Posts

Ottoman Mustafa IV (1807-1808) - Catatan Maksudoglu

Image
Mustafa IV adalah anak Abdul Hamid I bersama ibu beliau Sineperver Sultan (d.1828). Mustafa IV naik takhta Ottoman mengganti Selim III ketika usia 28 tahun. Catatan Maksudoglu tentang beliau cuma satu paragraf sahaja dalam setengah m/surat.  Mustafa IV menyebelahi golongan penentang usaha menubuh Nizam-i Jedid yang menjatuhkan Selim III. Mereka yang menyokong Nizam-i Jedid pula masih ada dan diketuai Alemdar Mustafa Pasha. Beliau asalnya adalah anggota Janissari. Pada 1806 Mustafa Pasha dilantik sebagai vizier kerana menghargai kejayaan beliau dalam perang dengan Russia. Pada Julai 1808 Mustafa Pasha mara ke Istanbul bersama lima belas ribu tentera. Beliau bercadang mahu menaikkan semula Selim III sebagai sultan. Mengetahui cadangan Mustafa Pasha maka Mustafa IV segera bertindak mengarah Selim III dan Shezade Mahmud segera dibunuh. Selim III berjaya dibunuh manakala Mahmud terselamat.  Berikutnya pada Nov 1808 Mahmud naik takhta sebagai Ottoman ke30 mengganti Mustafa IV. Mahmu...

Ottoman ke29 Sultan Mustafa IV 1807-1808

Image
Entri asal geoab -  link : Sultan Mustafa IV naik takhta mengganti Sultan Selim III yang dijatuhkan dari takhta melalui satu permberontakan pada 1807 berpunca dari penentangan terhadap Nizam-i Jedid. Mustafa IV adalah anak Abdul Hamid I (Ottoman ke27) dan anak saudara kepada Selim III (Ottoman ke28). Beliau hanya sempat menduduki takhta selama setahun setengah (sekitar 17 bulan sahaja) bermula Mei 1807. Mustafa IV dikatakan termasuk dalam kalangan sultan yang tidak terdidik baik, dan dianggap tidak mengenang budi bapa saudaranya, Selim III, yang menjaganya sejak kecil. Mustafa IV berpihak kepada para pemberontak yang menentang dasar Nizam-i Jedid. Period pemerintahan Mustafa IV menyaksikan suasana negara bertambah kacau bilau. Tambahan pula kesan peperangan dengan Russia terus menjadikan Ottoman bertambah lemah. Akhirnya pembesar mengambil keputusan untuk melantik semula Selim III. Namun Mustafa IV membuat keputusan bertindak supaya bekas sultan dibunuh. Mustafa IV juga mengarah su...

Tesis Ulama and Ottoman State 1789-1839: Bermula Period Selim III

Image
Tesis awal period Selim III. Elite configurations and clusters of power - the Ulama, waqf and Ottoman State 1789-1839. Selim Argun, phd thesis, McGill University 2013. 396 pages.   Alaadin Mosque, Antalya Turkey Baca "Alaaddin Mosque, a Seljuk-era masterpiece famed for its crown gate, intricate decorations". daily sabah  link .  The Alaaddin Mosque, one of the hallmark examples of Seljuk era stone masonry, piques interest with its crown gate and elaborate decorations - - - - -

Ottoman Selim III (r.1789-1807) - Catatan Maksudoglu

Image
Librari Sarajevo Salem III adalah anak Mustafa III (r.1757-1774) bersama ibu beliau, Mihrisah Sultan, yang berasal dari Georgia. Selim III naik takhta mengganti Abdul Hamid I pada 1757. Pada hujung pemerintahan Selim III beliau diturun takhta oleh Janissaries. Mereka  turut memenjara Selim III dan mengganti beliau dengan sepupu Salem, Mustafa IV. Selim III akhirnya mati dibunuh pada Julai 1808. Peristiwa sepanjang period Salem II yang dicatat oleh Maksudoglu adalah: Pada 1889 Hasan Pasha dikalahkan oleh pakatan pasukan Russia dan Austria di Boze. Kemudiannya mereka mara ke kota Ismail namun kali ini Gazi Hasan Pasha berjaya mengalahkan musuhnya. Gazi Hasan juga bertindak membunuh Tayfur Pasha kerana berundur dari mempertahan beberapa lokasi Ottoman yang akhirnya jatuh ke tangan Russia. Hasan Pasha meninggal dunia pada 1790  kerana serangan malaria ketika berusia lapan puluh tahun. Beliau ketika itu sedang mempersiap pasukan untuk berdepanperang di kota Shumna. Pengganti Hasan ...

