Posts

Sultan Perak ke27 - Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Syah (1877-1886 dan 1886-1887)

Image
Period pemerintahan Sultan Perak ke-26, Sultan Abdullah (Batak Rabit) hanya sepanjang sekitar dua tahun sahaja 1874-1876 dan penuh dengan pelbagai sejarah hitam. Period pemerintahan beliau mencatat peristiwa berlakunya pembunuhan JWW Birch yang diikuti dengan tindak balas Inggeris memburu mereka yang terlibat dengan peristiwa tersebut. Pemerintahan Sultan Abdullah berakhir apabila beliau turut ditangkap kerana dituduh terlibat sama dalam pembunuhan Birch. Pada sekitar 1877 Sultan Abdullah telah di bawa ke Singapura dan berikutnya telah di buang negeri jauh ke Pulau Seychelles. Sepanjang ketiadaan Sultan Abdullah Inggeris telah melantik Raja Yusuf sebagai Pemangku Raja atau Regent Perak. Raja Yusuf adalah putera kepada almarhum Sultan Abdullah Muhammad, Sultan Perak ke-22. Selepas kemangkatan bapanya pada 1857 Raja Yusuf gagal mendapatkan jawatan Raja Bendahara yang selayaknya untuk beliau. Begitu juga apabila mangkatnya Sultan Jaafar pada 1865, Raja Yusuf sekali lagi diketepikan dari j...

Sultan Perak ke26 - Sultan Abdullah Muhammad Syah II (1874-1876)

Image
Sultan Perak ke-26 ialah Raja Abdullah ibni al-Marhum Sultan Jaafar Muazzam Syah. Beliau memakai gelaran Sultan Abdullah Muhammad Syah II dan bersemayam di Batak Rabit. Lantikan Raja Abdullah sebagai Sultan dan period pemerintahan beliau adalah suatu yang amat kontroversi dan penuh sejarah.  Raja Abdullah dinaik menjadi Sultan oleh Inggeris ekoran keputusan Perjanjian Pangkor Januari 1874. Pada ketika itu Sultan Ismail masih menjadi Sultan Perak dan bersemayam di Belanja. Perjanjian Pangkor juga membuat keputusan menurunkan pangkat Sultan Ismail kepada Sultan Muda dan diberi elaun bulanan. Namun begitu lantikan Sultan Abdullah melalui Perjanjian Pangkor juga memberi ruang Inggeris campurtangan dalam pentadbiran Perak. Pegawai Inggeris pertama yang datang ke Perak ialah JWW Birch. Beliau menimbulkan banyak masalah dan kemarahan kepada kerabat diRaja serta pembesar Melayu Perak. Kemuncaknya sehingga berlaku peristiwa pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak. Selepas peristiwa pembunuhan B...

Sultan Perak ke25 - Sultan Ismail Mu'abidin Riayat Syah (1871-1874)

Image
Lantikan dan pertabalan Sultan Perak ke-25, memang satu yang kontroversi. Raja Bendahara Ismail yang bersemayam di Belanja telah dipilih sebagai Sultan mengambil tempat al-Marhum Sultan Ali. Mengikut hirarkinya sepatut menjadi Sultan ialah Raja Muda Abdullah yang bersemayam di Batak Rabit. Namun beliau tidak pun mudik keSayong untuk upacara permakamam dan pertabalan. Setelah menunggu selama lebih sebualan makanya para pembesar negeri telah membuat keputusan Raja Bendahara Ismail dipilih sebagai pengganti Sultan. Raja Ismail adalah putera Raja Nandak binti al-Marhum Sultan Ahmaddin Syah. Bapa beliau ialah Sayid Syaikh Al-Khairat keturunan Raja Siak. Pada awalnya selepas kemangkatan MarhumDurian Sebatang, putera al-Marhum bernama Raja Yusuf telah menuntut pangkat Raja Bendahara. Namun tuntutan Raja Yusuf tidak diterima oleh Sutlan Jaafar serta orang orang besar Perak lain. Maka itulah Raja Ismail yang dilantik sebagai Raja Bendahara. Apabila Raja Bendahara Ismail ditabal sebagai Sultan b...

