Posts

Ottoman Ahmed III (r.1703-1730) - Catatan Maksudoglu

Image
Sebaik Sultan Mustafa II dijatuhkan pada 1703, Ahmed III datang menuju Istanbul dari Edirne. Ahmed III naik takhta Ottoman dan bertindak mengawal keadaan dan mengatur semula peraturan. Ahmed III juga mengeluarkan banyak wang untuk membayar para tentera untuk menyokong beliau. Berikut adalah beberapa peristiwa sepanjang pemerintahan Ahmed III yang dimuatkan dalam buku Maksudoglu: 1711: Battle of Prutt. Pasukan Ottoman diketuai Batalji Mehmed Pasha, manakala Russia diketuai Czar Peter. Pasukan Ottoman yang berjaya. Russia memulangkan Azak Castle kepada Ottoman. 1716: War with Austria. Pada 1715 pasukan Ottoman diketuai oleh Ali Pasha berjaya dalam pertempuran Petervaradin. menawan Semenanjung Morea dari Austria. Pada 1717 pasukan mara ke Belgrade bertempur sekali lagi dengan Austria. Kali ini Ottoman kalah dan Belgrade jatuh ke Austria. Ketua pasukan Otttoman diganti pula oleh Ibrahim Pasha. Beliau melihat kelemahan Janissari kerana adanya unsur rasuah yang melampau. Pada 1718 Pasha engg...

The 1720 Imperial Circumcision Celebrations Ottoman

Image
Entri asal geoab -  link : Period pemerintahan Sultan Ahmed III dari 1718-1730 dikatakan zaman sultan bermewah. Salah satu sejarah berbelanja mewah tersebut ialah majlis berkhitan yang diadakan secara besaran. Ada sebuah buku ditulis oleh ahli sejarawan mengesahkan majlis khitan tersebut. Buku bertajuk “The 1720 Imperial Circumcision Celebrations in Istanbul” terbitan Brill. Publication date Sept 2020 (brill –  link ). Buku The 1720 Imperial Circumcision Celebrations Baca juga artikel “Chasing Documents at the Ottoman Archive: An Imperial Circumcision Festival Under Scrutiny“. Artikel tebal 26 m/surat. Medieval History Journal 2019 –  link . - - - - -

Tesis Ottoman Sultan Ahmed III

Image
Entri asal geoab -  link Sultan Ahmed III memerintah dari 1703-1730. Ada sebuah tesis tentang Sultan Ahmed III yang memfokus kepada bakat dan sumbangan beliau dalam seni khat. Tesis bertajuk “Sultan Ahmed III (r.1703-1730) as a calligrapher and patron of calligraphy”. Tesis phd oleh Philippe Bora Keskiner, SOAS London Uni pada 2012 (link). Kandungan: The reign of Ahmed III and visual arts of the period. The Calligrapher Sultan and his court of Calligraphers. Sultan Ahmed III calligraphic panels, monumental inscriptions, and works applied on tiles. Sultan Ahmed III’s Qur’an manuscripts and calligraphic albums. Re-employing the Royal Monogram: the introduction of the Tughra as a calligraphic format. Completing the new image of the Calligrapher-Sultan: Ahmed III innovative signatures. The legacy of Ahmed III as a calligrapher. Conclusion. Folder: Hzq 2021 Ottoman Selim. Ahmed III Fountain’s Kiosk (istanbul guide –  link ) Fountain dibina pada 1728 atas arahan Sultan Ahmed III - -...

