Posts

Tesis Salafiyya Taqi Al-Din Al-Hilali (2008)

Image
Berbagai kajian mengenai Salafi telah diusahakan oleh berbagai institusi di berbagai negara. Salah satunya adalah tesis bertajuk "The evolution of the Salafiyya in the Twentieth Century through the life and thought of Taqi Al-Din Al-Halali". Tesis oleh Henri Lauziere, Georgetown Uni tahun 2008. Source: Georgetown Uni ( link ). Folder: sahul upsi. Sebuah masjid di Jepara, Indonesia ( link ) - - - - -

Islamic Science - George Saliba 2007

Image
Buku "Islamic Science and the Making of the European Renaissance" oleh George Saliba. Buku terbitan MIT Press tahun 2007. Tebal 327 m/surat. Kandungan: The Islamic scientific tradition: Question of beginnings I The Islamic scientific tradition: Question of beginnings II Encounter with the Greek scientific tradition Islamic astronomy defines itself: the critical innovations Science between philosophy and religion: the case of astronomy Islamic science and renaissance Europe: the Copernican connection Age of decline: the fecundity of astronomical thought Folder: D falak jakim. Sebuah masjid di Srinagar - - - - -

Akademia George Saliba (b.1939)

Image
Seorang lagi akademia sejarah yang terkenal adalah George Saliba. Lahir pada 1939 berketurunan Lebanese-America. Beliau banyak menulis sejarah keagungan Islam dalam Sains di zaman silam. Antara yang banyak beliau tulis adalah sejarah dalam bidang astronomi. Saliba memperolehi phd dalam Islamic Science dari Uni of California, Berkeley. Mula mengajar di Columbia Uni pada 1978 - source link . Baca -  wiki . George Saliba - - - - -

Artikel Jerusalem Era Mamluk

Image
Artikel bertajuk "Jerusalem as a place of exile during the Mamluk era". Tebal 18 m/surat. Source: jurnal tamadun 2019 ( link ). Masjid di Madura, Indonesia ( link ) - - - - -

JMBRAS Jurnal Sejarah Malaya

Image
Journal sejarah malaya link -  sabri .   Victoria Bridge, Karai - - - - -

Bahan Bacaan Jerusalem

Image
Akademia Khalid El-Awaisi banyak menulis artikel mengenai Jerusalem. Antaranya adalah; "The origins of idea of establishing a 'Zionist-client State' in Islamic Jerusalem". Artikel oleh Khalid El-Awaisi, 14 m/surat. "From Aelia to Al-Quds: The names of Islamic Jerusalem in the early Muslim period". Artikel 41 m/surat tahun 2011. Link -  isamveri . "Mapping Islamic Jerusalem: A Rediscovery of Geographical Boundaries". Buku tebal 350 m/surat oleh Khalid El-Awaisi, 2007. "Protecting non-Muslim: Its implementation during early Muslim rule of Islamic Jerusalem". Artikel 14 m/surat oleh Mohd Roslan Mod Nor UM terbit dalam Al-Bayan (9). Link -  core . "Introducing the new terminology of Islamic Jerusalem and its field of inquiry". Artikel oleh Abd Al-Fattah Al-Awaisi, UUM/Istanbul Zaim Univ, 22 m/surat 2013. "Umar assurance of Aman to the people of Aelia/Bayt Al-Maqdis - Islamic Jerusalem: A critical analytical study of Al-Tabari...

