Posts

Pairin dan PRN Sabah 1994

Image
Seminggu sebelum mahkamah bersidang memutuskan kes rasuah Pairin beliau mengambil keputusan membubar DUN Sabah. Satu perkembangan yang berlaku ekoran pembubaran tersebut ialah Timblan Ketua Menteri Yong Teck Lee mengumum keluar PBS dan menubuh parti baru SAPP, Sabah Progresive Party. Yong mengumum bahawa parti beliau akan mengada hubung baik dengan pusat. Ekoran tindakan Yong kempen BN dalam Prn Sabah telah mendapat sambutan baik. SAPP juga kemudiannya diterima sebagai anggota BN.  Dalam perkembangan lain Tun Datu Mustapha mengambil keputusan meletak jawatan dari kabinet Pusat. Beliau juga mengumum sokongan kepada PBS. Dua anak Tun Mustapha Amirkahar dan Baharuddin menyertai Prn bertanding di bawah tiket PBS. Tun Mustapha merupakan penyokong kuat Ghafar Baba. Beliau mungkin berasa kecewa dengan Umno bila mana Ghaffar dinafi bertanding jawatan no 2 Umno. Bila keputusan Prn diumum PBS cuma mendapat majoriti dengan kelebihan dua kerusi iaitu menang 25 kerusi, 15 dari kawasan majoriti ...

PBS dan PRN Sabah 1990

Image
Hubungan Pairin dan pusat terus dalam keadaan tidak harmoni ekoran tuduhan bahawa pusat terlibat dalam percaturan politik Sabah. Maka pada Mei 1990 Pairin membubar Dun Sabah tanpa menunggu tamat tempoh. Pembubaran tersebut dilakukan tanpa mengada perbincangan dengan pusat. PBS menang Prn dengan memperoleh 34 kerusi manakala Usno menang 14 kerusi.  Pada Okt 1990 PM Mahathir pula membubar Parlimen memaksa PRU kebangsaan diadakan. PBS pada awalnya memilih bertanding di bawah BN dan diberi 14 kerusi dari 20 kerusi parlimen Sabah. Pada 15 Okt ketika dalam kesibukan kempen pilihanraya Pairin mengambil keputusan mengejut mengumum PBS keluar dari BN. Pairin juga membawa PBS untuk bersama gabungan pembangkang Gagasan Rakyat bawah pimpinan Tengku Razaleigh.  BN menang Pru dengan menguasai 127 kerusi dari 180 yang dipertandingkan. Gagasan/APU menang 45 kerusi, Bebas menang empat dan PBS menang semua 14 kerusi yang mereka bertanding. PM Mahathir mengambil tindakan meminggir kerajaan PBS S...

Siasatan dan Pendakwaan Tokoh PBS

Image
Sepanjang penggal pemerintahan PBS pada 1886-1990 beberapa tokoh parti telah diambil tindakan oleh agensi pusat. Antaranya adalah AG Sabah dan penasihat PBS Herman Luping. Beliau telah didakwa atas tuduhan rasuah. Pada April 1988 Lhdn telah membuat serbuan rumah tokoh PBS Mark Koding, Chan Tet Onn dan Bernard Dompok. Pada 1990 Pengarah Yayasan Sabah Jefrey Kitingan telah didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah melibat eksport balak. Mark Koding digantung dan akhirnya buang dari PBS pada Ogos 1989. Tindakan ke atas Koding adalah ekoran pertembungan beliau denga Pairin atas isu bahasan Kadazandusun. Koding sebagai Presiden USDA, sebuah pertubuhan Dusun Sabah berbeza pendapat dengan Pairin sebagai Presiden pertubuhan Kadazan Sabah KDA. Pertelingkahan mereka adalah atas isu bahasa kedua etnik tersebut. Koding berikutnya menubuh parti baru AKAR, Angkatan Keadilan Rakyat. Koding hilang kelayakan sebagai Adun dan prk diadakan di Kunak yang berakhir kekalahan beliau kepada calun PBS. Pada Feb ...

