Posts

Ottoman ke19 Sultan Mehmed IV (1648-87)

Image
  Lounge Istanbul Airport Entri asal geoab -  link : Setelah kematian Sultan Ibrahim yang dibunuh oleh pemberontak pada 1648 naik menjadi Sultan Ottoman ke19 ialah anak beliau Mehmed IV. Pada awal period pemerintahan Mehmed IV iaitu dari 1648-1656 yang berkuasa penuh ialah nenek beliau iaitu Kosem Sultan sehinggalah ia meninggal dunia pada 1651. Kemudian diikuti oleh ibu Mehmed IV bernama Turkan Hatice Sultan (dari 1651-56). Period awal ini juga menyaksikan berlakunya pemberontakan oleh tentera Janissari bersama tentera Sipahi. Di kalangan pembesar yang berkuasa timbul pula pertembungan di antara Kosem Sultan dengan wazir Sofu Mehmed Pasya. Kosem Sultan juga sebelum kematian beliau punya rancangan untuk membunuh Mehmed IV. Period pemerintahan Mehmed IV dari 1656 – 1676 merupakan period tadbiran keluarga Koprulu. Period yang amat berjaya ini dikemudi oleh dua tokoh Koprulu. Antara kejayaan mereka adalah berjaya menamatkan tentangan pemberontakan Jalali. Pada 1657 Koprolu juga b...

Bacaan Sultan Ibrahim Ottoman

Image
Entri asal geoab -  link : Berbagai artikel dan bahan bacaan telah ditulis tentang Sultan Ibrahim khususnya hal peribadi beliau. Dalam banyak tulisan beliau digelar juga sebagai The Mad Sultan. Baca “42 unhinged facts about Ibrahim, the mad Sultan of the Ottoman Empire”. factinate dot com –  link . [entri ditulis oleh calun phd toronto canada] “Mad Ottoman sultan: Ibrahim the first 1616-1648”. turkeyhomes –  link . “The surprising pastimes of ten of history’s worst rulers “. history collection –  link . “Facts about Ibrahim I – the man who lived in a cage”. ranker dot com –  link . “Ibrahim I of Turkey”. the mad monarchs –  link .   The cage of Topkapi Palace - - - - -

Sultan Ibrahim Ottoman (1640-1648)

Image
Penerangan mengenai Sultan Ibrahim dalam buku Maksudoglu amat ringkas. Catatan mengenai beliau cuma ada dalam satu m/surat sahaja. Yang diceritakan cuma tentang kempen yang dilakukan oleh Ottoman Ibrahim ke atas Crete. Rentasan sejarah bermula dengan persitiwa Sunbul Aga, seorang pegawai Ottoman dipintas oleh lanun ketika beliau dalam perjalanan ke Egypt. Mangsa berkenaan dirampas hartanya dan beliau dibunuh. Barang rampasan tesebut seterusnya dijual di Pulau Crete. Pada 1645 Ottoman bertindak menghantar kapal untuk berdepan Crete. Setelah puluhan hari menyerang Ottoman berjaya menguasai kota kubu Hanya Castle. Catatan Maksudoglu berakhir dengan menyebut Sultan Ibrahim meninggal dunia pada 1648 kerana sakit  lunacy  (atau  insanity ). Artikel wiki pula menyebut Ibrahim mati dibunuh oleh para pembesar Ottoman yang menentang beliau. Turut dalam kumpulan penentang ialah ibu Ibrahim sendiri iaitu Kosem Sultan. Naik mengganti Ibrahim adalah anak beliau Mehmed IV. Pada ketika m...

Ottoman ke18 Sultan Ibrahim (1640-48)

Image
Entri asal geoab -  link : Ottoman ke18 menggantikan Murad IV ialah Sultan Ibrahim. Beliau adalah anak Sultan Ahmed I dan juga adik kepada Murad IV (Ottoman ke17). Sultan Ibrahim naik takhta ketika berusia 24 tahun. Beliau mewarisi tahkhta kerana Sultan Murad IV tidak mempunyai anak lelaki. Sebelum menjadi sultan Ibrahim hidup dalam depresi yang memanjang. Beliau kehilangan ayahnya, Sultan Ahmed I, ketika berusia dua tahun. Beliau juga menyaksikan sendiri trauma yang dialami Sultan Mustafa I yang hidup stress dan kemudian dibunuh oleh kumpulan Janissari. Sultan Ibrahim juga mengalami trauma akibat terbunuhnya abang-abang beliau Bayezid, Suleyman dan Kazim kerana amalan fracticide. Sehingga beliau sendiri ternanti-nanti nasib buruk yang bakal menimpanya. Period pemerintahan Sultan Ibrahim selama lapan tahun boleh dibahagi dua period – empat tahun pertama sebagai gemilang manakala empat tahun kedua zaman yang kecundang. Kejayaan pada empat tahun pertama dicapai dengan sumbangan oleh ...

