Posts

Signage Family Mart Cameron Highlands Warna Hitam Putih

Image
Signage kedai Family Mart warna putih, biru dan hijau. Tapi ada juga tempat bubuh warna hitam putih. Contohnya sebuah Family Mart di Cameron Highlands. Kenapa begitu? Family Mart di Cameron Highlands pakai signboard warna hitam putih. Untuk yang belum tahu, di Jepun, kedai di kawasan pelancongan alam sekitar tidak pakai signboard warna-warni kerana tidak mahu menenggelamkan keindahan alam sekeliling. Sebab tu Family Mart, yang berasal dari Jepun, guna signboard hitam putih di Cameron Highlands. Family Mart Cameron Highlands - - - - -

Jurnal Jebat Keluaran Sulung 1971

Image
Artikel Jebat keluaran sulung tahun 1971. Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan, Sekarang dan Masa Depannya Zainal Abidin Abdul Wahid Perjanjian 1909 Antara Inggeris dengan Siam Serta Latar Belakangnya J. Chandran Latar Belakang Sejarah Masharakat India dan China di Tanah Melayu Khoo Kay Kim Perkembangan Nasionalisma James P. Ongkili Teknik Membuat Chatitan dalam Kajilidikan Teuku Ibrahim Alfian Tarian Naga Oleh Orang2 Melayu di Batu Pahat: Sesuatu Yang Unik dalam Sejarah Malaysia M.A. Fawzi Mohd. Basri "Kegiatan2 Awal Yang Berbau Politik dan Tumbuhnya Kesatuan Melayu Singapura." Rahmat Saripan Pemerintahan Brooke dan Pelajaran Bumiputera di Sarawak Sabihah Osman Unsur2 Yang Telah Menyebabkan Kerajaan British Mengemukakan Kesatuan Tanah Melayu Raja Ali Raja Busu UMNO, 1948-1955 Marwan Saliman Sumber -  link . Hstay Tpg - - - - -

Masjid Muhammad Cheng Ho Surabaya

Image
Catatan bacaan mengenai masjid yang dibina oleh kaum Cina Muslim Indonesia. Ada beberapa masjid di Indonesia yang dinama Masjid Cheng Ho (dan ada juga eja Muhammad Cheng Hoo). Semua Masjid Cheng Ho yang ada dibina oleh Cina Muslim Indonesia yang bernaung di bawah organisasi Persatuan Islam Tionghua Indonesia, PITI. Salah sebuah masjid tersebut adalah Masjid Muhammad Cheng Ho, Surabaya. Masjid siap dibina pada 2002.  Nama Cheng Ho diambil sebagai mengingati ketokohan Laksamana Cheng Ho. Beliau terkenal sebagai pelayar yang pernah mengetuai armada China datang belayar ke Nusantara. Cheng Ho pernah mendarat dua kali di Semarang iaitu pada 1410 dan 1416. Kedatangan beliau adalah untuk mengunjungi Raja Majapahit. Sebagai satu keistimewaan kebanyakan masjid Cheng Ho dibina dengan binaan menyerupai sebuah kapal sebagai simbol Cheng Ho seorang pelaut. Masjid Muhammad Cheng Ho, Surabaya - - - - -

Masjid Lautze 2 Bandung

Image
Selain Masjid Lautze lokasi Jakarta ada sebuah lagi Masjid Lautze iaitu di Bandung. Namanya Masjid Lautze 2, terletak di No. 27, Jalan Tamblong, Bandung. Masjid Lautze 2 diusaha bangunnya oleh  Karim Oei Tjeng Hien pada 1997. Sebelum itu pada 1991 Karim Oei membangun Masjid Lautze 1 di Jakarta Pusat. Baca 'masjid Tionghua tertua Bandung'. suaka online -  link . [sumber yang dipetik oleh buku merah] Masjid Lautze 2: kiblat bagi etnis tionghua pelajari Islam. bandungraya news -  link . Masjid Lautze 2, Bandung - - - - -

