Posts

Tesis Tanzimat Ottoman 1839-76

Image
Entri asal geoab -  link : Pembaharuan Tanzimat mula diperkenal. Tesis bertajuk “The Tanzimat and the Problem of Political Authority in the Ottoman Empire: 1839-1876”. Tesis MA Rhode Island College, University of Chicago tahun 2006. Kandungan: Prelude to Reform in the Ottoman Empire 1774-1839. Official Reformers: Statesmen and Official Reform of the Tanzimat Era. Unofficial Reformers: The Intellectuals of the Tanzimat Era. Conclusion. Walls of Amed, Turkey Sebuah heritage site Turkey (culture -  link ) - - - - -

Pengakhiran Period Abdul Aziz 1876

Image
Pada penghujung period pemerintahan Abdul Aziz berlaku pergolakan kerana adanya campur tangan kuasa asing untuk merosak pentadbiran Ottoman. Ramai yang membenci Muhammad Nezim Pasha dan menuduh beliau sebagai punca berlakunya kerosakan pentadbiran Ottoman. Pada Mei 1876 berlaku rusuhan mendesak Nezim Pasha meletak jawatan. Turut didesak meletak jawatan ialah Syeikhul Islam. Untuk menyelamat kedudukan Nezim Pasha telah melantik Hasan Fehmi Efendi sebagai Syeikhul Islam yang baru. Namun Sultan Abdul Aziz tidak bersetuju dan segera memecat Fehmi Efendi. Bagi mereda keadaan Sultan Abdul Aziz dengan berat hati telah melantik Mehmed Rushtu Pasha sebagai grand vizier, Husin Efendi sebagai Syeikhul Islam dan Huseiyn Pasha sebagai menteri perang. Abdul Aziz tidaklah menaruh sepenuh kepercayaan kepada mereka yang telah dilantik. Sebaliknya menunggu masa untuk melantik semula Nezim Pasha. Maka kesemua mereka yang baru dilantik tadi telah berkomplot untuk menurunkan Abdul Aziz dari takhta. Melalui...

Ottoman Abdul Aziz - Catatan Maksudoglu

Image
Maksudoglu   Balloon flight Turkey Source: travellingbackflip -  link - - - - -

Pemerintah Agung Ottoman Abdul Aziz (r.1861-1876)

Image
Entri asal geoab -  link : Sultan Abdul Aziz ialah pemerintah Ottoman ke32. Beliau naik takhta mengganti abangnya Abdul Majid I. Abdul Aziz dan Abdul Majid I adalah anak kepada Sultan Mahmud II (Ottoman ke30 – entri). Period pemerintahan Sultan Abdul Aziz adalah dari 1861 ke 1876. Sultan Abdul Aziz merupakan Sultan pertama Ottoman yang mengembara ke Eropah Barat. Pada 1867 beliau telah melawat kota Paris, Vienna dan England. Sultan Abdul Aziz juga dingati atas sumbangan beliau membangun pasukan armada Ottoman. Armada tersebut dibangun pada 1875 merupakan yang ketiga paling besar di dunia. Beliau juga menyumbang sebagai pengasas Kesatuan Pos Sedunia dengan Ottoman menjadi anggota pada 1875. Sultan Abdul Aziz juga meminati bidang penulisan karya. Beliau juga seorang ahli muzik berbakat dan mampu menggubah lagu. Pada 1876 Sultan Abdul Aziz diguling dari takhta oleh para Menteri beliau yang diketuai Midhat Pasya. Baca  wiki . Beylerbeyi Palace – dibina semula oleh Abdul Aziz pada ...

Ottoman ke32 Sultan Abdul Aziz (1861-76)

Image
Belum ada entri geoab Hosap Castle, Turkey source: travelling -  link - - - - -

Tesis Arsenal Ottoman 1838-1871

Image
Entri asal geoab -  link : Tesis bertajuk “The arsenal of Ottoman modernity: workers, industry, and the state in late Ottoman Istanbul”. Tesis phd Northeastern University tahun 2018. Pamukale - sebuah lokasi heritage Turkey source: tour -  link - - - - -

