Posts

Sejarah Chanoyu Tea dan Portugis

Image
Membaca buku tentang sejarah imperialism teh tercatat bahawa teh mula diperkenal ke Eropah dan global sejak kurun ke-16. Tokoh sejarah yang membawa teh dari Asia Timur (China dan Jepun) ke Eropah adalah Francis Xavier. Beliau merupakan mubaligh yang dihantar ke merata ceruk Asia oleh kerajaan Portugis. Xavier berada di Jepun pada 1549 untuk tugas missionari. Turut sama dalam rombongan beliau adalah ahli mubaligh muda Joao Rodrigues yang telah sampai ke Jepun ketika berusia 9 tahun. Ketika di Jepun mereka telah bertemu dengan  tea master  Sen Rikyu dan diperkenal dengan istiadat tradisi minum teh dikenali sebagai chanoyu. Isteri Sen Rikyu adalah antara warga Jepun yang awal menukar agama Kristian. Namun begitu Sen Rikyu tidak turut sama. Note: Francis Xavier pernah datang dan berada di Melaka pada 1545. Selain Melaka beliau juga ke Borneo dan Pulau Moluku Indonesia. Source asal buku A Thirst for Empire m/surat 31. Joao Rodrigues - Portuguese sailor and warrior Baca juga "Chanoy...

Dinasti Safarid (862-1003)

Image
Petikan asal (entri -  geoab ): Sebuah lagi kerajaan yang wujud pada period Abbasid Baghdad adalah kerajaan Dinasti Saffarid yang memerintah di Timur Iran. Kerajaan Saffarid berpusat di Zanj (atau Zaranj, sebuah kota yang kini di Afghanistan). Saffarid diasas oleh Ya’qub bin Laiyth as-Saffar pada 861. Kemuncak yang membawa kejayaan Saffarid adalah pada period Abbasid al-Muktamid (r.870-892). Saffar bermakna tukang tembaga atau coppersmith. Ya’qub sangat amanah menjaga negara. Ketika meninggal dunia Ya’qub meninggalkan perbendaharaan yang banyak kepada negara. Baca wiki –  saffarid . Antara sejarah Saffarid adalah berjaya menewaskan Tahirid yang memerintah Khurasan pada 873. Saffarid juga pernah bertempur dengan Samanid pada 901. Malangnya mereka tewas. Kerajaan Saffarid berakhir pada 1002 apabila mereka tewas kepada Ghaznavid yang dipimpin oleh Mahmud bin Sebuktigin. Berikut adalah nama pemerintah Saffarid: 1 Ya’qub bin Layth (r.861-879) 2 Amir bin al-Layth (r.879-901) 3 Tahir...

Penubuhan dan Pengakhiran Kerajaan Tahirid (821-873)

Image
Kerajaan Tahirid (atau Tahiriyah) merupakan sebuah kerajaan yang penubuhannya agak awal. Tahirid ditubuh pada tahun 821 iaitu ketika period Abbasid al-Ma'mun (r.813-833). Tahirid diasaskan oleh Tahir bin Husain (775-822), seorang panglima kepada pasukan al-Ma'mun yang pada ketika itu berpusat di Khurasan.  Pada 810 Abbasid al-Amin mula berbalah dengan al-Ma'mun. Pada 811 perbalahan tersebut semakin marak menjadi perang saudara. Al-Amin menghantar pasukan tentera diketuai Ali bin Isa bin Mahan. Al-Ma'mun pula menghantar pasukan diketuai oleh Tahir bin Husain untuk mempertahan diri. Pasukan Tahir akhirnya berjaya mengalahkan pasukan Al-Amin. Ali bin Isa sendiri terbunuh dalam pertempuran. Pasukan Tahir bin Husain meneruskan kemaraan dan pada 812 mula memasuki Baghdad. Al-Amin cuba mengajak beberapa puak (abna) untuk bersama pasukan beliau namun tiada yang sanggup. Akhirnya pada 813 Panglima Tahir berjaya menewaskan Al-Amin dan mengarah beliau dibunuh. Sebagai menghargai p...