Ottoman ke23 Sultan Ahmed III (1703-1730)

Image
Entri asal geoab -  link : Selepas Sultan Mustafa II diturun dari takhta adik beliau Ahmed III pula diangkat menjadi sultan. Kedua-dua beradik ini adalah anak kepada Mehmed IV tetapi berlainan ibu. Period pemerintahan Ahmed III yang panjang dapat dibahagi kepada dua. Bahagian pertama adalah dari 1703 hingga 1718 yang dikatakan sebagai period yang positif di mana keamanan wujud di dalam negeri. Zaman awal pemerintahan Ahmed III juga menyaksikan kejayaan Ottoman merampas kembali beberapa wilayah yang jatuh ke tangan musuh. Period kedua pemerintahan Ahmed III bermula 1718 hingga 1730 dinamakan sebagai zaman Tulip dan merupakan period dengan gejala negatif. Pada period ini wujud nepotisme dalam pemerintahan Ottoman dan berlakunya amalan hedonisme. Nepotisme dimulakan oleh wazir Damad Ibrahim. Akhirnya pada 1730 Sultan Ahmed III telah diturun kuasa melalui satu pemberontakan yang diketuai Patrona Halil. Ahmed III diganti pula oleh Mahmud I yang memerintah pada 1730-1754. Sultan Ahmed II...

Hillenbrand dan Crusades

Image
Sejarah mengenai Crusades menjadi tema besar yang dibincang oleh Prof Hillenbrand. Beliau adalah Professor of Islamic History di Edinburgh Univ. Sedikit pengenalan: When and where did you initially develop an interest in the history of the crusades? Who or what sparked your enthusiasm for the subject? I became interested in the crusades through travelling in the Middle East, and especially Turkey and Syria.  I also was fascinated by Runciman’s book. I then read Arabic texts about the crusades with Donald Richards at Oxford. Prof Carole Hillenbrand Source - crusaders studies ( link ). - - - - -

Kerajaan Fatimid Mesir (969-1171M)

Image
Berikutnya selepas kerajaan Ikhshidid (935-969) Mesir sekali lagi bertukar pemerintahan. Menggantikan Ikhshidid adalah kerajaan Fatimid yang asalnya berpusat di Afrika Utara. Fatimid datang menakluk Mesir pada 969. Senarai pemerintah Fatimid Mesir (di petik dari  wiki ): Ambil perhatian Fatimid Mesir bermula dari pemerintahan no (6) Abu Ali Mansur. Manakala pemerintahan (1) hingga (5) adalah pengasas Fatimid yang asal di Afrika Utara. Abū Muḥammad 'Abdul-Lāh al-Mahdī bi'llāh (909–934) founder Fatimid dynasty Abū l-Qāsim Muḥammad al-Qā'im bi-Amr Allāh (934–946) Abū Ṭāhir Ismā'il al-Manṣūr bi-llāh (946–953) Abū Tamīm Ma'add al-Mu'izz li-Dīn Allāh (953–975) Egypt is conquered during his reign Abū Manṣūr Nizār al-'Azīz bi-llāh (975–996) Abū 'Alī al-Manṣūr al-Ḥākim bi-Amr Allāh (996–1021) The  Druze  religion is founded during the lifetime of  Al-Hakim bi-Amr Allah . Abū'l-Ḥasan 'Alī al-Ẓāhir li-I'zāz Dīn Allāh (1021–1036) Abū Tamīm Ma'add al-...

Alamut Castle dan Ismaili

Image
Bila membaca sejarah Mongol menyerang empayar Baghdad akan terkait juga faktor Ismaili yang berpusat di Alamut. Elok juga dibaca dan dikaji mengenai Ismaili, tentang Alamut dan hubung kait mereka dengan serangan Mongol. Sebagai permulaan beberapa sumber bacaan yang boleh membantu adalah: "On the track of Iran's 'assassins' in once impenetrable mountainous castle". Link -  tehrantimes  2019. "Alamut: the secret fortress of the Assassins". Link -  discover  iran 2016. "Alamut Valleys and Castles". Link -  stanford  2014. "Fatimid Da'wa Ismaili resistance to Seljuq rule in Iran". Link -  academia .  [Folder: D abbasid slavery] Sekitar pergunungan Alamut kubu Ismaili  source - tehran times Alamut Castle (source -  stanford ) - - - - -

Kerajaan Ikhshidid Mesir (935-969M)

