Posts

Feng Shui HK

Image
Amalan Feng Shui sangat mendapat tempat di Hong Kong. Bangunan yang dibina sama ada untuk perniagaan mahu pun kediaman dibina dengan mengambil kira perancangan oleh para pengamal Feng Shui. Sebagai contoh adalah Feng Sui yang diterap Bangunan HSBC Hong Kong. The HSBC bank had two cannon-like structures installed at the top of their building. These cannons, which are pointed towards the Bank of China building, supposedly protects HSBC from the dreaded Bank of China Tower’s negative energy by deflecting the energy back to its source. Baca The Feng Shui skyscrapper of HK -  link . Dua cannon yang diletak di puncak atas Bangunan HSBC HK - - - - -

Tokoh Rao Tempatan

Image
Catatan bacaan "Sumbangan tokoh Rao Melayu Malaysia - m/surat 81-119. Bidang pentadbiran: Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (b.1938 Kpg Batu Tiga Tapah, KSN 1990- Sept 1996); Tun Ismail Ali (1918-1998); TS Salehudin Muhamad (b.1932 Raub Pahang) mula khidmat dengan Rida 1959-62; DS Mohd Khalil Hj Husein kelahiran Gopeng YDP Jaro dan ex KP Imigresen; Dato Zainal Abidin Nordin kelahiran Kalumpang, Timbalan YDP Jaro; Hjjh Ailin Ton bt Dato Ishak Naib YDP Jaro mewakili Kelantan - pentadbir Unitar, ada hubungan persaudaraan dengan Dato Husamudin Yaakob pemilik Karangkraf). Bidang politik: Dato Aziz Shamsudin kelahiran Gopeng; TS Muhammad b Muhammad Taib kelahiran Hulu Bernam Selangor; TS Ghazali Shafie kelahiran Raub, TS Rafidah Aziz (b.1943 Selama Perak, Siti Zaharah Sulaiman dari Pahang; Datuk Saidin Tamby kelahiran Selangor; Haji Yusof Rawa (b.1922 Penang). Bidang Penerbitan - Abdullah bin Hj Nordin - bapa kepada Yusof Rawa; Dato Husamuddin Yaakob pemilik Karangkraf. Bidang penulisan dan k...

Kerajaan Asia Tenggara Awal Sebelum Melaka

Image
Kewujudan kerajaan Melayu awal sebelum dan selepas Melaka meliputi nama-nama kerajaan berikut; Kerajaan Funan (kurun 2 hingga 6 Masehi). Srivijaya (7 - 8 M). Suvarnabhumi (9 - 13 M). Kerajaan Melayu Melaka 15 - 16 M). Kesultanan Johor-Riau (16 - 19 M). Kerajaan Funan berpusat di Vydhapura (Ba Phnom) dan Oc-Eo (Cochin-China) merupakan salah sebuah kerajaan tertua Asia Tenggara. [Baca tentang Funan Kingdom -  link ; Ba Phnom kini sebuah lokasi 78km dari Phnom Penh -  link ]. Catatan bacaan buku kesultanan melayu melaka usm m/surat 59. Penginapan berdekatan Jesselton Terminal - - - - -

Long Yunus, Long Muhammad Dan Tengku Muhammad Kelantan

Image
Perang Saudara merebut takhta Kelantan tercetus pada awal abad ke-19. Perebutan takhta berlaku setelah kematian Long Yunus bin Long Sulaiman pada 1794. Long Yunus memegang takhta sejak 1776. Tahun berakhir pemerintahan dan tahun kematian Long Yunus agak kabur dan ditulis berbeza dalam banyak bacaan. Ada yang menulis 1798 ( link1 ), ada yang tulis 1795 ( link2 ) dan ada yang tulis 1794 ( link3 ).  Persaingan saudara merebut takhta berlaku antara Tengku Muhammad, menantu Long Yunus, dengan Long Muhammad, putera Long Yunus. Tengku Muhammad adalah anak Sultan Mansor iaitu Sultan Terengganu period 1733-1794. Dalam persaingan tersebut Long Muhammad berjaya mengalahkan Tengku Muhammad Long Muhammad diisytihar secara asmi sebagai Sultan Kelantan dengan gelaran Sultan Muhammad 1 (r.1801-183). Sebelum itu menantu Long Yunus, Tengku Muhammad, memegang pemerintahan period 1798-1801. Catatan bacaan "Perkembangan Islam di Negeri Kelantan Abad ke-19" oleh Farid Mat Zain buku Islam Di Tanah ...

