Posts

Mamluk Aybak al-Muiz Sebagai Pengganti Ayyubid as-Salih

Image
Setelah as-Salih Ayyubi meninggal dunia pasukan Mamluk yang berkhidmat dengan beliau mengambil tindakan membunuh al-Muazzam Turan Shah iaitu anak lelaki as-Salih yang juga bakal pengganti. Berikutnya yang mengambil jawatan pengganti al-Salih adalah balu beliau iaitu Shajar al-Durr iaitu sebagai Sultana Mesir. Shajar kemudiannya berkahwin dengan atabeg (Emir Aybak). Shajar berikutnya turun dari jawatan Sultana dan Aybak pula menjadi Sultan iatu pengasas kerajaan Mamluk. Aybak memerintah dari tahun 1250 hingga 1257. Aybak mengguna gelaran al-Malik al-Muiz. Kerajaan Mamluk yang diasas oleh Aybak dipanggil Mamluk Bahriyya atau Dinasti Bahri. Mereka menguasai Mesir dari 1250-1382. Selepas 1382 Mamluk yang memerintah Mesir dikenali sebagai Mamluk Burji. Di sudut asal kaum Mamluk Bahriyya dipanggil juga sebagai Mamluk Turki manakala Mamluk Burji sebagai Mamluk Circassian (baca  wiki  - Mamluk). Mamluk Bahriyya (Bahriyya bermakna sungai) mendapat nama merujuk kepada lokasi asal penemp...

Perang Salib I (1095-1099)

Image
Puak Kristian Barat menggerak usaha untuk bangun semula dari kekalahan mereka di tangan Islam dan Seljuk. Mereka tewas dalam Perang Manzikert 1071. Mereka juga mahu menawan semula Jerusalem yang telah jatuh ke tangan Islam. Jerusalem dikuasai orang Islam sejak zaman Umar Al-Khatab yang membukanya pada 673M.  Pemerintah Byzantine mula mengatur usaha perang Salib dengan meminta bantuan pihak gereja Roman Katolik pada 1074. Usaha bermula dengan Raja Michael VII Doukas Byzantine (r.1071-78  wiki ) memohon bantuan kepada Pope Gregory VI. Berikutnya pada 1095 Raja Alexios I Komnenus (r.1081-1118 -  wiki ) pula memohon bantuan Pope Urban II. Pasukan Salib I akhirnya terbentuk dengan disertai juga oleh puak Frank, iaitu warga tanah air asal Pope Urban II. Secara rasminya Salib I bermula pada Ogos 1096 bergerak dari sempada Perancis-Itali. Tentera Salib mulanya berjaya mengalahkan Seljuk Turki dalam pertempuran di Edessa, Nicea dan Antioch. Pasukan Salib akhirnya tiba di Jerusalem...

Akhir Ayyubi dan Pembentukan Mamluk

Image
Catatan ini dibuat selepas membaca bab akhir dalam buku Kesalahan Yang Perlu Di Perbetul Semula Siri 4. Tajuk perbincangan bab tersebut adalah kesalahan fakta para Orientalis mengenai asal-usul kerajaan Mamluk.  Para Orientalis memperendah Mamluk kerana mereka bukan berasal keturunan para Sultan. Orientalis juga menyebut warga Mesir merendahkan diri mereka kerana menerima Mamluk walau tahu bagaimana asal mula mereka (i.e., Mamluk). Mamluk menguasai Mesir selepas berakhirnya kerajaan Dinasti Ayyubi pada 1250. Pemerintah terakhir Ayyubi di Mesir adalah Najm al-Din Ayyub atau nama penuhnya Al-Malik al-Saleh Najm al-Din Ayyubi (r.1240-1249). Baca  wiki  - as salih ayyub. [Semacam tidak jelas apa yang cuba disampaikan ... kalau orientalis merendahkan Mamluk apa fakta atau jawapan bahawa Mamluk bukanlah seperti dikata oleh orientalis?]. Operasi kemas - - - - -