Kerajaan Kecil Ketika Period Abbasid - Asia Tengah/Turkistan

Image
Senarai pemerintahan yang terbentuk di Turkistan ketika period Abbasid adalah: Kerajaan Tahiriyah Khurasan (821-873). Baca tahirid (geoab). Kerajaan Saffariyah Khurasan & Transoxiana (868-903). Baca saffarid ( geoab ). Kerajaan Samaniyah Khurasan & Transoxiana (874-999). Baca samanid ( geoab ). Kerajaan Ghaznawiyah Khurasan, Afghanistan & India (961-1186) Kerajaan Qarakhan Transoxiana (992-1212). Kerajaan Seljuk Khurasan (1038-1194). Kerajaan Khawarizmi Khurasan (1077-1231). Source - pg 19 "Sejarah Turki" -  entri .   Bunga renik - - - - -

Kerajaan Kecil Ketika Period Abbasid - Afrika Utara dan Mesir

Image
Ketika period pemerintahan Abbasid ada beberapa kerajaan kecil yang ditubuh dengan mendapat kuasa autonomi. Mereka boleh diasingkan kepada dua kelompok menurut geografi. Kelompok pertama adalah kerajaan yang terletak di Afrika Utara dan Timur Tengah dan kelompok kedua kerajaan yang terletak di Asia Tengah/Turkistan. Pemerintahan kumpulan kelompok pertama adalah; Kerajaan Rustamiyah Algeria (778-908). Kerajaan Idrisiyah Maghribi (788-975).Baca idrishid ( geoab ). Kerajaan Aghlabiah Tunisia (800-909. Baca aghlabid ( geoab ). Kerajaan Tuluniyah Mesir (868-905). Baca senarai pemerintah tulunid ( entri ). Kerajaan Ikhsyidiyah Mesir (934-968). Baca kerajaan ikhsyidid mesir ( entri ) ( geoab ). Kerajaan Fatimiah Afrika Utara dan Mesir (909-1171). Baca kerajaan fatimid mesir ( entri ). Kerajaan Hamdaniyah Syria (944-1003). Kerajaan Ayyubiyah Mesir (1169-1250).   Warung Sup Utara dan D'Pendang - - - - -

Asal Keturunan Turki Dari Turk bin Yafith bin Nuh

Image
Bab 1 sebuah buku mencatat bahawa kaum keturunan Turki berasal dari Turk bin Yafith bin Nabi Nuh. Kitab sejarah juga banyak menulis bahawa Nabi Nuh meninggalkan anak-anak bernama Ham, Sam, Yafith dan Kan'an. Keturunan Turk bin Yafith pula berkembang di rantau China, Turkistan, Khazan (kini Uzbekistan dan Kazakhstan). Buku berkenaan juga menyebut kaum Mongol dan Tartar juga adalah pecahan dari kaum Turki dari susur galur Turk bin Yafith. Dua kaum ini datang dari keturunan seorang Raja Turki bernama Anjah Khan. Raja Anjah punya anak kembar dan dari anak kembar ini lah datangnya Mongol dan Tartar. Buku "Sejarah Turki" lihat entri ( link ). Baca juga "Asal muasal bangsa-bangsa". Jurnal Jumrah ( link ).   Librari Raja Tun Uda Shah Alam - - - - -

Tesis Tanzimat Ottoman 1839-76

Image
Entri asal geoab -  link : Pembaharuan Tanzimat mula diperkenal. Tesis bertajuk “The Tanzimat and the Problem of Political Authority in the Ottoman Empire: 1839-1876”. Tesis MA Rhode Island College, University of Chicago tahun 2006. Kandungan: Prelude to Reform in the Ottoman Empire 1774-1839. Official Reformers: Statesmen and Official Reform of the Tanzimat Era. Unofficial Reformers: The Intellectuals of the Tanzimat Era. Conclusion. Walls of Amed, Turkey Sebuah heritage site Turkey (culture -  link ) - - - - -

Pengakhiran Period Abdul Aziz 1876

Image
Pada penghujung period pemerintahan Abdul Aziz berlaku pergolakan kerana adanya campur tangan kuasa asing untuk merosak pentadbiran Ottoman. Ramai yang membenci Muhammad Nezim Pasha dan menuduh beliau sebagai punca berlakunya kerosakan pentadbiran Ottoman. Pada Mei 1876 berlaku rusuhan mendesak Nezim Pasha meletak jawatan. Turut didesak meletak jawatan ialah Syeikhul Islam. Untuk menyelamat kedudukan Nezim Pasha telah melantik Hasan Fehmi Efendi sebagai Syeikhul Islam yang baru. Namun Sultan Abdul Aziz tidak bersetuju dan segera memecat Fehmi Efendi. Bagi mereda keadaan Sultan Abdul Aziz dengan berat hati telah melantik Mehmed Rushtu Pasha sebagai grand vizier, Husin Efendi sebagai Syeikhul Islam dan Huseiyn Pasha sebagai menteri perang. Abdul Aziz tidaklah menaruh sepenuh kepercayaan kepada mereka yang telah dilantik. Sebaliknya menunggu masa untuk melantik semula Nezim Pasha. Maka kesemua mereka yang baru dilantik tadi telah berkomplot untuk menurunkan Abdul Aziz dari takhta. Melalui...