Image
Entri mengenai Ikhshidid Mesir ini dipetik dari sumber berikut -  link . Ia dialih letak supaya senang dirujuk. Sebuah lagi kerajaan kecil Islam yang wujud di zaman Abbasid adalah pemerintahan Dinasti Ikhshidid di Mesir.  Kerajaan Ikhshidid adalah pada period 935-969 dan ianya berpusat di kota Fustat. Kerajaan Ikhshidid diasaskan oleh Abu Bakar Muhammad ibn Thagh al-Ikhshid (b.1882, d.946). Beliau berketurunan Turk asalnya merupakan panglima Mamluk dan juga gabenor Abbasid yang ditugaskan di wilayah autonomi Mesir. Pada ketika itu Abbasid dipimpin oleh khalifah ar-Radhi (r.934-940). Sebelum Ikhshidid, Mesir berada dibawah kerajaan Tulunid iaitu dari 868-905M –  link . Selepas Tulunid jatuh Mesir kembali semula kepada Abbasid (bermula dari 905) sehinggalah khalifah ar-Radi berkenan melantik Abu Bakar ibn Thagh untuk mentadbir Mesir mengguna gelaran kerajaan Ikhshidid. Perkenan ar-Radi adalah sebagai penghargaan kepada Abu Bakar yang telah berjaya mempertahan Mesir dari ser...

Mesir Selepas Tulunid - Abbasid Baghdad (905-935)

Image
Selepas Tulunid jatuh pada 905M Mesir diperintah semula oleh Abbasid. Kejatuhan Tulunid pada 905 bersamaan dengan period pemerintahan Abbasid al-Muktafi (r.902-908) di Baghdad. Bermakna Mesir ditadbir semula oleh Abbasid Baghdad di bawah al-Muktafi. Abbasid berkuasa di Mesir hinggalah kerajaan Ikhsyidid terbentuk pada 935. Pada ketika itu Abbasid Baghdad dibawah period al-Radi (r.934-940). Kemudiannya Ikhsyidid diganti pula oleh Dinasti Fatimid yang datang menakluk Mesir pada 969. Baca tentang "Kerajaan Islam Saingan Abbasid Ikhshidid Mesir (935-969)" di  link  berikut.   The Curve - - - - -

Senarai Pemerintah Tulunid (868-905M)

Image
Kita telah sedia maklum bahawa kerajaan Tulunid Mesir diasaskan oleh Ahmad bin Tulun pada tahun 868M. Beliau berada dipuncak kuasa hinggalah kematiannya pada 884. Selepas Ahmad bin Tulun kerajaan Tulunid diwarisi pula oleh anak beliau bernama Khumarawayh bin Ahmad. Beliau memerintah pada period 884-896M. Selepas Khumarawayh kerajaan Tulunid disambung pula oleh dua anaknya iaitu Jaysh bin Khumarawayh dan Harun bin Khumarawayh. Jaysh memerintah pada period yang cukup pendek - cuma setahun iaitu pada 896. Kemudian diambil alih oleh Harun bin Khumarawayh untuk period 896-904. Harun terbunuh ketika berjuang mempertahan Tulunid dari serangan oleh Abbasid.  Selepas Harun kerajaan Tulunid dipimpin oleh Shayban bin Ahmad bin Tulun. Shayban merupakan pemerintah Tulunid yang terakhir. Period pemerintahan beliau bermula 904 dan berakhir setahun kemudian pada 905M. Di hujung pemerintahan (pada 905) Shayban menyerah diri kepada Abbasid dan diberi perlindungan. Namun Shayban mengambil tindakan me...

