Posts

Artikel The Narscissism of Mustafa II

Image
Ada sebuah artikel "The Narscissism of Mustafa II, 1695-1703: a psychohistorical study" oleh Abou El-Haj. Artikel terbit dalam jurnal pada Studia Islamica pada 1974. Artikel tebal 17 m/surat. What is narscissism? excessive interest in or admiration of oneself and one's physical appearance. or, Narcissism is  extreme self-involvement to the degree that it makes a person ignore the needs of those around them . While everyone may show occasional narcissistic behavior, true narcissists frequently disregard others or their feelings. They also do not understand the effect that their behavior has on other people. Folder: Hzq 2021 ottoman mustafa. Semsi Pasha Mosque ( wiki ) The Åžemsi Pasha Mosque was designed by Ottoman imperial architect Mimar Sinan for Grand Vizier Åžemsi Pasha (1492-1580). The construction completed in 1581. - - - - -

Ottoman Sultan Mustafa II - Catatan Maksudoglu

Image
Sultan Mustafa II memerintah Ottoman pada period 1695-1703. Mustafa II adalah anak Mehmed IV dengan ibunya berbangsa Greek, Gulnus Sultan (d.1715). Mustafa II mengganti Sultan Ahmed II yang meninggal dunia pada 1695. Berikut adalah petikan peristiwa berlaku sepanjang period Mustafa II seperti mana catatan buku Maksudoglu: 1695: mara ke Belgrade bagi membendung pasukan Austria yang mahu menyerang Transylvania. 1696: Russia mengambil kesempatan dari pertembungan Ottoman-Austria dengan mara ke beberapa kedudukan dan berjaya menguasai Azak Castle. 1697: Ottoman berperang dengan Austria namun berakhir dengan tragedi jambatan runtuh. Pasukan yang sudah menyeberang semuanya syahid manakala yang lain terpaksa berpatah balik. Ottoman yang dipimpin Sadrazam Mehmed Pasha dikata melaku strategi yang silap. Mustafa II kemudiannya mengganti Mehmed Pasha dengan Huseiyn 1699: Ottoman mengada Karlowitz Treaty bersama negara Eropah. Pasha. 1701: Ottoman menyerah Azak Castle kepada Russia. 1703: pasukan ...

Ottoman ke22 Sultan Mustafa II (1695-1703)

Image
Entri asal geoab -  link : Sultan Mustafa II naik takhta sebagai Ottoman ke22 menggantikan bapa saudaranya Sultan Ahmed II yang meninggal dunia pada 1695. Sultan Mustafa II adalah anak kepada Mehmed IV (Ottoman ke19). Sultan Mustafa II dikatakan paling cekap dan juga paling berilmu berbanding beberapa sultan Ottoman sebelum beliau. Satu hal yang diceritakan adalah majlis khitan Mustafa II dan abangnya Ahmed serta perkahwinan dua beradik perempuan Hatice Sultan dan Fatima Sultan. Majlis mereka secara bersama pada 1675 telah diada secara besar-besaran selama dua puluh hari. Baca –  wiki . Mustafa II ketika period pemerintahannya telah berusaha kuat untuk berperang dengan Eropah. Namun begitu kekalahan pasukan tentera Ottoman yang beliau pimpin dalam Perang Zenta menyebabkan kejatuhan pemerintahan Mustafa II. Beliau telah dipecat jawatan sultan pada 1703 dan meninggal dunia empat bulan setelah dipecat. Setelah Sultan Mustafa II dipecat beliau diganti oleh Sultan Ahmed III yang me...