Pemerintah Mongol

Image
Sejarah Islam silam turut mencatatkan hubung kait dengan Mongol. Sejarah yang paling signifikan adalah tumbangnya kerajaan Abbasid apabila berlaku serangan oleh Mongol pada 1258. Serangan tersebut dipimpin oleh Hulagu Khan telah meranap habis kota Baghdad. Selain kerajaan Abbasid Baghdad Mongol (atau sesetengah menulisnya Tartar) turut melancar serangan ke banyak lagi pusat kerajaan Islam termasuk Mamluk di Syria. Mari kita lihat siapakah pemimpin Mongol/Tartar yang tercatat nama mereka dalam sejarah silam. Antaranya adalah nama berikut: 1 Hulagu Khan (r.1256-65) 2 Abaqa (r.1265-82) 3 Teguder Ahmad - pemimpin Ilkhanate (r.1281-84) 4 Argun Khan - anak kepada Abaqa (r.1284-91) 5 Gaykhatu (r.1291-95) 6 Ghazan Khan (r.1295-1304) memeluk Islam pada 1295 nama Mahmud Ghazan 7 8 Oljeitii - adik Ghazan Khan (r1304-17) memeluk Islam nama Muhamad Khodabandeh 9 Abu Said - anak kepada Oljeitii (r.1316-1335) Antara tokoh sejarah islam yang turut bersama tentera menentang Mongol/Tartar di Syria sekit...

al-Zahir Baybars dan Perang Salib dan Perang Ayn Jailut

Image
Perang Salib berjalan dalam lima fasa iaitu fasa III period 1189-92; Fasa IV period 1202-1204; dan Fasa 5 dari 1217-1229. Keterlibatan Salahudin Ayubbi adalah sehingga Fasa III. Selepas kematian Salahudin tentera Islam berada dalam kekuatan yang tidak lagi sehebat sebelumnya. Kekuatan tentera Islam kembali menyinar apabila dipimpin oleh kerajaan Mamluk pimpinan al-Zahir Baybars (r.1260-1277). al-Zahir Baybars merupakan tokoh tentera Islam yang berjaya menewaskan Mongol dalam Perang Ayn Jalut pada 1260. Beliau juga berperanan dalam menentang Perang Salib dan telah berjaya menguasai Antioch pada 1268. Sejarah menyebut kemenangan Islam di Antioch diikuti pembunuhan yang paling banyak keatas pihak Kristian. Baca wiki -  Baybars ). Kehebatan al-Zahir Baybars dalam berperang telah mendapat pengiktirafan dengan gelaran beliau sebagai Abu al-Futuh. az-Zahir Baybars meninggal dunia mengejut pada 1277. Beliau dikatan terminum racun yang sebenarnya disediakan untuk orang lain. Namun ada juga ...

Salahudin Ayubbi dan Perang Salib

Image
Salahudin al-Ayubbi adalah nama yang tidak asing bila membincang mengenai Perang Salib. Beliau memimpin pasukan Islam selepas kematian Nurudin Zanji pada 1174. Sebetulnya sebelum kematian Nurudin beliau telah menamakan anaknya sebagai pengganti. Namun Salahudin mengambil langkah sebagai pemimpin dan tidak memberi ruang kepada anak Nurudin yang masih berusia anak kecil. Salahudin bersama pasukannya mencapai kejayaan demi kejayaan menguasi beberapa kota di Syria dan sekitarnya. Kejayaan Salahudin dimulai dengan menguasai Damsyik pada 1174, kemudian Aleppo pada Jun 1183, dan seterusnya Mosul Feb 1186. Kejayaan paling besar Salahudin adalah dalam pertempuran menentang tentera Salib. Salahudin berjaya menewaskan Salib untuk menguasai Karak (1183) dan seterusnya Hattin (Julai 1187). Kejayaan paling berharga bagi Salahudin adalah mengambil semula kota Jerusalam pada Okt 1187. Berikutnya, Salahudin meneruskan serangan dan beliau berjaya di Acre pada 1189. Namun kemudian tewas pula mempertahan ...

Nurudin Seljuk dan Perang Salib II (1145-1150)

Image
Perang Salib II adalah pada period 1145-1150 (ada yang menulisnya 1147). Tumpuan tentera Salib dalam Perang Salib II adalah untuk menawan Damsyik. Namun usaha mereka tidak tercapai. Di pihak Islam tentera Seljuk ketika ini dipimpin oleh Nurudin Zangi. Antara kejayaan besar Nurudin adalah menguasai Antioch pada 1149 dan seterusnya berjaya membunuh pemimpin Salib bernama Raymond. Berikutnya, Nurudin juga berjaya menguasai Aleppo. Suatu yang malang pula adalah pasukan Nurudin tewas teruk di tangan tentera Salib dalam pertempuran di Lembah Buqaya pada 1163. Turut sama berperanan menentang Salib bersama pasukan Nurudin adalah beberapa tokoh ulama semasa. Antaranya adalah Yusuf al-Findalani (beliau terbunuh syahid pada 1148) dan Abdul Rahman al-Halhuli. Seorang lagi ulama yang turut serta lebih awal adalah Ibnul Rumayli (beliau syahid pada 1090). Nurudin Zanji meninggal dunia pada 1174 dan tempat beliau diambil alih oleh Salahuddin al-Ayubbi.   Librari Raja Tun Uda SA - - - - -