Bacaan Ottoman Period 1600 - 1650

Image
Banyak juga bacaan Ottoman bersangkutan dengan period 1600-1650. Ottoman pada period tersebut termasuk Mustafa, Osman II dan Murad IV. [Folder: Hzq 2021 ottoman mustafa]. No33: Teachers of the Public, Advisors to the Sultan: Preachers and the Rise of a Political Public Sphere in Early Modern Istanbul (1600-1675). Sumeyra Aslihan Gurbuzel, Harvard Uni, 2016. 310 pages. No34: The involvement of the English Crown and its embassy in Constantinople with pretenders to the throne of the principality of Moldavia between the Years 1583 and 1620, with particular reference to the pretender Stefan Bogdan between 1590 and 1612. Laura Jane Fenella Coulter, University of London. 507 pages No36b: Self, space, society, and saint in the well-protected domains: a history of Ottoman saints and sainthood 1500-1780. Jonathan Parkes Allen, phd thesis Maryland University, 2019. 561 pages. No53: The Celali effects in 17th century ottoman transformation. Oguz Cabar. MA thesis, Metu 2018. 156 pages. No59: Gi...

Sultan Murad IV Ottoman (1623-1640)

Image
Buku Maksudoglu mencatat mengenai Murad IV hanya sekadar dalam tiga m/surat sahaja. Murad IV adalah anak kepada Sultan Ahmed I (r. 1603-1617) dan adik kepada Sultan Osman II (r.1618-1622). Selepas Osman II meninggal dunia naik mengganti beliau ialah Mustafa. Namun Mustafa hanya menjadi sultan pada tempoh amat singkat kerana keadaan kesihatan yang buruk. Murad IV naik takhta mengganti Mustafa mulai pada September 1623. Pada period Murad IV berlaku pergolakan di Baghdad yang ditadbir oleh gabenor Yusuf Pasha. Yusuf telah dibunuh oleh Bekir Subashi. Subashi mengambil alih Baghdad dengan membelakang arahan Ottoman. Murad IV bertindak dengan menghantar Hafiz Pasha, pembesar Diyarbakir, untuk berunding dengan Subashi. Subashi pula meminta Shah Iran untuk membantu beliau. Hafiz Pasha pula memutuskan untuk membiar Subashi terus dengan kedudukannya untuk mengelak Shah Iran masuk campur urusan Ottoman. Setelah menerima permohonan Subashi Shah Iran telah segera menghantar pasukan namun Subashi ka...

Ottoman Period Murad IV (1623-40)

Image
Entri asal geoab -  link : Masalah pertama yang dihadapi oleh Murad IV adalah pemberontakan dalaman yang ditimbulkan oleh Mehmed Pasya. Mehmed ialah Gabenor di Erzurum dan beliau memberontak untuk menuntut bela atas kematian Sultan Osman II. Mehmed berjaya menawan Erzurum pada 1624 dan beliau bertindak menekan pasukan Janissari yang sebelumnya telah membunuh Osman II. Hafiz Ahmed Pasya yang berkahwin dengan anak Vilade Sultan telah diarah menentang pasukan Mehmed Pasya. Pasukan Ahmed Pasya berjaya menewaskan Mehmed Pasya di Anatolia Tengah.  Pada 1628 Ahmed Pasya bangkit sekali memberontak di Erzurum. Namun kali ini beliau tewas dan dapat di tangkap serta dibawa ke Istanbul. Apabila Sultan Murad mengetahui yang Ahmed Pasya memberontak semata-mata untuk membela Osman II maka beliau diberi keampunan. Pada 1632 Sultan Murad IV mula bertindak lebih agresif dan menguatkan cengkaman pemerintahan beliau. Beliau memperkenal era rejuvenasi bermakna kuasa pemerintahan berada penuh ditan...