Ottoman Abdul Majid 1 (1839-61) - Catatan Maksudoglu

Image
Abdul Majid I adalah anak kepada Mahmud II bersama ibunya Valide Sultan Bezmialem (d.1853 -  wiki ). Abdul Majid berpendidikan Barat dan fasih berbahasa Perancis. Abdul Majid naik takhta pada usia 18 tahun. Maka pemerintahan Abdul Majid banyak bergantungan kepada dokongan kuat dari pembesar Mustafa Resid Pasha, Mehmet Amin Pasha, dan Fuad Pasha. Resid Pasha diberi tugas melaksana perubahan penradbiran yang dikenali sebagai Tanzimat. Tanzimat memberi hak yang sama kepada semua tanpa mengira pegangan agama dan bangsa. Tanzimat juga bermakna menyerah urusan kewangan negara sepenuhnya kepada perbendaharaan pusat. Strukutur pentadbiran Ottoman pada period tersebut  merosot teruk dann memerlukan perubahan dilakukan. Namun begitu pendekatan Nizam-i Jedid dan Tanzimat yang dirancang menunjukkan kurang berkesan malah keadaan menjadi semakin rosak. Perubahan yang dirancang tersebut semata-mata atas inisiatif Resid Pasha secara persendirian. Beliau pula dikatakan menerima desakan dari ku...

Ottoman ke31 Abdul Majid (1839-61)

Image
Entri asal geoab -  link : Sultan Abdul Majid naik takhta sebagai Ottoman ke31 pada tahun 1839. Beliau adalah anak kepada Sultan Mahmud II (Ottoman ke30). Beliau naik takhta menggantikan ayahnya, Mahmud II, ketika itu Abdul Majid baru berusia 18 tahun. Abdul Majid naik takha ketika Mesir sedang bangkit dengan kehebatan pemimpinnya Mehmed Ali Pasya. Mehmed pula tidak mengakui kepimpinan Sultan Abdul Majid. Pentadbiran pada zaman Sultan Abdul Majid digerak oleh sebuah badan birokrasi yang diketuai oleh tokoh Freemason, Mustafa Reshid Pasya. Pentadbiran Ottoman Sultan Abdul Majid bersama Reshid Pasha melancar program pembaharuan Tanzimat yang disusun sesuai dengan konsep Barat. Program Tanzimat mula dilancar pada 1839 di Rose Pavilion, Istana Topkapi. Pada 1856 program Tanzimat diperkukuh melalui peringkat piagam atau Edict of Improvement yang dipanggil Piagam Hatti-i Humayun. Bagi melancarkan tugas berkenaan Tanzimat, Reshid Pasya telah dibantu oleh dua pengikut setianya iaitu Ali Pa...

Mesin Espresso

Image
Melihat jualan mesin espresso yang dipamer di Norman. - - - - -

Tesis Ottoman 1789-1839

Image
Entri asal geoab -  link : Ottoman period 1789-1839 adalah di bawah pemerintahan Selim III (1789-1807) dan Mahmud II (1808-1839). Ada sebuah tesis tentang Ottoman period 178-1839. Tesis bertajuk “Elite configurations and clusters of power: the Ulema, waqf, and Ottoman state 1789-1839”. Tesis phd McGill University tahun 2013. Kandungan: Ottoman political structure and the Ulema: Pre-Tanzimat period. Thw waqf as leverage for elite institutionalization in the Ottoman Empire. Centralization of Awqaf as a tool for elite reconfiguration. Reforms, elite conflicts and historical contingency. Conclusion. Folder: Hzq 2021 Ottoman Mustafa Alamya Bay, Turkey source: travelling -  link - - - - -

Tesis Russia dan Ottoman 1821-1833

Image
Entri asal geoab -  link : Tesis bertajuk “The Grand Strategy of the Russian Empire in the Caucasus against Its Southern Rivals (1821-1833)”.   Antalya Harbout, Turkey travelling -  link - - - - -

Tesis Ottoman Mehmed Pasya 1805-1839

Image
Tesis berkaitan pemerintah Ottoman dengan Egypt “Households in Ottoman politics: the rivalry between Husrev Mehmed Pasha and Mehmed Ali Pasha of Egypt”. Tesis MA Sabanci University tahun 2013. Olympos Beach, Turkey travelling -  link - - - - -

Tesis Ottoman Mahmud II 1808-1839

Image
Entri asal geoab -  link : Mahmud II diangkat sebagai Ottoman ke30 mengganti abangnya Mustafa IV pada 1808. Ada sebuah tesis tentang pemerintahan Mahmud II khususnya mengenai diplomasi dengan Mehmed Ali.  Tesis bertajuk “Mahmud    II    and    Ottoman    Diplomacy    in    the    context    of    the    Mehmed    Ali    Problem    (1832‐1839):    with    special    reference    to    the    Ottoman    Archives    in    İstanbul”. Tesis phd oleh Serkan Demirbas, East Anglia University, tahun 2015. Kandungan: The Mehmed Ali crisis. The striking effects of Russian military presence in Istanbul during the Mehmed Ali problem. The vital importance of the Trea...