Imadudin Seljuq Berdepan Salib 1144 dan Asadudin Seljuq Berdepan Fatimid 1169

Image
Kerajaan Seljuq berdepan duka apabila mengalami peristiwa sedih berlakunya kematian dua pemimpin besar mereka pada 1092. Dua pemimpin tersebut adalah Sultan Malik Syah dan Nizam al-Mulk. Ketika ambang Perang Salib I iaitu pada 1098 pemimpin Seljuq yang berperanan besar berjuang adalah Imadudin Zanji dan Asadudin Zanji. Imadudin berperanan besar menentang tentera Salib dan berjaya menawan semula kota Edesa pada 1144. Pada era awal Perang Salib Fatimiyah Mesir telah berjaya menguasai Jerusalem pada Feb 1098. Pada Mei 1098 tentera Salib telah berjaya menguasai Antioch. Berikutnya pada Jun 1099 mereka mara menuju Jerusalem. Tentera Salib berjaya menewaskan Fatimid dan menduduki Jerusalem pada Julai 1099. Berikutnya, tentera Salib bertambah kuat apabila mereka dibantu oleh kapal yang tiba dari Genoa dan Venice. Selepas satu dekad barulah pasukan Seljuq pimpinan Imadudin mula datang melawan tentera Salib bermula dengan penguasaan di Aleppo. Sumbangan besar Imadudin bersama pasukan Seljuk ada...

Suasana Di Ambang Perang Salib 1096M

Image
Catatan setelah membaca buku Auni page 215. Perang Salib berlaku dalam beberapa peringkat. Peringkat I adalah pada sekitar 1096 berlanjutan selama beberapa tahun. Tentera Salib mensasarkan untuk menawan Constantinople. Hal ini adalah untuk mengekang kemaraan tentera Seljuq yang semakin berjaya menguasai rantau berkenaan bermula 1030. Kemuncaknya ialah kejayaan Seljuq mengalahkan tentera Rom Byzantine dalam Perang Manzikert pada 1071. Dalam rentetan Perang Salib I tentera Kristian telah berjaya menawan beberapa kota seperti Nicea dan Iconium sekitar Asia Minor (pada 1097), Antioch (1098) dan juga Al-Quds (1099). Ketika period Perang Salib I tiga kerajaan Islam yang kuat adalah Abbasid Baghdad, Dinasti Seljuk dan Fatimiyah Mesir. Pemerintahan Abbasid pada period ini di bawah khalifah al-Mustazir. Namun begitu kuasa sebenar dipegang oleh pembesar tentera dari puak Turks, Buwayhid dan juga Seljuq setempat. Pimpinan Islam di Syria mohon supaya Abbasid dapat membantu berdepan dengan tentera ...

Ottoman dan Crimea

Image
Entri asal geop wp -  link : Crimea (ejaan melayunya Krimea) sebuah wilayah berdekatan Turki bersempadan dengan Eropah. Terletak di tepi laut dan membentuk sebuah semenanjung dengan jalan masuk dari Ukraine. Crimea merupakan wilayah yang menjadi sasaran perang di antara Ottoman dengan saingan kerajaan Eropah. Pada sekitar penghujung kurun ke18 (tahun 1780-1790an) Russia memperhebat usaha mereka berperang dengan Ottoman bagi menguasai Crimea. Russia pula dibantu oleh pasukan dari negara Eropah lain seperti Austria, Venice, Jerman, Poland serta lainnya.   Juma Jami Mosque, Yevpatoria, Crimea Baca “Four beautiful mosques in Ukraine”. ilmfeed -  link . Baca juga “Muslim community in Ukraine”. Source -  link . - - - - -

Tesis Perang Ottoman-Russia 1735-1806

Image
  Entri asal geoab -  link : Perang Ottoman-Russia adalah perang yang berlarutan sejak 1735 hingga 1806. Sebuah tesis bertajuk “Defending the Ottoman capital against the Russian threat: Late eighteenth century fortifications of Istanbul”. Tesis phd Istanbul Sehir University 2020. Kandungan: Introduction: war of 1735-39; war of 1768-74; 1787-92; new order 1792-1807. Hasty efforts to guard the imperial capital 1772-74. Cezayirli Gazi Hasan PaÅŸa and Large Scale Considerations of the Security of the Bosphorus 1778-88.   Istanbul Sehir University - - - - -

Tesis Ottoman Mustafa III (r.1757-1774)