Sultan Perak ke24 - Sultan Ali al-Mukammal Inayat Syah (1865-1871)

Image
Ketika Sultan Jaafar Muazzam Syah mangkat yang memegang jawatan Raja Muda ialah Raja Ngah Ali. Maka Raja Muda Ngah Ali pun dilantik menjadi Sultan Perak ke-25. Beliau memakai gelaran Sultan Ali al-Mukammal Inayat Syah dan bersemayam di Sayong, Kuala Kangsar. Sultan Ali ialah anak kepada Marhum Sultan Shahabuddin (Sultan Perak ke-21). Raja Abdullah dilantik menjadi Raja Muda dan bersemayam di Batak Rabit. Manakala Raja Bendahara ialah Raja Ismail bersemayam di Belanja. Raja Yusuf putera Marhum Durian Sebatang tidak memegang jawatan apa pun kerana beliau tidak disukai ramai orang besar Perak. Pada 1870 Raja Muda Abdullah, tanpa meminta persetujuan Sultan Ali,  telah memajak satu kawasan tanah di Kerian kepada seorang peranakan Eropah bernama Edward Bacon, yang berniaga di Pulau Pinang. Hal ini telah membawa kemarahan kepada Ngah Ibrahim yang ketika itu menguasai daerah Larut. Maka timbullah perselisihan antara Raja Muda Abdullah dengan Cik Ngah Ibrahim.  Pada 1871 Sultan Ali Ina...

Sultan Perak ke23 - Sultan Jaafar Muazzam Syah (1857-1865)

Image
Selepas kemangkatan Sultan Abdullah pada 1857 naik memegang takhta Sultan Perak ialah Raja Ngah Jaafar. Beliau adalah cucu kepada Sultan Abdul Malik Mansur Syah (Sultan Perak ke-19). Raja Ngah Jaafar menjadi Sultan Perak ke-23 dengan gelaran Sultan Jaafar Muazzam Syah dan bersemayam di Pasir Panjang. Setelah naik takhta Sultan Jaafar telah melantik Raja Ngah Ali sebagai Raja Muda, Jawatan Raja Bendahara pula dipegang oleh Raja Ismail bin Sayyid Syeikh Raja Siak. Bonda beliau ialah Raja Nandak puteri al-Marhum Sultan Ahmaddin Syah. Raja Yusuf tertolak dari jawatan Raja Bendahara kerana beliau tidak disukai oleh Sultan Jaafar. Pada 1857 juga Long Jaafar meninggal dunia. Beliau diganti oleh anaknya Cik Ngah Ibrahim. Pada 1860 orang-orang Cina pekerja lombong bijih telah terbahagi kepada dua kumpulan - Hai San (puak Kantonis) dan Ghi Hin (puak Hakka/Hokkien). Pada 1861 berlaku pergaduhan besar di antara Ghi Hin dan Hai San. Ghi Han kalah dan banyak harta benda binasa dan banyak orang merek...

Sultan Perak ke22 - Sultan Abdullah Muhammad Syah (1851-1857)

Image
Selepas kemangkatan Sultan Shahabuddin (Sultan Perak ke-21) naik mengganti ialah sepupu almarhum yang bernama Raja Abdullah. Beliau ialah anak kepada Raja Kecil Abdul Rahman ibni Sultan Ahmaddin Syah. Bermakna Raja Abdullah ialah cucu kepada Sultan Ahmaddin (Sultan Perak ke-18). Raja Abdullah menjadi Sultan Perak ke-22 dengan gelaran Sultan Abdullah Muhammad Syah I dan bersemayam di Durian Sebatang, Teluk Intan. Tidak lama setelah Sultan Abdullah menaiki takhta mulalah berlaku perbalahan kerana perebutan kuasa antara kerabat diraja Perak. Perebutan tersebut melibatkan Sultan Abdullah dan anak beliau Raja Yusuf di satu pihak dengan para pembesar yang diketuai Raja Ngah Jaafar (iaitu Raja Bendahara). Raja Ngah Jaafar ialah anak kepada Sultan Abdul Malik Mansur Syah (i.e., Sultan Perak ke-19). Pada 1850 Pembesar Perak, Raja Muda Ngah Ali, telah bertindak sebagai wakil Sultan Perak mengurnia Daerah Larut kepada Cik Long Jaafar. Penyerahan tersebut di tandatangani oleh beliau bersama bebera...