Ottoman Mahmud II - Catatan Maksudoglu

Image
Mahmud II adalan anak kepada Abdul Hamid I bersama ibu bernama Naksidi Sultan, dikatakan berasal Georgia (d. 1817 -  wiki ). Mahmud II adalah adik beradik tiri dengan Mustafa IV. Pada period awal Mahmud II keadaan dalam negara masih bergolak. Puak yang menyokong dan menolak reform ketenteraan masih bertelagah. Pada satu malam golongan yang menentang reform dan bersama dengan sebahagian Janissari telah bertindak menyerang kediaman Alemdar Mustafa Pasha dan membunuh beliau. Dalam keadaan Ottoman yang bercelaru Czar Russia dan Raja Perancis telah berpakat untuk bersama-sama menentang Ottoman. Pada 1810 Russia telah menyerang Ottoman dari bahagian Anatolia. Mereka berjaya menguasai Castle Ismail dan Ibrail yang terletak di bahagian Ottoman sebelah Eropah. Russia juga masuk meyerang Wallachia dan Modova. Namun tetiba pasukan Napoleon Perancis pula yang datang menyerang Russia. Maka pada 1812 Russia terpaksa membuat perjanjian Bucharest dengan Ottoman. Perjanjian tersebut menetapkan bebe...

Pemerintah Agung Ottoman Mahmud II (r.1808-1839)

Image
Entri asal geoab -  link : Mahmud II adalah pemerintah Ottoman ke-30. Beliau memegang takhta Sultan Ottoman pada period 1808 hingga 1839. Period pemerintahan Mahmud II menyaksikan banyak reformasi dalam sistem pentadbiran, fiskal dan juga ketenteraan. Banyak wilayah empayar Ottoman mula dapat bebas. Antaranya adalah Serbia yang berjaya mendapat kuasa autonomi. Greece pula mula memperjuang untuk mendapat kemerdekaan. Pada 1826 Mahmud membuat reformasi ketenteraan dengan menamatkan Kor Janassari dan menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka. Seterusnya Mahmud II menubuhkan sebuah angkatan tentera baru. Pada 1834 Mahmud melakukan satu lagi reformasi iaitu menubuhkan perkhidmatan pos. Beliau juga mewajibkan pendidikan sekolah rendah di seluruh empayar. Mahmud II juga membuka sekolah perubatan dan menghantar ramai pelajar melanjutkan pelajaran ke Eropah. Beliau juga memperkenal pakaian ala Eropah dalam wilayah jajahannya. Satu lagi reformasi Mahmud II adalah memperkenal reformasi Tanzima...

Ottoman ke30 Sultan Mahmud II 1808-1839

Image
Entri asal geoab -  link : Sultan Mahmud II naik takhta Ottoman pada 1808 selepas Mustafa IV (Ottoman ke29) dilucut jawatan dan dibunuh. Mahmud II anak kepada Sultan Abdul Hamid I (Ottoman ke27)dan adik kepada Mustafa IV. Sultan Mahmud II diingati sebagai pelopor yang memperkenal Ottoman Turki kepada sistem sekular moderat. Ketika penghujung hayatnya beliau memperkenal pembaharuan atau sebuah reform yang dinamakan Tanzimat. Reform tersebut menandakan bermulanya Turki bergerak ke era modernisasi yang memberi impak besar kepada sistem sosial, perundangan dan gaya hidup Ottoman. Sultan Mahmud II meninggal dunia pada 1839 kerana sakit batuk kering (tuberculosis). Beliau meninggal dunia ketika dalam suasana peperangan tentera Ottoman diketuai Hafiz Pasya dengan tentera Mesir pimpinan Ibrahim Pasya. Peperangan di Nizip tersebut berakhir dengan kekalahan pihak Ottoman. Sultan Mahmud II diganti oleh Sultan Abdul Majid I sebagai Ottoman ke31 yang meneruskan usaha reform Tanzimat. Tomb of Ma...