Ottoman Valide Sultan

Image
Entri asal mlja3 -  link : Bila membaca sejarah Ottoman akan ditemui juga panggilan atau gelaran Valide Sultan. Terutama apabila sejarah tersebut bercerita tentang campur tangan wanita istana dalam urusan pemerintahan Ottoman. Campur tangan ibu Sultan atau para wanita istana adalah suatu fenomena dalam corak pemerintahan Ottoman. Bukan sahaja di kalangan Ottoman malah banyak kerajaan lain juga. Bila membicara tentang Ottoman banyak nama-nama para wanita istana yang diceritakan tentang peranan mereka memilih waris yang diangkat sebagai Sultan. Antara mereka adalah Valide Sultan Maypeyker Kosem yang menjadi nama besar sekitar ketika Ottoman Sultan Murad IV memerintah. Period Sultan Murad IV memerintah adalah 1623-40. Bogazici University, Turkey est 1863 ( wiki ) Baca artikel "The women who oversaw 3 generations of  the Ottoman empire". Daily sabah 2015 -  link . "Kosem Sultan the last influential female ruler of the Ottoman Empire". History of famous people 2020 -  li...

Ottoman ke17 Murad IV (1623-40)

Image
Entri asal geoab -  link : Sultan Mustafa I diturunkan dari takhta buat kali kedua pada 1623. Beliau diganti oleh Murad IV yang diangkat menjadi Sultan Ottoman ke17. Murad IV ialah anak saudara kepada Sultan Mustafa I (Ottoman ke15) dan adik kepada Osman II (Ottoman ke16). Murad IV menaiki takhta Ottoman pada usia amat muda iaitu 11 tahun. Oleh kerana usia yang muda urusan pemerintahan banyak dikendali oleh ibu beliau (Valide Sultan) Maypeyker Kosem bersama Wazir Kemankes Ali Pasya. [Baca valide sultan (mlja –  entri ). Separuh period awal (lapan tahun pertama) pemerintahan Murad IV di bawah tadbiran Valide Sultan dan wazir. Pada period awal pemerintahan negara berada dalam keadaan kucar kacir dengan ancaman dari dalam dan luar. Manakala perbendaharaan negara pula hampir habis. Lapan tahun berikutnya barulah Murad IV memerintah menggunakan kebijaksanaan beliau sendiri. Sultan Murad IV meninggal dunia pada 1640 ketika usia baru 28 tahun akibat sakit gout. Sebelum kematiannya be...

Tokoh Kedah Lawan Malayan Union

Image
Penentangan terhadap Malayan Union di Kedah diilham bersama oleh tokoh berikut. Ramai mereka adalah alumni Kolej Sultan Abdul Hamid, iaitu sebuah sekolah ternama Kedah: 1 Abdul Hamid bin Abdullah (Pak Mid Ubat). 2 Syed Agil Barakbah 3 Ahmad Nordin bin Haji Mohd Zain 4 Tun Azmi bin Mohd 5 Mohamed Khir bin Awang 6 Mohd Khir bin Johari 7 Dr Mahathir Mohammad 8 Dato Dr Omar bin Din 9 Senu bin Abdul Rahman  Pembesar Kedah yang rapat dengan Istana pada period tersebut ialah Haji Mohamed Sheriff. Source - Stockwell page 83.   Gunung Keriang Kedah - - - - -

Tesis Krisis Ottoman Osman 1622

Image
Entri asal geoab -  link : Sebuah tesis tentang Ottoman Osman II bertajuk “Five Osmans: The Ottoman crisis of 1622 in early seventeenth-century literature”. Tesis Amsterdam University. Chp 1: The news of Osman’s fall. Chp 2: The poets. Chp 3: Osman in the low countries: history plays by Kemp and Coppee. Chp 4: Better the devil you know? Gundulic and Mrnavic on the fall of Osman II. Chp 5: Dede Aga and the two Sultans. Conclusion. Folder: Hzq 2021 Ottoman Mustafa. Amsterdam University Established in 1632 ( wiki ) - - - - -

Ottoman Mustafa I Period (1622-23)

Image
Entri asa geoab -  link : Pada awal period pemerintahannya Mustafa I bertindak membunuh semua pembesar yang terlibat dalam pembunuhan Osman II. Mereka yang dibunuh adalah ketua pemberontak Hoca Ömer Efendi, the kızlar Agha Suleiman Agha, vizier Dilaver Pasha, the Kaim-makam Ahmed Pasha, the defterdar Baki Pasha, the segban-bashi Nasuh Agha. Manakala jeneral yang mengetuai Janissari Ali Agha, dibunuh dengan memotong-motong tubuhnya. His mental condition unimproved, Mustafa was a puppet controlled by his mother and brother-in-law, the grand vizier Kara Davud Pasha. He believed that Osman II was still alive and was seen searching for him throughout the palace, knocking on doors and crying out to his nephew to relieve him from the burden of sovereignty. “The present emperor being a fool” (according to English Ambassador Sir Thomas Roe), he was compared unfavorably with his predecessor. In fact, it was his mother Halime Sultan the de facto-co-ruler as Valide Sultan of the Ottoman empire...