Pemerintah Agung Ottoman Abdul Majid I (r.1839-1861)

Image
Entri asal geoab -  link : Pemerintah Ottoman ke-31 ialah Sultan Abdul Majid I. Beliau menggantikan bapanya Sultan Mahmud II yang mangkat pada 1839. Period pemerintahan Abdul Majid I ialah 1839-1861 menyaksikan kebangkitan gerakan nasionalisme Ottoman. Abdul Majid I berusaha menerap semangat patriotik Ottoman di kalangan puak pemisah untuk mengelak perpecahan. Abdul Majid I juga cuba membentuk angkatan tentera bersekutu dengan United Kingdom dan Perancis yang keduanya menjadi kuasa besar di Eropah. Beliau juga dengan rasmi menjadikan Ottoman sebagai sebuah anggota negara Eropah pada 1856. Pencapaian paling besar Abdul Majid I adalah pelaksanaan reformasi Tanzimat yang disediakan oleh bapa beliau Sultan Murad II. Reformasi tersebut berjaya memajukan dan memodenkan Ottoman secara berkesan pada 1839. Istana Dolmabahce yang dibina pada zaman Abdul Majid I (source –  link ) - - - - -

Ottoman Sultan Ahmed II - Catatan Maksudoglu

Image
Sultan Ahmed II memerintah Ottoman period 1691-1695. Beliau adalah anak Sultan Ibrahim (r.1640-48) dan ibu bernama Muazzez Sultan (d.1687 -  wiki ). Ibunya bukan bergelar valide sultan kerana meninggal awal empat tahun sebelum Ahmed II menjadi sultan. Buku Maksudoglu memuat mengenai Ahmed II sekadar sekitar satu m/surat. Period pemerintahan Ahmed II dipenuhi dengan perang Harsburg menentang Austria. Perang tersebut berpanjangan ... Perang dengan Austria bermula sejak sebelum perlantikan Ahmed II yang pada awalnya dipimpin oleh Fazil Mutafa Pasha. Misi beliau sudah hampir berjaya. Malang ketika di ambang kejayaan Fazil Mustafa Pasha telah mengalami cedera sehingga membawa maut. Kejadian malang ini menyebabkan ambang kejayaan yang hampir bertukar kepada kekecewaan. Pasukan Ottoman mengambil keputusan meninggalkan medan perang dan berpatah balik ke Istanbul. Pada 1692 sekali lagi misi menyerang Austria dilakukan. Kali ini Sultan Ahmed II sendiri turun ke medan namun beliau gagal menge...

Tesis Politik Malaysia

Image
Bila kita cuba google tesis politik Malaysia akan tersenarai berikut: "Alternative civic education in Malaysia: A case of DAP's democratic school". Tesis MA Mahidol Uni Tarmizi Anuwar 2019. Link -  mahidol . "De-ethnicisation of politics in Malaysia". Tesis phd Bristol. Lau Zhe Wei 2018. Link -  bristol . "Assessment of the performance of a resilient hybrid political system: the case of Malaysia". Tesis phd Denver Univ, Siti Z Razali 2013. Link -  denver . "UMNO factionalism and the politics of Malaysian national identity". Tesis phd Murdoch Uni 2005. (Link -  murdoch ). "Coalition politics in Malaysia". MA Political Science WMU Kalamazoo 1983. Zakiah Awang. Link -  westmichigan . "The 1974 parlimentary election in Peninsular Malaysia: a study in electoral geography". Tesis phd SOAS Sothi Rajagan 1978. Link -  soas . "The Sarawak Chinese voters and their support for DAP". Journal article 1996. Link -  kyoto . ...

Pelbagai Tesis Mauduk Sejarah Islam

Image
Sambil merayau ketika sesi online taip kat google mencari tesis at-Tabari maka muncul pulak judul tesis berikut: The Annals of Tabari: The Caliphate of al-Mu'tamid. Tesis PhD, U Penn 1955. Antara akademik yang membantu penulis adalah PK Hitti dan F Rosenthal. (Link -  upenn ). Dream of Rulers in Tabari's History of Prophets and Kings. Tesis PhD Netherlands 2009. (Link -  uva ). Ibn Kathir some aspects of scholastic theology. Tesis PhD Durham 1970. (Link -  durham ). Ninth-century Abbasid depiction of Jahiliyya Arabness. Tesis MA Texas Austin 2015. (Link -  texas ). Muhammad's call revisited: a critical approach of Muslim tradition. Tesis MA McGill 1996. (link -  mcgill ) Images of civil conflict: One early Muslim historian's representation of the Umayyad Civil War caliphs. Tesis MA Miami Uni, 2011. (Link -  miami ). Relation between the Kings and Nobility of Sasanids Persia. Tesis MA Warwick 2008. (Link -  warwick ). A hermeneutical examination of crea...