Pengkaji Sejarah Negara Arab Peter Malcolm Holt

Image
Ramai juga para sarjana Barat yang memfokus kajian mereka kepada sejarah Islam. Antara yang terkenal adalah Peter Malcolm Holt kelahiran Lancashire. Beliau mula belajar sejarah di Oxford sekitar 1937-1940. Setelah tamat pengajian beliau bekerja sebagai guru di Sudan. Kemudiannya beliau bertugas mengajar di Universiti Khartoum pada 1952-1955. Pada 1956 beliau kembali ke UK dan mengajar di SOAS bersama Profesor Bernard Lewis sebagai ketua beliau. Pada 1960 beliau bertugas sebagai Reader dan seterusnya menjadi Profesor pada 1964. Pada 1969 beliau memperolehi DLitt dari Oxford. Beliau mengambil tugas profesor sejarah di SOAS selepas Bernard Lewis bersara pada 1975. Holt menguasai bahasa Arab semasa berkhidmat di Sudan. Beliau juga banyak membuat kajian sejarah Sudan dan pada 1960 menghasilkan buku tentang History of Sudan. Berikutnya beliau menulis pula buku Egypt and the Fertile Crescent, 1516-1922 dan buku tersebut diterbit pada 1966. Satu lagi sumbangan besar Holt ialah sebagai Editor d...

Akademia Nadia Maria El-Cheikh

Image
Nadia merupakan ahli sejarawan yang banyak menulis tentang sejarah Islam. Antara artikel beliau adalah tentang Abbasid dan Byzantine. Beliau dilantik sebagai Dekan, Faculty of Arts and Science, AUB pada 2016 ( link ). She was Visiting Scholar at the University of California, Los Angeles in 2003 and 2004 and at Harvard University in 1998. In 2007 she was the Shawwaf Visiting Professor of Arabic and Islamic Studies at the Department of Near Eastern Languages and Civilizations at Harvard University. Baca "women lamentation's and death rituals in early Islam". Sebuah paper presentation Nadia di OSU pada 2015. ( link ). This paper analyzes the ways in which Mourning rituals served as markers in the articulation of religious identities and the evolving conceptions of Islam in its early centuries. The excessiveness of the pre-Islamic female lamenters would be contrasted to the controlled, quietist attitude, which the women of the new faith were to follow upon the death of their ...

Bacaan Surah Al-Rum

Image
Surah Ar-Rum antara lain menyebut tentang perang tentera Byzantine dengan Persian. Ada dua artikel boleh dibaca mengenai Surah Ar-Rum berkait dengan peperangan tersebut. "Surat Al-Rum: A study of the exegetical literature" artikel sepuluh muka surat oleh Nadia Maria El-Cheikh pada 1999. Nadia adalah akademia di American U of Beirut sejak 1992. Nadia menjawat profesor sejak 2006. Beliau memperolehi PhD dari Harvard pada 1992. Artikel boleh diperolehi dari academia ( link ). Folder: D Byzantine. "The Quranic prophecy of the defeat and victory of the Byzantines " artikel 32 m/surat oleh Khalid El-Awaisi. Beliau akademi di Mardin Artuklu University, Turki. Khalid memperolehi PhD dari Arbatay University, Dundee pada 2006. Link -  fb . Premis Exhibition of Two Holy Mosques - - - - -

Akademia Sejarawan Philip Hitti (1886-1978)

Image
Seorang lagi sejarawan terkenal Barat Arab adalah Philip Khuri Hitti. Beliau berbangsa Arab dari keluarga Kristian berasal dari Lebanon. Hitti terkenal dengan buku beliau "The History of Arab".    Hitti lahir di Beirut, Lebanon. Mendapat pendidikan awal di AUB lulus pada 1908 dan kemudiannya memperolehi phd dari Columbia University pada 1915.   Pandangan Hitti mengenai isu Palestine:    In 1944 before US House committee, Hitti gave testimony in support of the view that there was no historical justification for a Jewish homeland in Palestine. His testimony was reprinted in the Princeton Herald. In response, Albert Einstein and his friend and colleague Erich Kahler jointly replied in the same newspaper with their counter-arguments. Hitti then published a response and Einstein and Kahler concluded the debate in the Princeton Herald with their second response.   Baca -  wiki . Philip Hitti - - - - -

Tesis Ottoman Wazir Kara Mustafa Pasya (1676-83)

