Posts

Berbagai Kumpulan Kaum Migran India

Image
Catatan buku The Malaysian Indian Dilemma m/surat 26-32. Selain warga Ceylon migran kaum India yang datang ke Malaya adalah dari kaum berikut; Telugu - kebanayakannya dari negeri India Pradesh. Malayalee - dari Kerala iaitu wilayah selatan India. Mereka terdiri dari famili Nambiar, Menon dan Nair. Bagi Malayalee yang Muslim mereka digelar juga Malabari. Kebanyakan Malabari membuka bisnes makanan dan restoran. Satu lagi kumpulan India yang ada adalah golongan Chetti. Merka tergolong dari Nattukottai Chettiar yamg awalnya telah ada di zaman Kesultanan Melaka. Ceylonese, Telugu, Malayalee dan Chetti adalah kumpulan dari selatan India. Selain mereka ada pula migran dari utara India. Mereka adalah kaum Sikh, Gujeratis, Sindis, Benggali dan beberapa kumpulan lain. Sikh bertutur Punjabi dan datang dari Punjab. Bagi yang lelakinya nama hujung Singh manakala yang perempuan Kaur. Salah seorang Sikh yang berjaya adalah Datuk Mahima Singh. Beliau pernah menjadi MP Seremban mewakili parti MIC Seora...

Kedatangan Warga Ceylon Ke Malaya

Image
Catatan bacaan The Malaysian Indian Dilemma m/s 20. Menurut penulis Vanjey Raman Manickam warga Ceylon mula datang ke Malaya pada 1894. Kebanyakan mereka adalah para professional seperti doktor, peguam dan jurutera. Menjelang 1931 dikata jumlah mereka sudah seramai 12,700. Bila sekolah Inggeris Victoria Institution mula dibuka pada 1900 ramai anak warga Ceylon menjadi murid. Menjadikan majoriti murid VI terdiri warga Ceylon. Menjelang 1947 bilangan warga Ceylon meningkat kepada15,411 dan sepuluh tahun kemudian menigkat kepada 24,616. Selepas kemerdekaan sekitar 70% dari mereka memperoleh kewargaan. [Rujuk buku Ramasamy pg 218]. Pada 1930 Stadium TPCA siap dibina di Kuala Lumpur. TPCA bermakna Tamilian Physical Cultural Association dan stadium tersebut menjadi pusat aktiviti warga Ceylon dan turut menjadi kebanggaan kepada warga Tamil lain. Warga Ceylon yang berhijrah ke Malaya memandang rendah kepada buruh migran India yang datang bekerja di estet Tanah Melayu. Mereka rapat dengan pent...

Tesis Penubuhan MIC (2015)

Image
Tesis bertajuk " Sejarah perkembangan Parti Malayan Indian Congress di Tanah Melayu, 1946-1957".  Tesis oleh Shanthiah a/p Rajagopal UM pada tahun 2015. Sumber: studentsrepo ( link ). Ibu Pejabat PWC, BKK - - - - -

Pandangan Nilai Ekonomi dan Daya Cipta Orang Melayu

Image
Dalam prakata sebuah buku tentang nilai-nilai orang Melayu disebut perkara berikut; Seorang pengarang Perancis, Laurent Metzger, menyebut bahawa sebelum kedatangan orang Barat ke alam Melayu, orang Melayu sudah pun mempunyai nilai ekonomi seperi yang dibuktikan dari perdagangan yang dijalankan. Tetapi nilai ekonomi tidak diletakkan di atas sekali di dalam senarai nilai-nilai yang ada. Sikap inilah yang membezakan orang Melayu dengan orang Cina. Dalam budaya Cina nilai ekonomilah yang mendahului dan mengatasi nilai-nilai lain.  Satu lagi hal yang dibangkitkan Metzger ialah adanya daya cipta yang tinggi di kalangan orang Melayu. Tetapi daya cipta tersebut terhenti pada tahap kesenian dan kraftangan. Ia tidak dilanjutkan kepada bidang perusahaan. Maka ia tidak menyerlah seperti pada kaum lain. Plaza Temerloh (Feb 2022) - - - - -

Sejarah Ringkas Keruntuhan Campa

Image
Catatan artikel "Perpindahan dan hubungan semasa Orang Cam" oleh Mohamad Zain Musa (sari 2008 -  link ). Kewujudan kerajaan Campa tercatat dalam dokumen Cina tahun 192M. Kerajaan Campa bersempadan dengan China di utara. Orang Viet yang mendiami selatan China ingin membebas diri dari China sejak tahun 111SM dan akhirnya berjaya menubuh kerajaan sendiri pada 939M Serangan pertama Viet ke atas kerajaan Campa berlaku pada 982M. Indrapura ibukota pertama Campa musnah. Viet terus menerus bergerak ke selatan menyerang Campa dan akhirnya pada 1471 ibukota Campa, Vijaya, dimusnah secara sistematik. Orang Viet juga telah membunuh dan mengusir orang Campa ke kawasan lain di selatan. Pada tahun 1653, Vietnam menakluki Kauthara dan pada tahun 1692, bahagian lain di selatan, iaitu Panduranga juga diduduki orang Viet. Akhirnya pada tahun 1835 wilayah Campa telah dirampas kerajaan Vietnam buat selamanya. Sebuah kiosk mesin ATM di Cambodia - - - - -