Period Pemerintahan Osman II (1618-22)

Image
Entri asal geoab -  link : Sultan Osman II naik takhta pada usia muda 14 tahun. Namun setelah beberapa tahun beliau mula menunjuk kemampuan untuk mentadbir. Sultan Osman II cuba bertindak agresif dan melakukan beberapa reformasi. Namun usaha beliau terhalang kerana pengaruh ibunya dan juga komplot politik yang cuba menjatuh beliau. Di samping politik dalaman period pemerintahan Osman II turut mendepani pergolakan dengan Safavid Iran dan kerajaan Kristian Poland. Safavid pada period Osman II dipimpin oleh Syah Abas. Osman telah mengarah pasukan pimpinan Halil Pasya untuk berdepan dengan Safavid. Pasukan Halil Pasya bergabung dengan tentera Khan Krimea sehingga memaksa Syah Abas melarikan diri ke Ardabil. Pada September 1618 Safavid mengada Perjanjian Serav dengan Ottoman dan mereka bersetuju membayar ufti. Manakala dengan Poland pula wazir besar Ali Pasya mengambil keputusan berperang dan ini disokong oleh Osman II. Namun keputusan tersebut ditentang oleh para pegawai dan angkatan t...

Raja Melayu Terkesan Kalahnya Jepun - Tengku Musa Ghiatuddin

Image
Pihak British merancang usaha menubuh Malayan Union sejak sebelum Jepun menyerah kalah dan keluar dari Malaya pada Ogos 1945. Sebaik Jepun keluar British mengambil alih semula pemerintahan Tanah Melayu. Antara tindakan awal British adalah melakukan siasatan terhadap mereka yang disyaki menyokong Jepun. Turut terkesan sama ialah beberapa Raja Melayu yang dilantik sebagai Sultan semasa Jepun. Mereka adalah Sultan Selangor, Sultan Terengganu, Raja Perlis, dan Sultan Kedah. Sultan Selangor adalah yang pertama terkesan. Beliau ialah Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah (dalam buku Stockwell nama beliau ditulis Musa Udin -  entri ). Sultan Musa Udin telah diturun jawatan, dikena tahanan dalam istana dan akhirnya diambil tindakan buang negeri ke Kepulauan Cocos. Beliau berada di Cocos Islands hingga bulan March 1946. Petisyen kepada pihak British untuk membebas Tengku Musa telah dibuat oleh isteri beliau dan juga oleh pembesar Melayu Selangor. Tengku Musa akhirnya di bawa ke Kampung Gelam S...

Ottoman ke16 – Sultan Osman II (1618-22)

Image
Entri asal geoab -  link : Selepas Sultan Mustafa I (r.1617-18) diturun takhta naik sebagai Ottoman ke16 ialah Sultan Osman II. Beliau adalah putera kepada Sultan Ahmed I (Ottoman ke14) dan saudara tiri Mustafa I (Ottoman ke15). Osman II naik menjadi sultan pada usia yang muda iaitu 14 tahun. Para pembesar Ottoman pada period tersebut yang dipimpin oleh wazir besar Ali Pasya menaikkan Osman II mengganti Mustafa I selepas hanya tiga bulan duduk di takhta Ottoman. Bagaimana pun setelah empat tahun memerintah pada 1622 Sultan Osman II pula dilucut kuasa. Tindakan tersebut diambil oleh kumpulan tentera Janissari yang membantah rancangan Osman II untuk berperang. Setelah dilucut kuasa Mustafa I naik semula sultan bagi period pemerintahan kedua (selepas kali pertama pada 1617-18). Sebaik Sultan Mustafa dilantik semula Osman II telah dibunuh oleh pasukan elit Janissari. Salah sebuah bangunan Topkapi [go turkey –  link ] - - - - -

Ottoman ke15 Mustafa I (1617-18 dan 1622-23)