Image
  Entri asal geoab -  link : Selepas Wazir Ahmed Pasya tokoh yang mengganti beliau adalah Kara Mustafa Pasya. Beliau merupakan tokoh yang agresif dalam usaha meluas empayar Ottoman ke wilayah Eropah. Sebagaimana wazir Ahmed Pasya, Kara Mustafa Pasya juga berkhidmat semasa period Mehmed IV (r.1648-87).  Ada sebuah tesis bertajuk “The road to Vienna: Habsburg and Ottoman statecraft during the time of Grand Vizier Kara Mustafa Pasya 1676-1683”. Tesis phd oleh Yasir Yilmaz, Purdue University, of Georgetown, Washington, 2015. Kandungan: A contested field: seventeenth-century Ottoman historiography. Good old monarchy: seventeenth-century Habsburg historiography. Koprulu restoration reframed. The origins of Habsburg-Ottoman diplomacy and the formative first year of Kara Mustafa Pasya Grand Vizierate. Persistent Austrians vs negligent Kara Mustafa Pasa. Failed preemptive diplomacy. Epilogue. Folder: Hzq 2021 Ottoman Mustafa (no 31).   Georgetown University Baca “Students sue...

Tesis Ottoman Wazir Ahmed Pasya (1661-76)

Image
  Entri asal geoab -  link : Wazir Ahmed Pasya merupakan tokoh yang paling banyak menyumbang kepada kemajuan Ottoman. Ahmed Pasya ialah wazir besar pada 1661-1676 ketika period Sultan Mehmed IV (r.1648-87).  Ada sebuah tesis bertajuk “A virtuous grand vizier: Politics and patronage in the Ottoman Empire during the grand vizierate of Fazil Ahmed Pasya 1661-1676”. Tesis phd oleh Muhammed Fatih Calisir, University of Georgetown, Washington, 2016. Kandungan: The Koprulu family. Fazil Ahmed Pasya – his life and career before his grand vizierate. Fazil Ahmed Pasya – the grand vizier. Science, politics and patronage in the Ottoman Empire in the 1660s and 1670s.   Georgetown University Baca “Students sue Georgetown for unfair admissions process” the hoya 2019 –  link . - - - - -

Ottoman ke19 Sultan Mehmed IV (1648-87)

Image
  Lounge Istanbul Airport Entri asal geoab -  link : Setelah kematian Sultan Ibrahim yang dibunuh oleh pemberontak pada 1648 naik menjadi Sultan Ottoman ke19 ialah anak beliau Mehmed IV. Pada awal period pemerintahan Mehmed IV iaitu dari 1648-1656 yang berkuasa penuh ialah nenek beliau iaitu Kosem Sultan sehinggalah ia meninggal dunia pada 1651. Kemudian diikuti oleh ibu Mehmed IV bernama Turkan Hatice Sultan (dari 1651-56). Period awal ini juga menyaksikan berlakunya pemberontakan oleh tentera Janissari bersama tentera Sipahi. Di kalangan pembesar yang berkuasa timbul pula pertembungan di antara Kosem Sultan dengan wazir Sofu Mehmed Pasya. Kosem Sultan juga sebelum kematian beliau punya rancangan untuk membunuh Mehmed IV. Period pemerintahan Mehmed IV dari 1656 – 1676 merupakan period tadbiran keluarga Koprulu. Period yang amat berjaya ini dikemudi oleh dua tokoh Koprulu. Antara kejayaan mereka adalah berjaya menamatkan tentangan pemberontakan Jalali. Pada 1657 Koprolu juga b...