Ottoman ke 21 Sultan Ahmed II (1691-95)

Image
Entri asal geoab -  link : Sebelum naik takhta Ahmed II tinggal terkurung di penjara selama 43 tahun. Fazil Mustafa Pasya masih sebagai wazir. Jawatan yang Fazil pegang sejak dari 1689. Fazil mengarah ditukar ramai pegawai negeri regim sebelum beliau dan menghukum bunuh pegawai yang korup. Mereka diganti dengan pegawai yang serasi dengan Fazil Mustafa untuk melancarkan pentadbiran. Pada ogos 1691 Fazil Mustafa terbunuh dalam satu peperangan dengan Austria. Mengganti beliau sebagai wazir ialah Kaca Halil Pasya. Ottoman semakin lemah dan kalah dalam peperangan satu demi satu secara berterusan. Pada 1695 Ottoman tewas pula dalam peperangan dengan Hungary. Tidak lama selepas kekalahan tersebut Sultan Ahmed II pun meninggal dunia di Edirne Palace. Naik takhta sebagai pengganti Sultan Ahmed II ialah Mustafa II yang memerintah dari 1695 hingga 1703. Sebahagian dari Edirne Palace source: archaelogy news ( link ) dan tourmaker ( link ) - - - - -

Ottoman Suleyman II (1687-91) - Catatan Maksudoglu

Image
Maksudoglu memuatkan tulisan mengenai Suleyman II dengan amat ringkas. Cuma dalam dua paragraf sekitar satu m/surat sahaja. Maksudoglu menyebut bahawa Suleyman II melakukan pertabalannya di makam Ayub al-Ansari, Istanbul pada 1687. Setahun kemudian iaitu pada 1688 Austria berjaya menawan Transylvania, Belgrade dan kubu-kubu Ujvar castle dan Eger castle dari penguasaan Ottoman. Dalam keadaan yang semakin meruncing tersebut Suleyman II bertindak melantik Fazil Mustapha sebagai grand vizier pada 1689. Fazil berjaya merebut semula tiga buah kota Nish, Smederevo dan termasuk Belgrade.  Sultan Suleyman II meninggal dunia pada 1691 di Edirne. Pengganti Suleyman II adalah adik beliau, Ahmed II yang memerintah dari 1691 hingga 1695.  Zeynep Sultan Mosque [tiada kaitan dengan Suleyman II] The Zeynep Sultan Mosque (in Turkish Zeynep Sultan Camii) is a mosque built in 1769 by Ayazma Mosque's architect Mehmet Tahir AÄŸa for Ahmed III's daughter Zeynep Sultan. It evokes Byzantine churches be...

Ottoman ke20 Sultan Suleyman II (1687-91)

Image
Entri asal geob -  link : Selepas Sultan Mehmed IV dijatuhkan pada 1687 pengganti beliau ialah Sultan Suleyman II. Sultan Suleyman II ialah anak kepada Sultan Ibrahim (Ottoman ke18) dan adik tiri kepada Mehmed IV (Ottoman ke19). Awal kehidupan Suleyman II terkurung di penjara. Sultan Suleyman II dipilih mengganti Mehmed IV oleh kumpulan Janissari dan menjadikan institusi kesultanan berada di bawah mereka. Maka berlakulah keadaan di mana Ottoman berada dalam kelemahan dan menuju kehancuran. Dalam suasana kritikal begitu pihak musuh terutamanya telah mengambil kesempatan menyerang Ottoman dari segenap penjuru. Ancaman paling besar yang dihadapi Ottoman ialah peperangan dengan Austria yang berjaya menduduki beberapa wilayah Ottoman. Mereka kemudiannya telah menukar ratusan masjid menjadi gereja. Jerman juga telah berjaya menguasi wilayah Islam Egri dan menukarnya kepada menjadi wilayah Kristian serta masjid dimusnahkan. Pendeknya kekalahan demi kekalahan menimpa Ottoman. Period Suleym...