Image
  Entri asal geoab -  link : Sultan Mustafa III memerintah Ottoman pada period 1757-1774. Ada sebuah tesis mengenai kejatuhan Ottoman bertajuk “The deterioration of Ottoman administration in the light of the Ottoman-Russian War 1768-1774”. Tesis MA Bilkent University tahun 2001. Masjid Ayazma (culture city –  link ) - - - - -

Ottoman Mustafa III (1757-1774) - Buku Maksudoglu

Image
  Mustafa III anak kepada Sultan Ahmed III (r.1703-1730) bersama ibu Mihrisah Kadin (d.1732 -  wiki ). Maksudoglu memuat sedikit catatan ringkas tentang peristiwa ketika period Mustafa III (1757-74). War with Russia. Perang Russia berakhir dengan kekalahan Ottoman pada 1770. Sejarah perang ini bermula bila mana Queen Catherine berkomplot membunuh suami beliau, Czar Peter III, pada 1761. Berikutnya Catherine naik takhta. Untuk menarik sokongan rakyat Catherine memula usaha untuk campur tangan ehwal Poland yang ketika itu di bawah Ottoman. Sebagai susulan Sultan Mustafa merancang bertindak memerangi Russia. Wujud pula perselisihan sesama pembesar Ottoman antara yang menyokong dan yang menentang perang Russia. Grand vizier Mehmed Pasha tidak bersetuju maka beliau akhirnya diganti oleh Hamza Pasha. Hamza juga kemudiannya diganti oleh Mehmed Emin Pasha. Vizier yang baru mengambil keputusan mara menyerang Russia walau pun pasukan Ottoman belum lagi cukup bersedia. Annihilation of th...

Ottoman Mahmud I (1730-1754) - Catatan Maksudoglu

Image
Sultan Mahmud I memerintah Ottoman pada period 1730-1754. Beliau adalah anak kepada Mustafa II (r.1695-1703) dan ibu beliau Saliha Sabkati Valide Sultan yang berbangsa Serbian (d.1739). Mahmud naik sebagai Ottoman ke24 selepas Ahmed III dijatuhkan melalui pemberontakan diketuai vizier Patrona. Sepanjang period Mahmud I berlaku beberapa peristiwa dan antara yang dicatat dalam buku Maksudoglu adalah: 1730: War with Russia - pada 1730 Russia menyerang Azak Castle dan Ozi atau Odessa Castle. Turut diserang ialah Crimea. Sultan Mahmud I menghantar pasukan diketuai Silahdar Memhed Pasha untuk berdepan Russia. Mehmed Pasha ternyata kurang berpengalaman manakala pentadbiran Istanbul pula pada ketika tersebut diambil oleh Osman Halis Efendi. Pasukan Mehmed Pasha gagal dalam misi beliau kerana tidak menerima bantuan dan sokongan dari Efendi. Kekalahan tersebut mengakibatkan Mehmed Pasha diganti oleh Abdullah Pasha manakala Efendi pula telah dihukum bunuh. Perang dengan Austria - pada 1737 Austri...

Period Pemerintahan Mahmud I (1730-1754)

Image
Entri asal geoab -  link : Period pemerintahan Mahmud I 1730-1754. Eyup Sultan Mosque Istanbul ( link ) Patrona Halil membawa Mahmud I ke masjid ini untuk dipakai pedang rasmi Ottoman ( wiki ) - - - - -

Ottoman ke24 Sultan Mahmud I (1730-54)

Image
Entri asal geoab -  link : Sultan Mahmud I naik takhta sebagai Ottoman ke24 mengganti Ahmed III yang diturun kuasa melalui pemberontakan oleh Patrona Halil pada 1730. Sultan Mahmud I adalah anak kepada Sultan Mustafa II (Ottoman ke22) dan anak saudara Ahmed III (Ottoman ke23). Ketika bapa Mahmud I (Mustafa II) dijatuhkan dari takhta Mahmud I telah dipindah ke Istanbul dan dikurung di Kafe. Beliau berada dalam tahanan tersebut selama 27 tahun. Pada awal pemerintahan Mahmud I banyak akur sahaja kepada kehendak pemberontak pimpinan Patrona Halil. Namun tidak lama kemudian Mahmud I berjaya menyingkir ahli pasukan pemberontak satu persatu termasuk akhirnya Patrona Halil sendiri. Sultan Mahmud I meninggal dunia pada Disember 1754. Beliau meninggal dunia di atas kuda dalam perjalanan pulang setelah solat Jumaat. Mahmud I diganti oleh Sultan Osman III yang memerintah pada 1754-57. Mahmud I dimakamkan di permakaman moyang beliau (great-grandmother Turhan Sultan Mausoleum in New Mosque), Emi...