Bacaan Sultan Ibrahim Ottoman

Image
Entri asal geoab -  link : Berbagai artikel dan bahan bacaan telah ditulis tentang Sultan Ibrahim khususnya hal peribadi beliau. Dalam banyak tulisan beliau digelar juga sebagai The Mad Sultan. Baca “42 unhinged facts about Ibrahim, the mad Sultan of the Ottoman Empire”. factinate dot com –  link . [entri ditulis oleh calun phd toronto canada] “Mad Ottoman sultan: Ibrahim the first 1616-1648”. turkeyhomes –  link . “The surprising pastimes of ten of history’s worst rulers “. history collection –  link . “Facts about Ibrahim I – the man who lived in a cage”. ranker dot com –  link . “Ibrahim I of Turkey”. the mad monarchs –  link .   The cage of Topkapi Palace - - - - -

Sultan Ibrahim Ottoman (1640-1648)

Image
Penerangan mengenai Sultan Ibrahim dalam buku Maksudoglu amat ringkas. Catatan mengenai beliau cuma ada dalam satu m/surat sahaja. Yang diceritakan cuma tentang kempen yang dilakukan oleh Ottoman Ibrahim ke atas Crete. Rentasan sejarah bermula dengan persitiwa Sunbul Aga, seorang pegawai Ottoman dipintas oleh lanun ketika beliau dalam perjalanan ke Egypt. Mangsa berkenaan dirampas hartanya dan beliau dibunuh. Barang rampasan tesebut seterusnya dijual di Pulau Crete. Pada 1645 Ottoman bertindak menghantar kapal untuk berdepan Crete. Setelah puluhan hari menyerang Ottoman berjaya menguasai kota kubu Hanya Castle. Catatan Maksudoglu berakhir dengan menyebut Sultan Ibrahim meninggal dunia pada 1648 kerana sakit  lunacy  (atau  insanity ). Artikel wiki pula menyebut Ibrahim mati dibunuh oleh para pembesar Ottoman yang menentang beliau. Turut dalam kumpulan penentang ialah ibu Ibrahim sendiri iaitu Kosem Sultan. Naik mengganti Ibrahim adalah anak beliau Mehmed IV. Pada ketika m...

Ottoman ke18 Sultan Ibrahim (1640-48)

Image
Entri asal geoab -  link : Ottoman ke18 menggantikan Murad IV ialah Sultan Ibrahim. Beliau adalah anak Sultan Ahmed I dan juga adik kepada Murad IV (Ottoman ke17). Sultan Ibrahim naik takhta ketika berusia 24 tahun. Beliau mewarisi tahkhta kerana Sultan Murad IV tidak mempunyai anak lelaki. Sebelum menjadi sultan Ibrahim hidup dalam depresi yang memanjang. Beliau kehilangan ayahnya, Sultan Ahmed I, ketika berusia dua tahun. Beliau juga menyaksikan sendiri trauma yang dialami Sultan Mustafa I yang hidup stress dan kemudian dibunuh oleh kumpulan Janissari. Sultan Ibrahim juga mengalami trauma akibat terbunuhnya abang-abang beliau Bayezid, Suleyman dan Kazim kerana amalan fracticide. Sehingga beliau sendiri ternanti-nanti nasib buruk yang bakal menimpanya. Period pemerintahan Sultan Ibrahim selama lapan tahun boleh dibahagi dua period – empat tahun pertama sebagai gemilang manakala empat tahun kedua zaman yang kecundang. Kejayaan pada empat tahun pertama dicapai dengan sumbangan oleh ...

Bacaan Ottoman Period 1600 - 1650

Image
Banyak juga bacaan Ottoman bersangkutan dengan period 1600-1650. Ottoman pada period tersebut termasuk Mustafa, Osman II dan Murad IV. [Folder: Hzq 2021 ottoman mustafa]. No33: Teachers of the Public, Advisors to the Sultan: Preachers and the Rise of a Political Public Sphere in Early Modern Istanbul (1600-1675). Sumeyra Aslihan Gurbuzel, Harvard Uni, 2016. 310 pages. No34: The involvement of the English Crown and its embassy in Constantinople with pretenders to the throne of the principality of Moldavia between the Years 1583 and 1620, with particular reference to the pretender Stefan Bogdan between 1590 and 1612. Laura Jane Fenella Coulter, University of London. 507 pages No36b: Self, space, society, and saint in the well-protected domains: a history of Ottoman saints and sainthood 1500-1780. Jonathan Parkes Allen, phd thesis Maryland University, 2019. 561 pages. No53: The Celali effects in 17th century ottoman transformation. Oguz Cabar. MA thesis, Metu 2018. 156 pages. No59: Gi...