Kegawatan Kewangan Ottoman Period Selepas Ahmed I

Image
Sultan Murad III memerintah Ottoman pada 1574-1595 dan dikata amat berjaya. Beliau meninggal kewangan yang kukuh dan keadaan tersebut berterusan hingga period Ahmed I (1603-1617). Sultan Ahmad I dapat mengguna kewangan tersebut untuk membina masjid besar dan bangunan-bangunan lain. Ottoman mula mengalami masalah kewangan selepas period Ahmed I. Keadaan tersebut bertambah teruk bila berlaku pertukaran takhta sebanyak empat kali dalam tempoh singkat. Selepas Ahmed I penggantinya Mustafa I memerintah beberapa bulan (Nov 1617 hingga Feb 1618), kemudian Osman II (1618-1622), berikutnya sekali lagi Mustafa I (Mei 1622 hingga Sept 1623) dan selepas itu Murad IV (1623-1640). Pada setiap kali pertukaran kuasa banyak wang terpaksa dibelanja membayar pasukan tentera Janissari. Tujuannya supaya Janissari memberi sokongan kepada sultan. Keadaan bertambah parah sewaktu period Murad IV/ Beliau terpaksa bertindak mengecilkan tentera Janissari dan sipahi.  Namun begitu dihujung period Murad IV berl...

Tesis Salafiyya Taqi Al-Din Al-Hilali (2008)

Image
Berbagai kajian mengenai Salafi telah diusahakan oleh berbagai institusi di berbagai negara. Salah satunya adalah tesis bertajuk "The evolution of the Salafiyya in the Twentieth Century through the life and thought of Taqi Al-Din Al-Halali". Tesis oleh Henri Lauziere, Georgetown Uni tahun 2008. Source: Georgetown Uni ( link ). Folder: sahul upsi. Sebuah masjid di Jepara, Indonesia ( link ) - - - - -

Islamic Science - George Saliba 2007

Image
Buku "Islamic Science and the Making of the European Renaissance" oleh George Saliba. Buku terbitan MIT Press tahun 2007. Tebal 327 m/surat. Kandungan: The Islamic scientific tradition: Question of beginnings I The Islamic scientific tradition: Question of beginnings II Encounter with the Greek scientific tradition Islamic astronomy defines itself: the critical innovations Science between philosophy and religion: the case of astronomy Islamic science and renaissance Europe: the Copernican connection Age of decline: the fecundity of astronomical thought Folder: D falak jakim. Sebuah masjid di Srinagar - - - - -

Akademia George Saliba (b.1939)

Image
Seorang lagi akademia sejarah yang terkenal adalah George Saliba. Lahir pada 1939 berketurunan Lebanese-America. Beliau banyak menulis sejarah keagungan Islam dalam Sains di zaman silam. Antara yang banyak beliau tulis adalah sejarah dalam bidang astronomi. Saliba memperolehi phd dalam Islamic Science dari Uni of California, Berkeley. Mula mengajar di Columbia Uni pada 1978 - source link . Baca -  wiki . George Saliba - - - - -

Artikel Jerusalem Era Mamluk

Image
Artikel bertajuk "Jerusalem as a place of exile during the Mamluk era". Tebal 18 m/surat. Source: jurnal tamadun 2019 ( link ). Masjid di Madura, Indonesia ( link ) - - - - -