Clifford Menulis Tentang Kelantan

Image
Pentadbir British di Malaya banyak menulis tentang hal sejarah terutama tentang hal ehwal orang Melayu. Namun tidaklah banyak yang ditulis mengenai negeri Kelantan. Sunggoh begitu ada juga artikel mengenai Kelantan pernah di catat oleh Clifford. Beliau antara lain pernah menyebut mengenai perlombongan emas di Galas. Clifford juga mencatat bahawa ada penduduk Cina di Galas yang pastinya mereka terlibat dengan usaha lombong emas tersebut. Selain Galas, Clifford juga menyebut tentang lombong yang ada di Tomok Mine, Kuala Pergau dan Kuala Balai. Bacaan kini lombong emas di Jeli Kelantan 2022 ( link ). "Evolution and identity of Kelantan Peranakan Chinese - issues and challenges". researchgate ( link ). "Kelantan sekitar 1900 sehingga 1941". studentsrepo ( link ). - - - - -

Kelantan Dan Kewujudan Buddha

Image
Bila membuat bacaan tentang Kelantan ditemui pula perbincangan mengenai kewujudan banyak wat Buddha sekitar negeri tersebut Beberapa bacaan tambahan yang mencerita hal tersebut adalah; The Thais of Kelantan: a socio-political study of an ethnic outpost". tesis soas 1969 ( link ). Ajaran dan kepercayaan agama Buddha: kajian ke atas masyarat Siam Kelantan". studentsrepo 1999 ( link ). Literature review on Siamese Buddhism mediation practice in Kelantan journal of academic research  ( link ). Latarbelakang kewujudan masyarakat Siam Kelantan. students repo ( link ). Kesederhanaan menurut kefahaman masyarakat Buddha Pasir Puteh. jurnal kuis ( link ). Buddhism in a Muslim State Kelantan. digital umk ( link ). A thesis but without further info ( link ). The same gym - - - - -

Teguran Munsyi Abdullah - Tentangan Dan Terimaan

Image
Munsi Abdullah menulis buku yang banyak catatan beliau menegur perangan orang Melayu. Banyak juga tuduhan Munshi Abdullah yang tidak disenangi oleh orang Melayu sendiri termasuk di kalangan para akademia. Antara akademia yang bersuara membantah tulisan Munshi Abdullah adalah Ismail Hussein, Ungku Maimunah (pensyarah UKM), Hadijah Rahmat (dari NTU Spore). Namun ada juga tokoh yang menerima pandangan Munshi seperti Hassan Ahmmad. Beliau mengatakan Munshi berani menentang adat atau kebiasaan orang Melayu. Catatan m/surat 66 buku Nilai Nilai Melayu Menurut Pandangan Orang Luar. Baca "Abdullah bin Abdul Kadir: susuk tumpu Hadijah Rahmat dalam kesusateraan Melayu". researchgate 2013, 19 m/surat -  link . "Permartaban realiti dan realism ke status konvensi sastera dalam kesusasteraan Melayu" artikel ungku maimunah 2019 ( link ). "Abdullah Munsyi sebagai watak tertawan dalam travelognya". journal of humanities 2019 ( link ). A Gym in Phnom Penh 2022 - - - - -