Buku Ottoman Navy - Period Salem III

Image
  Entri asal geop wp -  link : Salem III memerintah sebagai Sultan Ottman ke28 pada period 1879-1807 (baca – geoab). Sebuah buku tentang Salem III bertajuk “Innovation and Empire in Turkey: Sultan Selim III and the modernization of the Ottoman Navy”. Buku oleh Tuncay Zorlu terbitan Tauris pada 2008. Kandungan: Chapter 1: Evolution of the Ottoman naval technology up to the reign of Selim III. Chapter 2: Developments in Ottoman shipbuilding technology in the late eighteenth and early nineteenth centuries. Chapter 3: The role of foreign missions in the Ottoman naval transformation. Chapter 4: The naval ships operating during the reign of Selim III. Conclusion. Dua lagi buku lain tentang Selim III boleh baca di sini (geoab). Folder: DT50 1B geobaca.   Tomb of Barbarossa - one of Ottoman's navy figures The tomb in BeÅŸiktaÅŸ, was built by Sinan the Architect in between 1541 and 1542 ( link ). Baca "Turkish navy revives 500-year-old salute for renowned Ottoman sailor Barbarossa"....

Buku Bacaan Salem III

Image
Entri asal geoab -  link : Ada beberapa buku mengenai Salem III telah diterbitkan. Antaranya adalah; “Selim III, Social Control and Policing in Istanbul at the End of the Eighteenth Century: Between crisis and order”. Buku terbitan Brill tahun 2014. “Innovation and Empire in Turkey: Sultan Selim III and the modernization of the Ottoman Navy”. Buku terbitan Tauris tahun 2008. Crisis and rebellion in the Ottoman Empire: The downfall of a Sultan in the age of revolution”. Buku terbitan IB Tauris tahun 2017.   Selim III – social control and policing in Istanbul - - - - -

Tesis Pengajian Hafazan (UUM 2018)

Image
Sebuah tesis "Pengaruh kesediaan dalaman, strategi pembangunan dalaman, starategi latihan dan strategi menghafaz Al-Quran terhadap pencapaian subjek Hifz Al-Quran pelajar tahfiz di Malaysia" telah disempurna oleh seorang pengkaji dari UUM. Tesis dikemuka kepada Graduate School of Art and Science pada 2018. Tesis tebal 494 m/surat. Kandungan: Pengenalan; Kajian Literatur; Metodologi Kajian; Analisis Kajian;  Perbincangan dapatan dan implikasi kajian. Anatara yang disentuh dalam kajian literatur adalah - sejarah penubuhan Tahfiz di Malaysia; karekteristik pelajar; faktor dalaman; faktor luaran;  Source -  uum  2018. Deretan barangan wangian jualan di kota Mekah - - - - -

Tesis A Common Word Between Us And You (2010)

Image
Tesis MA "A common word between us and you: A new departure in Muslims attitude towards Christianity" oleh Joseph Victor Edwin. Tesis tebal 400 m/surat dikemuka kepada Dept of Theology & Religion, Birmingham Uni pada 2010. Kandungan: Introduction. Muslims thinking in the early centuries of Islam.  Analysis of a common word, ACW. Analysis of the responses to ACW. Conclusion. Source -  birmingham . Kedai menjual barang permainan (toys) - - - - -

Tesis History of Medicine in Qatar (1995)

Image
Tesis "History of Medicine in Qatar" ditulis oleh Fay Jacqueline Gotting pada 1995. Tesis phd yang dikemuka ke Faculty of Arts, Social Sciences and Divinity, Glasgow University. FJ Gotting adalah isteri kepada Dr Alwyn George Gotting yang pernah bertugas sebagai Director of the Ministry of Public Health, Qatar. Kandungan tesis; Historical background of Qatar; Arabian medicine; Traditional medicine; Medicinal plants of Qatar; Formal medicine in Qatar; Reflections of the pioneers; First hospital in Qatar; Rumailah Hospital; Hamad Hospital; New Women's Hospital; Preventive medicine; Treatment abroad; Summary. Source -  gla . Baca artikel "Window on Qatar's medical past" -  link . Kedai jualan tekstil, kota Mekah - - - - -

Tesis Ismaili Vancouver (1985)

Image
Tesis "Ritual and daily life: Transmission and interpretation of the Ismaili tradition in Vancouver". Tesis oleh Parin Aziz Dossa. She is from Dept of Sociology and Anthropology, University of British Columbia tahun 1985. Kandungan: Part I - Cosmology Part II - Ritual Part III - Daily life DT50 Jabal Rahmah - - - - -

Tesis Shaping Minds Saving Souls (2016)