JMBRAS Jurnal Sejarah Malaya

Image
Journal sejarah malaya link -  sabri .   Victoria Bridge, Karai - - - - -

Bahan Bacaan Jerusalem

Image
Akademia Khalid El-Awaisi banyak menulis artikel mengenai Jerusalem. Antaranya adalah; "The origins of idea of establishing a 'Zionist-client State' in Islamic Jerusalem". Artikel oleh Khalid El-Awaisi, 14 m/surat. "From Aelia to Al-Quds: The names of Islamic Jerusalem in the early Muslim period". Artikel 41 m/surat tahun 2011. Link -  isamveri . "Mapping Islamic Jerusalem: A Rediscovery of Geographical Boundaries". Buku tebal 350 m/surat oleh Khalid El-Awaisi, 2007. "Protecting non-Muslim: Its implementation during early Muslim rule of Islamic Jerusalem". Artikel 14 m/surat oleh Mohd Roslan Mod Nor UM terbit dalam Al-Bayan (9). Link -  core . "Introducing the new terminology of Islamic Jerusalem and its field of inquiry". Artikel oleh Abd Al-Fattah Al-Awaisi, UUM/Istanbul Zaim Univ, 22 m/surat 2013. "Umar assurance of Aman to the people of Aelia/Bayt Al-Maqdis - Islamic Jerusalem: A critical analytical study of Al-Tabari...

Pengkaji Sejarah Negara Arab Peter Malcolm Holt

Image
Ramai juga para sarjana Barat yang memfokus kajian mereka kepada sejarah Islam. Antara yang terkenal adalah Peter Malcolm Holt kelahiran Lancashire. Beliau mula belajar sejarah di Oxford sekitar 1937-1940. Setelah tamat pengajian beliau bekerja sebagai guru di Sudan. Kemudiannya beliau bertugas mengajar di Universiti Khartoum pada 1952-1955. Pada 1956 beliau kembali ke UK dan mengajar di SOAS bersama Profesor Bernard Lewis sebagai ketua beliau. Pada 1960 beliau bertugas sebagai Reader dan seterusnya menjadi Profesor pada 1964. Pada 1969 beliau memperolehi DLitt dari Oxford. Beliau mengambil tugas profesor sejarah di SOAS selepas Bernard Lewis bersara pada 1975. Holt menguasai bahasa Arab semasa berkhidmat di Sudan. Beliau juga banyak membuat kajian sejarah Sudan dan pada 1960 menghasilkan buku tentang History of Sudan. Berikutnya beliau menulis pula buku Egypt and the Fertile Crescent, 1516-1922 dan buku tersebut diterbit pada 1966. Satu lagi sumbangan besar Holt ialah sebagai Editor d...

Akademia Nadia Maria El-Cheikh

Image
Nadia merupakan ahli sejarawan yang banyak menulis tentang sejarah Islam. Antara artikel beliau adalah tentang Abbasid dan Byzantine. Beliau dilantik sebagai Dekan, Faculty of Arts and Science, AUB pada 2016 ( link ). She was Visiting Scholar at the University of California, Los Angeles in 2003 and 2004 and at Harvard University in 1998. In 2007 she was the Shawwaf Visiting Professor of Arabic and Islamic Studies at the Department of Near Eastern Languages and Civilizations at Harvard University. Baca "women lamentation's and death rituals in early Islam". Sebuah paper presentation Nadia di OSU pada 2015. ( link ). This paper analyzes the ways in which Mourning rituals served as markers in the articulation of religious identities and the evolving conceptions of Islam in its early centuries. The excessiveness of the pre-Islamic female lamenters would be contrasted to the controlled, quietist attitude, which the women of the new faith were to follow upon the death of their ...

Bacaan Surah Al-Rum

Image
Surah Ar-Rum antara lain menyebut tentang perang tentera Byzantine dengan Persian. Ada dua artikel boleh dibaca mengenai Surah Ar-Rum berkait dengan peperangan tersebut. "Surat Al-Rum: A study of the exegetical literature" artikel sepuluh muka surat oleh Nadia Maria El-Cheikh pada 1999. Nadia adalah akademia di American U of Beirut sejak 1992. Nadia menjawat profesor sejak 2006. Beliau memperolehi PhD dari Harvard pada 1992. Artikel boleh diperolehi dari academia ( link ). Folder: D Byzantine. "The Quranic prophecy of the defeat and victory of the Byzantines " artikel 32 m/surat oleh Khalid El-Awaisi. Beliau akademi di Mardin Artuklu University, Turki. Khalid memperolehi PhD dari Arbatay University, Dundee pada 2006. Link -  fb . Premis Exhibition of Two Holy Mosques - - - - -