. Beliau diakui sebagai seorang yang diiktiraf dalam banyak bidang. Autoriti beliau sangat tinggi dalam hal mengenai maghazi, sirah, penaklukan awal Islam (conquest), fiqah dan sejarah. al-Waqidi juga menyampaikan (transmitted) keterangan yang pernah ditulis oleh ulama terdahulu seperti al-Awza'i, Malik bin Anas, al-Thawri, dan Abu Ma'ahar. Selanjutnya, tulisan al-Waqidi kemudian dikutip oleh as-Syafie dan Ibn Sa'd (yang digelar khatib kepada al-Waqidi). Sunggoh pun al-Waqidi diangkat sebagai sangat dipercayai dalam sejarah dan feqah beliau sebaliknya dikategori tidak boleh diterima dari segi hadis. Namun begitu, at-Tabari sering memetik dari al-Waqidi mengenai perkara kehidupan Rasulullah, penaklukan dan sejarah lain ketika period dua abad pertama Islam. At-Tabari memetik kebanyakannya dari karya al-Waqidi, Kitab a...

Riwayat at-Tabari (b.839)

Image
Imam At-Tabari atau Abu Jaafar Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Kathir at-Tabari lahir pada musim sejuk 839M di kota Amul dalam wilayah Tabaristan. Tahun kelahiran beliau pada period pemerintahan Abbasid al-Mu'tasim (r.833-842). Sejak kecil lagi at-Tabari sudah menunjukkan keupayaan menguasai ilmu. Beliau hafaz Qur'an pada usia 7 tahun, menjadi imam solat ketika usia 8 tahun dan mula mengumpul hadis pada usia 9 tahun. Beliau bercita untuk belajar dengan Imam Ahmad bin Hanbal namun tidak kesampaian. Imam Ahmad wafat tidak lama sebelum at-Tabari sempat sampai ke tempat beliau. Makanya at-Tabari pulang semula ke Baghdad dan bertugas menjadi pengajar kepada Ubaidullah bin Yahya iaitu anak kepada vizier Abbasid al-Mutawakkil (r.847-861). Sebuah bazar menjual barangan pakaian (peniaga berasal dari Burma) - - - - -

Sesetengah Perspektif Barat Terhadap Sejarah Islam

Image
Straley turut menulis perspektif sejarawan Barat silam terhadap sejarah Islam (m/surat 12). The work of Julius Wellhausen on the Rashiddun and Umayyad caliphs was partly an attempt to determine the trends and motives of early Islamic historians, but is unfortunately marred by his anti-'Abbasid bias and his emphasis on the Western concept of the nation-state. DS Margoliouth felt that biography was a sufficient introduction to a historian and this is an attitude that persists to the present day, with many scholars simply raiding historical texts for a few "facts". Franz Rosenthal, in the attempt to present a unified study of Muslim historiography, is totally uncritical of early Islamic writers and accepts at face value their own - often platitudinous - statements on the purpose of their work. The one recent study of an Islamic historical writer, Abu Mithnaf, is unfortunately hampered by the fact that none of his writings have survived intact, and can only be dealt with piec...

Karektiristik Sejarawan Islam Menurut Dona Straley

Image
Dalam tesis Straley m/s 8 beliau menulis tentang ciri-ciri sejarah Islam menurut perspektif sejarawan Islam. Beliau menyebut bahawa: For the Islamic historian, the "Golden Age" lies in the past, generally in the first few decades of Islam. Depending upon his religio-political persuasion, his economic situation, and his intellectual outlook, he may choose as his model the umma of Muhammad at Medina, the caliphate of  'Ali, or some other period during these early years. Because the Islamic historian looks to this period in the past as the high point of his society, he will never be satisfied with the society in which he lives unless he believes that it has correctly followed the laws and ideals formulated in the earlier period. As a corollary to this, his view of the world is almost totally dominated by Islam; his ideal society is Islamic. He does not criticize the basic tenets of Islam, and matters which he considers harmful or derogatory to it are suppressed. Biblical his...