Dua Putera Akhbar Kelantan Al-Hidayah dan Putera

Image
Catatan bacaan Malay Society m/surat 181. Selain Majalah Pengasuh ada dua akhbar lain yang turut menyuara berkait masyarakat Melayu Kelantan. Dua akhbar tersebut adalah Al-Hidayah dan Akhbar Putera. Al-Hidayah terbit pada period Jun 1923 hingga Februari 1926 dikepalai oleh Haji Ahmad bin Ismail. Beliau adalah graduan Madrasah Muhammadiah. Haji Ahmad dibantu oleh dua tokoh iaitu Ghazali bin Muhammad Ariffin (seorang pendidik dan juga memegang gelaran Dato Bentara Luar) dan Muhammad Adnan bin Ariffin..  Satu lagi akhbar adalah Putrera (akhbar yang lebih radikal). Putera diketuai oleh tiga tokoh - Kadir Adabi, Assaad Shukri (d.1971 - juga adik kepada Asri Muda) dan Haji Nik Yusof bin Haji Ismail (nama lainnya adalah Yusoff Hilmi). Ketiga-tiga mereka adalah graduan Madrasah Muhammadi. Kadir Adabi mula berkecimpung dalam kewartawanan setelah mendapat pendedahan melalui Datok Laksamana, ketua pengarang Pengasoh. Akhbar Putera sangat vokal dan pernah bersengketa dengan Majlis Agama kerana...

Berbagai Kumpulan Kaum Migran India

Image
Catatan buku The Malaysian Indian Dilemma m/surat 26-32. Selain warga Ceylon migran kaum India yang datang ke Malaya adalah dari kaum berikut; Telugu - kebanayakannya dari negeri India Pradesh. Malayalee - dari Kerala iaitu wilayah selatan India. Mereka terdiri dari famili Nambiar, Menon dan Nair. Bagi Malayalee yang Muslim mereka digelar juga Malabari. Kebanyakan Malabari membuka bisnes makanan dan restoran. Satu lagi kumpulan India yang ada adalah golongan Chetti. Merka tergolong dari Nattukottai Chettiar yamg awalnya telah ada di zaman Kesultanan Melaka. Ceylonese, Telugu, Malayalee dan Chetti adalah kumpulan dari selatan India. Selain mereka ada pula migran dari utara India. Mereka adalah kaum Sikh, Gujeratis, Sindis, Benggali dan beberapa kumpulan lain. Sikh bertutur Punjabi dan datang dari Punjab. Bagi yang lelakinya nama hujung Singh manakala yang perempuan Kaur. Salah seorang Sikh yang berjaya adalah Datuk Mahima Singh. Beliau pernah menjadi MP Seremban mewakili parti MIC Seora...

Kedatangan Warga Ceylon Ke Malaya

Image
Catatan bacaan The Malaysian Indian Dilemma m/s 20. Menurut penulis Vanjey Raman Manickam warga Ceylon mula datang ke Malaya pada 1894. Kebanyakan mereka adalah para professional seperti doktor, peguam dan jurutera. Menjelang 1931 dikata jumlah mereka sudah seramai 12,700. Bila sekolah Inggeris Victoria Institution mula dibuka pada 1900 ramai anak warga Ceylon menjadi murid. Menjadikan majoriti murid VI terdiri warga Ceylon. Menjelang 1947 bilangan warga Ceylon meningkat kepada15,411 dan sepuluh tahun kemudian menigkat kepada 24,616. Selepas kemerdekaan sekitar 70% dari mereka memperoleh kewargaan. [Rujuk buku Ramasamy pg 218]. Pada 1930 Stadium TPCA siap dibina di Kuala Lumpur. TPCA bermakna Tamilian Physical Cultural Association dan stadium tersebut menjadi pusat aktiviti warga Ceylon dan turut menjadi kebanggaan kepada warga Tamil lain. Warga Ceylon yang berhijrah ke Malaya memandang rendah kepada buruh migran India yang datang bekerja di estet Tanah Melayu. Mereka rapat dengan pent...