Ottoman Abdul Aziz - Catatan Maksudoglu

Image
Maksudoglu   Balloon flight Turkey Source: travellingbackflip -  link - - - - -

Pemerintah Agung Ottoman Abdul Aziz (r.1861-1876)

Image
Entri asal geoab -  link : Sultan Abdul Aziz ialah pemerintah Ottoman ke32. Beliau naik takhta mengganti abangnya Abdul Majid I. Abdul Aziz dan Abdul Majid I adalah anak kepada Sultan Mahmud II (Ottoman ke30 – entri). Period pemerintahan Sultan Abdul Aziz adalah dari 1861 ke 1876. Sultan Abdul Aziz merupakan Sultan pertama Ottoman yang mengembara ke Eropah Barat. Pada 1867 beliau telah melawat kota Paris, Vienna dan England. Sultan Abdul Aziz juga dingati atas sumbangan beliau membangun pasukan armada Ottoman. Armada tersebut dibangun pada 1875 merupakan yang ketiga paling besar di dunia. Beliau juga menyumbang sebagai pengasas Kesatuan Pos Sedunia dengan Ottoman menjadi anggota pada 1875. Sultan Abdul Aziz juga meminati bidang penulisan karya. Beliau juga seorang ahli muzik berbakat dan mampu menggubah lagu. Pada 1876 Sultan Abdul Aziz diguling dari takhta oleh para Menteri beliau yang diketuai Midhat Pasya. Baca  wiki . Beylerbeyi Palace – dibina semula oleh Abdul Aziz pada ...

Ottoman ke32 Sultan Abdul Aziz (1861-76)

Image
Belum ada entri geoab Hosap Castle, Turkey source: travelling -  link - - - - -

Tesis Arsenal Ottoman 1838-1871

Image
Entri asal geoab -  link : Tesis bertajuk “The arsenal of Ottoman modernity: workers, industry, and the state in late Ottoman Istanbul”. Tesis phd Northeastern University tahun 2018. Pamukale - sebuah lokasi heritage Turkey source: tour -  link - - - - -

Ottoman Abdul Majid 1 (1839-61) - Catatan Maksudoglu

Image
Abdul Majid I adalah anak kepada Mahmud II bersama ibunya Valide Sultan Bezmialem (d.1853 -  wiki ). Abdul Majid berpendidikan Barat dan fasih berbahasa Perancis. Abdul Majid naik takhta pada usia 18 tahun. Maka pemerintahan Abdul Majid banyak bergantungan kepada dokongan kuat dari pembesar Mustafa Resid Pasha, Mehmet Amin Pasha, dan Fuad Pasha. Resid Pasha diberi tugas melaksana perubahan penradbiran yang dikenali sebagai Tanzimat. Tanzimat memberi hak yang sama kepada semua tanpa mengira pegangan agama dan bangsa. Tanzimat juga bermakna menyerah urusan kewangan negara sepenuhnya kepada perbendaharaan pusat. Strukutur pentadbiran Ottoman pada period tersebut  merosot teruk dann memerlukan perubahan dilakukan. Namun begitu pendekatan Nizam-i Jedid dan Tanzimat yang dirancang menunjukkan kurang berkesan malah keadaan menjadi semakin rosak. Perubahan yang dirancang tersebut semata-mata atas inisiatif Resid Pasha secara persendirian. Beliau pula dikatakan menerima desakan dari ku...