Masjid Lautze Jakarta

Image
Sebuah lagi masjid Cina Muslim Indonesia adalah Masjid Lautze berlokasi di deretan rumah kedai beralamat No.87-89, Jalan Lautze, Sawah Besar, Jakarta Pusat. Ia terletak tidak jauh dari Pasar Baru kawasan Chinatown Jakarta. Masjid Lautze adalah bawah kelolaan Yayasan Haji Karim Oei. Masjid dibina pada tahun 1991. Haji Karim Oei (1905-1988) merupakan seorang tokoh pembela agama dan tanah air. Nama asal beliau Oei Tjeng Hien. Beliau berasal dari Padang, Sumatera Barat. Baca republika ( link ) dan wiki -  link . Baca kompas 2023 -  link . Masjid Lautze, Jakarta Pusat - - - - -

Masjid Muhammad Cheng Hoo Purbalingga

Image
Banyak masjid Cina Muslim di Indonesia yang dinamai Masjid Cheng Ho. Salah satunya adalah Masjid Muhammad Cheng Hoo di Purbalingga. Lokasi masjid lebih betulnya adalah di Desa Selanggeng, Daerah Mrebet, Jawa Tengah.  Masjid dibina atas inisiatif mualaf Cina bernama Thio Hawa Kong atau Heri Susatyo. Mula dibina pada 2005 namun terhenti setahun kemudian akibat kekurangan dana. Pembinaannya diterus semula pada 2010 dan siap pada 2011. Selain di Purbalingga, Masjid Chen Ho turut ada di beberapa tempat lain iaitu Semarang, Batam, Banyuwangi, Gowa, Kutai, Samarinda, Jambi, Surabaya dan juga Malang. Baca juga 'Masjid Muhammad Cheng Hoo Purbalingga yang berarsitektur mirip kelentang'. jateng prov -  link . 'Menjadi nama sejumlah masjid, benarkah cheng ho seorang Muslim?' voa indonesia dot com ( link ). dan kompas ( link2 ). Masjid Muhammad Cheng Hoo, Purbalingga - - - - -

Masjid Siti Djirzanah Jogyakarta

Image
Ada beberapa masjid Cina Muslim di Indonesia. Salah satunya adalah Masjid Siti Djirzanah, Jogyakarta. Masjid terletak di Jalan Margomulyo No 25, di bangunan rumah kedai. Jiran bersebelahannya adalah kedai batik Soenardi dan sebuah kedai elektronik. Masjid Siti Djirzanah Jogyakarta diusahakan oleh Henri Zudianto, mampan wali kota Jogyakarta (mantan datuk bandar). Beliau mengusaha mendiri masjid tersebut bersama adik yang bernama Ellys Yudhiantie dan Rudi Sastyawan. Mereka menama masjid dengan nama arwah ibu mereka Siti Djirzanah. Masjid mula dirancang selepas kematian Siti Djirzanah pada 2015. Baca 'Uniknya masjid Siti Djirzanah' -  link . Masjid Siti Djirzanah, Wujud Terima Kasih Herry untuk Malioboro -  link . Masjid Siti Djirzanah [sumber: kompasiana -  link ] - - - - -

Buku Polemik Salafiyah vs ASWJ

Image
Polemik aliran pemikiran Salafiyah dan yang menolak mereka memang terus berpanjangan. Baca sama artikel 'Perselisihan antara gerakan al-asya'irah dan salafiyah'. research gate ( link ). Artikel yang mengulas perselisihan tersebut dari sudut latar belakang, analisis isu dan melihat isu tersebut melalui kacamata pendekatan ulama ahl Sunnah wa al-Jamaah. Buku beli dah lama namun belum baca - - - - -