Tesis Silam Ottoman 1730-1734

Image
Entri asal geoab -  link : Pada 1730 berlaku pemberontakan yang akhirnya menjatuhkan Sultan Ahmed III dari tampuk kuasa. Pemberontakan tersebut diketuai oleh wazir Patrona Halil. Ada sebuah tesis silam ditulis pada 1930 yang membincang sama rebellion yang berlaku di empayar Ottoman. Tesis bertajuk “The Ottoman Empire from 1730 to 1734 as revealed in the dispatches of Angelo Emo, Venetian Bailo”. Tesis phd tersebut ditulis oleh Mary Lucille Shaw, Illinois University. Kandungan: Introduction: Angelo Emo, Venetian Bailo. Political and Social Conditions in the Ottoman Empire. The Relations of the Ottoman Empire with Venice. The War with Persia: the Relations of the Ottoman Empire with Russia as regards Asia. The Relations of the Ottoman Empire with France, with Austria, and with Russia as regards Europe. Summary. Folder: Hzq 2021 mac murad iii. Illinois University, Urbana (illinois –  link ) - - - - -

Ottoman Era Tulip 1718-1730

Image
Entri asal geoab -  link : Period pemerintahan khususnya pada dikenali juga sebagai era Tuip. Gelaran berkenaan kerana Sultan Ottoman telah memperkenal taman bunga Tulip yang di bawa dari Eropah. Era Tulip Ottoman dikatakan pada period 1718-1730 ketika pemerintahan Sultan Ahmed III dan wazir Ibrahim Pasya. Petikan: Turkey’s national flower, the tulip, holds such importance that there is even a period known as the “Tulip Era” in Turkish history. During this era, people were fascinated by this flower, and everyone was interested in tulip gardens, tulip auctions and poems about tulips. The Tulip Era, which marked a peaceful and prosperous period between 1718 and 1730, has become a term to describe mindless joy and pleasure. From one encyclopaedia ( link ): Lasting from 1718 to 1730, the Tulip Era was a transitory period in the Ottoman Empire that was marked by cultural innovation and new forms of elite consumption and sociability. The Tulip Era (in Turkish, Lâle Devri) coincides with ...

Ottoman Ahmed III (r.1703-1730) - Catatan Maksudoglu

Image
Sebaik Sultan Mustafa II dijatuhkan pada 1703, Ahmed III datang menuju Istanbul dari Edirne. Ahmed III naik takhta Ottoman dan bertindak mengawal keadaan dan mengatur semula peraturan. Ahmed III juga mengeluarkan banyak wang untuk membayar para tentera untuk menyokong beliau. Berikut adalah beberapa peristiwa sepanjang pemerintahan Ahmed III yang dimuatkan dalam buku Maksudoglu: 1711: Battle of Prutt. Pasukan Ottoman diketuai Batalji Mehmed Pasha, manakala Russia diketuai Czar Peter. Pasukan Ottoman yang berjaya. Russia memulangkan Azak Castle kepada Ottoman. 1716: War with Austria. Pada 1715 pasukan Ottoman diketuai oleh Ali Pasha berjaya dalam pertempuran Petervaradin. menawan Semenanjung Morea dari Austria. Pada 1717 pasukan mara ke Belgrade bertempur sekali lagi dengan Austria. Kali ini Ottoman kalah dan Belgrade jatuh ke Austria. Ketua pasukan Otttoman diganti pula oleh Ibrahim Pasha. Beliau melihat kelemahan Janissari kerana adanya unsur rasuah yang melampau. Pada 1718 Pasha engg...

The 1720 Imperial Circumcision Celebrations Ottoman

Image
Entri asal geoab -  link : Period pemerintahan Sultan Ahmed III dari 1718-1730 dikatakan zaman sultan bermewah. Salah satu sejarah berbelanja mewah tersebut ialah majlis berkhitan yang diadakan secara besaran. Ada sebuah buku ditulis oleh ahli sejarawan mengesahkan majlis khitan tersebut. Buku bertajuk “The 1720 Imperial Circumcision Celebrations in Istanbul” terbitan Brill. Publication date Sept 2020 (brill –  link ). Buku The 1720 Imperial Circumcision Celebrations Baca juga artikel “Chasing Documents at the Ottoman Archive: An Imperial Circumcision Festival Under Scrutiny“. Artikel tebal 26 m/surat. Medieval History Journal 2019 –  link . - - - - -