Ottoman ke31 Abdul Majid (1839-61)

Image
Entri asal geoab -  link : Sultan Abdul Majid naik takhta sebagai Ottoman ke31 pada tahun 1839. Beliau adalah anak kepada Sultan Mahmud II (Ottoman ke30). Beliau naik takhta menggantikan ayahnya, Mahmud II, ketika itu Abdul Majid baru berusia 18 tahun. Abdul Majid naik takha ketika Mesir sedang bangkit dengan kehebatan pemimpinnya Mehmed Ali Pasya. Mehmed pula tidak mengakui kepimpinan Sultan Abdul Majid. Pentadbiran pada zaman Sultan Abdul Majid digerak oleh sebuah badan birokrasi yang diketuai oleh tokoh Freemason, Mustafa Reshid Pasya. Pentadbiran Ottoman Sultan Abdul Majid bersama Reshid Pasha melancar program pembaharuan Tanzimat yang disusun sesuai dengan konsep Barat. Program Tanzimat mula dilancar pada 1839 di Rose Pavilion, Istana Topkapi. Pada 1856 program Tanzimat diperkukuh melalui peringkat piagam atau Edict of Improvement yang dipanggil Piagam Hatti-i Humayun. Bagi melancarkan tugas berkenaan Tanzimat, Reshid Pasya telah dibantu oleh dua pengikut setianya iaitu Ali Pa...

Mesin Espresso

Image
Melihat jualan mesin espresso yang dipamer di Norman. - - - - -

Tesis Ottoman 1789-1839

Image
Entri asal geoab -  link : Ottoman period 1789-1839 adalah di bawah pemerintahan Selim III (1789-1807) dan Mahmud II (1808-1839). Ada sebuah tesis tentang Ottoman period 178-1839. Tesis bertajuk “Elite configurations and clusters of power: the Ulema, waqf, and Ottoman state 1789-1839”. Tesis phd McGill University tahun 2013. Kandungan: Ottoman political structure and the Ulema: Pre-Tanzimat period. Thw waqf as leverage for elite institutionalization in the Ottoman Empire. Centralization of Awqaf as a tool for elite reconfiguration. Reforms, elite conflicts and historical contingency. Conclusion. Folder: Hzq 2021 Ottoman Mustafa Alamya Bay, Turkey source: travelling -  link - - - - -

Tesis Russia dan Ottoman 1821-1833

Image
Entri asal geoab -  link : Tesis bertajuk “The Grand Strategy of the Russian Empire in the Caucasus against Its Southern Rivals (1821-1833)”.   Antalya Harbout, Turkey travelling -  link - - - - -

Tesis Ottoman Mehmed Pasya 1805-1839

Image
Tesis berkaitan pemerintah Ottoman dengan Egypt “Households in Ottoman politics: the rivalry between Husrev Mehmed Pasha and Mehmed Ali Pasha of Egypt”. Tesis MA Sabanci University tahun 2013. Olympos Beach, Turkey travelling -  link - - - - -

Tesis Ottoman Mahmud II 1808-1839

Image
Entri asal geoab -  link : Mahmud II diangkat sebagai Ottoman ke30 mengganti abangnya Mustafa IV pada 1808. Ada sebuah tesis tentang pemerintahan Mahmud II khususnya mengenai diplomasi dengan Mehmed Ali.  Tesis bertajuk “Mahmud    II    and    Ottoman    Diplomacy    in    the    context    of    the    Mehmed    Ali    Problem    (1832‐1839):    with    special    reference    to    the    Ottoman    Archives    in    İstanbul”. Tesis phd oleh Serkan Demirbas, East Anglia University, tahun 2015. Kandungan: The Mehmed Ali crisis. The striking effects of Russian military presence in Istanbul during the Mehmed Ali problem. The vital importance of the Trea...

Ottoman Mahmud II - Catatan Maksudoglu

Image
Mahmud II adalan anak kepada Abdul Hamid I bersama ibu bernama Naksidi Sultan, dikatakan berasal Georgia (d. 1817 -  wiki ). Mahmud II adalah adik beradik tiri dengan Mustafa IV. Pada period awal Mahmud II keadaan dalam negara masih bergolak. Puak yang menyokong dan menolak reform ketenteraan masih bertelagah. Pada satu malam golongan yang menentang reform dan bersama dengan sebahagian Janissari telah bertindak menyerang kediaman Alemdar Mustafa Pasha dan membunuh beliau. Dalam keadaan Ottoman yang bercelaru Czar Russia dan Raja Perancis telah berpakat untuk bersama-sama menentang Ottoman. Pada 1810 Russia telah menyerang Ottoman dari bahagian Anatolia. Mereka berjaya menguasai Castle Ismail dan Ibrail yang terletak di bahagian Ottoman sebelah Eropah. Russia juga masuk meyerang Wallachia dan Modova. Namun tetiba pasukan Napoleon Perancis pula yang datang menyerang Russia. Maka pada 1812 Russia terpaksa membuat perjanjian Bucharest dengan Ottoman. Perjanjian tersebut menetapkan bebe...