Sultan Perak ke 21 - Sultan Shahabuddin Riayat Syah (1830-1851)

Image
Raja Chulan atau Raja Inu bin  al-Marhum Sultan Ahmaddin Syah (i.e., Sultan Perak ke-18) telah dilantik sebagai Raja Muda Perak pada 1826. Apabila Sultan Abdullah Muazzam Syah mangkat pada 1830, Raja Inu naik mengganti sebagai Sultan Perak ke-21 dengan gelaran Sultan Shahabuddin Riayat Syah. Pada 1832 Sultan Shahabuddin mengutus surat kepada Gabenor Pulau Pinang mengadu tentang ura-ura Selangor akan menyerang Perak. Selangor menuntut baki hutang kerajaan Perak sejak zaman Sultan Ibrahim. Kedatangan kapal Inggeris di Perak menjadikan Selangor tidak datang menyerang. Selanjutnya pada 1832 Inggeris memberi amaran kepada Selangor supaya tidak menyerang Perak. Pada 1840 seorang Melayu Perak bernama Long Jaafar, keturunan Penghulu Mukim Lubuk Merbau, datang ke Larut bekerja dengan Datok Panglima Kinta. Pada 1842 pula Sultan Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin yang telah dapat semula menduduki takhta Kedah setelah lari kerana kalah kepada Siam mencuba mengambil Daerrah Kerian. Sultan Shahabuddin...

Sultan Perak ke20 - Sultan Abdullah Muazzam Syah (1825-1830)

Image
Selepas Sultan Abdul Malik Mansur Syah mangkat anak beliau yang bernama Raja Abdullah naik sebagai Sultan Perak. Raja Abdullah memakai gelaran Sultan Abdullah Muazzam Syah. Beliau bersemayam di Pasir Panjang Indera Mulia. Sebaik menaiki takhta Sultan Abdullah telah mengutus surat kepada Gabenor Robert Fullerton di Pulau Pinang mengatakan negeri Perak sedang di bawah takluk Siam. Gabenor juga mendengar berita bahawa kerajaan Ligor hendak menyerang negeri Selangor. Maka Gabenor Fullerton telah menjalankan politiknya supaya kedua-dua negeri Melayu Perak dan Selangor jangan diambil oleh Siam. Fullerton telah menghantar pegawai bernama WS Cracoft ke Perak untuk berunding dan mengukuh hubungan perniagaan di antara Kompeni Inggeris dengan Perak. Fullerton juga menghantar surat kepada Raja Ligor memberi amaran supaya tidak menyerang Perak dan Selangor. Pada 1825 Kompeni Inggeris menghantar pegawainya bernama Kapten Henry Burney ke Ligor dan membuat perjanjian awal dengan Raja Ligor. Kandungan ...

Sultan Perak ke19 - Sultan Abdul Malik Mansur Syah (1806-1825)

Image
 oct 17 Sultan Perak ke-19 Sultan Abdul Malik Mansur Syah. Period pemerintahan SAMMS dirundung dugaan getir kerana berlaku berbagai ancaman dari negeri-negeri jiran. Dari Selangor pasukan Sultan Ibrahim datang menyerang dan telah mengalahkan Perak sejak 1804.  Pada 1818 pasukan tentera Sultan Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin, yang dipimpin oleh kerabat bernama Tengku Yakub (atau dipanggil juga Tengku Akil) dan pembesar juga datang menyerang Perak. Mereka menyerang Perak atas arahan Kerajaan Siam. Mereka telah ditentang oleh orang Perak di Bukit Gantang yang dipimpin oleh Cik Alang Idin. Pasukan Perak telah kalah. Lantaran itu Cik Alang Idin membawa pengikutnya berundur ke Kota Lama Kiri. Di situ mereka berkumpul dengan pasukan yang dipimpin oleh Panjang Talib. Dengan kebijaksanaan Panjang Talib peperangan Perak-Kedah telah dapat dihentikan. Ekoran perdamaian tersebut Bendahara Kedah dan Tengku Akil telah bernikah dengan anggota keluarga Panjang Talib. Manakala Cik Alang Idin pula ...