Ottoman Mustafa IV (1807-1808) - Catatan Maksudoglu

Image
Mustafa IV adalah anak Abdul Hamid I bersama ibu beliau Sineperver Sultan (d.1828). Mustafa IV naik takhta Ottoman mengganti Selim III ketika usia 28 tahun. Catatan Maksudoglu tentang beliau cuma satu paragraf sahaja dalam setengah m/surat.  Mustafa IV menyebelahi golongan penentang usaha menubuh Nizam-i Jedid yang menjatuhkan Selim III. Mereka yang menyokong Nizam-i Jedid pula masih ada dan diketuai Alemdar Mustafa Pasha. Beliau asalnya adalah anggota Janissari. Pada 1806 Mustafa Pasha dilantik sebagai vizier kerana menghargai kejayaan beliau dalam perang dengan Russia. Pada Julai 1808 Mustafa Pasha mara ke Istanbul bersama lima belas ribu tentera. Beliau bercadang mahu menaikkan semula Selim III sebagai sultan. Mengetahui cadangan Mustafa Pasha maka Mustafa IV segera bertindak mengarah Selim III dan Shezade Mahmud segera dibunuh. Selim III berjaya dibunuh manakala Mahmud terselamat.  Berikutnya pada Nov 1808 Mahmud naik takhta sebagai Ottoman ke30 mengganti Mustafa IV. Mahmu...

Ottoman ke29 Sultan Mustafa IV 1807-1808

Image
Entri asal geoab -  link : Sultan Mustafa IV naik takhta mengganti Sultan Selim III yang dijatuhkan dari takhta melalui satu permberontakan pada 1807 berpunca dari penentangan terhadap Nizam-i Jedid. Mustafa IV adalah anak Abdul Hamid I (Ottoman ke27) dan anak saudara kepada Selim III (Ottoman ke28). Beliau hanya sempat menduduki takhta selama setahun setengah (sekitar 17 bulan sahaja) bermula Mei 1807. Mustafa IV dikatakan termasuk dalam kalangan sultan yang tidak terdidik baik, dan dianggap tidak mengenang budi bapa saudaranya, Selim III, yang menjaganya sejak kecil. Mustafa IV berpihak kepada para pemberontak yang menentang dasar Nizam-i Jedid. Period pemerintahan Mustafa IV menyaksikan suasana negara bertambah kacau bilau. Tambahan pula kesan peperangan dengan Russia terus menjadikan Ottoman bertambah lemah. Akhirnya pembesar mengambil keputusan untuk melantik semula Selim III. Namun Mustafa IV membuat keputusan bertindak supaya bekas sultan dibunuh. Mustafa IV juga mengarah su...

Tesis Ulama and Ottoman State 1789-1839: Bermula Period Selim III

Image
Tesis awal period Selim III. Elite configurations and clusters of power - the Ulama, waqf and Ottoman State 1789-1839. Selim Argun, phd thesis, McGill University 2013. 396 pages.   Alaadin Mosque, Antalya Turkey Baca "Alaaddin Mosque, a Seljuk-era masterpiece famed for its crown gate, intricate decorations". daily sabah  link .  The Alaaddin Mosque, one of the hallmark examples of Seljuk era stone masonry, piques interest with its crown gate and elaborate decorations - - - - -

Ottoman Selim III (r.1789-1807) - Catatan Maksudoglu

Image
Librari Sarajevo Salem III adalah anak Mustafa III (r.1757-1774) bersama ibu beliau, Mihrisah Sultan, yang berasal dari Georgia. Selim III naik takhta mengganti Abdul Hamid I pada 1757. Pada hujung pemerintahan Selim III beliau diturun takhta oleh Janissaries. Mereka  turut memenjara Selim III dan mengganti beliau dengan sepupu Salem, Mustafa IV. Selim III akhirnya mati dibunuh pada Julai 1808. Peristiwa sepanjang period Salem II yang dicatat oleh Maksudoglu adalah: Pada 1889 Hasan Pasha dikalahkan oleh pakatan pasukan Russia dan Austria di Boze. Kemudiannya mereka mara ke kota Ismail namun kali ini Gazi Hasan Pasha berjaya mengalahkan musuhnya. Gazi Hasan juga bertindak membunuh Tayfur Pasha kerana berundur dari mempertahan beberapa lokasi Ottoman yang akhirnya jatuh ke tangan Russia. Hasan Pasha meninggal dunia pada 1790  kerana serangan malaria ketika berusia lapan puluh tahun. Beliau ketika itu sedang mempersiap pasukan untuk berdepanperang di kota Shumna. Pengganti Hasan ...