Sabah dan Pairin PBS

Image
Catatan artikel. Pairin menubuhkan PBS pada awal 1985. Pairin bertindak menubuh PBS setelah beliau menang PRK Tambunan dan melihat penolakan Kadazandusun dan Cina Sabah terhadap Berjaya.Penolakan tercetus kerana Berjaya dilihat terlalu pro-Muslim dan dikata menindas etnik Kadazandusun dan Cina Sabah. Pada Feb 1985 Harris Salleh membubar DUN Sabah. Dalam PRN yang diadakan Berjaya kalah teruk menang hanya enam kerusi dan Harris sendiri kalah kerusi Tenom. Usno menang 16 kerusi manakala PBS mendapat 26 kerusi.  Dua isu yang menjadi faktor warga Sabah menolak Harris Salleh adalah pertamanya rasa tidak puas hati bila Labua diserah sebagai wilayah persekutuan dan keduanya isu kemasukan ramai immigran Filipina. Sepuloh bulan selepas kemenangan PBS Pairin mengambil keputusan membubar DUN Sabah. Pembubaran tersebut pada Feb 1986. Dua minggu selepas pembubaran berlaku kekecohan di Sabah. Berjaya dan Usno mencetus beberapa demonstrasi politik. Keganasan turut berlaku melibatkan  kenderaa...

Bacaan Dakwah USIA Islam Sabah

Image
Beberapa bahan yang telah dikumpul: Tesis MA "Islam di Keningau: sejarah dan kesannya terhadap budaya perkahwinan masyarakat bumiputera Kadazandusun". students repo um -  link .  "Pendekatan dakwah USIA terhadap pribumi Sabah: tinjauan dari segi ekonomi". artikel seminar 2014 14 m/surat - ukm  link . "Peranan USIA dalam pendidikan, dakwah dan politik di Sabah 1969-1976". jurnal kajian sejarah 2013 - mindamas  link . "Sejarah perkembangan Muallaf di Sabah:peranan dan sumbangan USIA". jurnal tamadun 2005 - repo um tebal 40 m/surat -  link . "Fenomena agama di pedalaman Sabah". jurnal sejarah 2019 -  link . Bangunan USIA Sabah Baca "Usia building to be replaced". daily express 2019 -  link .  "Sebelas jutawan Cina peluk Islam di rumah Tun Mustapha". udakwah -  link . - - - - -

Perkembangan Awal Badan Islam Sabah

Image
Dakwah Islam di Sabah giat diusaha terutama bagi mengekang pengaruh Kristianisasi yang digembeling oleh SBBU. Beberapa badan Islam telah ditubuh seawal 1930 dengan tujuan bukan sahaja untuk Islam malah untuk memperjuang nasionalisme juga. Antara badan yang ditubuhkan adalah Pertubuhan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) Cawangan Sabah pada 1930. Ini dikuti pula period selepas Perang Dunia II yang menyaksi penubuhan Parti Barisan Pemuda (BARIP), Parti Kebangsaan Melayu (PKM) dan Khairat Jumaat Muslimin (KJM. Namun begitu British telah menyekat badab tersebut dari bergerak dan akhirnya membawa kepada pembubaran. Pada period 1960an muncul pula pertubuhan yang lebih terorganisasi seperti Persatuan Islam Borneo Utara (PIS), Persatuan Islam Putatan (PIP) dan Persatuan Islam Tawau (PIT). Namun pertubuhan ini bercorak setempat dan tidak dapat bergerak jauh. Kemuncaknya UISA telah ditubuh pada 1971 dengan dokongan USNO pimpinan Tun Datu Mustapha. Sebuah masjid di Lahad Datu Sabah [Istilah Bajau: Lahad...