Image
Tesis "Shaping Minds Saving Souls: Managing Islamic education in Indonesia and Malaysia" oleh Azmil Tayeb pada 2016. Tesis dikemuka kepada Dept of Political Science and Social Changes, Australia National Uni. Kandungan: Functionalization of Islamic education in Indonesia and Malaysia. Overview of state functionalization of national education in Indonesia and Malaysia (late 1800s to present time). The two verandahs of Mecca: Islamic education in Aceh and Kelantan. Image of tolerance: Islamic education in Nusa Tenggara Timur and Sarawak. Fusing the sacred and the profane: Integrated Islamic education in Indonesia and Malaysia. Conclusion. Source -  anu . Kiosk Qurban dan Charity - - - - -

Bacaan Tesis Tentang Seljuq

Image
Sebuah sumber bacaan tebal 204 m/surat tentang Seljuq. Origin sumber ini adalah dari Sepanyol (link -  upm  es). Petikan dari tesis "The origin of the Islamic ribbed vaults famed in North Africa and Spain" tahun 2017. Link -  politecnica . Fokus tesis adalah tentang senibina Islam. Antara kandungan adalah: Seljuq introduction 1038-1118 CE. Jabal Thur dari kejauhan - - - - -

Tesis Masculinities in Islamic Traditions

Image
Tesis "Construction of masculinities in Islamic traditions, societies and cutures with a specific focus on India and Pakistan between 18th-21st century". Tesis Dept of Theology and Religious Studies, Glasgow University 2009. Link -  glasgow . DT50. Charity Gift (Musim Haji Mekah 2013) - - - - -

Tesis Defending Divine Unity in the Muslim Mileu

Image
Perdebatan di kalangan ahli teologi Kristian dan Islam mengenai agama masing-masing merupakan satu polemik yang wujud sejak dari zaman awal Islam hingga kini. Sebuah tesis mengenai hal ini ditulis pada 2016.  Tesis "Defending Divine Unity in the Muslim Mileu: The Trinitarian and Christological formulations of Abu al-Faraj Abd Allah Ibn al-Tayyib and Iliya of Nisibis" ditulis oleh Michael F Kunn, Oxford Center for Mission Studies, Middlesex University. Melihat kepada institusi di mana kajian ini dilakukan maka kita dapat mengagak kecondongan corak dan dapatan kajian berkenaan. Atas dasar untuk memperolehi info akademik maka bacalah namun perlu kita berhati-hati. Folder: 1 2020 5 warraq. Sebuah ikon binaan pelancungan - - - - - 

Tesis Piracy and Slavery

Image
Perbincangan mengenai slavery sudah jarang dilapor pada zaman kini. Namun di zaman silam slavery bukan sahaja menjadi amalan malah menjadi bisnes. Untuk mendapat input akademik tentang slavery elok baca sebuah tesis "Catch and Release: Piracy, Slavery and Law in the early modern Ottoman Medditeranean". Tesis ditulis oleh Joshua Michael White, University of Michigan pada 2012. Kandungan: Introduction The view from the breach: Piracy, diplomacy, and inter-state law. Ottoman enslaving Ottoman. When Zeyd sailed to the 'Abode of War' Piracy in the courts or how Mahmud got his ship back. Epilogue. Folder: D 1 2020 DeGruyter Stadium PSG - - - - -

Tesis Women in Arabic Popular Epic

Image
Tesis yang menarik judul tajuknya "Wives, Witches, and Warriors: Women in Arabic Popular Epic". Tesis oleh Amanda Hannoosh Steinberg, NELC, University of Pennsylvania tahun 2018. Terlibat dalam seliaan dan committee adalah Roger Allen (Emeritus), Joseph Lowry dan Paul M Cobb. Amanda Steinberg kini adalah staf di Harvard Library -  harvard  dan  twitter . Beliau menguasai bahasa Arab, Persian, French dan German. Folder: D 1 2020 Jakim. Baca juga artikel oleh Steinberg "Reclaiming the women of Arabic popular epics". Link -  arablit . Arab Institute kota Paris Kandungan: Introduction Background. Power-over: Sexually available women. Unmarried women; Wives. Power-to: Daughters and sisters. Power-with: Mothers Conclusions. - - - - -