Tesis Penubuhan MIC (2015)

Image
Tesis bertajuk " Sejarah perkembangan Parti Malayan Indian Congress di Tanah Melayu, 1946-1957".  Tesis oleh Shanthiah a/p Rajagopal UM pada tahun 2015. Sumber: studentsrepo ( link ). Ibu Pejabat PWC, BKK - - - - -

Pandangan Nilai Ekonomi dan Daya Cipta Orang Melayu

Image
Dalam prakata sebuah buku tentang nilai-nilai orang Melayu disebut perkara berikut; Seorang pengarang Perancis, Laurent Metzger, menyebut bahawa sebelum kedatangan orang Barat ke alam Melayu, orang Melayu sudah pun mempunyai nilai ekonomi seperi yang dibuktikan dari perdagangan yang dijalankan. Tetapi nilai ekonomi tidak diletakkan di atas sekali di dalam senarai nilai-nilai yang ada. Sikap inilah yang membezakan orang Melayu dengan orang Cina. Dalam budaya Cina nilai ekonomilah yang mendahului dan mengatasi nilai-nilai lain.  Satu lagi hal yang dibangkitkan Metzger ialah adanya daya cipta yang tinggi di kalangan orang Melayu. Tetapi daya cipta tersebut terhenti pada tahap kesenian dan kraftangan. Ia tidak dilanjutkan kepada bidang perusahaan. Maka ia tidak menyerlah seperti pada kaum lain. Plaza Temerloh (Feb 2022) - - - - -

Sejarah Ringkas Keruntuhan Campa

Image
Catatan artikel "Perpindahan dan hubungan semasa Orang Cam" oleh Mohamad Zain Musa (sari 2008 -  link ). Kewujudan kerajaan Campa tercatat dalam dokumen Cina tahun 192M. Kerajaan Campa bersempadan dengan China di utara. Orang Viet yang mendiami selatan China ingin membebas diri dari China sejak tahun 111SM dan akhirnya berjaya menubuh kerajaan sendiri pada 939M Serangan pertama Viet ke atas kerajaan Campa berlaku pada 982M. Indrapura ibukota pertama Campa musnah. Viet terus menerus bergerak ke selatan menyerang Campa dan akhirnya pada 1471 ibukota Campa, Vijaya, dimusnah secara sistematik. Orang Viet juga telah membunuh dan mengusir orang Campa ke kawasan lain di selatan. Pada tahun 1653, Vietnam menakluki Kauthara dan pada tahun 1692, bahagian lain di selatan, iaitu Panduranga juga diduduki orang Viet. Akhirnya pada tahun 1835 wilayah Campa telah dirampas kerajaan Vietnam buat selamanya. Sebuah kiosk mesin ATM di Cambodia - - - - -

Kemangkatan dan Pengganti Raja Ang Chan

Image
Keadaan bertambah buruk selepas kematian Raja Ang Chan Kemboja pada 1835. Beliau tak punya anak lelaki maka telah diganti oleh anak perempuan yang bernama Ratu Ang Mei memerintah dari 1835-1847. Beliau mendapat dokong kerajaan Vietnam yang bertujuan membawa Kemboja masuk sebahai wilayah pemerintahan Vietnam. Pesaing kepada Ratu Ang Mei adalah Raja Ang Duong yang disokong oleh kerajaan Thailand. Raja Ang Duong  memegang tampuk pemerintahan Kemboja pada period 1841 hingga 1860. Ketika pemerintahan Raja Ang Duog muncul pemberontakan yang diketuai oleh tiga adik-beradik Cam Melayu. Mereka adalah Tuan Him, Tuan Sou dan Tuan Sa-it yang mencetus pergolakan pada tahun 1858. Pemberontakan tiga beradik ini seterusnya mewujudkan perpecahan di kalangan Cam Melayu kepada dua gololongan. Satu pihak menyokong Raja Ang Duong manakala satu pihak lagi bersama pihak penentang. Nota: period sekitar 1770-1800 di Malaya bermulanya kedatangan British dengan Francis Light Penang pada 1786. Period 1821-184...