Ahmad Ibn Tulun (r.868-884)

Image
Apabila membaca tentang pemerintahan khalifah Abbasid akan kita temui nama beberapa kerajaan kecil lain didirikan merata wilayah. Antaranya di Mesir dengan nama Tulun (atau Tulunids dalam Inggeris). Kerajaan Tulun dipelopori oleh Ahmad bin Tulun.  Berdasarkan buku Sejarah Islam oleh Prof Hamka sejarah Tulun bermula sebagai tawanan perang di zaman al-Ma'mun. Karier anak beliau, Ahmad ibn Tulun bermula sebagai pembantu pengawal juga di zaman al-Ma'mun. Selanjutnya, Ahmad dilantik oleh al-Mutawakil (847-861) sebagai gabenor di Mesir. Ahmad mula memperkuat pasukan tenteranya sendiri dan kemudian mengambil langkah keluar dari kerajaan Abbasid menubuhkan pemerintahan Tulunid (868-905). Semasa pemerintahan al-Muktadid (892-902) pasukan tentera Abbasid telah cuba menyerang Tulun namun usaha mereka tidak berjaya. Ahmad bin Tulun meneruskan usaha menawan beberapa lagi wilayah termasuk Damascus. Dalam satu ekspedisi tentera di luar Mesir beliau menyerah Mesir untuk ditadbir anaknya Abbas....

Artikel The Narscissism of Mustafa II

Image
Ada sebuah artikel "The Narscissism of Mustafa II, 1695-1703: a psychohistorical study" oleh Abou El-Haj. Artikel terbit dalam jurnal pada Studia Islamica pada 1974. Artikel tebal 17 m/surat. What is narscissism? excessive interest in or admiration of oneself and one's physical appearance. or, Narcissism is  extreme self-involvement to the degree that it makes a person ignore the needs of those around them . While everyone may show occasional narcissistic behavior, true narcissists frequently disregard others or their feelings. They also do not understand the effect that their behavior has on other people. Folder: Hzq 2021 ottoman mustafa. Semsi Pasha Mosque ( wiki ) The Şemsi Pasha Mosque was designed by Ottoman imperial architect Mimar Sinan for Grand Vizier Şemsi Pasha (1492-1580). The construction completed in 1581. - - - - -

Ottoman Sultan Mustafa II - Catatan Maksudoglu

Image
Sultan Mustafa II memerintah Ottoman pada period 1695-1703. Mustafa II adalah anak Mehmed IV dengan ibunya berbangsa Greek, Gulnus Sultan (d.1715). Mustafa II mengganti Sultan Ahmed II yang meninggal dunia pada 1695. Berikut adalah petikan peristiwa berlaku sepanjang period Mustafa II seperti mana catatan buku Maksudoglu: 1695: mara ke Belgrade bagi membendung pasukan Austria yang mahu menyerang Transylvania. 1696: Russia mengambil kesempatan dari pertembungan Ottoman-Austria dengan mara ke beberapa kedudukan dan berjaya menguasai Azak Castle. 1697: Ottoman berperang dengan Austria namun berakhir dengan tragedi jambatan runtuh. Pasukan yang sudah menyeberang semuanya syahid manakala yang lain terpaksa berpatah balik. Ottoman yang dipimpin Sadrazam Mehmed Pasha dikata melaku strategi yang silap. Mustafa II kemudiannya mengganti Mehmed Pasha dengan Huseiyn 1699: Ottoman mengada Karlowitz Treaty bersama negara Eropah. Pasha. 1701: Ottoman menyerah Azak Castle kepada Russia. 1703: pasukan ...

Ottoman ke22 Sultan Mustafa II (1695-1703)

Image
Entri asal geoab -  link : Sultan Mustafa II naik takhta sebagai Ottoman ke22 menggantikan bapa saudaranya Sultan Ahmed II yang meninggal dunia pada 1695. Sultan Mustafa II adalah anak kepada Mehmed IV (Ottoman ke19). Sultan Mustafa II dikatakan paling cekap dan juga paling berilmu berbanding beberapa sultan Ottoman sebelum beliau. Satu hal yang diceritakan adalah majlis khitan Mustafa II dan abangnya Ahmed serta perkahwinan dua beradik perempuan Hatice Sultan dan Fatima Sultan. Majlis mereka secara bersama pada 1675 telah diada secara besar-besaran selama dua puluh hari. Baca –  wiki . Mustafa II ketika period pemerintahannya telah berusaha kuat untuk berperang dengan Eropah. Namun begitu kekalahan pasukan tentera Ottoman yang beliau pimpin dalam Perang Zenta menyebabkan kejatuhan pemerintahan Mustafa II. Beliau telah dipecat jawatan sultan pada 1703 dan meninggal dunia empat bulan setelah dipecat. Setelah Sultan Mustafa II dipecat beliau diganti oleh Sultan Ahmed III yang me...