Sultan Murad IV Ottoman (1623-1640)

Image
Buku Maksudoglu mencatat mengenai Murad IV hanya sekadar dalam tiga m/surat sahaja. Murad IV adalah anak kepada Sultan Ahmed I (r. 1603-1617) dan adik kepada Sultan Osman II (r.1618-1622). Selepas Osman II meninggal dunia naik mengganti beliau ialah Mustafa. Namun Mustafa hanya menjadi sultan pada tempoh amat singkat kerana keadaan kesihatan yang buruk. Murad IV naik takhta mengganti Mustafa mulai pada September 1623. Pada period Murad IV berlaku pergolakan di Baghdad yang ditadbir oleh gabenor Yusuf Pasha. Yusuf telah dibunuh oleh Bekir Subashi. Subashi mengambil alih Baghdad dengan membelakang arahan Ottoman. Murad IV bertindak dengan menghantar Hafiz Pasha, pembesar Diyarbakir, untuk berunding dengan Subashi. Subashi pula meminta Shah Iran untuk membantu beliau. Hafiz Pasha pula memutuskan untuk membiar Subashi terus dengan kedudukannya untuk mengelak Shah Iran masuk campur urusan Ottoman. Setelah menerima permohonan Subashi Shah Iran telah segera menghantar pasukan namun Subashi ka...

Ottoman Period Murad IV (1623-40)

Image
Entri asal geoab -  link : Masalah pertama yang dihadapi oleh Murad IV adalah pemberontakan dalaman yang ditimbulkan oleh Mehmed Pasya. Mehmed ialah Gabenor di Erzurum dan beliau memberontak untuk menuntut bela atas kematian Sultan Osman II. Mehmed berjaya menawan Erzurum pada 1624 dan beliau bertindak menekan pasukan Janissari yang sebelumnya telah membunuh Osman II. Hafiz Ahmed Pasya yang berkahwin dengan anak Vilade Sultan telah diarah menentang pasukan Mehmed Pasya. Pasukan Ahmed Pasya berjaya menewaskan Mehmed Pasya di Anatolia Tengah.  Pada 1628 Ahmed Pasya bangkit sekali memberontak di Erzurum. Namun kali ini beliau tewas dan dapat di tangkap serta dibawa ke Istanbul. Apabila Sultan Murad mengetahui yang Ahmed Pasya memberontak semata-mata untuk membela Osman II maka beliau diberi keampunan. Pada 1632 Sultan Murad IV mula bertindak lebih agresif dan menguatkan cengkaman pemerintahan beliau. Beliau memperkenal era rejuvenasi bermakna kuasa pemerintahan berada penuh ditan...

Ottoman Valide Sultan

Image
Entri asal mlja3 -  link : Bila membaca sejarah Ottoman akan ditemui juga panggilan atau gelaran Valide Sultan. Terutama apabila sejarah tersebut bercerita tentang campur tangan wanita istana dalam urusan pemerintahan Ottoman. Campur tangan ibu Sultan atau para wanita istana adalah suatu fenomena dalam corak pemerintahan Ottoman. Bukan sahaja di kalangan Ottoman malah banyak kerajaan lain juga. Bila membicara tentang Ottoman banyak nama-nama para wanita istana yang diceritakan tentang peranan mereka memilih waris yang diangkat sebagai Sultan. Antara mereka adalah Valide Sultan Maypeyker Kosem yang menjadi nama besar sekitar ketika Ottoman Sultan Murad IV memerintah. Period Sultan Murad IV memerintah adalah 1623-40. Bogazici University, Turkey est 1863 ( wiki ) Baca artikel "The women who oversaw 3 generations of  the Ottoman empire". Daily sabah 2015 -  link . "Kosem Sultan the last influential female ruler of the Ottoman Empire". History of famous people 2020 -  li...