Abbasid Revolution in Marw - New Data

Image
Sejarah revolusi Abbasid menjatuhkan Umayyad dikata bermula dengan kebangkitan di Marw (ada yang eja Merv). Kebangkitan tersebut dikepalai oleh Abu Muslim al-Khorasani. Berdasar nama beliau origin dari wilayah Khorasan. Beliau dikata seorang bertaraf mawla. Sebuah artikel The Abbasid revolution in Marw: new data. Artikel ditulis oleh pengkaji dari ehess, france. Penulis Étienne de la Vaissière (b.1969) adalah pengkaji sejarah berasal Perancis. Baca wiki - link . Sumber: academia ( link ). Apa signifikan Marw? Marw, where was settled the biggest Arab garrison in Iran, the leading role of the Kūfa centre, and the organisation of the Revolution overwhelmingly dominated by Arab inherited conflicts. Deretan kereta untuk sewa - Jeju - - - - -

Richard Bell - Qur'anic Translation

Image
Membaca Bab 1 buku Sirry menemukan kita dengan berbagai rujukan yang terdiri dari penerbitan oleh ramai akademia. Salah satunya adalah buku tulisan Richard Bell 'The origin of Islam in its Christian environment'. Buku terbitan asal tahun 1926. Diulang terbit oleh Routledge tahun 1968.  Richard Bell (1876-1952) adalah pensyarah bahasa Arab di Edinburgh Uni dan bersara pada 1947. Beliau merupakan  an early investigator of Christian influences on the development of Islam .  Baca wiki richard bell ( link ) dan christian influences on the islamic world ( link ). Baca juga intro to richard bell ( link ). Satu lagi buku oleh Richard Bell adalah 'The Qur'an translated with a critical re-arrangement of the Surahs. Terbitan Edinburgh Uni Press 1937-39. Petikan: Bell’s translation did not gain much popularity, mainly due to the fact the translation is more preoccupied with the origins of the Quran in Christianity and theories about what Muslims did to the text of the Quran, and in...

Buku Richard Bell - The Origin of Islam in it's Christian Environment (1925)

Image
Richard Bell menerbit sebuah buku mengenai Nabi Muhamad dan Islam. Buku berjudul The Origin of Islam in it's Christian Environment. Buku diterbit pada 1926. Buku berasas kandungan lecture yang disampaikan oleh Bell dalam siri The Gunning Lectures di Edinburgh Uni pada tahun 1925. Kandungan: The Eastern Church and the Christian environment of Arabia; Christianity in South Arabia and its influence upon the Arabs in general; The beginning of Muhammad's religious activity; The moulding of the Prophet; The attitude of the Prophet towards Christianity; The Christian populations at the Arab conquest; Christians influences in early Islam. Folder: Atq 2023 april 1 Madinah Jews. Restoran Nooodles, KLIA The word for noodles in English was borrowed in the 18th century from the German word Nudel. The German word likely came from Knodel or Nutel, and referred to any dumpling, though mostly of wheat. - - - - - 

Polemik Al-Jabbar Tentang Sejarah Kristian

Image
Bab pendahuluan sebuah buku Sirry memuat perbincangan mengenai tulisan Al-Jabbar (935-1025M) yang mengkritik sejarah agama Kristian. Siapakah Al-Jabbar dan kenapa penulisan beliau menjadi polemik. Beliau hidup pada period Abbasid dikuasai pemerintahan Buyid. Al-Jabbar merupakan ulama dan juga Qadi pendokong aliran Muktazilah. Gelaran yang diberi kepada beliau adalah Qadi al-Quddat (makna lainnya adalah Ketua Hakim atau Chief Magistrate). Tulisan Al-Jabbar yang menimbul polemik adalah (wiki -  link ); Abd Al-Jabbar produced an anti-Christian polemic text  Tathbit Dala’il Nubuwwat Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم,  (‘The Establishment of Proofs for the Prophethood of Our Master Muhammad). Teks berkenaan telah diterjemah ke bahasa Inggeris dan diterbit oleh Bringham Young Uni; Critique of Christian Origins: a parallel English-Arabic text , edited, translated, and annotated by Gabriel Said Reynolds and Samir Khalil Samir, Provo, Utah: Brigham Young University Press, 2010...