Kemangkatan dan Pengganti Raja Ang Chan

Image
Keadaan bertambah buruk selepas kematian Raja Ang Chan Kemboja pada 1835. Beliau tak punya anak lelaki maka telah diganti oleh anak perempuan yang bernama Ratu Ang Mei memerintah dari 1835-1847. Beliau mendapat dokong kerajaan Vietnam yang bertujuan membawa Kemboja masuk sebahai wilayah pemerintahan Vietnam. Pesaing kepada Ratu Ang Mei adalah Raja Ang Duong yang disokong oleh kerajaan Thailand. Raja Ang Duong  memegang tampuk pemerintahan Kemboja pada period 1841 hingga 1860. Ketika pemerintahan Raja Ang Duog muncul pemberontakan yang diketuai oleh tiga adik-beradik Cam Melayu. Mereka adalah Tuan Him, Tuan Sou dan Tuan Sa-it yang mencetus pergolakan pada tahun 1858. Pemberontakan tiga beradik ini seterusnya mewujudkan perpecahan di kalangan Cam Melayu kepada dua gololongan. Satu pihak menyokong Raja Ang Duong manakala satu pihak lagi bersama pihak penentang. Nota: period sekitar 1770-1800 di Malaya bermulanya kedatangan British dengan Francis Light Penang pada 1786. Period 1821-184...

Nota Buku Cam-Melayu Cambodia

Image
Catatan bacaan bab 1. Cam Melayu yang ada di Cambodia adalah penghjirah yang lari dari huru-hara yang berlaku di wilayah kerajaan Campa. Huru-hara tersebut adalah akibat kegagalan kerajaan Campa menyekat perluasan kuasa oleh Vietnam bermula seawal pertengahan abad ke-15. Penghijrahan Cam Melayu ke Kemboja berlanjutan hingga penghujung abad ke-18. Kali ini penghijrahan tersebut tercetus akibat perang saudara sesama orang Vietnam di Panduranga Campa period 1771-1802. Percampuran orang Cam Melayu dengan pedagang Melayu Islam yang datang dari Nusantara menyebab ramai Cam Melayu memeluk Islam. Pada peringkat awal orang Cam Melayu menerima perlindungan baik dari kerajaan Kemboja. Pada pertengahan pertama abad ke-19 hubungan orang Cam Melayu dengan penduduk majoriti Kemboja mula tegang berpunca dari politik yang mula tidak stabil kerana ancaman dari Vietnam dan juga Thailand. Deretan kedai di Siem Reap - - - - -

Masjid Km7 Phnom Penh

Image
Sebelum ada Masjid Al-Serkal telah ada sebuah masjid lama di Phnom Penh yang dibina pada 1813. Semasa Khmer Rouge berkuasa mereka menukar masjid tersebut dan kawasan sekitarnya menjadi tempat ternak. Kemudian pada 2018 Masjid Nur ul-Ihsan dibina semula dengan dana dari Kuwait dan nama barunya dikenali sebagai Km7 Mosque kerana lokasinya sekitar 7km dari pusat kota Phnom Penh.  Baca Nur ul-Ihsan mosque - wiki ( link ). Cambodia remembers its fallen Muslims ( link ). Baca juga tentang masjid di Yangon, Bangkok, al-Serkal etc ( link ). Km 7 Mosque, Phnom Penh - - - - -  

Masjid Al-Serkal Phnom Penh

Image
Masjid terbesar di Phnom Penh adalah Masjid Al-Serkal. Masjid mula dibuka secara rasmi oleh PM Hun Sen pada Mac 2015 -  link . Al-Serkal Mosque in Phnom Penh's Boeng Kak neighbourhood was funded by Eisa Bin Nasser Bin Abdullaatif Alserkal, an Emirati businessman and replaces a mosque that once sat on the same site before it was torn down in 2012. Sumber -  link . Ruang Solat Masjid Al-Serkal - - - - -

Pendidikan Melayu Bawah Mara 1966-1990

Image
MARA mula ditubu pada 1951 dengan namanya Rida. Satu sumbangan besar MARA adalah dalam bidang pelajaran orang Melayu. Perbincangan mengenai topik ini dibincang dalam sebuah tesis; Mahmud, Abdul Halim  (2002)  Perkembangan pendidikan di bawah pentadbiran Majlis Amanah Rakyat Mara (MARA), 1966-1990 / Abdul Halim bin Mahmud.  Masters thesis, Universiti Malaya. Sumber: studentsrepo ( link ). Homestay PI Melb - - - - -