Sultan Perak ke18 - Sultan Ahmaddin Syah (1786-1806)

Image
Dilantik sebagai Sultan Perak ke-18 ialah Raja Bongsu yang disebut juga Raja Cik ibni Sultan Muhammad Syah. Beliau adalah adik kepada Sultan sebelum ini iaitu Sultan Alauddin Mansur Syah (Sultan Perak ke-17). Gelaran beliau ialah Sultan Ahmaddin Syah. Pada awal period pemerintahan beliau iaitu pada 1786 British telah membuka Pulau Pinang. Akibatnya pengaruh dan perniagaan bijih timah Belanda di Perak telah merosot teruk. Pada tahun 1795 pula Melaka telah diambil oleh Inggeris dari tangan kompeni Belanda. Pada tahun yang sama British telah menghantar pasukan kecil askar ke Perak dan memaksa Belanda menyerahkan kota Belanda di Tanjung Putus kepada mereka. Maka berakhirlah penguasaan bijih timah Perak oleh Belanda. Pada 1805 Sultan Ibrahim, Sultan Selangor pula datang menyerang Perak. Mereka berjaya mengalahkan Perak dan Sultan Ahmaddin terpaksa berundur ke hulu iaitu ke Kuala Pelus (masih dalam daerah Kuala Kangsar). Sultan Selangor kemudiannya telah menulis kepada British Pulau Pinang s...

Sultan Perak ke17 - Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda (d.1786)

Image
Setelah mangkat Sultan Perak ke-16, Marhum Muda, adik beliau, Raja Alauddin ibni Sultan Muhammad Syah telah diangkat sebagai mengganti Sultan. Raja Alauddin memakai gelaran Sultan Alauddin Mansur Syah Iskandar Muda. Beliau awalnya bersemayam di Pulau Indera Sakti namun kemudian berpindah ke tempat bernama Rantau Panjang. Nama tersebut kemudian menjadi Rantau Panjang Indera Mulia. Detik British bermula dengan kunjungan seorang bernama Kaptain Forest dari Penang pada 1783. Beliau melawat Perak sambil meninjau gudang Belanda di Tanjung Putus, Teluk Anson. Kemudian Kaptain Forest singgah berkunjung berjumpa Sultan Alauddin sebagai tanda hormat. Beliau memberi hadiah kain sutera buatan Benggala. Sultan pula menghadiahkan buahan yang dimuat ke kapal Kaptain Frost. Pada 1786 British membuka Pulau Pinang. Pada tahun yang sama Belanda datang semula ke Perak meneruskan niaga bijih timah dengan negeri Perak. Sultan Alauddin Mansur Syah meninggal dunia pada 1786. Beliau dimakamkan di Teluk Memali ...

Sultan Perak ke16 - Sultan Mahmud Syah (1770-1778)

Image
Selepas kemangkatan Sultan Iskandar Zulkarnain adik beliau yang bernama Raja Kimas telah diangkat sebagai Sultan Perak ke-16. Beliau memakai gelaran Sultan Mahmud Syah. Pada awalnya beliau bersemayam di Pulau Cempaka Sari. Namun kemudian beliau berpindah bersemayam di Pasir Pulai Indera Mulia, tidak berapa jauh dari Pulau Cempaka Sari atau nama barunya Pulau Indera Sakti.  Period pemerintahan Sultan Mahmud Shah menyaksikan kedatangan dan campur tangan Bugis di Perak. Seorang panglima Bugis dari Riau yang bernama Raja Haji telah datang ke Perak bersama abang beliau Raja Lumu. Raja Lumu juga telah beristeri dengan seorang puteri Raja Perak dan Sultan Mahmud memberi beliau gelaran Sultan Salehuddin Shah. Sultan Mahmud Syah mangkat pada 1778 dan dimakam di Teluk Memali, Pulau Besar iaitu agak jauh dari tebing Sungai Perak. Gelaran beliau ialah Marhum Muda. Baca juga catatan tentang Sultan Mahmud Syah - fb berikut -  link .     Bangunan Kapitan Chung Thye Pin, Ipoh - - - ...