Sekolah Mubaligh Awal Sabah

Image
SBBU giat mendiri sekolah rendah Mubaligh di Sabah. Sekolah pertama didiri di Sandakan pada 1883 diikuti sekolah rendah di Inabong dan berikutnya di Kudat pada 1890. Sekolah terawal lainnya adalah di Kota Kinabalu (1903), Beaufort 1910, Tenom 1912, Inanam 1914, Pinangsoo 1915, Tawau 1917, Papar 1922, Telipok 1927, Menggatal 1930, Temalang 1933, Kinabatangan 1958, Lahad Datu, Sekuati dan Dumpirit (1959). Petikan buku "Education policy and mission school" ed. Holmes, B., terbitan Routledge 1976 m/surat 9:  '.. the policy of the missionaries was to convert people to Christianity and the school was one agency of conversion ...'  Bagi bacaan lanjut "Politik dan Agama di Sanah" oleh Ismail Yusoff terbitan UKM Press 2004. Catatan Ranau m/surat 26.   St Mary Primary School Sandakan dibina pada 1883 source: wikiwand ( link ) - - - Baca juga "Strategi kristianisasi di Kota Marudu 1985-1994". jurnal borneo 2018 - ums  link ." "Peranan Protestant chu...

Masjid Tua Sabah - Sandakan dan Papar

Image
Masjid tertua di Sabah dikatakan di bina di Sandakan. Catatan bacaan buku Ranau m/s 24 pula menyebut masjid pertama Papar adalah sebuah masjid kayu di bina di Kampung Penyambat.   Masjid Jamek Sandakan Baca "Sepuluh tumpuan utama Sandakan Heritage Trail". sunahsakura -  link . Baca "Lima rumah ibadat berdekatan bukti perpaduan kukuh di Tuaran". borneo post -  link . - - - - -

Tesis Harvard Revelation in Islam

Image
Sebuah tesis yang sangat tebal, 810 m/surat bertajuk "Revelation in Islam: Qur'anic, Sunni and Shi'i Ismaili perspective". Tesis oleh Khalil Andani Harvard Uni tahun 2020. Seliaan oleh Prof Ali Asani. Penulis menunjuk gaya yang condong kepada perspektif Ismaili. Contents: Seven chapters. Semitic Museum Harvard Uni source - nelc harvard ( link ) - - - - -

Artikel Yvonne Haddad Israel 1967

Image
Yvonne Haddad menulis artikel bertajuk "Islamist and the problem of Israel: the 1967 awakening". Artikel terbit dalam Middle East Journal tahun 1992 dan dimuat turun dari z-lib. Tebal 21 m/surat. Folder asus afq. Six Day War Baca "1967 and the rise of extremism". aljazeera 2009 -  link . "Six-Day War in 1967 reshaped the Middle East". thought dot com -  link . - - - - -

Kaum Melanau Sarawak

Image
Membaca sebuah buku mengenai Melayu Sarawak disebut di sana Melayu Sarawak termasuk juga kaum Melanau. Nama asal Melanau adalah  a likou  yang bermaksud orang sungai. Melanau juga dikatakan sebagai penduduk tertua atau penduduk asal Sarawak. Antara kawasan yang banyak didiami kaum Melanau adalah Bintulu, di antara Tanjung Kedorong dengan Kuala Rejang. Antara tokoh ternama kaum Melanau adalah Tun Taib Mahmud dan YB Datuk Abdul Wahab Dollah. Datuk Wahab merupakan Ahli Parlimen Igan yang dimenangi pada Pru 2004 mewakili parti PBB. Sebelum itu beliau merupakan Adun Matu Daro sejak 1983. Kaum Melanau di kalangan ahli akademik pula adalah Dr Rashid Abdullah, Dr Yusuf Hadi dan Dr Sulaiman Hanafi. Sebuah rumah panjang kaum Melanau [dibina sekitar tahun 1872] Baca "Warisan rumah panjang Melanau Islam Kampung Sok". malaysia aktif -  link . Kampung Sok terletak di Matu, Mukah Sarawak. Lihat fb "sarawak borneo history chennal" (perhati ejaan!). - - - - -

Pengkajian Mengenai Darurat 1948-1960

Image
Catatan dari bacaan artikel "Darurat atau Perang Kolonial Tanah Melayu: satu perbahasan berdasarkan beberapa aliran pemikiran dan perspektif". Artikel tulisan Azmi Ariffin terbit dalam jurnal kemanusiaan tahun 2019. Menurut penulis ada empat aliran pemikiran tentang berlakunya Darurat iaitu - aliran ortodoks, neo ortodoks, revisionis dan pasca-revisionis. Sebuah buku mengenai Darurat 1948-1960 - - - - -