Buku Hearts & Minds Page 48

Image
Catatan page 48 Hearts and Minds - actors in action prior to Emergency 1948. The MCP; the labour organizations - PMFTU Pan-Malayan Federation of Trade Union; SFTU Singapore Federation of Trade Union; social welfare groups Ex-Political Prisoners Old Comrade Union; a non-communal English speaking left-wing group MDU The Malayan Democratic Union. The Malay groups - API, AWAS, and the MNP. Baca Mountbatten versus the Generals: British Military rule of S'pore 1945-46. contemporary history ( link ). In the ferry - - - - -

Hearts & Minds page 17

Image
Catatan page 17 Hearts and Minds - reviving the economy - scenarios prior to Emergency 1948. First, the British has no funds to spare for refurbishing the economies of the colonies. Malaya was to finance her own rehabilitation. Secondly, Malayans were forced to help the British Government to ride out the successive crises which beset the sterling area.Thirdly the sale price set by the British for Malaya's key commodities were considered by most producers to be artificially and unrealistically low. The British put great pressure on the Malayan economy by re-establishing the rate of exchange at the pre-war level of M$1 to 2s 4p. Finally British instructed Malaysia and Singapore to introduce an income tax. Pier 1, Icon Siam - - - - -

Victory Monument BKK

Image
Naik tren dari stesen Ratchathewi dan selepas satu stesen saja sampailah ke Victory Monument. Monumen ditutupi pagar dan tiada akses masuk untuk orang awam. Maka sempat snap foto sahaja. Petikan ( link ) and another source ( link2 ): The monument is situated on Phahonyothin Road. It was constructed in 1941 under the premiership of Field Marshal Plaek Pibulsongkhram to praise the heroic deeds of soldiers, policemen and civilians. The Victory Monument is one of the most-seen monuments in Bangkok as it sits at one of Bangkok's busiest intersections where Ratchavithi, Phyathai and Phahonyothin meet. The monument was erected in 1941 in order to tribute to 160 soldiers, policemen and civilians who fought for the kingdom during the border conflict in Indo-China between Thailand and France. Victory Monument Baca "The Victory Monument: the politics of representations of Thai identity and colonial discourse in built forms". source ( link ). - - - - -

Tren LRT BKK

Image
  Ada beberapa laluan lrt dengan pengendali yang berbeza. Tiket single journey Tren laluan Khu Khot - - - - -

Stesen Ratchathewi BKK

Image
Ada sebuah stesen lrt berdekatan Masjid Darul Aman. Stesen Ratchathewi Stesen Lrt Ratchathewi   Laluan dan hentian menghla Khu Khot [Tambang bermula dengan Baht 16; maksima Bhat 40] - - - - -

Kedai Halal Berdekatan Masjid Darul Aman

Image
Berdekatan masjid kota BKK pasti akan ada banyak kedai makan halal. Begitulah juga dengan Masjid Darul Aman.  Nama kedai hanya bertulis Siam dan no 299 - - - - -

Masjid Darul Aman BKK

Image
Berada di BKK pada hari Jumaat. Alhamdulilah dapat solat Jumaat di Masjid Darul Aman. Solat Jumaat dimula pada pukul 1 tgh hari walau zohor telah masuk lebih awal. Mereka mengada pada pukul 1 memberi peluang kepada warga tempatan yang bekerja untuk dapat hadir ketika waktu rehat makan tengah hari. Ruang solat tingkat bawah [Ruang solat utama berada di tingkat atas] - - -  Sebuah rak menyimpan kitab dan peralatan jamuan - - -     Ruang wuduk - - - - -

Level 77 Baiyoke - Pameran Barangan Klasik

Image
Untuk naik ke Baiyoke Tower pengunjung di bawa dengan lif terus ke level 77. Ada beberapa bahan pameran yang menarik di level tersebut. Post Box   Sudut barang klasik lama Mesin jahit Singer - - - - -

Baiyoke Sky Tower

Image
Di Pratunam ada sebuah lokasi tarikan iaitu bangunan pencakar langit Baiyoke Sky Tower. Selain menempat sebuah hotel Baiyoke Sky Hotel bangunan tersebut juga mempunyai Sky Tower. Untuk masuk pengunjung dikena bayaran 400 Baht400. Pengunjung boleh naik ke menara tinjau (observation deck) di tingkat 83 dan 84 di mana pengunjung boleh melihat pemandangan sekitar Bangkok. Baiyoke Sky Tower Kaunter tiket - - - - -

Menu Restoran Al-Sana Pratunam

Image
Restoran Al-Sana terletak di Pratunam BKK. Selain tempat penginapan Pratunam juga terkenal dengan bazar dan market yang banyak menjual pakaian buatan tempatan. Kawasan tersebut sibuk dengan orang ramai dan kenderaan yang masuk dan keluar. Jalannya agak kecil dan sukar untuk kenderaan berselisih. Di Pratunam ada sebuah kedai makan halal milik keluarga Pakistan. Restoran bernama Al-Sana dan mereka memula bisnes sejak tahun 1987. Nota: kadar tukaran wang Rm5 = 40 Baht.  Menu berbagai roti Menu sarapan pagi - - - - -