Mamluk Aybak al-Muiz Sebagai Pengganti Ayyubid as-Salih

Image
Setelah as-Salih Ayyubi meninggal dunia pasukan Mamluk yang berkhidmat dengan beliau mengambil tindakan membunuh al-Muazzam Turan Shah iaitu anak lelaki as-Salih yang juga bakal pengganti. Berikutnya yang mengambil jawatan pengganti al-Salih adalah balu beliau iaitu Shajar al-Durr iaitu sebagai Sultana Mesir. Shajar kemudiannya berkahwin dengan atabeg (Emir Aybak). Shajar berikutnya turun dari jawatan Sultana dan Aybak pula menjadi Sultan iatu pengasas kerajaan Mamluk. Aybak memerintah dari tahun 1250 hingga 1257. Aybak mengguna gelaran al-Malik al-Muiz. Kerajaan Mamluk yang diasas oleh Aybak dipanggil Mamluk Bahriyya atau Dinasti Bahri. Mereka menguasai Mesir dari 1250-1382. Selepas 1382 Mamluk yang memerintah Mesir dikenali sebagai Mamluk Burji. Di sudut asal kaum Mamluk Bahriyya dipanggil juga sebagai Mamluk Turki manakala Mamluk Burji sebagai Mamluk Circassian (baca  wiki  - Mamluk). Mamluk Bahriyya (Bahriyya bermakna sungai) mendapat nama merujuk kepada lokasi asal penemp...

Perang Salib I (1095-1099)

Image
Puak Kristian Barat menggerak usaha untuk bangun semula dari kekalahan mereka di tangan Islam dan Seljuk. Mereka tewas dalam Perang Manzikert 1071. Mereka juga mahu menawan semula Jerusalem yang telah jatuh ke tangan Islam. Jerusalem dikuasai orang Islam sejak zaman Umar Al-Khatab yang membukanya pada 673M.  Pemerintah Byzantine mula mengatur usaha perang Salib dengan meminta bantuan pihak gereja Roman Katolik pada 1074. Usaha bermula dengan Raja Michael VII Doukas Byzantine (r.1071-78  wiki ) memohon bantuan kepada Pope Gregory VI. Berikutnya pada 1095 Raja Alexios I Komnenus (r.1081-1118 -  wiki ) pula memohon bantuan Pope Urban II. Pasukan Salib I akhirnya terbentuk dengan disertai juga oleh puak Frank, iaitu warga tanah air asal Pope Urban II. Secara rasminya Salib I bermula pada Ogos 1096 bergerak dari sempada Perancis-Itali. Tentera Salib mulanya berjaya mengalahkan Seljuk Turki dalam pertempuran di Edessa, Nicea dan Antioch. Pasukan Salib akhirnya tiba di Jerusalem...

Akhir Ayyubi dan Pembentukan Mamluk

Image
Catatan ini dibuat selepas membaca bab akhir dalam buku Kesalahan Yang Perlu Di Perbetul Semula Siri 4. Tajuk perbincangan bab tersebut adalah kesalahan fakta para Orientalis mengenai asal-usul kerajaan Mamluk.  Para Orientalis memperendah Mamluk kerana mereka bukan berasal keturunan para Sultan. Orientalis juga menyebut warga Mesir merendahkan diri mereka kerana menerima Mamluk walau tahu bagaimana asal mula mereka (i.e., Mamluk). Mamluk menguasai Mesir selepas berakhirnya kerajaan Dinasti Ayyubi pada 1250. Pemerintah terakhir Ayyubi di Mesir adalah Najm al-Din Ayyub atau nama penuhnya Al-Malik al-Saleh Najm al-Din Ayyubi (r.1240-1249). Baca  wiki  - as salih ayyub. [Semacam tidak jelas apa yang cuba disampaikan ... kalau orientalis merendahkan Mamluk apa fakta atau jawapan bahawa Mamluk bukanlah seperti dikata oleh orientalis?]. Operasi kemas - - - - -

Pemerintah Mongol

Image
Sejarah Islam silam turut mencatatkan hubung kait dengan Mongol. Sejarah yang paling signifikan adalah tumbangnya kerajaan Abbasid apabila berlaku serangan oleh Mongol pada 1258. Serangan tersebut dipimpin oleh Hulagu Khan telah meranap habis kota Baghdad. Selain kerajaan Abbasid Baghdad Mongol (atau sesetengah menulisnya Tartar) turut melancar serangan ke banyak lagi pusat kerajaan Islam termasuk Mamluk di Syria. Mari kita lihat siapakah pemimpin Mongol/Tartar yang tercatat nama mereka dalam sejarah silam. Antaranya adalah nama berikut: 1 Hulagu Khan (r.1256-65) 2 Abaqa (r.1265-82) 3 Teguder Ahmad - pemimpin Ilkhanate (r.1281-84) 4 Argun Khan - anak kepada Abaqa (r.1284-91) 5 Gaykhatu (r.1291-95) 6 Ghazan Khan (r.1295-1304) memeluk Islam pada 1295 nama Mahmud Ghazan 7 8 Oljeitii - adik Ghazan Khan (r1304-17) memeluk Islam nama Muhamad Khodabandeh 9 Abu Said - anak kepada Oljeitii (r.1316-1335) Antara tokoh sejarah islam yang turut bersama tentera menentang Mongol/Tartar di Syria sekit...