Tesis Majalah Guru 1924-1929

Image
Sebuah penerbitan awal Melayu period sebelum merdeka adalah Majalah Guru. Bagi mendapat gambaran tentang penglibatan Majalah Guru boleh baca tesis MA tahun 2014. Tesis bertajuk "Majalah Guru 1924-1929: Kajian persuratan terhadap tulisan sejarah Islam". Kandungan:  Pendahuluan; Tulisan sejarah Islam di Alam Melayu; Majalah Guru - Latar belakang dan isi kandungan; Bahagian Tawarikh - Tema dan pendekatan tulisan sejarah Islam; Penutup. Sumber: repo um -  link . Sebuah masjid di Kampung Gajah penulis tesis berasal dari Kpg Gajah, Perak - - - - -

Tesis What Is It Like to be Muslims in Thailand?

Image
Tesis bertajuk "What is it like to be Muslims in Thailand: A case study through Muslim profesionals perspectives"  Multicultural aspects of mosques in Bangkok" oleh Songsiri Putthongcai. Tesis exeter uni disiplin Arab and Islamic Studies.  Sumber: exeter 2013 -  link . Baca sama "Understanding the identity of the Muslim community of Kudi Khao in Thonburi, Bangkok" tebal 14 m/surat. Jurnal Manusya 2008. Masjid Kamalul Islam, Bangkok - - - - -

Melaka Selepas Sultan Muzaffar Syah

Image
Catatan bacaan buku Kesultanan Melayu Melaka terbitan Usm 2021. Bab akhir memuat artikel bertajuk "Kejatuhan Melaka 1511: Antara 'feudalisme Melayu', kekejaman raja dan pengkhianatan orang asing" oleh Azmi Ariffin. Tajuk artikel menjelas sendiri bahawa antara faktor yang menjadi penyebab kejatuhan Melaka adalah tiga hal tersebut iaitu feudalism, kekejaman raja dan unsur pengkhianatan asing. Sultan Muzaffar yang nama asalnya Raja Kassim adalah cucu kepada Mani Purindan, seorang puteri raja, berasal dari India. Pada awalnya Raja Kassim tersingkir dari mengganti takhta yang diserah kepada Sultan Abu Syahid (r.1444-46). Ketika itu usia Sultan AS masih kanak-kanak dan pemerintahan banyak dikuasai oleh Raja Rokan. Setelah tersingkir Raja Kassim keluar dari istana membawa diri hingga terpaksa bekerja sebagai nelayan. Teks juga menyebut bahawa kecelaruan pemerintahan Melaka bermula seawal selepas lantikan Sultan Muzaffar Shah yang di sokong oleh Bendahara Tun Ali. Sejak itu t...

Rampasan Kuasa Tentera Conakry

Image
Terkini berlaku rampasan kuasa di Guinea iaitu sebuah negara miskin Afrika Barat. Tentera elit Guinea merampas kuasa dari ketua negara tersebut. Presiden Guinea, Conde, yang sudah berusia 83 tahun turut ditahan oleh tentera. Beliau mula memerintah sebagai presiden sejak 2010. Guinea adalah sebuah negara yang terkenal dengan lombong bauksit terbesar dunia. Bauksit tidak dapat diproses di negara sendiri sebaliknya diangkut ke negara lain seperti China. Sebuah kawasan bauksit Guinea Baca "Who own Guinea's bauxite?". dw -  link . "Guinea: Bauxite mining boom threatens rights - drive for revenue shouldn't come at local residents' expense". hrw 2020 -  link . - - - - -

Waqf Management in Thailand

Image
Sebuah kajian mengenai sistem waqaf telah disempurnakan. Sumbangan kajian tersebut diungkap dalam sebuah tesis MA "Waqf management in Thailand: A case study in Bangkok mosques". Tesis Uum tahun 2009. Source: uum -  link . Selain kajian di atas adalah juga artikel bertajuk "Multicultural aspects of mosques in Bangkok" oleh pengkaji dari Kasim Bundit University. Artikel terbit dalam sebuah jurnal Manusya tahun 2008. Bangkok Mosque Petikan Bangkok Mosque -  link ; The Tamil Muslim Association was established in 1975 addressing the rising need to perform Islamic duties by the Late Haji Dr. PR Sheik Aboobacker (President), the Late Haji. BS Abdul Rahman (Founder) and the Late Haji Kassim Marikar (Secretary). In 1984, an institution was founded in a separate independent small premise with an appointed Imam, and sufficing in to establishing a platform to adopt and nurture the younger generation to understand the basic of Islam. - - - - -