Nota Buku Cam-Melayu Cambodia

Image
Catatan bacaan bab 1. Cam Melayu yang ada di Cambodia adalah penghjirah yang lari dari huru-hara yang berlaku di wilayah kerajaan Campa. Huru-hara tersebut adalah akibat kegagalan kerajaan Campa menyekat perluasan kuasa oleh Vietnam bermula seawal pertengahan abad ke-15. Penghijrahan Cam Melayu ke Kemboja berlanjutan hingga penghujung abad ke-18. Kali ini penghijrahan tersebut tercetus akibat perang saudara sesama orang Vietnam di Panduranga Campa period 1771-1802. Percampuran orang Cam Melayu dengan pedagang Melayu Islam yang datang dari Nusantara menyebab ramai Cam Melayu memeluk Islam. Pada peringkat awal orang Cam Melayu menerima perlindungan baik dari kerajaan Kemboja. Pada pertengahan pertama abad ke-19 hubungan orang Cam Melayu dengan penduduk majoriti Kemboja mula tegang berpunca dari politik yang mula tidak stabil kerana ancaman dari Vietnam dan juga Thailand. Deretan kedai di Siem Reap - - - - -

Masjid Km7 Phnom Penh

Image
Sebelum ada Masjid Al-Serkal telah ada sebuah masjid lama di Phnom Penh yang dibina pada 1813. Semasa Khmer Rouge berkuasa mereka menukar masjid tersebut dan kawasan sekitarnya menjadi tempat ternak. Kemudian pada 2018 Masjid Nur ul-Ihsan dibina semula dengan dana dari Kuwait dan nama barunya dikenali sebagai Km7 Mosque kerana lokasinya sekitar 7km dari pusat kota Phnom Penh.  Baca Nur ul-Ihsan mosque - wiki ( link ). Cambodia remembers its fallen Muslims ( link ). Baca juga tentang masjid di Yangon, Bangkok, al-Serkal etc ( link ). Km 7 Mosque, Phnom Penh - - - - -  

Masjid Al-Serkal Phnom Penh

Image
Masjid terbesar di Phnom Penh adalah Masjid Al-Serkal. Masjid mula dibuka secara rasmi oleh PM Hun Sen pada Mac 2015 -  link . Al-Serkal Mosque in Phnom Penh's Boeng Kak neighbourhood was funded by Eisa Bin Nasser Bin Abdullaatif Alserkal, an Emirati businessman and replaces a mosque that once sat on the same site before it was torn down in 2012. Sumber -  link . Ruang Solat Masjid Al-Serkal - - - - -

Pendidikan Melayu Bawah Mara 1966-1990

Image
MARA mula ditubu pada 1951 dengan namanya Rida. Satu sumbangan besar MARA adalah dalam bidang pelajaran orang Melayu. Perbincangan mengenai topik ini dibincang dalam sebuah tesis; Mahmud, Abdul Halim  (2002)  Perkembangan pendidikan di bawah pentadbiran Majlis Amanah Rakyat Mara (MARA), 1966-1990 / Abdul Halim bin Mahmud.  Masters thesis, Universiti Malaya. Sumber: studentsrepo ( link ). Homestay PI Melb - - - - -

Buku Hearts & Minds Page 48

Image
Catatan page 48 Hearts and Minds - actors in action prior to Emergency 1948. The MCP; the labour organizations - PMFTU Pan-Malayan Federation of Trade Union; SFTU Singapore Federation of Trade Union; social welfare groups Ex-Political Prisoners Old Comrade Union; a non-communal English speaking left-wing group MDU The Malayan Democratic Union. The Malay groups - API, AWAS, and the MNP. Baca Mountbatten versus the Generals: British Military rule of S'pore 1945-46. contemporary history ( link ). In the ferry - - - - -

Hearts & Minds page 17

Image
Catatan page 17 Hearts and Minds - reviving the economy - scenarios prior to Emergency 1948. First, the British has no funds to spare for refurbishing the economies of the colonies. Malaya was to finance her own rehabilitation. Secondly, Malayans were forced to help the British Government to ride out the successive crises which beset the sterling area.Thirdly the sale price set by the British for Malaya's key commodities were considered by most producers to be artificially and unrealistically low. The British put great pressure on the Malayan economy by re-establishing the rate of exchange at the pre-war level of M$1 to 2s 4p. Finally British instructed Malaysia and Singapore to introduce an income tax. Pier 1, Icon Siam - - - - -