Catatan Buku Brockopp

Image
Hari ni menyambung baca buku Muhammad Heir's oleh Brockopp. Buku yang terakhir diselak mungkin sekitar sebulan atau dua bulan yang lepas. Brockopp turut merujuk banyak buku yang lain. Antaranya adalah buku oleh Michael Lecker (b.1951). Buku Lecker bertajuk Muslims, Jews, and Pagan: Studies of Early Islamic Medina terbitan Brill 1995. Ada sebuah lagi buku Lecker dengan judul hampir sama ' People, Tribes and Society in Arabia Around the Time of Muhammad'. Dua buku ini pernah saya pinjam dari librari lama dulu. Namun tak dapat nak habis baca kerana waktu itu memanglah sibuk dengan tugas hakiki. Bagusnya bila baca buku Brockopp beliau muatkan juga rumusan apa yang yang ditulis oleh Lecker. Maka dapatlah idea apa yang cuba disampaikan oleh Lecker walau tanpa membaca buku Lecker! Brockopp menyebut bahawa .. I am quite impressed with the plausibility of his (i.e., Lecker) reconstruction. However, Lecker’s strongest evidence is for property ownership, economic activity, and politic...

Bacaan Sayyid Ahmad Khan

Image
Semasa baca buku The Quran oleh Bruce Lawrence antara yang dicerita adalah sumbangan Sayyid Ahmad Khan dalam tafsir Quran. Sayyid Ahmad berusaha untuk beri nafas baru dalam tafsir Quran khususnya untuk masyarakat Muslim di India. Memang ada banyak sumber bacaan menyangkut perjuangan dan sumbangan Sayyid Ahmad Khan. Berikut adalah beberapa yang telah ditemui. The educational movement Sir Syed Ahmad Khan 1858-1898. soas phd 1959 -  link . (Book) review - Situating Syed Ahmad Khan in the turmoil of his times. the wire 2019 -  link . Sir Sayyid Ahmad Khan's 125th birth anniversary day: His record on women's right. indian express 2023 -  link . Syed Ahmad Khan twin objectives of educational reforms in British India. uiam -  link . Issues of Hindu-Muslim relations in the works of syed ahmad khan. paper by osman bakar - uiam ( link ). Formation of Muslim Elites in British India: Sayyid Ahmad Khan and the Muhammadan Anglo-Oriental College. article paper 2012 -  link . T...

Ashrafization Trends in India

Image
Petikan artikel Arthur F Buehler, senior lecturer Victoria Uni NZ: Muslim immigrants coming to India developed a more nuanced array of social distinctions than those that have existed in their native regions. Although Sayyids remained at the top of Indo-Muslims structure, there were three other high-status social groups of roughly equal status. There were Shaykhs, Mughals and Pathans. Shaikhs are putative descendants of the Companion; Mughals are putative descendants of Turkic origin, and Pathans putative descendants of Afghan. In toto, these four social strata, with sayyids having the highest status, were named ashraf, the Indian Muslim social stratum of nobles, who claim to be foreign-born or descendants of non-South Asian Muslims. Mesin jahit model lama dipapar di COEX Mall - - - - -

Islam And Chiefship Northern Mozambique

Image
Bagi mendapat gambaran mengenai Islam di Mozambique boelh baca sebuah tesis Uni of CapeTown. Kajian bertajuk 'Traditions and Transitions: Islam and chiefship in Northern Mozambique ca.1850-1974'. Kandungan: Islam and chiefship in Northern Mozambique by the end of the nineteenth century. The advent of the Turuq and the scramble for leadership. Muslim chiefs and the colonial order. Ritual and the contests over orthodoxy. The Portuguese and Islam in Northern Mozambique. Muslims and liberation movements. Rak telur di Jaya Grocer - - - - -