Image
Entri asal geob -  link : Selepas kematian Sultan Ahmed I naik sebagai pengganti beliau ialah adiknya yang bernama Mustafa dengan gelaran Sultan Mustafa I. Beliau menjadi sultan dua kali iaitu lantikan pertama pada November 1617 - Feb 1618 dan diturun jawatan serta diganti oleh Osman II. Kemudian selepas empat tahun pada 1622 Sultan Mustafa naik sekali lagi sebagai Sultan buat kali kedua. Sultan Mustafa I merupakan sultan pertama dilantik melalui sistem akbariye dan arshadiye yang diperkenal oleh Sultan Ahmed I (entri). Sultan Mustafa I bukan saja tidak punya pengalaman pentadbiran malah dia juga menghidapi penyakit mental dan stress. Mustafa dilantik sebagai sultan melalui pengaruh kuat Kosem Sultan. Beliau adalah isteri Sultan Amed I dan ibu kepada Murad IV. Kosem Sultan bimbang kepada naiknya seorang lagi pewaris takhta iaitu Osman II (anak Sultan Ahmed I dengan isterinya Hatice Mahfiruze Sultan). Sultan Mustafa I bertahan menjadi sultan buat period pertama cuma untuk tempoh tig...

Ottoman Selepas Sultan Ahmad I

Image
Sultan Ahmad meninggal dunia pada November 1617 ketika usia 28 tahun. Beliau diganti oleh adiknya bernama Mustafa sebagai Ottoman ke15. Beliau menjadi sultan Ottoman dua kali. Kali pertama pada period November 1617 hingga Feb 1618. Kali kedua Mei 1622 hingga Sep 1623. Di antara dua period tersebut Ottoman dipegang oleh Osman II (r.1618-1622). Buku Maksudoglu langsung tidak mencerita tentang Ottoman Mustafa. Selepas sejarah pemerintahan Sultan Ahmad Maksudoglu terus menyambung dengan hal mengenai Osman II (r.1618-22). Sultan Mustafa I meninggal dunia pada 1639/40 dan dimakamkan di permakaman Hagia Sophia. Pusara Mustafa I bersama Ibrahim I source: wiki -  link . Ibrahim I meninggal dunia pada 1648. Baca juga hagia sophia ( link ). - - - - -

Ting Chew Peh - Why Immigrants in Mining and Estate?

Image
From Ting Chew Peh phd page 18/392: The expansion of and rubber industries created a great demand for labour. Because of their tradition-bound subsistence economy, the Malays could not be attracted to these newly created economies. The answer had to be found elsewhere. China and India readily provided unlimited supplies of mobile labour who as people from economically or commercially more advanced areas, were more familiar to money economy than the native Malays. This large-scale Chinese and Indian immigration stimulated by British colonialism has had far reaching results. Chinese and Indian immigrants were brought to Malaya through different recruiting systems. In the case of Chinese immigrants, broadly speaking, there were two categories based on the degree of freedom they possessed. The first category included those who had sufficient means to make their voyage from their homeland to Malaya. These immigrants had no obligations whatever to anyone on arrival in Malaya, and could move ...

Ottoman Ketika Usia Muda

Image
  Beberapa Ottoman yang menjadi sultan ketika usia muda: Sultan Ahmed I naik takhta ketika usia 13 tahun. [Dibantu ibu, Handan Sultan (d.1605) dan tutor, Mustafa Effendi (d.1608)] Osman II bin Ahmed I (r.1618-1622) menjadi Sultan ketika usia 14 tahun. Murad IV bin Ahmed I (r. 1623-1640) ketika usia 11 tahun. Mehmed IV cucu Ahmed I (r.1648-1687) ketika usia 7 tahun. Catatan tesis sultan ahmed m/surat 12. Istanbul University - the oldest university in Turkey established in 1453; founded by Mehmed II ( wiki ) - - - - -

Tesis Ottoman – Sultan Ahmed I

Image
Entri asal geoab -  link : Bagi mengetahui sejarah mengenai Sultan Ahmed I ada sebuah tesis yang boleh dibaca. Tesis bertajuk “Factions and favorites at the courts of Sultan Ahmed I (r.1603-17) and his immediate predecessors”. Tesis phd oleh Gunhan Borekci, Ohio State University, tahun 2010. Kandungan: Introduction chp 1: a sultan and a dynasty in crisis – Mehmed III and his short reign 1595-1603. chp 2: a young sultan on the throne – Ahmed I and his early reign an unusual succession. chp 3: a court of factions and favorites chp 4: Ahmed I and his favorites Conclusion. Folder: D 1 2019 bayezid timurlane.   Topkapi Palace   - - - - -