Afghanistan Period Zahir Syah dan Kabul University

Image
Zahir Shah naik menjadi pemerintah Afghanistan pada 1933 setelah Nadir Shah mati dibunuh. Usia beliau ketika itu baru 19 tahun maka pemerintahan banyak dikendalikan oleh bapa saudara beliau, Muhammad Hashim Khan. Sejak awal period pemerintahan Zahir Shah berlaku pertembungan antara pihak tradisionalis Islam dengan puak nasionalis dan modernis. Golongan kedua cenderung untuk melihat Islam Afghanistan diadun bersama perkembangan pengetahuan, menerima sains dan teknologi terutama untuk pertahanan negara. Manakala golongan ulama tradisonalis menolak dan mahu Islam kekal cara tradisi. Golongan tradisional ini pula disokong sama oleh ketua2 puak (atau ketua tribes).  Dari segi agama golongan modernis mahukan menggalakkan ijtihad seperti mana amalan Sunni. Manakala tradisionalis berpegang bahawa ijtihad sudah tiada iaitu sebagai mana pegangan aliran Hanbali. Pertembungan dua golongan tersebut membuatkan pemerintahan Zahir Shah tersepit dan sukar untuk bergerak dan berubah.  Namun beg...

Pemerintah Agung Mongol - Timurlane

Image
Timurlane berasal dari puak Mongol yang telah pun menetap di Transoxiana. Ada yang mengeja nama beliau Tamerlane.  Kejayaan Tamerlane bermula pada 1380 bila mana beliau berjaya menewaskan Khan dari Jatah dan puak Khawarizmi. Pada 1383 Tamerlane memimpin pasukan menyerang Parsi dengan terlebih dulu menakluk Herat. Berikutnya satu demi satu kejayaan yang beliau capai. Antara 1383-85 Tamerlane berjaya menguasai Khorasan dan timur Parsi. Selanjutnya pada 1386 hingga 1394 Fars, Armenia, Iraq, Azerbaijan, Mesopotamia dan Georgia jatuh ke tangan beliau. Pada 1391 beliau mara ke Russia memerangi Tokhtamiysh dan menggulingkannya. Tamerlane berikutnya menduduki Koscow selama setahun. Pada 1398 Tamerlane mengalih tumpuan ke India. Beliau menuju Delhi dan dapat mengalahkan Sultan Mahmud Tughluq di Palipat. Setahun kemudian beliau kembali ke kota pemerintahan Transoxiana. Berikutnya Tamerlane memerangi Sultan Mamluk Mesir dan Ottoman Bayezid I kerana mereka menakluk beberapa wilayah kuasa belia...

Peristiwa Protes Olympic Mexico 1968

Image
Sempena Olympic 2020 yang  bakal bermula di Tokyo. Mari kita lihat satu sejarah yang berlaku ketika Olympic Mexico 1968. Peristiwa duka yang dinamakan Tlatelolco Massacre berlaku pada awal Oktober 1968 di Mexico City menjelang Olympic pada pertengahan bulan tersebut. Protes yang dianjurkan oleh badan yang dianggotai pelajar kolej dan universiti Mexico. Antara protes yang mereka  suarakan adalah “We don’t want Olympics, we want revolution!”. Baca "Tlatelolco Massacre -mm". peoplesworld org -  link . "The geopolitics of the Olympic Games (1/5): Mexico 1968, the forgotten massacre of the students of Tlatelolco". archyde dot com -  link . Mexican army troops hold a group of young men arrested in the Plaza of the Three Cultures district in Mexico City on Oct. 3, 1968 - - - - - Setahun atau dua tahun selepas Mexico 1968 masih dalam ingatan dirotan kerana peristiwa $10. Wang dari poket seluar. Wang itu dibelanja dan antara yang dibeli adalah memorable atau key-chain Mexico...