Pemerintah Agung Ottoman Abdul Majid I (r.1839-1861)

Image
Entri asal geoab -  link : Pemerintah Ottoman ke-31 ialah Sultan Abdul Majid I. Beliau menggantikan bapanya Sultan Mahmud II yang mangkat pada 1839. Period pemerintahan Abdul Majid I ialah 1839-1861 menyaksikan kebangkitan gerakan nasionalisme Ottoman. Abdul Majid I berusaha menerap semangat patriotik Ottoman di kalangan puak pemisah untuk mengelak perpecahan. Abdul Majid I juga cuba membentuk angkatan tentera bersekutu dengan United Kingdom dan Perancis yang keduanya menjadi kuasa besar di Eropah. Beliau juga dengan rasmi menjadikan Ottoman sebagai sebuah anggota negara Eropah pada 1856. Pencapaian paling besar Abdul Majid I adalah pelaksanaan reformasi Tanzimat yang disediakan oleh bapa beliau Sultan Murad II. Reformasi tersebut berjaya memajukan dan memodenkan Ottoman secara berkesan pada 1839. Istana Dolmabahce yang dibina pada zaman Abdul Majid I (source –  link ) - - - - -

Ottoman Sultan Ahmed II - Catatan Maksudoglu

Image
Sultan Ahmed II memerintah Ottoman period 1691-1695. Beliau adalah anak Sultan Ibrahim (r.1640-48) dan ibu bernama Muazzez Sultan (d.1687 -  wiki ). Ibunya bukan bergelar valide sultan kerana meninggal awal empat tahun sebelum Ahmed II menjadi sultan. Buku Maksudoglu memuat mengenai Ahmed II sekadar sekitar satu m/surat. Period pemerintahan Ahmed II dipenuhi dengan perang Harsburg menentang Austria. Perang tersebut berpanjangan ... Perang dengan Austria bermula sejak sebelum perlantikan Ahmed II yang pada awalnya dipimpin oleh Fazil Mutafa Pasha. Misi beliau sudah hampir berjaya. Malang ketika di ambang kejayaan Fazil Mustafa Pasha telah mengalami cedera sehingga membawa maut. Kejadian malang ini menyebabkan ambang kejayaan yang hampir bertukar kepada kekecewaan. Pasukan Ottoman mengambil keputusan meninggalkan medan perang dan berpatah balik ke Istanbul. Pada 1692 sekali lagi misi menyerang Austria dilakukan. Kali ini Sultan Ahmed II sendiri turun ke medan namun beliau gagal menge...

Tesis Politik Malaysia

Image
Bila kita cuba google tesis politik Malaysia akan tersenarai berikut: "Alternative civic education in Malaysia: A case of DAP's democratic school". Tesis MA Mahidol Uni Tarmizi Anuwar 2019. Link -  mahidol . "De-ethnicisation of politics in Malaysia". Tesis phd Bristol. Lau Zhe Wei 2018. Link -  bristol . "Assessment of the performance of a resilient hybrid political system: the case of Malaysia". Tesis phd Denver Univ, Siti Z Razali 2013. Link -  denver . "UMNO factionalism and the politics of Malaysian national identity". Tesis phd Murdoch Uni 2005. (Link -  murdoch ). "Coalition politics in Malaysia". MA Political Science WMU Kalamazoo 1983. Zakiah Awang. Link -  westmichigan . "The 1974 parlimentary election in Peninsular Malaysia: a study in electoral geography". Tesis phd SOAS Sothi Rajagan 1978. Link -  soas . "The Sarawak Chinese voters and their support for DAP". Journal article 1996. Link -  kyoto . ...