Sultan Perak ke15 - Sultan Iskandar Zulkarnain (1756-1770)

Image
Sultan Perak berikutnya iaitu yang ke-15 ialah Sultan Iskandar Zulkarnain. Nama asal beliau ialah Raja Iskandar ibni Sultan Muhammad Syah. Beliau ialah anak kepada Sultan Muhammad Syah yang pernah menjadi Sultan Perak ke-14 selama tempoh dua tahun (1742-43). Raja Iskandar juga adalah menantu kepada Sultan Muzaffar Syah III (1728-56). Sultan Iskandar Zulkarnain bersemayam di Pulau Cempaka Sari di tepi Sungai Perak dekat Kuala Sungai Kinta. Antara catatan sejarah pada period SIZ berakhirnya keturunan Megat memegang jawatan Bendahara. Yang terakhir memegang tugas Bendahara ialah Megat Abu Kasim. beliau meletak jawatan. Antara alasan beliau meletak jawatan ialah Sultan tidak berpuas hati dengan  keadaan istana baru yang dibina di Pulau Indera Sakti. Istana tersebut dibina di bawah kelola Bendahara Megat Abu Kasim. Berikutnya dilantik sebagai Bendahara ialah adik Sultan sendiri iaitu Raja Alauddin. Jawatan Bendahara terus dipegang oleh kaum kerabat untuk tempoh dua ratus tahun sehingga ...

Sultan Perak ke14 - Sultan Muhammad Shah (1742-1743)

Image
Sebagaimana  ditulis dalam entri sebelum ini ketika pemerintahan Sultan Perak ke-13 (Sultan Muzaffar Syah III) telah wujud dua Sultan diangkat oleh dua kumpulan pembesar negeri. Selain Sultan Muzaffar Syah III yang bersemayam di Berahman Indera, seorang lagi Sultan telah dilantik di Pulau Tiga. Raja Bisnu yang sebelum itu adalah Sultan Muda telah diangkat pula sebagai Sultan dengan gelaran Sultan Muhammad Syah. Peristiwa tersebut berlaku pada tahun 1742. Peristiwa ini berlaku ekoran campur tangan Yamtuan Muda Riau iaitu Daing Celak yang datang menyerang Perak. Daing Celak kemudiannya menyebelahi Sultan Muda Raja Bisnu yang ketika itu berbalah dengan Sultan Muzaffar Syah.  Namun apabila Daing Celak balik ke Riau Sultan Muhammad Syah berbaik dan berdamai semula dengan Sultan Muzaffar Syah. Maka pada 1743 Sultan Muzaffar Syah teruslah menjadi Sultan Perak.  Yang DiPertuan Muda Muhammad Shah meninggal dunia pada 1750. Beliau meninggal dunia lebih dulu dari Sultan Muzaffar Sya...

Sultan Perak ke13 - Sultan Muzaffar Syah III (1728-1756)

Image
Raja Muda Inu iaitu adik kepada Sultan Alauddin Mughayat Shat atau Marhum Sulong dilantik menjadi Sultan Perak ke-13 pada tahun 1728. Raja Inu memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah III dan beliau bersemayam di Berahman Indera, Bota Kanan. Adik Raja Inu bernama Raja Bisnu dilantik menjadi Sultan Muda dan bersemayam di Pulau Tiga. Pada period Sultan Muzaffar Syah III memerintah telah datang pasukan Bugis menyerang Perak diketuai oleh Daing Celak (beliau ialah Yamtuan Riau ke-2). Serangan tersebut berlaku pada 1742. Pada period tersebut Sultan Muzaffar berbalah dengan adiknya Sultan Muda Raja Bisnu. Penyerang Bugis tersebut telah menyebelahi Sultan Muda. Dengan bantuan pasukan Bugis Sultan Muda telah diangkat mereka menjadi Sultan Perak. Makanya kesultanan Perak pun berpecah dua. Namun persengketaan dua sultan tersebut tidak berlarutan. Sultan Muda sendiri membuat cadangan berdamai semula dengan Sultan Muzaffar Syah III. Pada tahun 1743 belaku juga satu lagi peritiwa sejarah ketika period ...