Sayyid Dan Sharif Di Swahili Afrika

Image
Selesai membaca sebuah artikel yang membincang mengenai sayyid dan sharif di rantau swahili. Artikel bertajuk 'The role of the masharifu on the Swahili coast in the nineteenth and twentieth centuries'. Artikel ditulis oleh Valerie Hoffman, seorang pengkaji Islamic studies dari Illinois University.  Swahili meliputi sekitar kawasan pantai timur Afrika termasuk antaranya Mogadishu, Kilwa dan Mombasa. Dua lokasi - Mombasa dan Kilwa telah dimusnah oleh Portugis ketika puncak penguasaan mereka ke atas kawasan laut Afrika. Turut termasuk dalam Swahili adalah Zanzibar yang didiami oleh ramai penghijrah Arab terutama dari Hadramawt. Mereka inilah yang sebahagiannya dari keturunan Sayyid dan Syarif. Penceritaan mengenai sayyid dan syarif Swahili agak panjang dan juga boleh menimbul salah faham serta perlu pembacaan lanjut. Namun ada beberapa nama tokoh yang menjadi sejarah bila membincang engenai sayyid dan sharif Swahili. Mereka adalah ulama bernama Abdallah Wazir Msujini. Isu beliau m...

Hermenutik Quran

Image
Sering juga diperkata tentang hermeneutik Quran. Apakah maksudnya? Petikan kaedah hermeneutika dalam tafsir (blog pergas spore -  link ):  Hermeneutika dalam kaitannya dengan Al-Quran, adalah ilmu tentang proses dan juga transformasi wahyu dari Tuhan dan kehidupan manusia. Petikan 2 ( link ): Kaedah hermeneutik adalah teori penafsiran dari Barat yang dilakukan kepada kitab suci mereka. Kesannya, akan lahir kecenderungan baru dalam kalangan mereka iaitu keperluan untuk menyusun semula al-Quran dan ditafsirkan dari sudut yang lain dengan kaedah hermeneutik. Kebanyakan mereka yang menerima falsafah liberal ini cuba untukmengubah teori keilmuan Islam berdasarkan rasional dan pengalaman.  Baca 'Apakah Quran memerlu hermeneutik?. jurnal um ugi suharto 2003 ( link ). Sebuah mesin vending - - - - -

Muhammad Quraish Shihab Exegesis

Image
Salah seorang tokoh tafsir ternama Indonesia adalah Muhammad Quraish. Ada sebuah kajian mengenai usaha Quraish menghasil tafsir yang membumi. Kajian bertajuk "An Indonesian initiative to make the Qur'an down-to-earth: Muhammad Quraish Shihab and his school of exegesis". Kajian oleh Munirul Ikhwan, Free Univeristy of Berlin, pada tahun 2015 ( link ). Beliau kini mengajar di UIN Sunan Kalijaga Yogjakarta. Kandungan: Chp 1 - Quraish Shihab’s Hermeneutical Approach to the Qur’an. Chp 2 - In the Footsteps of a New Scholasticism. Chp 3 - Interpreting the Qur’an in the Context of the Indonesian Nation-state. Chp 4 - Staging Qur’an-based Religious Virtues. Chp 5 - Toward Creating a School of Qur’anic Exegesis. Librari Nasional Paris - - - - -

Dana Saudi Bangun Masjid dan Islam Selatan Thai

Image
Muslim dan Islam di Thailand dapat banyak bantuan dari dana Saudi, The International Islamic Relief Organization of Saudi Arabia IIROSA, yang berpusat di Jeddah. Antara sumbangan mereka adalah untuk membangun masjid dan sekolah. Lokasi yang menjadi tumpuan adalah wilayah Selatan Thailand di mana mereka telah membangun enam buah masjid sekitar period 1993 hingga 2001. Masjid pertama dibangun pada 1993 iaitu Jamaat ul Muslimin Mosque, Ban Tonal, Patani. Masjid kedua - Masjid Darussalam, juga di Ban Tonal Patani (1997). Masjid ketiga pada 2001 tidak dinama juga di Patani. Masjid keempat Masjid Al-Amir di Yala juga pada 2001. Masjid kelima Masjid Rakijah Azzagor Yala siap pada 2002. Masjid keenam Masjid Darul Mum-Inin di Ban Thanum, Patani. Ia mula dibina pada 2001 namun siap agak lewat pada 2003. Kelewatan adalah kerana masalah dana Saudi yang dikawal secara global kesan peristiwa 9/11 New York. Sebuah lagi institusi yang mendapat dana dari Saudi dan juga negara Islam lain adalah Yala Isl...