Pelbagai Tesis Mauduk Sejarah Islam

Image
Sambil merayau ketika sesi online taip kat google mencari tesis at-Tabari maka muncul pulak judul tesis berikut: The Annals of Tabari: The Caliphate of al-Mu'tamid. Tesis PhD, U Penn 1955. Antara akademik yang membantu penulis adalah PK Hitti dan F Rosenthal. (Link -  upenn ). Dream of Rulers in Tabari's History of Prophets and Kings. Tesis PhD Netherlands 2009. (Link -  uva ). Ibn Kathir some aspects of scholastic theology. Tesis PhD Durham 1970. (Link -  durham ). Ninth-century Abbasid depiction of Jahiliyya Arabness. Tesis MA Texas Austin 2015. (Link -  texas ). Muhammad's call revisited: a critical approach of Muslim tradition. Tesis MA McGill 1996. (link -  mcgill ) Images of civil conflict: One early Muslim historian's representation of the Umayyad Civil War caliphs. Tesis MA Miami Uni, 2011. (Link -  miami ). Relation between the Kings and Nobility of Sasanids Persia. Tesis MA Warwick 2008. (Link -  warwick ). A hermeneutical examination of crea...

Ottoman ke 21 Sultan Ahmed II (1691-95)

Image
Entri asal geoab -  link : Sebelum naik takhta Ahmed II tinggal terkurung di penjara selama 43 tahun. Fazil Mustafa Pasya masih sebagai wazir. Jawatan yang Fazil pegang sejak dari 1689. Fazil mengarah ditukar ramai pegawai negeri regim sebelum beliau dan menghukum bunuh pegawai yang korup. Mereka diganti dengan pegawai yang serasi dengan Fazil Mustafa untuk melancarkan pentadbiran. Pada ogos 1691 Fazil Mustafa terbunuh dalam satu peperangan dengan Austria. Mengganti beliau sebagai wazir ialah Kaca Halil Pasya. Ottoman semakin lemah dan kalah dalam peperangan satu demi satu secara berterusan. Pada 1695 Ottoman tewas pula dalam peperangan dengan Hungary. Tidak lama selepas kekalahan tersebut Sultan Ahmed II pun meninggal dunia di Edirne Palace. Naik takhta sebagai pengganti Sultan Ahmed II ialah Mustafa II yang memerintah dari 1695 hingga 1703. Sebahagian dari Edirne Palace source: archaelogy news ( link ) dan tourmaker ( link ) - - - - -

Ottoman Suleyman II (1687-91) - Catatan Maksudoglu

Image
Maksudoglu memuatkan tulisan mengenai Suleyman II dengan amat ringkas. Cuma dalam dua paragraf sekitar satu m/surat sahaja. Maksudoglu menyebut bahawa Suleyman II melakukan pertabalannya di makam Ayub al-Ansari, Istanbul pada 1687. Setahun kemudian iaitu pada 1688 Austria berjaya menawan Transylvania, Belgrade dan kubu-kubu Ujvar castle dan Eger castle dari penguasaan Ottoman. Dalam keadaan yang semakin meruncing tersebut Suleyman II bertindak melantik Fazil Mustapha sebagai grand vizier pada 1689. Fazil berjaya merebut semula tiga buah kota Nish, Smederevo dan termasuk Belgrade.  Sultan Suleyman II meninggal dunia pada 1691 di Edirne. Pengganti Suleyman II adalah adik beliau, Ahmed II yang memerintah dari 1691 hingga 1695.  Zeynep Sultan Mosque [tiada kaitan dengan Suleyman II] The Zeynep Sultan Mosque (in Turkish Zeynep Sultan Camii) is a mosque built in 1769 by Ayazma Mosque's architect Mehmet Tahir Ağa for Ahmed III's daughter Zeynep Sultan. It evokes Byzantine churches be...