Sultan Perak ke12 - Sultan Alauddin Mughayat Syah (1720-28)

Image
Setelah mangkat Sultan Mahmud Iskandar Syah, anak saudara beliau yang bernama Raja Radin dilantik menjadi Sultan Perak ke-12. Beliau mengguna gelaran Sultan Alauddin Mughayat (atau Riayat) Syah dan bersemayam di Geronggong. Adik Raja Radin yang bernama Raja Inu pula dilantik menjadi Raja Muda dan bersemayam di Bernam. Pada period penghujung pemerintahan Sultan Mughayat pasukan Yamtuan Muda Riau datang menyerang dengan bantuan Bugis dari Selangor. Ada juga yang menyebut serangan tersebut adalah dengan dibantu oleh Raja Inu sendiri. Ini adalah kerana Raja Inu mahu merebut takhta dari abangnya. Sultan Mughayat meninggal dunia pada 1728 dan dimakam di Geronggong. Gelaran beliau ialah Marhum Sulong. Makam beliau kini telah tiada kerana jatuh ke Sungai Perak.  Suasana Tasik Cermin - - - - -

Sultan Perak ke11 - Sultan Mahmud Iskandar Syah (1653-1720)

Image
  Selepas Sultan Muzaffar Syah mangkat beliau diganti oleh anaknya yang bernama Raja Mahmud. Beliau menjadi Sultan Perak ke-11 dengan gelaran Sultan Mahmud Iskandar Syah. Sultan Mahmud bersemayam di Geronggong. Baginda memerintah paling lama iaitu untuk tempoh 67 tahun. Period pemerintahan Sultan Mahmud Perak tidak lagi di bawah Acheh. Sejak 1641 apabila pemerintah Aceh Sultan Thani mangkat Acheh berada di bawah perintah empat orang Raja perempuan secara bergilir dan mereka cuma berkuasa di Acheh semata. Sungguh pun tidak lagi terlibat dengan pemerintah Acheh namun pentadbiran Perak ketika period ini masih berdepan dengan pergolakan yang timbul berkait perniagaan bijih timah dengan Kompeni Belanda. Sultan Mahmud Iskandar Syah meninggal dunia pada 1720 ketika usia 120 tahun. Beliau dimakamkan di Geronggong, Mukim Pulau Tiga. Gelaran beliau ialah Marhum Besar Aulia Allah. Trek menuju ke Tasik Cermin - - - - -

Period Sultan Muzaffar Syah (1636 hingga 1653)

Image
Period pemerintahan Sultan Muzaffar adalah paling panjang berbanding sultan-sultan sebelum beliau. Beliau memerintah selama tujuh belas tahun. Berbagai peristiwa dan sejarah tercatat sepanjang tempoh tersebut. Lebih-lebih lagi dengan adanya urus niaga bijih timah serta hubungan dengan Kompeni Belanda di Perak.  Bukit batuan banyak merata negeri Perak (ni sekitar Tasik Cermin) - - - - -

Sultan Perak ke10 - Sultan Muzaffar Syah (1636-1653)

Image
Selepas kematian Sultan Salehudin pada 1635 Perak masih di bawah takluk Aceh, Pemerintah Aceh pada period tersebut ialah Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Beliau telah mangkat pada 1636 dan diganti pula oleh menantu iaitu Sultan Iskandar Thani, suami kepada Puteri Safiatuddin. Sultan Iskandar Thani (d.1641) telah menghantar saudara sepupu beliau iatu Raja Sulong untuk menjadi Sultan Perak. Raja Sulong menjadi Sultan Perak ke-10 dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah II. Pada 1639 Sultan Muzaffar memberi izin kepada Belanda untuk membeli timah dari Perak. Belanda pada ketika itu memang rapat dengan kerajaan Acheh.Permintaan Belanda untuk membeli timah Perak turut mendapat kebenaran Aceh. Sultan Muzaffar Syah mangkat pada 1653 dan dimakam di Air Mati, Lambor Kanan. Gelaran beliau ialah Marhum Jalilulah.   Kapal korek bijih, Tg Tualang Baca Sultan Muzaffar II -  orangperak  dot com. - - - - -

Sultan Perak ke9 - Sultan Salehuddin (1630-1635)

Image
Menggantikan Sultan Mahmud Syah yang mangkat pada 1630 ialah anaknya yang bernama Raja Kobat. Beliau memakai gelaran Sultan Salehuddin. Menurut cerita pada zaman pemerintahan Sultan Salehuddin berlaku wabak penyakit taun yang dahsyat. Sultan Salehuddin turut mati kerana wabak taun tersebut pada 1635. Ketika itu beliau sedang dalam pelayaran ke Kampar, Sumatera.  Sultan Salehuddin di makamkan di Kampar dan gelaran beliau ialah Marhum Mangkat di Kampar. Sebuah fasiliti penginapan Karai - - - - -